Showing posts with label Resepi Mee. Show all posts
Showing posts with label Resepi Mee. Show all posts

16 November 2013

Mee Goreng Simple

Memang simple betul..just letak udang dengan sayur sawi jer..kikiki....yang penting sedap.Mee goreng nie aku buat untuk sarapan pagi tadi selepas aku jogging dengan si kakak (anak sulong)
Selamat menjamu mata korang ya...

22 August 2013

Resepi Mee Udang Simple

Nak citer dua hari lepas hari selasa,aku ada jemput jiran-jiran kat sini datang beraya rumah aku.Lepas itu,aku ada cuba resepi kat bawah nie...memang senang dan sedap.Terima Kasih PINK UMMI  kerana kongsi resepi.

Aku Copy Gambar Kat Blog Pink Ummi sebab aku terlupa nak tangkap gambar hari tue...kerana kelam kabut.Masak dah lewat tue yg kelam kabut


Gambar sambal cili kicap takde la...Terlupa nak snap..
Bahan bahan nak buat mee sup udang nih senang aje...Mee kuning tuh celur lepas tuh ketepikan...Untuk sup pulak 2 ulas bawang putih+ 1/2 labu bawang besar+1/2 inci halia...Tumbuk kasar...Air+tomato belah 8+ i biji lobak merah potong bulat (ikut selera masing masing lah ye)+kobis bunga+udang (dibuang kulit separuh)+serbuk lada hitam+ 2 ketul kiub pati ikan bilis..Panaskan minyak tumiskan bawang dan halia yang ditumbuk+lada hitam..Agak agak bawang dah garing masukkan lobak merah+kobis bunga..Biarkan sekejap pastu masukkan air..Dah mengelegak masukkan pati ikan bilis+udang+ tomato...Kalau korang rasa sup tak berapa kick korang adjust masukkan garam ke apa janji rasa sedap...Dah masak korang boleh hidang...
Untuk sambal cili kicap pulak saya ambik 10 biji cili padi+2 ulas bawang putih..Goreng sekejap dalam kuali..Lepas tuh tumbuk hingga lumat..Campurkan kicap pekat@kicap manis+sedikit jus limau...Senang aje kan...
 
Nota Pink: Kalau korang tak caya cubalah...memang sedap....4 bungkus aku beli mee kuning licin habis,aku jemput tak ramai...jiran-jiran terdekat jer...Terima Kasih Mimi kerana share resepi.Nanti nak buat lagi hihihi

27 June 2013

Mee Sup Kuning

Baru lepas makan mee sup....sedap giler kih kih kih...(puji diri sendiri pandai masak....) korang layan jerlah gambarnya....

Gambar tue aku ambik dalam kuali kikiki....siap aku letak bebola putih tue....mula2 tue aku fikir nak letak bebola daging...bila fikir balik kalau letak bebola daging dah jadi bakso la pulak....kikiki
Mee kuning orang melayu buat....hihihi tiada bahan pegawet tau...Kakak yg buat mee kuning nie memang kedainya dekat area Taman perumahan sini....bila kita rasa mee kuning nie memang tak ada bahan pegawet..Mee  kakak nie jugak tak payah korang basuh lama2...basuh 2,3 kali dah okey....
Korang tengok jerlah mangkuk aku yg tak berapa cantik tue kikiki...bawang goreng dalam plastik jer....
Sajer letak gambar syifa....sekarang dah makin besar syifa...dah pandai cakap sikit2 hihihi

Pasnie....ada kerja sikit...mungkin dalam pukul 2.00 pergi GM Bukit Tinggi...ushar baju raya....

19 February 2011

MEE GORENG

Bahan-bahan:

  • Mee kuning-satu bungkus
  • 4 ulas bawang putih-di kisar
  • 2 ulas bawang merah- di kisar
  • Cili kering-di kisar
  • Udang kering-di kisar
  • Garam and gula secukup rasa
  • Cili sos
  • Tauge
  • Fishball
  • Daging-Di hiris nipis2
  • Sayur sawi
  • Tomato buah
  • Carrot -jika suka
  • Telur di goreng hancur.
Cara-cara Membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg di kisar hingga garing dan harum.
  2. Masukkan daging,fishball,udang dan sos cili masak hingga daging empuk.
  3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan tomato buah,carrot,telur,tauhu dan mee kuning,kacau rata dan mesra.
  5. Akhir sekali masukkan sawi dan taugeh.Kacau rata dan balik-balikkan mee sehingga sebati semua.
  6. Boleh di hidangkan dengan hirisan timun,limau kasturi,untuk menambahkan masamnya.