Rindu suara saleem yg serak2 basah...artis sekarang mana ada suara macam saleemkan....Saleem kalau nyanyi lagu balada memang best...lagi2 kalau tgh angau bercinta...layan pulak lagu saleem emmm tangkap jiwang habis hihihi...
Tiba2....teringat kenangan lama...
Semua lagunya aku suka...Aku ingat lagi sewaktu sekolah menengah...aku tinggal asrama,asrama aku berhampiran dengan rumah DO (Orang kaya).DO (orang kaya) nie..selalu buat majlis dan selalu jemput Saleem buat persembahan...So dari asrama suara saleem dengar dari asrama aku...walaupun tak dapat pergi rumah DO (orang kaya) tue...Pada zaman 1990an.. Saleem memang popular dengan lagu-lagunya dan ramai orang suka..Indonesia pun kenal Saleem.......banyak lagu Saleem aku hafal.
Korang pernah dengar lagu "Sesat Dalam Rindu" Damasutra....ingat waktu sekolah rendah...aku minat betul lagu nie...liriknya memang cukup mendalam...kalau kita hayati betul2...
Ku Resah Mencarimu Dengan Akal,
Dengan bersama Sifat-sifat pinjaman,
Kau Kurasakan Semakin Menjauh,
Tersesatlah Aku Dalam RinduMu,
Ku Satukan Firasat MencariMU,
Dan Ku Terlontar Di Penghujung Alam,
Kau Masih Tidak Dapat Ku Jejaki....,
Betapa Malangnya Nasibku...,
KeranaMu...Kutinggalkan Segalanya.,
Sendiri Aku Terpedaya...,
Punya Akal Dan Firasat Yang Tidak Kemana..,
Hanya Jalan Yang Sengsara...,
Zahir Musnah Bagi Yang Mimpi,
Zahir Ada Rahsia Mencari...,
Lalu Ku selami Di dalam Diri...,
Di bawa Arus Nafasku..,
Asal Serah Janji Dahulu...,
Mula Hidup Pasti Mula Cinta..,
Engkau Kasih Ada Di sini..,
Engkau Kasih Ada Menanti...,
Engkau Kasih Aku Jua Kasih...,
(Maksud Lagu)
~~Sesat dalam rindu menceritakan tentang seseorang yang mahu mencari Pemilik DIRI yang telah lama ditinggalkannya. Dalam resah, bersama sifat-sifat pinjaman Allah Ta’ala, penulis berusaha untuk mendekati semula DIRI yang kini bagaikan ‘merajuk’, dan semakin menjauh…~~
~~Naluri disatukan, hanya untuk bertemu DIRI. Namun, penulis mendapat habuan yang setimpal dengan perbuatannya apabila dia dibiarkan terlontar sendirian di ‘alam zikir’ DIRI semakin menjauh dan kian sukar dijejaki…~~
~~Kesungguhan dalam mencari diri, membuatkan penulis sanggup meninggalkan segala kenikmatan dan kemewahan dunia. Namun pengorbanan itu terlalu kecil dan tidak memberi apa-apa makna baginya apabila dia perlu menempuh kesengsaraan dalam kerinduan…~~
~~Penulis mengingatkan kepada pendengar yang mahu belajar ‘jalan’ ini agar tidak mendambakan kehebatan dunia sebagai impalannya (sang pemimpi), tetapi mereka sebaliknya perlu tahu ‘rahsia mencari’ Yang Tersembunyi. Hal inilah yang membuatkan penulis kembali membawa dirinya menyelami ke dalam DIRI (muraqabah). Dan saat itu…nafas turun dan naik disusun bersama lafazan zikir. Syaratnya, cuma mengotakan semula ‘janji’ yang dibina kepada DIRI suatu masa dulu… “Hidup di dunia hanya untuk beribadah…” dan bermulalah sebuah percintaan antara manusia dan Penciptanya disaat roh ditiupkan ke dalam jasad.
~~Pada rangkap lagu yang terakhir… merupakan kemuncak sebuah percintaan. Kerinduan yang sekian lama terpendam…telah tercetus…kesesatan menjadi kebenaran hakiki…apabila penulis telah menemui Pemilik Cinta Yang Abadi. Di situlah terlihat olehnya DIRI menanti kehadirannya.
~~ENGKAU KASIH…AKU JUA KASIH…(…RASA RINDU Cinta ALLAH TAALA DI RASA DGN NUR IMAN DLM QALBU KITA.SIAPA YG BAGI PERASAAN RINDU & KASIH? SETIAP JAWAPAN PERLULAH MENURUT KACAMATA SYARAK & DI NILAI DGN MATAHATI YG TELAH SUCI BERSIH. INSYAALAH SEMOGA KITA TIDAK TERSESAT / TERSALAH FAHAM PERKATAAN ORG2 SUFI.)
Layan sorang2 sambil edit blog,felling habis tiba-tiba dalam kepala otak aku melayang-layang mengimbau kembali kenangan lalu hihihi....malam2 best jugak layan lagu
Siapa suka lagu nie?angkat kening hihihi...Walaupun lagu nie lama tapi tetap menjadi pujaan hatiku...