07 February 2011

Sup Udang Thai

Bahan-bahan;

  • 350 gram udang besar
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 batang serai-cincang kasar
  • 2 helai daun limau purut-cincang
  • 1.2 liter air rebusan ayam atau ikan (stok)
  • 1 biji limau nipis
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 tangkai cilipadi-buang biji dan cincang halus
  • 1 biji bawang besar-hiris nipis
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • 1 sudu makan daun ketumbar-cincang untuk taburan.
Cara Penyediaan;
  1. Bersihkan udang,asingkan kepala dan kulit,tinggalkan sedikit kulit dan ekor.
  2. Panaskan minyak dalam periuk,masukkan kepala dan kulit udang.Goreng sehingga bertukar warna menjadi kemerahan anggaran selama 3- 4 minit.Masukkan serai,daun limau purut,lada hijau dan stok.
  3. Ambil sedikit hirisan kulit limau nipis.Sagat kulit limau nipis yang tinggal-masukkan kulit yang telah di sagat ke dalam periuk.Biarkan ramuan mendidih.
  4. Setelah mendidih,kecilkan api,tutup periuk dan biarkan mereneh selama 20 minit.
  5. Tapis air rebusan tadi,buang bahan yang ada dalam periuk dan masukkan semula air rebusan tadi.
  6. Perah limau nipis,masukkan sos ikan,garam dan lada sulah secukup rasa pada air rebusan.Panaskan atas api sederhana sehingga mendidih-kecilkan api,masukkan udang dan biarkan masak selama 2-3 minit.
  7. Masukkan cilipadi dan hirisan bawang besar,kacau seketika dan tutup api-sendukkan ke dalam mangkuk dan taburkan daun ketumber.

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠