Showing posts with label Bisikan Hati. Show all posts
Showing posts with label Bisikan Hati. Show all posts

10 October 2013

You're Beautiful/He's Beautiful 2009




Assalamualaikum dan salam sejahtera :)




Korang jangan bosan pulak menyinggah blog nie ya....Dah lama aku menyepi...Sorry ya kawan2 sebab tak singgah blog korang....bukan sombong...tapi diriku ketika ini amat-amatlah moodnya memang ke laut dan aku juga sibuk menyiapkan blog yang menempah dariku....Insya Allah...akan ku terjah blog kalian tunggu waktu dan ketikanya nanti...Okey..Sayang You All muuuahh..

Akukan..kalau mood ke laut mulalah layan Drama Korea..emmmm

You're Beautiful / He's Beautiful

You're Beautiful / He's Beautiful (K-Drama 2009)

Kalau korang nak layan jugak drama Korea Klik Drama Korea

kat situ macam2 drama korang boleh tengok...

30 July 2013

Nak Jadi Sponsor Jangan Menipu Okey

Ha....Entry nie..aku tuju khas kepada sponsor2 yang suka menipu blogger yang join giveaway yang di anjurkan oleh sesiapa...Kalau nak jadi sponsor...sponsorlah betul2 jangan pulak...bila orang tuntut hadiah buat dek jer...betul tak?(aku tak marah...nasihat kat adik2 yang baru nie....)

Tadi aku terbaca kat blog adik Nie kalau korang nak tahu citer klik jer perkataan nie tue...Sebab dah banyak kali jugaklah aku terbaca tentang sponsor yang menipu...dekat wall facebook yang dorang tak puas hati..

Yang Sponsor nie pulak satu hal...dah kau sponsor..sponsorlah betul2...hihihi Dahlah, kau suruh orang LIKE kau  punya fanpages,follow twitter dan follow blog kau...tujuannya untuk like banyak dan follow beribu-ribu...tapi kau tak pulak tunai janji kau sebagai sponsor.Tak boleh buat orang macam tue...nanti orang tak suka dengan kita...Jadilah seorang blogger yang berhemah.

Okey Tq

Sebelum nie...ramai jugaklah yang mengadu pasal sponsor menipu dan ramai sangat menipu..ada tak di kalangan korang yang kena tipu sebegini?aku selalu jugak terkena...tapi malas nak bising...lantaklah...aku join giveaway sekadar suka2..nak beri hadiah atau tak itu lantak dia....fikirlah sendiri beb!!!

Nota Pink: aku kalau buat giveaway tak payah sponsor..aku sponsor sendiri..lagi senang kikiki
 Eh!eh!eh!...jangan marah ya...sesiapa yg terasa akak minta maaf banyak2...hihihi

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.
2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.
3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.
4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.
5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.
6.Menghalalkan nikah mutaah
7.Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.
8.Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.
9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap..Sepatutnya al-Quran 2kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.
10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,umar,usman,Muawiyah dan Aisyah.
12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum(bebas dari dosa2 kecil dan dosa2 besar).Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.
13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi
14.Rukun islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun islam pertama bagi syiah adalah walayah(imam 12).Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.
15.Kain kafan mayat mereka bertulis
16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12
17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah.Biasanya mereka letak di dalam bilik.
18.Suami halal meliwat isteri.
19.Harus taqiah(boleh menipu\berpura-pura)untuk menarik ahli suannah masuk syiah.</p>
20.Mereka tidak ada solat teraweh.Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.
21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.</p>
22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali,pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait.Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat.Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong..Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan.Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.
- tolong sebarkan kesesatan syiah ini

26 July 2013

Program Tak Menjadi

Baru balik dari kedai...bengang giler...aku fikir kat kedai tue ada bahan2 aku nak buat puding roti...rupa-rupanya tak ada,buat penat jer...aku jalan kaki.  Frust betul!!!  huhuhu...

Itu sebab tajuknya program tak menjadi...terbayang-bayang keenakan puding roti....emmm...bila pulak nak plan buat puding nie....

24 July 2013

Bila Terkenang Arwah Mak

Assalammualaikum,


Bila ingat kembali kenangan dengan arwah mak aku  rasa sebak sangat-sangat.... Entah kenapalah rasa sangat terkenang-kenang dengan dia selepas solat atau duk sorang-sorang lagi2 bulan puasa nie....Time raya lagi sedih...tak dapat raya lagi dengan mak aku.
Kadang-kadang aku rasa mak aku rindu kat aku dan tenung aku dari 'sana'. Seperti ingin aku  doakan untuknya.Entahlah..... Mungkin aku merasa kehilangannya bila hampir nak menjelang Hari Raya yang bakal tiba.
01-Surah-Al-Fatihah-Ayat-1-7
 Al-fatihah untukarwah mak aku

29 June 2013

GANJARAN memelihara ANAK GADIS

Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memelihara dua anak gadis sehingga baligh kedua-duanya nescaya dia datang bersama aku pada hari kiamat seperti ini sambil menunjukkan (merapatkan) dua jarinya”.


GANJARAN memelihara ANAK GADIS
Huraian Hadith:

1) Ibu bapa yang mempunyai anak-anak gadis mestilah memelihara dan mendidik dengan sempurna sehinggalah dia dewasa (bersuami).

2) Balasan syurga adalah merupakan jaminan Allah SWT kepada setiap ibu bapa yang memelihara anak gadisnya dengan sempurna hingga dewasa.

3) Islam mengambil berat tentang penjagaan terhadap anak gadis.

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin/jakim (GANJARAN memelihara ANAK GADIS).

Kredit SINI

18 June 2013

Komputer Dah Mula Meragam...

Assalamualaikum...






Risau betul  dengan komputer aku nie....Sebelum nie....kalau on kejap jer terus nampak screennya....Sekarang tunggu dulu baru baru nampak....Adakah tanda2 nak rosak huhuhu....Korang pernah tak mengalami seperti ini?....apa problemnya erk?


Risau jugak...takut tak sempat nak siapkan blog dorang yg tempah dariku....
"Hai! komputer janganlah kau rosak dulu...kalau tak aku bersara kejap dari berblog kikiki"

10 May 2013

Terima kasih Nik Aziz

 http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.148376.1365555533!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

Seperti lagu dan irama, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Pas dan Kelantan tidak mungkin dapat dipisahkan.

Beliau timbul dan tenggelam bersama parti yang memperjuangkan Islam itu sejak 46 tahun lalu dan menjadi menteri besar 23 tahun.

Justeru, tidaklah hairan jika ramai mengalirkan air mata apabila beliau berundur.

"Islam bukan kepunyaan saya (sahaja). ALLAH beri pengetahuan bukan (hanya) kepada saya seorang, tapi ramai. Ramai pengganti, saya tak risau tentang perkara itu," katanya selepas melepaskan jawatan kepada Datuk Ahmad Yacob.

Apakah tokoh ulama yang telah lama berjuang tanpa mengenal penat ini akan terus menerajui Pas sebagai Mursyidul Amnya atau melepaskan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan, di masa terdekat ini belum diketahui.

Yang pasti ialah Nik Aziz meletakkan piawaian yang sangat tinggi untuk diteladani dalam dunia politik tanah air.

Untuk tidak mengecewakan pemimpin hebat mereka itu, Ahmad, 63, bersama saf pimpinan negeri, bukan sekadar perlu mengucapkan jazakallahu khairan kepada Nik Abdul Aziz, bahkan wajib melipatgandakan tenaga untuk mencapai tanda aras yang telah diasaskan oleh pemimpin misali mereka itu.

Seorang ulama yang berkelulusan Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir sebelum menceburi politik Pas pada 1967, Nik Abdul Aziz dikaitkan dengan ciri-ciri seorang zuhud dalam perjalanan hidupnya.

Sejak dilantik menjadi menteri besar pada 20 Oktober 1990, beliau tidak tinggal di kediaman rasminya di JKR 10, Kampung Sirih, Kota Bharu, tetapi memilih untuk menetap di rumah kampungnya di belakang masjid, Pulau Melaka, 5 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu.

Di masjid yang hanya kira-kira 20 langkah daripada pintu rumah papannya itu, beliau mengimamkan solat, memimpin doa, memberi kuliah dan melayan ramai orang dari dalam dan luar Kelantan.

Bahawa Nik Aziz, yang sentiasa dilihat dengan jubah dan serbannya, memadam lampu ketika menunaikan solat di pejabat untuk apa yang dikatakan sebagai mengelak daripada membelanjakan wang rakyat, juga sudah menjadi pengetahuan umum.

Pada 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) menobatkan beliau sebagai menteri besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah.

Setahun kemudian, beliau dibariskan di antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims” (500 orang Islam paling berpengaruh).

Walaupun dianggap ramai sebagai tokoh agama, Nik Abdul Aziz tidak terlepas daripada perselisihan pendapat, pergeseran dan kemelut politik. Beliau kerap dikritik pihak lawan biasanya disebabkan luahan perasaannya melalui kata-kata pedas terhadap mereka yang beliau anggap sebagai musuh kepada kemajuan Islam dan terhadap tindakan-yang baginya, tidak wajar.

Dalam kapasiti apa Tuan Guru Nik Aziz akan terus berdakwah untuk mengembangkan syiar Islam terlalu awal untuk diramalkan.

Tetapi yang jelas ialah, dengan segala kesulitan dalam mentadbir negeri yang sentiasa diserang musuh politik di samping mengatasi masalah dalaman yang kadangkala menggugat keutuhan partinya, kemampuan Nik Aziz merempuh cabaran adalah sesuatu yang bukan mudah ditandingi.

Kredit: Sinar Harian




Nota Hati: Aku kagum dengan Nik Aziz nie....kalaulah perdana menteri kita sebegini alangkah bahagianya....bumi Malaysia....huhuhu..memang susah kalau membentuk sesebuah negara dalam bentuk cara Islam...tak semestinya kalau cara mentadbir sesebuah negara mengikut cara Islam itu mundur....sebagai contoh zaman Nabi kita...betul tak....

psttt!! aku dah jumpa Nik Aziz depan2...memang lembut jer orangnya....aku jumpa Nik Aziz ketika Apek kahwin...aku tulis nie...bukannya aku penyokong tegar pas tau hihihi....cuma untuk kita berfikir dengan seluas-luasnya....sekarang semua harga barang pasti naik dengan tiba2....huhuhu

18 April 2013

Adoi!!!! Sakit Kepala

Assalamualaikum....Korang pernah sakit kepala tak? dalam minggu nie aku sakit kepala...tak tahu kenapa?mungkin angin atau salah makan....menyucuk-yucuk rasa sakitnya....sabar jerlah....

 


Jangan korang fikir aku diet atau stress okey...kikiki....






Aku tengah baca ayat nie sambil pegang kepala aku yang sakit....


Walaupun aku sakit kepala...aku tidak pernah mengamalkan telan ubat....lagi2 panadol....Korang nak tahu kenapa? sebenarnya panadol tidak elok untuk kita amalkan selalu....Kalau aku sakit kepala tido jer hihihi

 Nota Kecik tiba2 rasa tangan sebelah kiri gatal... emmm


04 February 2013

Daiso Japan (Masker Muka)

Akhirnya aku dapat jugak masker nie...Masker nie beli kat Jepun tau....Kawan hubby yg beli kat sana....murah jugaklah harganya....

Botol tengah tue aku dah pakai....gambar muka tue aku dah tanggalkan....Lepas pakai masker nie....memang terasa kulit muka licin....hihihi

3 botol nie...berharga rm 10.00....Harga sebenar...Rm 5.00 lebih cam tuelah satu botol....Dapat harga murah 3 botol rm 10.00...hihihi....nasib baik kawan hubby baik hati...suruh bayar rm 10.00 3 botol....dah 2 kali pakai tau....


          
 Soooo Sweettt Couple niekan.....


Psstt!!! Sekarang aku tgh giler menonton drama Setia hujung Nyawa dekat online....berkali2 aku tgk...cam tak puas tgk dorang berlakon bersama....Sampai hubby aku tegur...."Asyik tgk mamat tue jer..."hihihi...mamat yg di maksudkan oleh hubby aku  hero dalam Setia Hujung Nyawa.....Kelakarkan.... (Perasan jugak hubby aku...kikiki)..Drama tue memang best....tengok sorang2 pun boleh senyum....
 

24 January 2013

5 Hari Menyepi....

Assalamualaikum buat sahabat alam maya.....sudah 5 hari aku menyepi....Aku bukan suka2 menyepi...tau...di sebabkan tenet kat rumah aku problem...terpaksalah aku menyepi....huhuhu...pukul 12.00pm baru tenet nie okey....aku pun tak sabar nak masuk office hihihi....dan tak sabar nak balas kunjungan korang....

Waiting komen belum aku publish lagi...dekat 100 lebih jugaklah waiting komen menunggu aku publish dan membalas balik kunjungan korang......harap korang tak merajuk dengan aku....

edit blog blogger pun belum aku siapkan lagi....gara2 tenet meroyan kikiki....


Psst!! itu sahaja luahan aku untuk hari nie....mungkin korang tertanya2kan....kemana aku menghilang 5 hari....hihihi..banyak benda nak story....besok2lah pulak...

27 December 2012

Kesibukan Melanda Diriku Tahap Gaban!!!

Aduh!!!! memang betul2 sibuk.....tak sempat nak berwalking kat blog kat korang....komen belum publish,melipat kain belum....masak dah masak....kalau tak kelaparan nanti hihihi Aku tgh  siapkan edit blog orang belum siap2 lagi.....idea dah nipis...harap dorang bersabar tunggu turn huhuhu...


Korang tgk gambar tue....aku rasa nak cabut kepala kikiki....

Nasib baik Syifa Memahami ibunya....

Edit Blog nie....perlu kesabaran yg tinggi tau....bermain dengan coding2....buat kepala kita berdenyut sikit2 kikiki...Bila time bendera merah...lagi berdenyut2....betul tak?...Harap korang tidak merajuk dengan ku ya....Bila dah settle semua nie...baru aku singgah blog korang.....Terima kasih kepada sesiapa yg tak jemu2 singgah dan komen....


Pssst!!! group GSF jangan marah ya....Inshaa Allah nanti aku terjah korang kalau ada masa dan waktu....

22 September 2012

Cinta Retak


cinta akan retak jikalau kesetiaan,kejujuran dan kasih sayang yang kurang di semai dalam buku buku hati insan yang bercinta.Cinta sememangya manis,namun cinta juga boleh menjadi pahit bila cinta tidak dihargai.

My Note:Cinta Pada Allah Lebih kekal Sampai bila2....Cinta Kepada Suami Kekal hingga Ke syurga...

Click HERE to earn extra money!

Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00

30 August 2012

komputer terpaksa hantar kedai....

malam tadi...hubby aku bawak balik desktop dari rumah kawannya....pastu dia pesan kat aku jangan usik komputer.....besok nak hantar kedai....ada yg rosak....katanya...Alahai!.....lambat lagilah aku nak terjah blog korang dan rindu nak baca entry korang yg sibuk story pasal raya.....
Aku memang ada telefon tab...tapi tak seronoklah.....sebab kecik...tak puashati.....huhuhu....sedih pulak....my hubby selalu perli....Ibu tak dapat berblog....hihihihi...aku diam jerlah....dalam hati....rindu nak berblog balik cam dulu memang membuak-buak kau.....hihihi....tak mengapa....sabar....nanti okeylah komputer aku tuekan.....

My Note:
sesiapa yg follow....blog nie.....jangan risau....nanti aku follow korang balik....kalau korang tinggalkan jejak korang......Esok merdeka.....Selamat Menyambut Merdeka.....Yang pasti....kita tetap kawan di alam maya.....

09 February 2011

Sekeping Hati Yang Berpapan

Angin Yang Marah
Berlalu di celah dinding
Pohon yang usang itu
Menghempap tubuh kerdil.


Angin ganas bersama ombak
Yang menggunung gulung
Memecah kesunyian senja


Membekam di ombak dada
Silih berganti mengimbau kembali
Aku terdampar di tepi pantai
Perahuku entah ke mana
Bersamaku hanyalah sekeping hati
Dan sekeping papan dan air mata..


Maha Kaya Tuhan
Menyelamatkan nyawaku..