Showing posts with label Madah Cinta. Show all posts
Showing posts with label Madah Cinta. Show all posts

29 May 2012

Happy Anniversary Sayangku / Khas Buat Suamiku Tercinta

Entri khas ini aku tujukan buat suamiku yang tercinta.. Sempena hari anniversary kita yang ke 7 tahun.... Ibu  ucapkan Happy Anniversary buat abang tersyg.. Semoga mahligai yang kita bina genap 7 tahun ini akan berkekalan sampai ke Syurga...... amin.

Andai kata sepanjang 7 tahun ibu  menjadi isteri abah... ada kata-kata yang  menyinggung atau menyentuh hati dan perasaan abah...ibu  memohon seribu kemaafan.. Bak kata P.Ramlee "Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri"......Walau apa pun Ibu tetap Sayang Abah.....


Aku Sah Bergelar Isteri Pada Tanggal 29/Mei/2005

LOVE U & MISS U Suamiku (Hairul Hisam) ... ikhlas dari  Isterimu tersayang ..... Muuuuaaah


Nota kaki : Sepatutnya pagi tadi aku publish entry nie....kerana aku terlalu busy...Kadang-kadang tue susah sikit sebab syifa dah suka memanjat meja...kena pantau syifa...membuatkan aku terbantut nak publish entry....Tunggu syifa tido baru boleh aku mengadap blog....dua tiga hari nie aku tak sempat nak terjah blog korang rindu pulak rasanya....nak baca...apa yang korang tulis....

28 October 2011

Jangan Mencari Terlalu Sempurna

Tiada apa yang dapat ku luahkan....hanya berterima kasih  kepadamu....Semoga kita sentiasa hidup bahagia di samping anak-anak tersayang Wahai Suamiku.....


Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……
Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……

Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA dengan kenangan sewaktu  bersamamu……
dan mungkin juga TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada-pada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK
Tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaiki
semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……
Jika kamu sedang marah atau kecewa  jangan MENGHUKUM dan
MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu di sebabkan perkara kecil sahaja...

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang  pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN  dan KENIKMATAN……
Kelak , nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi…Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seseorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU , MENYANJUNGIMU SEPENUH JIWA untuk menumpang dan segala-galanya….......
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu memujinya dan mengganggapkan dia begitu  istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN
Tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA
dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan
MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN  Dan KENIKMATAN makanan lain……
Kelak , nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi…Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU ….
MENGASIHIMU ….dan
MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN , KETAMPANAN Atau WANG RINGGIT……
Kelak , dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL
dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna , sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA
sebagai manusia biasa serta kita harus  BERSYUKUR
dengan yang apa KITA sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA , BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA!

“Begitulah  hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti , namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”.......


Wah!!! malam2..hujan turun dengan lebatnya...sempat lagi bermadah hihihi

03 August 2011

Bersama Janji

Terlupa....
di tutup pintu di dada malam
teragut manis kenangan
terkadang ia duri berbisa
di lubuk penbatahan
mengukai kebenaran
mencari kejujuran pahit
meniti titian damai nan rapuh
bagi berlabuh di pergigian
pantaimu berombak
kesetiaan seteguk karang
bersama sumpah
bersama janji
terleraikan di telan gelombang membesar
atau semakin utuh abadi
seteguh taj mahal
ketulusan cinta shah jehan
kerana di sinilah 
melimpahnya aliran sungai merah
di pembuluh meranting seribu liku
di pohon rimbunan terbakar
bersama janji
bersama sumpah keramat
bersama kejujuran, amanah terpahat
terhimpun di kawah degup nadi
memintal kesetiaan di dedaun hari
agar palitan pahitan silam tiada terkuak
untuk di ratah kekancah luka
kerana bersama janji
kita berlanggir kasturi di perdu ini
kerana bersama janji
kita melakar sejarah damai di bibir alam
dan bersama janji kita lena
di buai mimpi di malam kemenangan
bersama janji damailah kita di sini...


Karya,
Kamaliehudie Ns
MRSM Tun Ghafar Baba Jasin Melaka.

29 July 2011

:: ANDAINYA LELAKI TAHU ::

Andainya lelaki tahu,
Dalam hati seorang perempuan,
Ada naluri untuk disayangi,
Ada rasa untuk diberi perhatian,
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
Ada waktu - waktu minta ditemani kesedihannya.....

Andainya lelaki tahu,
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk,
Marah seorang perempuan perlu didekati,
Sedih seorang perempuan perlu didengari,
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi....

Andainya lelaki tahu,
Disebalik seribu satu rasa itu,
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Bukan jua untuk dimanjai,
Hanya perlukan sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu terasa wujud,
Walaupun saat berjauhan...

Kerana andainya lelaki tahu,
Hati itu akan sentiasa bertanya,
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu dihati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran,
Sebagaimana mekarnya cinta itu,
Tetap dihati seorang perempuan,
Biarpun berkali ombak menghempas,
Takkan sesekali pantai itu berubah....