Hehehe hari ini aku sajer nak wat entry pasal Salman Khan.Korang mesti minat jugak artis bollywood yg masih bujang nie.Salman Khan antara pelakon yang paling terkenal di Bollywood.Aku pun peminat Salman Khan tau...
Abdul Rashid Salim Salman Khan
Dilahirkan di: Madhya Pradesh, India.
Tarikh lahir: 27 Desember 1965
Umur: 47 tahun
Filem yg aku suka yg baru "Bodyguard (2011) lagunya pun best...Pada aku jalan cerita Bodyguard menarik dan menyentuh hati,korang ada tengok tak?
Hehehe jom! kita tengok sample tulisan Salman Khan pulak?
Interpretasi: Daripada sample di atas beberapa contradiction antara personaliti sebenar (tulisan) Salman dengan personal yang dimainkan Salman di layar filem(tandatangan).
Tandatangan menunjukkan imej yang dipakai oleh seseorang individu itu dimata dunia dimana ianya melambangkan persona yang dimainkan dengan menunjukkan sikap yang positif dan terbaik di dalam seseorang individu tesebut. Daripada tandatangan beliau,banyak memberi fokus kepada zon bawah yang menjurus kepada kemahuan fizikal. Disini kita boleh katakan bahawa Salman Khan amat menitik beratkan kesihatan tubuh badan dengan penjagaan yang cukup rapi. Jadi tidak hairanlah sekiranya badan Salman ni cukuplah berketaq2 dan ini merupakan sumber keyakinan dirinya dalam melakonkan wataknya dengan baik.
Namun begitu, apabila meneliti pula tulisannya (yang menunjukkan personaliti beliau yang sebenar), Salman Khan pula memberi fokus kepada zon atas tulisan tersebut yang menunjukkan bahawa Salman amat menyukai perkara2 ilmiah dan mendalami konsep2 abstrak. Jadi janganla ada yang kata dia ni harapkan badan aje besar, tapi otak tu kosong! Memang silap besar la..!
Daripada huruf 'crossed-t' di dalam tulisannya pula menunjukkan bahawa Salman Khan ini seorang dreamer. Ini menunjukkan bahawa Salman mempunyai memilik daya imaginasi yang tinggi. Ini adalah potensi/bakat yang bagus dan bersesuaian dengan profesion beliau sebagai seorang aktor dan amat penting bagi membantu beliau di dalam penulisan skrip and perhaps menjadi seorang director suatu hari nanti :)
Kredit By :
Sini
Nota Ibu Pink:Itu sekadar kajian di atas tulisannya...Okey..Semalam aku tak dapat publish entry kerana sibuk membuang wallpaper kat dinding rumah aku.Pagi besok start mengecat rumah...Mungkin lambat aku terjah blog korang...Biasalah nak raya hehehe...