Showing posts with label Resepi Kek. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kek. Show all posts

18 October 2014

Kek Kuali

Assalamualaikum....

Kek kuali korang pernah rasa tak hehehe....first time dengar....terasa pulak nak buat...Sebelum aku cuba resepi nie...aku share gan korang dulu ya...



Gambar nie yg sudah siap untuk di mkn..








Jom Tengok resepi kat bawah....nampak macam senang jer....macam buat lempeng...cuma acuannya lain...


  • 5 biji telur
  • 1 cawan minyak sapi tulen
  • Setengah cawan gula halus
  • 1cawan tepung
  • 6 sudu susu pekat
  • Setengah sudu baking powder
Cara-cara uli tepung

Pukul telur,gula hingga sebati sebiji-sebiji telur.
Pukul tak payah kembang asal sebati gula hancur jer....susu juga.
Pastu ayak tepung,baking...gaul mesra dan agihkan pelbagai warna dan perasa...merah rasa ros ke,hijau rasa pandan...dan seterusnya...tak kisah nak letak perisa apa ya...ikut selera korang.
Panaskan kuali dengan api perlahan..guna kuali seperti yang terdapat gambar di atas..jangan guna kuali rata..asal lengkung dan kalis minyak tak lekat...oleskan kuali dengan minyak sapi.
ambil 1 sudu besar adunan tadi diatas kuali yg kita oleskan minyak sapi....macam nak buat lempeng hihihi....gelekan separuh masak lipat 2 okey tekan 2 sekejap untuk lekat dan angkat.
Ambil pula adunan 1 sudu besar setengah lagi gelekan separuh masak...ambil yang no 1 tu letakkan di atasnya dan lipat menutupi. Masak jap sambil tekan2...okey dah masak angkat...
Ambil lagi 2 sudu besar adunan leperkan lagi separuh masak ambil lagi kek yg sudah berlipat tadi..letakkan dan tutup lagi.
Begitulah seterusnya...hingga 7 sampai ke berapa yg korang mau lipat ya...Jangan pening ya...cuba dulu resepi nie....memang sedap....Sekali cuba akan tahu hasilnya...

Aku copy kat FB kawan Kak Noriah Ina





19 August 2014

RESEPI KEK KASTARD PANDAN

Resepi kastard.

Bahan (A)
160 gm gula kastor 
500 ml air daun pandan
1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan (B)
400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam

Cara-cara
Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
Masak atas api sederhana hingga mendidih.
Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.
Masukkan aduanan ini kedalam adunan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. (jgn terlalu lama/pekat, nanti tak smooth bila dituang atas kek)
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita.. (Saya gunakan balik acuan yang digunakan untuk memasak kek tadi).
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..


Sedapnya.....teringin nak buat...takut tak jadi kui...kui...

11 October 2012

Kek Pisang Blended

2 cwn tepung gandum..1 cwn minyak masak..1 cwn gula..telur 3 bj..2 sdu bikabonat..pisang berangan 4 bj @ pisang emas 11 bj..masuk je dlm blender semua 2 tgk dh ok masuk dlm acuan cup cake .kukus lebih kurang 15 minit.....Terima kasih kepada member aku yg kongsi resepi nie kat Facebook.... 


My note:tengok gebu jerkan...korang cubalah resepi nie....sedapppp



Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00 

17 September 2012

Resepi Kek Pisang

Hari nie nak share resepi kek pisang dari blog QasehRania aku copy resepi nie dari blog beliau....Kalau ada masa aku try buat kikiki...(aku bukan rajin sangat kikiki)



Bahan-bahan

5biji pisang berangan (ini je yang ada dan lecek)
4biji telur Gred A
2 cawan tepung gandum MFM
1 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak Daisy
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
1sk ovallete
1sk esen vanila
1sk garam

Cara-caranya


1- Satukan tepung, soda bikarbonat dan baking powder.. ayak

2- Satukan telur dengan gula.. pukul sampai kembang

3- Masukkan esen vanila

4- Masukkan tepung, soda bikarbonat dan baking powder yang telah diayak sikit demi sikit.. 

5- Masukkan ovalette

6- Masukkan minyak Daisy

7- Masukkan pisang yang siap dilecek beserta garam.. pukul hingga sebati

8- Tuang dalam acuan yang siap dilapiskan aluminium foil.. sebelum tu panaskan loyang terlebih dahulu.. 

9- Kukus hingga masak.. nak tau masak cucuk dengan lidi sate dekat permukaan kek.. kalau melekat belom masak lagi la tue.. 

Nampak gebukan....tue yg aku terasa nak copy tue...


My Note: Aku tidak pernah buat kek...biskut pernah buat...kikiki

Click HERE to earn extra money!

Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00

29 June 2012

Kek Batik


Tadi aku google nak carik resepi kek batik...tup-tup pergi ke blog Hana Memories terus aku copy resepinya...Mana tahu ada masa nanti aku ingin mencuba resepi nie...

Jom! tengok resepi kek batik...Emm memang sedap bila tengok gambar di bawah nie...

RESEPI KEK BATIK LAPIS
resepi asal : wendyy@table2more @ hanamemories
olahan kedua : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 250g@satu peket biskut merie
  • 200g@satu peket milo
  • 397g @ 1 tin susu pekat - hana buh 3/4tin
  • 5 biji telur
  • 1sk esen vanilla
  • 150g butter @ 2/3 cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1sk nescaffe - optional
  • 2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)
Cara-cara
  • Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.*boleh rujuk step by step di SINI.
  • Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
  • Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
  • Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
  • Keluarkan dan potong. Hidangkan.


Tips Resepi Kek Batik Lapis yang cantik dan tidak melekit-lekit ( untuk resepi yang nih yer):
  • Alas loyang dengan kertas minyak @ plastik wrap supaya senang nak potong dan keluarkan dari loyang.
  • Sebelum matikan api, pastikan tekstur adunan bukan sahaja pekat tapi KASAR berbintil2 seolah menggerutu. Teruskan mengacau adunan sehingga menjadi tekstur yang sebegitu. sesudah itu br boleh matikan api dan angkat.boleh rujuk blog wendy utk teksturnya.
  • Untuk lapisan pertama dan kedua susun biskut berlainan arah.. juga rujuk blog wendy..
  • Selepas siap melapis ratakan permukaan kek dengan plastik wrap atau lebihan kertas minyak supaya licin.. Jangan tekak kuat sangat, nnti lapisan biskut akan pecah dan lari dari kedudukan asal.
  • Seelok2nyer sejukkan dalam peti ais semalaman. (biasa hana buat mlm, so keesokannya dah bleh mkn dan kek nmpk cantik sbb lg padat)
  • Potong menggunakan pisau yang tajam dan di basahkan terlebih dahulu dan lap.. untuk potongan kedua lapkan dulu pisau dengan kain@tisu basah dan ulangi proses memotong seperti tadi.

P/s: Cantikkan kek batik yg di hasilkan oleh hana nie...nampak cam padat...mesti sedap...Untuk hana Sorry copy resepi nie..

17 August 2011

Kek Coklat Kukus

Bahan-bahan:
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula perang
1 cawan susu perisa coklat
1 cawan minyak
¾ cawan serbuk koko
½ cawan susu pekat manis
3 biji telur
Cara Penyediaan:
Panaskan kukusan.
Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
Satukan gula perang, susu coklat, minyak dan serbuk koko dalam sebuah periuk kecil. Panaskan atas api kecil sambil dikacau sehingga semua bahan larut. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. Sementara itu, pukul telur hingga kembang.
Tapis campuran coklat ke dalam mangkuk adunan. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul. Kacau hingga mesra. Seterusnya masukkan campuran tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 8” yang telah digris dengan minyak atau dilapik kertas minyak. Tutup loyang dengan kerajang aluminium untuk elakkan air dari wap kukusan masuk ke dalam kek.
Masukkan Loyang ke dalam kukusan dan kukus selama satu jam.
Tutup api, keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

18 July 2011

Resepi Nie Dari Blog .:: My Life & My Lover ::.

OREO CHEESE CAKE



Bahan-bahan:

350 biskut OREO
80gm mentega dicairkan
375gm PHILADELPHIA Cream Cheese dilembutkan pada suhu bilik
1/2 cawan gula kastor
1 sudu besar esen vanila
1 kotak kecil whipping cream
3 sudu besar serbuk gelatin cairkan dalam 1/4 cawan air panas
200gm coklat putih dicairkan

Cara buat:

250gm biskut OREO blend sampai halus (b4 blend kena buang krim)
pastu campur mentega, gaul rata.

masukkan dalam loyang bulat yang bwh dia boleh angkat tu, loyang tu lapik ngn aluminum foil. tekan padat biskut tu kat dalam loyang pastu sejukkan dalam peti sejuk 30 minit.

pukul cream cheese ngan esen vanila & gula smp kembang. lepas tu masukkn whipping cream. pukul lagik. akhir sekali masukkan gelatin & coklat putih pastu pukul smp sebati.

biskut yang lebih tu potong dadu. pastu masukkan jer dalam adunan cream cheese tu, godek2 sikit, masukkan adunan dlm loyang, tutup ngn aluminium foil sejukkan dlm peti sejuk semalaman. dah siap.
(tp kalo tkmo tgu semalaman pn tkpe,agak2 kek tu dh keras bole je potong & trus ngappp!!!)


ni la gambar Oreo Cheese Cake
kalo korang tgk gmbr tu mcm comot je

22 April 2011

RESEPI OREO CHEESE CAKE ALA SARAWAK

Salam untuk kawan-kawan Blogger....

Haaaa Isteri@ibu cute ambik resepi ni kat blog Si kathy....,tapi Isteri @ Ibu cute ubah sikit cara resepinya hehehe jangan marah ya kathy...Just untuk pehaman Akak jer....

Untuk Bahan A

  • 50 gram butter
  • 2 paket biskut Oreo (Tinggalkan 7 @ 8 keping untuk hiasan )
  • 1 sudu gula halus
Untuk Bahan B
  • 250gram cream cheese (guna brand Philadelphia )
  • 80ml fresh milk (Beli jer Dutch Lady kotak kecik ) Kalau tak guna pon tak per...
  • 100ml Whipping Cream
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu besar Gelatine (Halal punya-Brand Nona ) + 40ml air panas untuk sebatikan Gelatine.
  • Krim Oreo ( Krim yg di keluarkan dari Biskut Oreo )
Cara-cara Membuat Untuk Bahan A
  1. Asingkan krim yg di dalam biskut oreo, untuk bahan A kita hanya gunakan biskut oreo sahaja.
  2. Hancurkan biskut oreo sehingga halus dan tinggalkan 7 keping biskut oreo untuk bahan B nanti.
  3. Masukkan butter ke dalam biskut oreo yang hancur tadi, pastikan butter telah lembut untuk senang di gaul.
  4. Masukkan gula halus ke dalam adunan tadi dan gaul sehingga sebati.
  5. Bila semua bahan A sudah sebati, masukkan ke dalam bekas adunan kek.Tekan sikit2 adunan supaya ia mampat dan padat.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam lebih (Tidak boleh kurang )
Cara-cara Membuat Untuk Bahan B
  1. Ambil Cheese dan lenyek cheese sampai kelihatan agak sebati.
  2. Masukkan susu (Dutch Lady) dan Whipping Cream kacau dan terus kacau
  3. Masukkan gula halus serta Gelatine yang sudah di campur dengan air panas dan masukkan ke dalam adunan tersebut pastu kacau.
  4. Masukkan krim oreo yg telah di asingkan tadi dan kacau
  5. Masukkan 3 keping biskut oreo yg telah di hancurkan ke dalam adunan.
  6. Keluarkan adunan bahan A dari peti sejuk (Pastikan Adunan tersebut berada di dalam peti sejuk selama 1 jam lebih okey..)
  7. Tuangkan adunan bahan B ke atas adunan bahan A dan hiaskan atau topping  keke tersebut dengan baki biskut oreo tadi..
  8. Kalau nak cantik taburkan dengan Chocolate Chip @ serbuk manik macam Cik Epal buat tu...

15 February 2011

KEK CORROT BERKRIM KEJU

Bahan A:

  • 4 biji telur gread A
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 280gm gula halus
Bahan B:
  • 250gm tepung gandum
  • 3/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
Bahan C:
  • 400gm carrot - labu pun boleh
  • 80gm Walnut -badam cincang pun boleh
Cara Membuatnya:
  1. Pukul telur hingga pekat,masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.Masukkan minyak dan pukul rata.
  2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata.Akhir sekali,masukkan bahan C campurkan sehingga sebati.
  3. Masukkan dalam acuan 9 inci dan bakar selama 50 hingga 60 minit suhu 170 darjah
  4. Sejukkan dan hiaskan dengan krim keju.
KRIM KEJU
Bahan2:
  • 125gm cream chese.
  • 100gm mentega
  • 150gm gula icing
  • 1 sudu besar pati oren (sunquik pun boleh )
Cara Membuatnya:
  1. Pukul keju hingga kembang dan masukkan mentega,gula dan oren dan pukul hingga sebati,bolehlah di hias di atas kek.

KEK LABU MANIS (SaLAM DARI BORNEO)

Bahan-bahan A:

  • 4 biji telur-telur gread A
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 280gm gula halus
Bahan-bahan B:
  • 250gm tepung gandum
  • 3/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder.
Bahan-bahan C:
  • 400gm labu (boleh di kurangkan ke 300gm jika mahukan kek yang kering sikit )
  • 80gm Walnut
Cara-cara Membuatnya:
  1. Pukul telur hingga pekat,masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
  2. Masukkan minyak jagung dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau rata.Akhir sekali masukkan bahan C,campurkan hingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam acuan 9 inci dan bakar selama 50 hingga 60 minit suhu 170 darjah.

07 February 2011

Kek Pisang Kukus

Bahan-bahan;
  • 1-1/2 cawan tepung gandum,ayak bersama 1 sudu baking powder
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 2 biji telur
  • 2 biji pisang masak di lecek/ dikisar 1/2 cawan pisang lecek/ kisar
  • 2 sudu teh minyak jagung
  • 1/2 sudu teh susu
Cara Penyediaan;
  1. Panaskan kukusan
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang dan warna pucat,masukkan minyak jagung,susu dan pisang.Kacau atau putar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder.Kacau perlahan-lahan hingga adunan sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di gris dengan minyak atau marjerin.Masukkan ke dalam kukusan dan kukus hingga masak anggaran selama 15 minit.Uji dengan cucukan lidi untuk memastikan kek masak
  5. Setelah masak,biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum di keluarkan dari loyang.
Nota;Jangan buka penutup kukusan semasa memasak (anggaran 15 minit) untuk masalah kek menjadi bantat.

Kek Marble Milo

Bahan-bahan;
  • 250g mentega
  • 1-1/2 cawan tepung
  • 1 cawan gula kastor
  • 1sudu teh serbuk penaik
  • 3 biji telur
  • Sedikit esen vanila
  • 3 sudu besar serbuk milo-Campur sedikit air dan di jadikan pes
Cara penyediaan;
  1. Putar mentega dan gula dengan menggunakan elektrik mixer sehingga putih.
  2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.Putar hingga kembang.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Kacau dengan senduk kayu pun boleh juga.
  4. Ambil sebahagian dari adunan tadi,campurkan dengan pes milo tadi
  5. Tuang ke dalam dulang pembakar secara berselang seli.Bakar selama 50 minit.







03 February 2011

Kek Cawan Vanila

Ramuan Kek:

  • 150 g mentega, di lembutkan sedikit
  • 150 g gula kastor
  • 3 biji telur
  • 180 g tepung naik sendiri, di ayak
  • 50 ml susu
  • 1/2 sudu kecil ekstrak vanila

 AIsing:

  • 20 g mentega
  • 60 g keju berkrim, di lembutkan pada suhu bilik
  • 70 g gula aising
  • 2 sudu besar kordial Ribena
Cara Menyediakan:
  1. Putarkan mentega dan gula sehingga ringan dan gebu sebelum memasukkan telur satu persatu.Pastikan setiap telur telah di pukul dengan sebati sebelum memasukkan telur seterusnya.
  2. Masukkan seperuh daripada tepung yang telah di ayak,tambahkan susu dan vanila dan kemudian masukkan baki tepung.Kaup dan balikkan adunan sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan tadi ke dalam acuan kek cawan (yang di alas dengan acuan kertas) sehingga 3/4 penuh.Bakar di dalam ketuhar (190 C ) selama 12-15 minit atau sehingga kek naik dan berwarna keemasan.Pindahkan kek-kek yang siap di bakar ke rak penyejuk.
  4. Campurkan mentega dan keju berkrim di dalam mangkuk kecil dan pukul sehingga  licin dan berkrim.Tambahkan gula aising dan kordial Ribena-pukul hingga sebati.
  5. Sapukan aising Ribena ke atas kek-kek yang telah di sejukkan.Dapatkan kesan menarik dengan menitiskan beberapa titik Ribena pada bahagian atas aising dan kacau ke dalam aising menggunakan pencungkil gigi.

11 July 2010

Kek Coklat Kukus (Seridewi/Keluarga)


Bahan-bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir.
1 cawan susu cair.
1 cawan minyak jagung.
1/2 cawan susu pekat.
3 biji telur.
1 sudu teh serbuk penaik.
1 sudu teh soda bikarbonat.
2 penutup botol esen vanilla.
11/2 cawan tepung gandum.

Cara Membuatnya:
1.Campurkan serbuk koko,gula,susu cair,susu pekat dan minyak jagung dalam periuk.Kacau perlahan dan masak hingga sebati.Ketepikan seketika.
2.Pukul telur hingga kembang dan masukkan dalam bahan yang di masak tadi.
3.Gaul rata adunan dan masukkan pula tepung sedikit demi sedikit,gaul hingga sebati.
4.Tuangkan dalam loyang dan kukus selama 50 minit.

Kek Coklat Kukus


Resepi kek ni,ibu ambik dalam blog Salamdariborneo.Sorry ya akak jangan marah ya...saya ambik resepi kek coklat kukus ni....,nak try buat jadik ke tidak nanti.Kakak gan Haziq memang suka Kek Coklat.

Bahan-bahan:
1 cawan serbuk koko (kadang2 saya guna 3/4 cawan tambah 1 sudu teh nescafe)
1 cawan gula pasir.
1 cawan susu cair.
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu pekat.
3 biji telur.
1 sudu teh serbuk penaik.
1 sudu teh soda bikarbonat.
2 penutup botol esen vanila.
1/1/4 cawan tepung gandum.

Cara membuatnya:
Campurkan serbuk koko,gula,susu cair,susu pekat dan minyak dalam periuk.Kacau perlahan dan masak hingga sebati.Ketepikan seketika.
Pukul telur hingga kembang dan masukkan dalam bahan yang di masak tadi.
Gaul rata adunan dan masukkan pula tepung sedikit demi sedikit,gaul hingga sebati.
Tuang dalam loyang daan kukus selama 45 minit.