Showing posts with label Artis Barat. Show all posts
Showing posts with label Artis Barat. Show all posts

24 July 2013

Gambar: Royal Baby. Anak William & Kate :D

Jom! layan anak mereka yg comel tue...anak orang putih pasti cute...

Kate Middleton  selamat melahirkan baby sulung Isnin yang  lepas.Beliau melahirkan  Baby boy dan berat  lebih kurang 3.79kg. Akukan bila tengok baby geram jer...


kecik-kecik lagi dah bawak jalan-jalan....Kalau ikutkan Kate nie dalam pantang lagikan....kalau orang melayu mana boleh jalan2 kalau dalam pantangkan.....mat salleh selamba jer...hihihi





Nampak bahagia pasangan niekan....perut kate masih still buncit lagi...yalah...baru lagi melahirkan baby...tapi muka tetap maintain cantik dan berseri-seri....

terima kasih...

19 March 2013

RUPA BINDI IRWIN : ANAK CROCODILE HUNTER SEKARANG

Korang ingat lagi tak "CROCODILE HUNTER" dulu aku selalu tengok kalau tv 3 siarkan...Aku nak share gan korang rupa anaknya sekarang....Dulu kecik jer...sekarang anaknya dah besar umur 14 tahun

Time nie kecik lagi...(tue buaya betul ke buaya tipu kikiki)

Laporan asal Sunshine Coast

Comelkan....beza betul dulu gan sekarang....Teringat iklan Adibah Nor "CRODCODILE HUNTER"

18 December 2012

Katie Holmas



Bersempena hari Krismas, Katie Holmes bercadang untuk membelikan anaknya, Suri sebuah rumah permainan mewah yang bernilai hampir RM75,000. – Daily Mail
 
 
 
Psst!!!  Untung Suri....Permainan mewah tue mahalkan....huhuhu

30 November 2012

Kristen Stewart Hamil Anak Robert Pattinson

kini muncul gosip baru tentang pasangan ini....setelah mereka menjalin hubungan kembali....Khabarnya Kristen Stewart hamil anak Robert Pattinson...Betul ke tidak belum pasti.....

Muka depan majalah OK isu ini di perkatakan....Majalah tersebut menyatakan bahawa pasangan ini akan membesarkan anaknya di Inggeris.Khabarnya juga Kristen Stewart meminta Robert Pattinson mengahwininya sebelum baby mereka lahir...Ini adalah bukan isu pertama tentang gosip kehamilan Kristen...Pada tahun 2009 pun ada juga tentang gosip seperti ini..namun berita tersebut tidak  terbukti kehamilan Kristen Stewart..

Kredit SINI

"Elok jugak mereka berdua kawin....aku suka hihihi"

18 February 2012

Siapa Kenal artis Steven Tyler

Hai!...Selamat hari sabtu....Tadi baru lepas berjogging...Dalam 8.30am masuk rumah...bereskan kerja.....Sekarang semua dah beres buat keja umah...Masak,mop lantai,menyapu,lipat kain dan basuh kain...itu adalah rutin harianku sebagai surirumah sepenuh masa....hihihi...betul tak suri2 semua.....Hari nie aku nak bergosip pasal artis luar Steven Tylor...yang ada masalah dengan Band kumpulannya.....Kalau sesiapa suka tengok American Idol...Steven Tylor pengkritik musim yg ke 11....Jom! baca kisahnya...

muka poyo jer mamat nie....


 



SEJAK tahun lalu, nama Steven Tyler kembali berada dalam radar hiburan dunia. Semuanya gara-gara kemunculannya sebagai juri program realiti paling terkenal, American Idol 10 (AI). Belum mahu berhenti daripada menjadi pengkritik, bersama rakan jurinya, Jennifer Lopez dan Randy Jackson, Tyler kembali duduk di kerusi American Idol musim ke-11.
Walaupun sebelum musim ke-11 bermula ada terdengar berita bahawa Jeniffer Lopez tidak akan menyambung kontraknya bersama AI, namun hal itu berlalu apabila dia kembali duduk beriringan dengan Randy dan Tyler untuk mencungkil satu lagi bajat baharu daripada AI.
Kembaranya daripada seorang vokalis band terkenal yang cukup fenomena sejak ia ditubuhkan sekitar tahun 70-an, Aerosmith kepada menjadi seorang pengkritik telah mendapat respons yang pelbagai. Banyak sisi baharu lelaki berusia 64 tahun itu dibongkar - ironi, dia yang membongkar sisi hidupnya satu persatu, termasuk tentang ketagihan dadah yang menghancurkan kariernya kurang 10 tahun Aerosmith sukses.
Tanpa berselindung, Tyler juga memberitahu, dia yang memaksa pengurus baharunya mendapatkan dia kerja selepas masalah dengan anggota Aerosmith masih belum menemui kata putus. Padahal dari sisi anggota Aerosmith pula mengaku yang mereka akhirnya terpaksa mengugut dia dengan pengumuman bahawa Tyler bukan lagi vokalis mereka selepas gagal dihubungi. Dia juga membuat banyak masalah kepada band tersebut sepanjang mereka membuat konsert jelajah dunia pada tahun 2009.

LEGENDA. Seorang vokalis band rock Aerosmith, Steven Tyler kini membina reputasi baharu yang lebih bersih dengan menjadi pengkritik American Idol untuk dua musim iaitu musim ke-10 dan ke-11 yang kini sedang hangat ditayangkan di 8TV pada setiap Jumaat dan Sabtu.


“Saya paksa dia cari kerja untuk saya. Saya suruh dia dapatkan saya posisi pengkritik di American Idol musim baharu. Pembabitan saya dengan AI bukan untuk membuktikan apa-apa kepada Aerosmith, tapi saya cuma nak mereka tahu bahawa mereka juga susah kalau tanpa saya kerana saya boleh berdiri sendiri jika saya mahu,” ujar Tyler mengenai pembabitannya sebagai pengkritik program tersebut sekitar penghujung tahun 2009 yang lalu.
Di dalam AI, pemilik autobiografi Does the Noise in My Head Bother You? Around itu terkesan menjadi seorang pengkritik yang penuh humor. Kritikan yang keluar daripada mulutnya jarang kedengaran kasar atau sakarstik, sebaliknya ia bersifat toleransi.
Akui pemilik nama sebenar Steven Victor Tallarico itu, dia sengaja berbuat demikian. “Saya ada pilihan untuk berkata ‘suara awak tak sedap. tolong cermin diri bila pulang nanti.’ Tapi saya memilih untuk tidak memberi kritikan yang kasar kerana saya mempunyai anak.
“Bagaimana perasaan seorang ibu atau bapa yang mendengar anaknya dikritik teruk dan dia barangkali tidak akan pernah menyanyi lagi untuk diri sendiri misalnya kerana menerima kritikan buruk daripada saya. Sebab itu saya memilih untuk bercakap dengan bahasa yang lebih baik,” katanya yang memilih untuk lebih kelihatan diplomatik.
Hal itu juga didorong kerana dia sendiri pernah menjadi bapa yang tidak prihatin terhadap dua anaknya, Liv Tyler dan Mia Tyler kerana kesibukan bersama Aerosmith selain pengaruh dadah yang selalu membuat dia berada di luar paras normal.
Ditanya tentang persepsinya mengenai para peserta yang hadir ke sesi uji bakat, Tyler memberitahu, sepanjang dua siri tempoh menilai bakat baharu, terdapat banyak anak muda yang mempunyai bakat menyanyi namun tidak dilengkapi karisma yang akan membuat mereka bertahan dengan sepak terajang dunia hiburan.
Dia juga memberitahu: “Ini bukan soal mencari siapa yang menyanyi lebih baik. Itu yang saya beritahu penerbit kerana di luar sana, banyak orang yang boleh menyanyi dengan lebih baik. Sebaliknya seseorang itu perlu ada karakter. Macam orang menilai saya atau J.LO atau Randy. Mereka menilai kami secara pakej, dan itu yang kami cari dalam diri peserta AI.”
Dadah
Tyler kemudian memutar memorinya ke belakang. Beberapa bulan sebelum menyertai AI, pelantun lagu-lagu hit seperti Dream On, Walk This Way dan I Don't Want To Miss A Thing itu, kehidupannya masih bercelaru dengan keluar masuk pusat pemulihan untuk membebaskan diri daripada dadah. Gagal berkali-kali untuk bebas daripada najis tersebut, sebenarnya ia terletak kepada kemahuan dirinya sendiri.
Beritahu Tyler, dia telah terjebak dengan dadah sejak awal lagi bersama Aerosmith. Ujarnya ia (dadah) adalah perkara normal yang berlaku di dalam hidup semua orang pada era 70-an.

AEROSMITH kini masih tergantung sama ada untuk berbaik semula atau bubar.


“Lebih-lebih lagi apabila anda berada di dalam band seperti Aerosmith. Dengan album yang terjual berjuta unit, lagu yang membuat banyak orang kecanduan, kehidupan yang dipuja semua orang, apa lagi yang lebih hebat daripada tidak menggunakan dadah?”
“Sementelah pada zaman kami, tiada MTV misalnya dan kami perlu selalu berkelana untuk memperdengarkan muzik kami kepada semua orang dan kami bermain di tiga persembahan dalam masa sehari, saya memerlukan sesuatu. Sesuatu itu adalah dadah,” katanya yang mengambil dadah jenis kokain tanpa berselindung.
Namun hari ini, seperti mana dia memberi imej yang lebih sopan di kaca televisyen menerusi AI biar masih ‘liar’ dengan imej rock n roll yang telah sebati dengan dirinya, Tyler mahu mengembalikan kehidupannya sebaik mungkin.
“Sebenarnya, saya patut bersyukur dengan keadaan hidup saya sekarang dan penglibatan saya bersama AI. Saya terasa menjadi seorang yang lebih baik dan terasa sedang berada di antara kelompok manusia terbaik di dunia,” katanya penuh bahagia.

Sumber kosmo

26 January 2012

Kate Beckinsale Underworld:awakening

Aku minat Kate Beckinsale....Aku suka watak dia dalam Movie "Underworld Awakening tak sabar aku nak tengok aksinya tau.....Movie nie aku follow dari yg pertama lagi.....Jom! cuci mata tengok gambarnya...

 
 Kate bakeinsale dalam cerita UNDERWORLD Awakening
Kate Beckinsale-AES-057248.jpg
Cantiknya...muka licin tak da jeragat pun....


Kate Beckinsale-20120111-3.jpg

Comelnya dengan gaun hitam....

Kate Beckinsale-AES-052379.jpg 

Memang cantik la....


0119_beckinsale_inset

Is Kate Beckinsale's "Selene" the Hottest Vampire Ever?

22 December 2011

Comelnya Anak Tom Cruise & Katie Holmes

Suri Cruise.
ANAK kepada pasangan Tom Cruise dan Katie Holmes iaitu Suri Cruise diumumkan sebagai anak selebriti paling berpengaruh di Hollywodd dalam satu kaji selidik yang dilakukan oleh Daily Beast.
Pengaruh Suri diekori rapat oleh anak perempuan David dan Victoria Beckham iaitu Harper Seven Beckham yang berada di tempat kedua senarai itu.
Antara penyebab mereka tersenarai adalah berdasarkan populariti menghiasi majalah-majalah dan selain ibu bapa mereka menjadi tumpuan ramai.
Nama lain yang tersenarai adalah seperti Shiloh, Max Anthony, Mason Disick dan Jayden Federline.
Berikut adalah senarai 10 anak selebriti yang paling berpengaruh di Hollywood.
1. Suri Cruise (anak kepada Tom Cruise - Katie Holmes)
2. Harper Seven Beckham (David - Victoria Beckham)
3. Shiloh Jolie-Pitt (Brad Pitt - Angelina Jolie)
4. Max Anthony (Marc Anthony - Jennifer Lopez)
5. Mason Disick (Scott Disick - Kourtney Kardashian)
6. Honor Marie Warren (Cash Warren - Jessica Alba)
7. Cruz David Beckham (David - Victoria Beckham)
8. Vivienne Jolie-Pitt (Brad Pitt - Angelina Jolie)
9. Violet Anne Affleck (Ben Affleck - Jennifer Garner)
10. Jayden Federline (Kevin Federline - Britney Spears)

Comelkan Suri nie....Waktu mengandung nak letak nama anak aku suri...tapi tak da maksud....Tak jadik....Letak nama "Nur faqihah  Syifa" Maksudnya memang Best hihihi...Sorry aku tak jenguk korang kesibukan melanda diriku hihihi....Nanti aku terjah korang habis-habisan okey....

29 October 2011

Semuanya Hot!!!

megan fox

 Korang tengok Megan Fox nie seksikan....Dalam cerita Transfomer yang terbaru Megan Fox Nie Tak Ada kenapa Erk?? Aku tengok heroin lain Pulak....Cantik jugak heroin terbaru tue....


selena gomez

 Nie Pulak Selena Gomez...Comel giler....Selena Gomez nie.....mukanya macam campuran sikit...sekali tengok macam muka melayu pun ada...dua kali tengok cam muka Arab hahahaha....itu mata aku la.....scarlett johansonn

Minah nie pulak mukannya macam pelakon Jesicca Alba....Korang kenal Jesicca Alba....hihihi...Tapi best jugak minah nie berlakon.....Tapi yg pelik kenapa pelakon dekat negara barat cantik-cantik? hihihi soalan bodoh aku tanya....Ada sesiapa nak jawab....kalau nak jawab type dekat komen ya.....

09 August 2011

Artis Hot!!!


Yang mana Paling Hot Antara 3 artis nie

 Nie kalau besarkan gambar kulit muka tak cantik ada jeragat
 
 Tersesat artis nie sorang....Takper artis nie Hot jugak tau...
 
 Nie Cantik kulit mukanya...
 
Nie lagi cantik.....hihihi gigi pun cantik...