11 February 2011

Rendang Ayam Bersama Pulut Kuning

Bestnya pulut kuning....last makan pulut kuning masa aku kahwin  5 tahun lepas...dah lama tak merasa...sedihnya...Ni jumpa resepi dalam blog kak hanieliza..terus ambik.

Bahan-bahan:

  • 1 Ekor ayam
  • 2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (Mayang halus atau koyakkan)
  • Garam
Bahan Untuk Di blender:
  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 cili kering
  • 25 biji cili padi.
Cara-cara:
  1. Ayam di buangkan kulit dan di potong kecil.Basuh dan toskan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
  3. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
  4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh angkat dan di hidangkan.
Pulut Kuning
Bahan-bahan:
  • 1 kg beras pulut(basuh)
  • 3 keping asam keping
  • 3 sudu besar serbuk kunyit (bancuh dan tapiskan )
  • Air secukupnya untuk merendam pulut
  • 1 biji kelapa (3 cawan santan pekat)
  • 1 sudu kecil gula
  • Garam secukupnya.
Cara-cara:
  1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama beberapa jam untuk mendapatkan warna kuning.(sekali- sekala gaulkan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna  kuningnya.
  2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
  3. Panaskan kukusan.Masukkan pulut dalam kukusan yang telah di didihkan airnya.
  4. Kukus sehingga naik wap airnya.
  5. Angkat keluarkan pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
  6. Tuangkan santan yang telah di gaulkan dengan garam dan gula.
  7. Gaul dan kacau rata santan dan pulut.Masukkan semula dalam periuk kukusan.
  8. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi (20-25 minit)
  9. Bila telah naik wap tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan (jika mahukan pulut berbentuk cantik)
  10. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠