Segmen | Jom Terjah and Follow

Author : Cik Rose Cute | 6:28 PM | 15Total Comments |

Nak join Klik Banner Di atas Okey...

Azam Tahun 2012
Cik Rose nak jadi seorang ibu yang lebih baik dari tahun 2011 ^^ Pastu nak ajar anak buat kerja sekolah...masuk tahun baru dah 6 tahun anak yang pertama.....Kena ajar betul2 nanti masuk darjah satu dah pandai hihi hi betul tak?')


 tarikh tutup : 15 Jan 2012


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Boleh Caya ke?Gosip Pasal Erra Gan Engku Emran Nie?

Author : Cik Rose Cute | 9:48 AM | 10Total Comments |
Pagi2 lagi aku dah buka blog sensasi ROTIKAYA  untuk mengetahui isu terkini artis....Tapi aku tak puas hati pasal isu Erra gan suaminya......Takkan isu rumah tangga Erra nak canang kat peminat-peminatnya...betul tak?? Itukan hal peribadi Erra...takkan nak cerita kat public....Apa pendapat korang tentang isu nie....Kalau aku pun tak suka canang tentang rumah tangga aku kat orang lain....lagi2 yang rapat gan kita maksudnya kawan karib.......Hal nie berlaku pada Erra.....biasanya kita cerita kat kawan karib kita sikit jer....Kawan karib kita pulak buat cerita lebih2....Ha....kan kes naya tue.....hihihihi



 Minggu ini boleh di’katakan yang beberapa saluran media berjaya membawa kembali gossip yang melibatkan rumahtangga Erra Fazira & Engku Emran.


Mengambil faktor ketidakhadiran Engku Emran menemani aktiviti Erra Fazira sepanjang 2011, si isteri sekali lagi berhadapan dengan soalan panas wartawan.Hai! Takkan nak berkepit 24 jam....

Erra Fazira bagaimanapun sekali lagi menafikan yang rumahtangga beliau kini sedang mengalami masalah seperti yang di’dakwa.Mestilah  nak cover hal rumah tangga....takkan nak selak kain sendiri hihihi

Seorang teman rapat Erra Fazira yang juga orang kuat industri seni ada menghubungi kami petang semalam membawa sedikit gambaran tentang keadaan sebenar hubungan Erra Fazira dan Engku Emran.
Menurut individu ini, hubungan mereka berdua ketika ini memang tidak stabil tetapi tidak dapat mengesahkan dakwaan yang Engku Emran kini tinggal berasingan daripada Erra Fazira dan anak.
Dakwaan ini turut datang dari beberapa orang penggiat forum hiburan yang berkata mereka beberapa kali terserempak dengan kereta milik Engku Emran di’rumah ibu bapa beliau berhari hari lama’nya.
Engku Emran kini sedang mencari pekerjaan baru selepas kontrak bersama Bernama TV tamat Oktober 2011 yang lalu dan ini juga mungkin salah satu punca Engku Emran enggan kelihatan di’mata umum.
Teman rapat Erra Fazira juga ada menyebut yang beliau pernah menjadi tempat meluah perasaan aktress popular itu sejak kebelakangan ini apabila pertengkaran terjadi antara mereka berdua.

Bohong apa yang di’katakan sumber kami ini, maka bohong juga’lah seluruh entri ini. Tetapi jika benar, apa sebenarnya yang mahu Erra Fazira sorok dari pandangan peminat? Hmm.

P/S: Pada pendapat aku...memang wajarlah Erra Sorokkan.....itu hal peribadi dia.....Kita sebagai peminat...Doakan saja Erra dan suaminya bahagia.....hihihi.....Smile Be Happy..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Tv Baru LED Samsung

Author : Cik Rose Cute | 10:51 AM | 18Total Comments |
Semalam aku tak bukak blog.....Sibuk sikit.......Pagi lebih kurang pukul 10.00 lebih  antar syifa gi klinik sebabnya....untuk check bulanan....Baby kalau belum setahun cam tuelahkan.....kena check....Lepas bawak syifa gi klinik aku gan cik hubby tak balik terus kitaorang ronda2 sambil usha harga tv  .....Tv yang lama tue dah rosak.....Kitaorang budget dalam rm 1300 jer....kalau lebih daripada tue tak payah beli hihihi......Save budget tak lama lagi nak bukak sekolah.....

 Usha punyer usha dapatlah harga murah dalam rm 1325.....okey tak harga tue.....Tv samsung LED 32 inci.....nipis dan ringgan tau comel jer....Harga sebenar 1399....Cik hubby aku tambah 25 ringgit jer....Gambar memang cantik...boleh tengok Movie kat tv nie cucuk jer kat lubangnya.....Memang seronoklah dapat harga tue.....Pendapat korang murah tak ?? hihihi Smile Be Happy...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Apa Kata Erra,Yusry Nak menamat zaman Dudanya....

Author : Cik Rose Cute | 10:34 AM | 17Total Comments |
Aku suka dengan Erra Fazira....Orangnya cantik....baik hati,cakapnya lemah lembut hihihi....Kalau dah suka semua okey ya....Jom Kita baca apa kata Erra tentang isu Yusry nak kawin gan Lisa Surihani....
 
Baru-baru ini, pasangan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani telah mengumumkan majlis pernikahan mereka yang akan berlangsung pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Sidang akhbar yang diadakan di Marriot Putrajaya Resort & Spa, Sabtu lalu turut mengumumkan majlis resepsi Yusry dan Lisa yang akan berlangsung pada 26 Februari 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

GUA pasti ramai yang ingin tahu apa reaksi bekas isteri Yusry, Erra Fazira mengenai berita perkahwinan ini. Erra yang ditemui selepas konsert akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa, mengakui berasa gembira dengan berita perkahwinan bekas suami yang dinikahinya pada 15 Jun 2003 itu.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan berita itu. Akhirnya masa Yusry untuk mendirikan perkahwinan buat kali kedua sudah tiba. Saya sudahpun mengucapkan tahniah kepada Yusry di Twitter miliknya. Nampaknya dia sudah menemui kriteria wanita yang diidam-idamkannya selama ini,” ujar Erra tersenyum manis.



“Saya pernah berkahwin dengan Yusry, jadi saya tahu apa yang dia suka. Masa mereka berpacaran lagi saya dah terdetik mereka ini tentu akan kahwin sebab saya memang kenal Yusry macam mana. Bila hubungan mereka dah menjadi, Alhamdulillah.”

Ditanya mengenai pemilihan Lisa sebagai calon isteri bekas suaminya itu, Erra memberitahu, “Lisa seorang gadis yang baik. Saya respek dia kerana dalam pada usia dia masih muda dan namanya sedang kemuncak, dia berani mengambil komitmen untuk mendirikan rumahtangga dalam waktu ini.

“Apapun, tahniah kepada mereka berdua dan semoga selepas ini Yusry cepat-cepat buat anak. Saya harap mereka akan menghargai diri masing-masing,” ujar Erra mengakhiri perbualan.

P/S: Kredit Dari Ping Busuk


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Cerita Seram Tentang Uri

Author : Cik Rose Cute | 10:26 AM | 9Total Comments |
Aku pernah dengar waktu kecik2 dulu.....Orang tua2 berpesan kalau ada wanita bersalin cepat2 tanam uri tersebut sebelum apa2 berlaku...Korang percaya atau tidak terpulang....Kat bawah nie ada kisah seram tentang uri wanita bersalin....Seram pulak aku membacanya....Ada tak sesiapa yang pernah mengalimi benda pelik cam gini....













Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika berlaku kejadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi ditahan dihospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam. Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia di bawa balik dari hospital kerana hari sudah senja. Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula di nyalakan kerana menurut orang tua tua, uri bayi yang baru hendaklah di letakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan. Jam di dinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam. Penghuni penghuni lain dirumah sudah nyenyak dibuai mimpi. Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu. Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa mengantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan. Kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur apabila ku lihat lembaga putih ditingkap dapur-berjalan diudara. Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri. Lagi pun, rumah kami ditingkat lima. Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi ditingkap dapur. Tiba tiba ia berhenti, lalu memandang kearahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak diatas meja. Matanya merah, bagaikan bebola api. Lendir dicelah celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak. Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran. Pontianak itu tiba tiba berlalu, menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu ditingkap ruangan tamu pula. Ia cuba mencakar cakar dinding ruangan tamu. Aku hairang kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap dirumahku. Oleh sebab itulah pontianak itu tudak boleh masuk. Aku de dapur lalu mengambil segelas air lalu kubacakan ayat Qursi. Sesudah itu, aku renjiskan keseluruh penjuru rumah dan disemua tingkap. Akhirnya pontianak itu pergi jga dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi pagi lagi aku mengajak abangku perfi menanam uri anaknya. Waktu melawat kakak iparku dihospital kemudian, diakatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti henti. Mujur ayahku telah membekalkan surah surah untuk menjadi pendinding. Aku hanya terdiam disitu mendengar cerita mereka. Kejadian malam itu tidak keberitahu sesiapapun.-

P/S: Cerita di atas kredit By  Putri Roh 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Scha Gan Awal Nak Kawin Jugak!!!

Author : Cik Rose Cute | 8:12 AM | 3Total Comments |
Tahun depan ramai betul artis nak kawin ya....Selepas isu Yusry Gan Lisa nak kawin...Ada pulak artis nie nak kawin jugak....Jom! tengok siapa artis tue.....hihihi

Awal Ashaari


KUALA LUMPUR – Selepas pasangan Yusri KRU – Lisa Surihani mengumumkan tarikh pernikahan mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Februari tahun depan, satu lagi pasangan selebriti terkenal, Scha Al-Yahya – Awal Ashaari, mengumumkan akan menamatkan zaman solo mereka.

Dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini, Scha memberitahu bahawa perkahwinannya dengan Awal yang berkonsepkan Melayu kontemporari akan dilangsungkan seawal-awalnya pada Mac dan selewat-lewatnya Jun tahun depan.

“Time frame yang kami berikan kepada PICC adalah sepanjang Mac hingga Jun depan.

“Justeru, saya tak berani mengesahkan tarikh sebenar bila kami nak kahwin, kena tunggu tarikh yang betul-betul sesuai, terutama musim cuti persekolahan atau cuti umum sepanjang Mac hingga Jun ini,” katanya yang dipetik dari akhbar sisipan Berita Minggu, Bpop, di sini hari ini.

Menurut Scha lagi, pada mulanya pasangan itu memang merancang untuk memilih Februari tahun depan untuk melangsungkan perkahwinan.

Namun ia terpaksa ditunda akibat jadual dan komitmen penggambaran dua filem, Darah Daging dan KL Meroyan, ditambah pula dengan drama bersiri Mimi Mencari Cinta 2, mereka terpaksa menunda hasrat mendirikan ‘masjid’ pada Februari ini.

Selain itu, Scha juga dimaklumkan oleh PICC bahawa mereka tidak dapat menyediakan tempat sepanjang Februari memandangkan dewan penuh dengan tempahan lebih awal.

Scha juga menjelaskan bahawa pihak Astro ada ‘melamar’ untuk hak penyiaran eksklusif majlis Raja Sehari mereka, namun beliau belum lagi membuat keputusan mengenai tawaran tersebut.

“Saya tak pernah tanda tangan sebarang kontrak akan beri hak penyiaran eksklusif perkahwinan kami kepada Astro. Memang mereka (Astro) ada beri idea, tapi perancangan itu tidak dapat direalisasikan sebab belum ada hitam dan putih

“Desas-desus yang mengatakan Astro akan mendapat hak penyiaran eksklusif perkahwinan kami menjelang Februari depan, itu tidak benar.

“Mungkin akan ada pasangan artis lain yang berkahwin Februari depan dan Astro bakal menyiarkan majlis persandingan mereka, itu saya tidak tahu. Tapi saya dan Awal tak mungkin, PICC belum beri tarikh, katering tak ada lagi, kursus kahwin pun tak pergi dan baju kahwin pin tak tempah lagi,” ujarnya panjang lebar.

Scha turut menafikan gosip sebelum ini yang mengatakan seorang pereka fesyen telah ‘pecah lubang’ kononnya pasangan itu benar-benar akan melansungkan perkahwinan mereka pada Februari depan dan menegaskan mereka belum menempas sebarang busana untuk majlis gemilang mereka itu.

“Kononnya ada sumber daripada pereka fesyen pakaian pengantin dah pecah lubang memaklumkan saya dan Awal memang bercadang memilih Februari untuk bernikah, tolonglah panggil pereka fesyen itu, siapa yang beritahu!

“Saya hanya akan buat baju sekiranya dah dapat tarikh yang sesuai dari PICC,” jelasnya.

Scha Al-Yahya pernah dikaitkan bercinta dengan rakan pengacaranya dalam rancangan Sehati Berdansa, Fahrin Ahmad, manakala Awal Ashaari mengaku pernah hidup solo selama tiga tahun selepas putus cinta pada tahun 2006. 
 
P/S: Semoga perancangan kawin diaorang di mudahkan oleh Allah....Amin!!!...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Randy Pangalila Takut Jarum rupanya...

Author : Cik Rose Cute | 8:01 PM | 12Total Comments |
Siapa tak kenal hero hensem niekan.....Macho2 dia takut jugak dengan jarum suntikan hihihi....aku baca pun dah nak tergelak tau....Jom! Baca kalau tak caya..



Orangnya berbadan sasa, kalau pengsan di sisinya, bisa saja kita digendong terus ke rumah sakit (hospital), namun di sebalik lagak gaya macho-nya, siapa sangka pelakon sinetron ‘Nada Cinta ‘ dan ‘Melody’, Randy Pangalila ini sebenarnya takut dengan jarum suntikan.

“Walaupun bentuknya kecil dan halus, tetapi menyeramkan. Ianya terus mengingatkan saya tentang jarum suntikan yang mampu menjadi penyebaran penyakit AIDS, “ujar pelakon muda berusia 21 tahun ini lewat detik hot.

Tambahnya lagi, walaupun fobia pada jarum suntikan, namun tidak bermakna dirinya menolak daripada disuntik. Malah dia pernah melalui pengalaman yang kurang menyenangkan ketika berhadapan dengan fobianya ini.

Menurutnya,  dia pernah trauma semasa hendak menderma darah semasa berada di sekolah menengah.

“Saya pernah berasa sangat sakit selepas menderma darah. Mujur perasaan itu reda selepas saya makan tiga pinggan mee,” ujar pelakon yang turut berlakon disamping Elfira Loy menerusi telefilem ‘Biar Mimpi Sampai Ke Bintang’.

hahaha...korang dah baca dah....Masa sunat tue...camna agaknya erk??....hihihi Smile Be Happy

Kredit By Oh Bulan


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com.

Author : Cik Rose Cute | 12:40 AM | 4Total Comments |
Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011



korang click je link kat atas ni.Kalau korang nak join....Sebelum tue kita tengok syarat-syaratnya terlebih dahulu....



Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger.
  2. Buat entri bertajuk Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com
  3. Sila copy banner dan letak dalam entry anda okey.... Dan War-warkan tentang penyertaan anda kepada pengunjung-pengunjung blog anda .....Blog anda wajib ada shoutbox a.k.a kotak menjerit supaya senang nak tinggalkan jejak.Anda mestilah seorang yang selalu update blog dan yang rajin blogwalking.Setelah siap, letakkan URL entri tadi ke dalam ruangan komen entri    www.maliana.com
     
    Senang tak syarat-syaratnya....Tak perlu tag kawan-kawan....Jom! Join....Sebelum terlambat...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Siapa kekasih Fieda selepas Mamat Sepah

Author : Cik Rose Cute | 4:16 PM | 10Total Comments |
hihihi siapa agak nya ya....Pedih hati mamat bila baca isu nie....mesti frust menonggengkan....Mari kita baca apa kata Fieda tentang hubungannya dengan Jejaka 'S'...






" Kalau diikutkan saya sudah mengenali ‘S’ sebelum berkawan dengan Mamat lagi. Namun, hubungan kami sebelum ini terjalin atas dasar rakan niaga sahaja. ‘S’ muncul dan kami menjadi rapat selepas hubungan saya berakhir dengan Mamat,” katanya yang ditemui baru-baru ini.


Saya tertarik kepada ‘S’ kerana kematangan dan cara pemikirannya yang banyak memberikan dorongan tentang dunia perniagaan dan kehidupan pada masa hadapan. Apa yang menarik tentang ‘S’ adalah kematangannya dalam membuat keputusan dan dia banyak mengajar saya untuk memikirkan tentang perancangan masa depan dan dunia perniagaan.


Namun hubungan kami masih terlalu baru, tidak sampai enam bulan pun, jadi berilah ruang dan masa untuk kami lebih saling mengenali. "


P/S: Semoga fieda bahagianya bersama "s" Cik rose tak suka sangat fieda gan mamat sepah tue....(jangan marah Mamat sepah hihihihi)


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Cerekarama | Ajaibnya cinta Best Tengok Botak!!

Author : Cik Rose Cute | 12:33 AM | 9Total Comments |
Seronok betul tadi aku layan citer nie.....Lucu pun ada......Yang paling best lagu hindi dalam cerita nie....Cinta itu tidak mengenal usia atau sesiapa...Cinta itu buta.....Aku tengok Johan dalam cerita nie kelakar la....hihihihi kelakar tapi comel gitu....ada ke orang sokong dengan pendapat aku.... dalam kandang kambing pun sempat lagi mengayat hihihi.....Sesuaikan tajuk Ajaibnya Cinta......Umie aida pun best...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Author : Cik Rose Cute | 7:26 PM | 12Total Comments |

saper ada  tgk citer  kat atas  nie? Best jugak tengok cerita nie tau....Apalagi heronya hensem....Aku memang suka tengok Randy Panggalila nie mukanya ala2 selamba tapi hensem hihihi.....Aku mula minat Randy sejak aku tengok sinetron "Nada-nada Cinta kat Astro.....SEbelum nie randy dah banyak berlakon sinetron..tapi tak layan sangat hihihi Boleh di katakan best jugak cerita nie....Aku tengok Randy tak kekok berlakon dengan pelakon kita kat Malaysia nie....

 Aku suka dengan kinah yang sengal tu..nak cakap omputih  tapi entah apa2 di sebutnya.......present dia sebut presten...macam tak logik la kan tapi sengal2 kinah dia kaya dalam cerita tue....Kinah nie bukan heroin tau  kinah nie kawan baik gan  heroin dalam cerita nie....Korang tahukan siapa heroinnya.....syok jugak tengok muka ... slenger macam tu...Boleh dia tak suka iPad sebab ipad tu tak ada  keyboard cam komputer  hihihi lawakkan.......Ada ke orang kaya perangai cam gitu erk??

Waktu aku tengok cerita nie...memang aku layan betul2...Romantik jer aku tengok Randy..... Cik hubby aku bengang jer dengan aku....Sebab kusyuk melayan movie nie.....

p/s: Ada sesiapa tengok ke? kalau tengok cerita nie...apa pendapat korang best ke tidak?? "Smile Be Happy"


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Jadik jugak Yusry Gan Lisa Surihani nie ya....

Author : Cik Rose Cute | 2:40 PM | 6Total Comments |
Al-hamdulillah....Kalau dah jodoh tak kemana ya.....Okey, mesti ramai dah tahu pasangan ini telah membuat pengumuman tarikh istimewa untuk mereka di satukan....Aku sajer nak share jugak gan korang....Aku memang suka Lisa Surihani...Tarikh untuk mereka disatukan pada 23 Februari tahun depan...Tempatnya di masjid Tuanku Mizan, Putrajaya...



Majlis Resepsi akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari dalam satu majis yang serba sederhana.....Okeylah tue.....Jangan pulak buat majlis besar-besaran....setahun dua tahun dah cerai berai....tak gitu..hihihi Contoh!! Sebelum nie Yusry gan Erra....Apa Kess!!!

P/S: Semoga perkahwinan kali nie akan berkekalan buat Yusry....Amin....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Petang hujan...

Author : Cik Rose Cute | 3:49 PM | 7Total Comments |
Hai!!tempat korang hujan jugak ke? kat sini asal petang hujan...tak dapat la bawak anak pegi taman main2....aku bukak blog kejap jer...Pasni nak goreng keropok keping...Cik hubby aku kirim dengan budak Kelantan...Hujan2 nie..mesti laparkan....Malam nanti kot...kalau sempat aku terjah korang....Tapi kejap jerlah....Sebabnya aku nak tengok Maharaja Lawak....Katanya Adlin dah terkeluar erk...Aku tak berapa suka gan lawak Adlin hihihi Korang Suka Tak??..Menyampah adalah.....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Comelnya Anak Tom Cruise & Katie Holmes

Author : Cik Rose Cute | 4:27 PM | 12Total Comments |
Suri Cruise.
ANAK kepada pasangan Tom Cruise dan Katie Holmes iaitu Suri Cruise diumumkan sebagai anak selebriti paling berpengaruh di Hollywodd dalam satu kaji selidik yang dilakukan oleh Daily Beast.
Pengaruh Suri diekori rapat oleh anak perempuan David dan Victoria Beckham iaitu Harper Seven Beckham yang berada di tempat kedua senarai itu.
Antara penyebab mereka tersenarai adalah berdasarkan populariti menghiasi majalah-majalah dan selain ibu bapa mereka menjadi tumpuan ramai.
Nama lain yang tersenarai adalah seperti Shiloh, Max Anthony, Mason Disick dan Jayden Federline.
Berikut adalah senarai 10 anak selebriti yang paling berpengaruh di Hollywood.
1. Suri Cruise (anak kepada Tom Cruise - Katie Holmes)
2. Harper Seven Beckham (David - Victoria Beckham)
3. Shiloh Jolie-Pitt (Brad Pitt - Angelina Jolie)
4. Max Anthony (Marc Anthony - Jennifer Lopez)
5. Mason Disick (Scott Disick - Kourtney Kardashian)
6. Honor Marie Warren (Cash Warren - Jessica Alba)
7. Cruz David Beckham (David - Victoria Beckham)
8. Vivienne Jolie-Pitt (Brad Pitt - Angelina Jolie)
9. Violet Anne Affleck (Ben Affleck - Jennifer Garner)
10. Jayden Federline (Kevin Federline - Britney Spears)

Comelkan Suri nie....Waktu mengandung nak letak nama anak aku suri...tapi tak da maksud....Tak jadik....Letak nama "Nur faqihah  Syifa" Maksudnya memang Best hihihi...Sorry aku tak jenguk korang kesibukan melanda diriku hihihi....Nanti aku terjah korang habis-habisan okey....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Doa Cinta

Author : Cik Rose Cute | 3:06 PM | 14Total Comments |
Ya Allah... 
Saat aku menyukai seseorang, ingatkanlah aku akan ada akhir antara kami agar aku tetap bersamaMu Yang Tidak Pernah Berakhir...

Ya Allah, 
jika aku mencintai seseorang, temukanlah aku dgn orang yg mencintaiMU lebih dari dia mencintai aku agar bertambah kekuatan cintaku pada diriMU..

Ya Allah, 
ketika aku sdg jatuh cinta pada seseorang, jagalah cinta itu agar ia tidak melebihi cintaku padaMU Yang Satu.. 

Dan sesungguhnya Ya Allah, 
ketika aku mengucapkan lafaz "aku cinta padamu", biarlah ku lafazkan itu pada insan yg hatinya tertaut padaMU agar diriku tidak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMU... 

Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Tahu apa yg terbaik buat dunia dan akhiratku.. Aminn..



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen : Jom Join Bloglist Atiey 2011/2012

Author : Cik Rose Cute | 8:28 PM | 9Total Comments |


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Help! Me Help! Me...Eror benda nie?? -bX-l4u1mh-

Author : Cik Rose Cute | 5:28 PM | 10Total Comments |
Aduh!! kenapa dekat page Element keluar gambar camni erk?...Ada sesiapa tahu....nie Cik blogger buat hal....Tolong....Boleh gi tahu...Aku dok fahang setarang benda nie...dari semalam lagi....


Korang nampak tak kat atas tue.....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Betul ke Fasha Sanda Nak kawin!!!

Author : Cik Rose Cute | 3:57 PM | 10Total Comments |
Betul ke  Fasha Sandha nak kawin nie.....Aku rasa dah banyak kali gosip Fasha Sandha gan jejai nie....merancang nak kawin....tup-tup tak jadi....Baru jer hari tue gosip Fasha Sandha gan Botak hehehe.....Gosip dunia macam-macamkan....Artis biasalah...kalau tak ada gosip tak glamour la pulak ya dok...
Pasangan yang dah berapa kali plan nak kawin nie....Tapi tak jadi-jadi jugak....Kita tunggu tahun depan...Semoga jodoh diaorang sampai....Tak sabar nak tengok Fasha Sanda kawin.Hari tue Fasha Sandha ada cakap...Ibunya tak  bagi dia kawin gan jejai.....Korang bacalah kat bawah nie...


Bagai tidak sah jika satu tahun berlalu tanpa ada khabar angin mengatakan aktress sensasi Malaysia, Fasha Sandha bakal menamatkan zaman bujang.

Fasha Sandha yang semakin hari semakin mengecap populariti menerusi barisan drama bersiri dan yang baru habis tayangan, Cinta Elysa akan muncul dengan Dari Kerna Mata tidak lama lagi.
Awal hari ini, kami menerima satu kiriman gambar dari seorang kenalan yang rapat dengan Fasha Sandha berserta informasi yang di’dakwa sebagai sahih.

Bukan gambar di’sebelah ini, tetapi gambar Fasha Sandha yang di’katakan sedang mencuba persalinan pengantin beliau selepas ini. Mungkinkah ini salah satu gaun pengantin yang bakal di’kenakan Fasha Sandha nanti?

Sumber kami yang kini sedang terlibat secara langsung dengan persiapan perkahwinan Fasha Sandha berkata aktress ini sedang bahagia untuk bergelar isteri kepada Rizal Ashram (Jejai) tahun hadapan.

Perkahwinan Fasha Sandha & Rizal Ashram di’khabarkan bakal berlangsung sekitar tarikh jatuh’nya ulangtahun kelahiran si gadis iaitu 28 Mac 2012 — tetapi ia’nya jatuh pada hari Rabu.

Mungkin di’bawa ke hujung minggu seperti mana majlis perkahwinan biasa yang lain. Common sense. Jika benar seperti di’dakwa oleh sumber kami, tahniah terlebih awal buat Fasha Sandha & Rizal Ashram.
P/S: Birthday Fasha Sandha bulan mac jugak..Sama ler gan birthday aku hehehe...Sempena Birthday aku nanti nak anjurkan Contest la.... Ada ke orang nak join??? Akukan tak sepopular Lyssa Fauzureen....hehehe


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Toyol!!!

Author : Cik Rose Cute | 2:29 PM | 18Total Comments |
Ha...aku nak share cerita seram gan korang...dah lama tak tulis cerita seram hehehe..kali nie cerita seram pasal toyol......Toyol niekan suka curi duit....Jom! kita baca kisahnya....

Entah mengapa, lain macam benar perasaannya malam itu.Bukan dia tidak biasa tinggal sendirian di rumah. Lagipun umurnya sudah masuk 25 tahun, tidak perlu bimbang kalau tinggal seorang diri di rumah....

"kata ibu, nenek moyang aku dulu ada membela saka.Hish!!, kenapa aku fikir  yang bukan-bukan ni. Astagfirullah...." Asnira cuba menepis pemikirannya yang negatif.

Belum pun sempat dia meletakkan novel yang di baca di atas meja, kedengaran jelas bunyi tapak kaki    orang berjalan dari bilik yang sengaja di biarkan kosong oleh ahli keluarganya itu.Bilik itu dekat dengan ruang tamu rumahnya.

"Siapa pulak yang berjalan-jalan dalam rumah aku ni," keluh Asnira dalam hati.Tidak lama kemudian, dia memberanikan diri berjalan  kearah bilik itu.Dari lubang kecil dia mengintai melihat keadaan bilik kosong itu.

"Siapa pula yang buka lampu bilik ini?" Seingat aku cuma ruang tamu rumah sahaja yang terpasang lampunya,' bisik  hati Asnira.Jantungnya semakin berdegup kencang.Bagai tuda percaya dengan apa yang dilihatnya.Seekor makhluk kecil sedang bermain-main kacang hijau di antara katil dan almari yang ada di dalam bilik berkenaan.Terasa lututnya lemah dan mindanya melayang-layang ke udara.Asnira cuba gagahkan diri untuk berundur menjauhi bilik kosong itu.Malangnya kakinya semakin lemah longlai.Mulutnya tak henti-henti membaca setiap doa ringkas yang diketahuinya.Malangnya setiap surah2 yang di baca tidak dapat di habiskannya.

Kelihatan makhluk itu begitu tekun bermain biji kekacang tanpa menyedari asnira memerhatikan setiap pergerakannya.

"Ya Allah , makhluk apakah itu? kenapa ada di rumah aku? Kata-kata Asnira sebaik sahaja berjaya keluar dari rumahnya.Dia terlalu takut sehingga terlupa yang dirinya telah berjalan kaki ke rumah jirannya tanpa memakai selipar.

"Kak piah....buka pintu kak piah," laung Asnira lemah. "Kenapa dengan kau nie As,macam ternampak hantu saja?" tanya kak piah pelik sebaik sahaja membuka pintu rumahnya.Asnira mengangguk berkali-kali.

"Memang saya nampak hantu kat rumah saya kak.Dia main biji kekacang.Dari mana datang biji kacang itu pun saya tak tahu.Kak panggil abang Seman kak, diakan tahu sikit ilmu menangkap hantu polong ni.." Rayu Asnira sambil mengesat airmata dek ketakutan yang teramat.

"Ada orang nak aniaya keluarga kamu ni As.Mak ayah kamu ada simpan duit dalam rumah ke?"tanya abang seman inginkan kepastian.

"Kalau tak silap saya dua hari sudah, ibu ada ke bank.Dia kata nak keluarkan duit.Nak bayar duit  tanah yang baru dia cadang hendak beli dari Pak Kadir," Asnira cuba mengingat kejadian sebelum nie.

"Ada orang nak curi duit ibu kamu.Tapi dengan cara halus.Dia hantar makhluk suruhannya.Yang kamu nampak tadi itu adalah toyol.Abang dah masukkan dia dalam botol ini. Abang akan buangnya kelaut nanti," Kata Abang Seman sambil menunjukkan botol lutsinar yang kosong.

P/S: Sebenarnya Ibu Asnira telah meletakkan biji kekacang hijau dekat tempat simpanan duit tersebut.Sebabnya makhluk itu akan terleka  kalau dah jumpa biji kekacang hijau... Aku ingat lagi kata orang tua-tua...kalau taknak toyol curi duit kita..letak biji kekacang hijau ....Betul ke tidak aku pun tak tahu....Tapi menerut firasat aku...betul kot......~Smile Be Happy~ Panjang pulak ya....hehehe...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Hari Selasa Yang Ceria

Author : Cik Rose Cute | 12:09 PM | 10Total Comments |
Lucu tak gambar keluarga kat bawah hehehe.....Anak aku memang suka giler tengok  Mr Bean tau...Anak korang suka tak?? ~Smile Be Happy~ Muuaahhhh..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Shoutmix Kena Bayar! You All Dah Tahu ke??

Author : Cik Rose Cute | 12:24 AM | 18Total Comments |
Hai! nampaknya...aku kena tukar lain la..lepas nie hehehe.....Shoutmix sekarang kena bayar....Kalau tak caya baca kat bawah...aku pun dok fahang setarang orang putih...hehehe....Aku buat2 faham.....
Muka Tension....atau sedih hehehe...

Free service has to stop


Thanks for using ShoutMix for all these year. I have been providing free shoutboxes on the World Wide Web for over 7 years now. It wasn't long before I realized being 100% free is not sustainable. Just before ShoutMix's first birthday, it almost had to be closed.
ShoutMix has tried to --> Continue Reading ....

Kalau korang tak nak bayar guna jer yang baru kat bawah nie...free jugak hehehe...pilih jer nak yg mana...Tak pun tak nyah guna....


Copy this from : LySSA


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Lelaki Merajuk Apa sebabnya....

Author : Cik Rose Cute | 2:47 PM | 16Total Comments |
Wah!!..tajuk kat atas tue....buat perempuan geram jerkan..hehehe...Ha..korang tahu ke..kenapa lelaki merajuk Ada tak...pakwe ke...@ suami korang yang suka merajuk??.....Sikap suka merajuk dan sensitif sinonim dengan diri wanita.Jarangla...pulak kita melihat lelaki bersikap sedemikian.Tapi hakikatnya ada lelaki yang mudah merajuk dan sensitif.Jika sikap itu ada dalam diri seseorang lelaki,apakah penyebabnya....Hilang sifat 'macho' lelaki itu...ke...


  1. Emosi Lembut~ Mungkin lelaki sebegini punya emosi yang lembut.Lelaki juga ada "soft spot' mereka.Ini bermakna apabila berlaku sesuatu kejadian atau mereka mengalami perkara yang menyentuh hati,mereka cepat sensitif....Takpun "mungkin ada lelaki yang kuat merajuk tetapi di sebabkan ego yang tinggi, dia tidak menunjukkannya di hadapan orang lain.Ada juga yang sebaliknya,kerana mahu di pujuk dan di beri perhatian".
  2. Mungkin jugak "lelaki merajuk kerana ingin belaian daripada pasangan mereka atau orang yang mereka yang sayangi.Tapi jika lelaki itu mudah merajuk dan sensitif  tidak bermakna hilang macho dia....hehehe...Lelaki pun ada perasaan soft jugakkan....."Oleh itu bukanlah perkara luar biasa jika ada lelaki yang memiliki emosi dan mudah merajuk dan sensitif.Korang jangan pulak hairan hehehe....Apa perlu buat adalah mencari sebab kenapa lelaki merajuk...(contoh cik suami kitalahkan...)
P?s: Ada benar dan ada tidaknya....fakta di atas selalunya lelaki akan menunjukkan sikap suka merajuk dan sensitif ini apabila mereka dalam perhubungan.Jika mereka ada masalah dan tidak setuju dengan apa yang di lakukan akan merajuk....Contohnya teman wanita @ isteri sibuk bekerja dan tidak meluangkan masa dengan mereka,lelaki juga boleh merajuk....Kalau nak pujuk lelaki banyak caranya...boleh guna kata-kata ataupun beri hadiah.(Wah!! naik lemaklah lelaki ya...hehehe) Llaki yang merajuk tidak bermakna hilang sifat macho mereka.Anggaplah lelaki merajuk itu hanya untuk bermanja-manja.Takkkanlah kita wanita sahaja yang boleh merajuk dan sensitif......Panjang pulak aku membebel....."Smile Be Happy"


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Ular Sawa Makan Rusa

Author : Cik Rose Cute | 11:30 AM | 12Total Comments |
Hai! Smile Be Happy okey.....Besar betul ular sawa nie...boleh telan rusa....Kejadian nie berlaku dekat Selatan Florida......Orang kat sana berjaya menangkap Ular sawa betina sepanjang 5 meter kau.....dengan kita-kita pun boleh ular sawa nie telan....Eeee!! seramnya....Lebih memeranjatkan lagi  di dalam perut ular sawa tue ada pulak seekor rusa dewasa yang masih baik....Ular sawa main telan jerkan....betul2 seram....(Aku cuba bayangkan bila ular sawa belit aku dan telan aku....Eeeeii....menyeramkan....) Ular aku paling alergik......

 
Penemuan Seekor Rusa Dalam Perut Ular Sawa

Penemuan Seekor Rusa Dalam Perut Ular Sawa


Penemuan Seekor Rusa Dalam Perut Ular Sawa

Penemuan Seekor Rusa Dalam Perut Ular Sawa

Penemuan Seekor Rusa Dalam Perut Ular Sawa

Penemuan Seekor Rusa Dalam Perut Ular Sawa

Penemuan Seekor Rusa Dalam Perut Ular Sawa

Penemuan Seekor Rusa Dalam Perut Ular Sawa

Kredit Gambar By :Mamat


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Aku Nak Bagi Miss Lyzeer Sentap

Author : Cik Rose Cute | 3:30 PM | 4Total Comments |

*kalau nak join,klik ja banner atas ni no*


Contest ni senang je..
-x payah follow blog ni ( kalu nk follow sebab ikhlas ye....x de paksaan sama sekali, peace)
-x payah tag sesiapa (miss tau, korang pun bukan rajin sgt nak tag2 orang..kui2)
-x payah like my fan page (miss x de official fb pun LOL)
-x payah tempek banner kat side bar (bg semak korang punya side bar yg sedia semak tu dah..haha, peace lagi sekali )

senang ja contest ni,kita cuma bagi tuan blog ni sentap dengan mengkritik blog beliau..aku bab-bab mengkritik nie susah sikit hehehe...yalah...Blog aku pun bukan cantik sangat...
*
*
*
*
*
*

1) Header okey simple tapi cantik...

2)Tema hitam cantik jugak....tak rasa mata gelap ke....

3)sidebar pulak..."komen-komen panas" tu tak payah letak pun tak per....

4)Kat bawah header tue...ada perkataan "home" tapi tak nampak...bila mouse pegi situ baru nampak...kenapa tak tukar kaler lain....

Itu sahaja pendapat saya....Blog saya pun tak cantik jugak....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Gerhana Bulan tanda Kiamat

Author : Cik Rose Cute | 10:29 AM | 14Total Comments |
Biasa kita kalau gerhana bulan mesti kita semua nak tengokkan.....kadang2 tue siap snap gambar lagi...nak simpan dalam blog untuk tatapan orang.........Tapi tidak kepada Rasul kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.....Aku nak share gan korang satu cerita yg boleh kita renung bersama-sama....



Setiap kali bila tibanya gerhana maka akan mundar-mandirlah Rasulullah saw dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan baginda saw terhadap fenomena yg berlaku. tergambar kerisauan di wajah baginda terutama kepada para umatnya..baginda risau dengan persoalan adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu petanda berlakunya kiamat. Setiap kali tibanya gerhana Rasulullah saw akan cepat-cepat mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat berlalu kerana jika Allah SWT mengkehendaki menahan / melanjutkan tempoh gerhana itu sehingga ke tempoh yg Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dgn kebiasaan maka huru haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat...itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar...kerana itulah Rasulullah saw melakukan solat sunat dan menggalakkan kita melakukan solat sunat gerhana kerana biar ia cepat berlalu jangan sampai kita berjumpa dgn hari tersebut walaupun kita pasti akan melaluinya. jika org yg meninggal pada hari lain ada orang talqinkan atau orang bimbing kita tetapi tidak pada hari tersebut...kerana itulah ia juga digelar hari yg penuh huru hara...jadi jangan lupa melakukan solat sunat gerhana dan mohon agar ia berlalu dengan cepat. Tak salah menghayati kecantikkannya tetapi jangan sampai kita terleka kerana alim ulama cukup bimbang akan fenomena ini..


Jadi sama-samalah kita renungkannya. Bukan sekadar keluar rumah dan tengok bulan, tapi hayatilah apa yang tersurat dan tersirat rahsia Allah itu. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dimatikan dalam keadaan yang baik.

P/S: Info nie aku petik dari blog INNANIE ARIFFIN kalau korang nak terjah blog dia klik jer nama tue....aku suka baca blog dia....kerana banyak info-info yang menarik.....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Plan Nak Ke Banting

Author : Cik Rose Cute | 11:31 AM | 13Total Comments |
hari nie....rasanya nak berjalan ke banting.....Nak carik baju sekolah si kakak...Kat pekan banting murah sikit...kalau beli kain.....Korang hari nie ke mana?...atau duk umah jer....Berangan jugak nak berjalan ke Ikea...Cik hubby pulak tak tahu Ikea tue kat mana.....Tue yang cik hubby malas nak bawak aku tue......(muka merajuk nie..hehehe)  pernah tak korang sampai pekan banting hehehe.....
 Nak beli baju sekolah si kakak nie...tahun depan 6 tahun kau....Baju taska nya warna pink...baju yang lama tue ada...kainnya tak cantik..bila gosok berbulu....


nie gambar syifa...kat mcd banting....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

segmen up follower dengan sepantas kilat

Author : Cik Rose Cute | 5:58 PM | 14Total Comments |

klik banner utk join
 
 ' BELOM COBA, BELOM TAW ! '
 
hehehe...Jom! Join ramai-ramai...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Isu Blog "Budak Gigit Rabbit" Panas!!!

Author : Cik Rose Cute | 10:51 AM | 16Total Comments |
ada jugak blogger yang menipu ya.....hish! tak suka aku.....Ada seseorang tue buat blog pakai nama orang lhorh....Kesian budak tue....sia2 kena maki kau-kau punya.....Kalau korang tak caya baca kat bawah nie....



Itu komen saya setelah membaca blog Budak Gigi Rabbit. Mana tidaknya, SATU entri sahaja mengundang lebih 1700 komen, majoriti dicatatkan oleh remaja.

Saya difahamkan, individu tidak bertanggungjawab telah menciptakan, created, blog itu menggunakan gambar dan nama gadis berusia 14 tahun, berasal dari Johor, Amira Afiqah.


Entri terbabit mengutuk penyanyi k-pop (Korean pop), Yo Seob. Terus terang, saya tidak berminat menonton filem terbitan Korea jauh sekali mengenali penyanyi kelahiran Korea menjadi kegilaan sebilangan remaja Malaysia.

Mengikut logik akal, JIKA Amira pemilik sebenar blog terbabit, pasti sudah lama dia memadamkan entri pertama dan kedua di dalam blog. Hamburan kutukan, kecaman dan ugutan pembaca bukan kepalang, penuh kebencian. 


Kini saya tahu, selain isu mutu perkhidmatan di sebilangan hospital kerajaan, gay dan lesbian, peminat k-pop juga tidak boleh disentuh.

Barangkali menyedari komen dilontarkan keterlaluan, sebilangan komen dipadamkan tetapi blogger, juga wartawan, Hazrey LEBIH awal telah membuat salinan berhubung komen dicatatkan sebilangan pembaca.

Great job bro!


Laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, Johor Bahru, Johor, baca entri ditulis oleh Hazrey di sini.

Setelah meneliti blog terbabit, beberapa fakta mampu disingkap. 

Blog diciptakan pada Isnin, 5 Disember dan entri pertama dipaparkan pada jam 5.01 petang.

Komen pertama diterbitkan pada jam 5.11 petang. Hebat! Hanya dalam tempoh kira-kira 10 minit selepas entri PERTAMA blog dipaparkan, sudah ada pembaca menghantarkan respon kepada pemilik blog mengutuk k-pop itu.


Komen pertama itu dilontarkan oleh blogger aiman fanboy k-pop.

Blogger berusia 18 tahun berasal dari Terengganu itu didapati banyak menulis dan memuatkan bahan berhubung k-pop di blognya.

'Jin siber' saya memaklumkan sebahagian butiran diri dia, sebahagian lagi tidak saya dedahkan.

Saya sama sekali tidak mendakwa dia sebagai pemilik blog Budak gigi rabbit, cuma saya berasa agak hairan, bagaimanakah dia mampu memperolehi alamat blog baru diciptakan dalam tempoh 10 minit sekaligus mencatatkan komen dan kemudian diterbitkan? Amat saya hargai jika dia sudi menghubungi saya dan berkongsi maklumat itu.

Kepada pelayar blog terbabit, peringatan saya mudah. Kita boleh diheret ke mahkamah jika didapati melontarkan komen bersabit 'ugutan jenayah' mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Ugutan jenayah, kenyataan berbentuk ancaman terhadap tubuh badan atau harta benda.

'Aku toreh muka engkau dengan pisau', satu contoh jelas ancaman terhadap tubuh badan.

Terbaru, blogger menggunakan nickname Pocoyolala didapati cuba memohon maaf di atas komen dilontarkannya sebelum ini dan memanggil Hazrey sebagai 'Pak cik'.

Sesungguhnya sahabat saya itu sudah tua di mata mereka, tidak seperti Yo Seob.


Barangkali sebilangan pembaca akan berkata "maafkan sahaja pemilik dan pelontar komen blog itu".

Jika mereka dibiarkan begitu sahaja, di manakah keadilan untuk Amira? Sia-sia tangisan, kesedihan dan tekanan ditempuhi dan ditanggung oleh pelajar tingkatan 2 itu?

Setakat ini saya difahamkan oleh PAK CIK Hazrey, polis akan meneruskan siasatan dan laporan dikemukakan semalam tidak akan ditarik balik.

InsyaAllah, dengan kesungguhan pihak berkuasa pasti mampu mencari identiti sebenar pemilik dan penulis blog berjaya menghura-harakan keadaaan dan mencetuskan tekanan terhadap Amira.

Kesiankan budak yg bernama Amira tue....Siapalah orang yang buat perkara cam gini....dalam  10 minit jer....blog tue di serang....nie kes nak kenakan budak Amira ke......Blog orang glamer pun tak banyak cam gitukan.....

P/S: Isu nie aku ambik kat Blog Abang MAZIDUL


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Nak Tulis Tak Fikir Dulu...

Author : Cik Rose Cute | 4:22 PM | 19Total Comments |
Aku tak sukalah...orang duk kutuk2 pemain bola sepak negara....Sebelum tulis tue...cermin diri sendiri dulu....Baru boleh kutuk orang lain okey.....Jom! kita baca kat bawah nie...Apa yang Blogger hensem nie tulis hehehe....


Nazmi? Fenomena TsuNazmi? Gila ke apa?

kesian budak cute nie....




Akhir-akhir ini, negara telah dilanda semacam fenomena yang dipanggil TsuNazmi. Walaupun aku rasa sebenarnya takdelah gelombang mana pun. Biasa je. Apalagi kalau bukan gelombang yang dicetuskan manusia bernama Nazmi Faiz Mansur.

Umur baru 17 tahun tapi dah tunjuk belang kat abang-abang senior dia. Kalau kat asrama mahu kena orientate dengan senior sebab melebih-lebih.

Gol ke-7 tercantik dunia? Apa gila si analisis bola tu? Tak masuk website FIFA pun? Cuma masuk website bangang yang banyak sebar berita bangang.

Kemudian dia nak dibeli skuad ATM dengan bayaran gaji RM20,000 sebulan. ATM ni pun satu, punyalah budak lagi. Takkan nak diletakkan training ganas-ganas? Buat rugi je beli budak ni.

Tapi budak ni pun satu bangang. RM20,000 sebulan. Siapa nak bagi? Dahlah SPM tak ambik lagi. Orang lain degree hempas-pulas, takdenya dapat gaji macam tu sebulan. Bangang. Lepas tu sombong pulak cakap nak tunggu tawaran luar negara. Nak tunggu sapa beli? Barcelona? Baik mimpi jelah.

Yang menambah pelik, bila ada orang samakan si Nazmi ni macam Kaka. Janganlah jadi bangang wahai orang Malaysia. Park Ji Sung dah main berapa lama kat Eropah pun takde siapa kata dia macam Kaka. Ni kan lagi orang Malaysia yang tak tahu main bola. Main telur powerlah.

Sekarang semua orang, lebih-lebih lagi perempuan sibuk letak profil picture gambar budak tak mummayiz ni. Heh. Dasar perempuan. Bukan reti tengok bola. Tapi tahu nya tengok telur si pemain bola. Apesal tak letak gambar Tami Arasu?

Pada aku, Nazmi tak power mana. Sama bangang dengan player Malaysia yang lain. Cuma budak ni level bangangnya tak sama dengan Fakri. Lagi satu pada aku, budak ni satu lagi produk yang bakal gagal bila dah jumpa perempuan. Sama macam Zaquan, Zafuan, dan yang terbaru, si abang muka Jepun Kerol Fami.

Tak percaya? Tengoklah nanti kalau ada artis seksi maut nak ajak kapel. Ptuih!!!....
P/S: hehehe semua pasukan bolasepak kena tempias....Hang ingat senang ke nak kejar bola....gugur semua bulu2 kat badan.....Penat Whoa!!!...Cakap boleh la....Try lu pulak main bola kat padang....Kite semua nak tengok...dapat ke tak sumbat bola...hehehe....Kalau korang nak baca Klik SINI


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Aksi Syifa Tengok Tv

Author : Cik Rose Cute | 2:14 PM | 2Total Comments |
hari nie aku nak kongsi gan korang aksi syifa bila tengok tv....Syifa nie memang suka tengok tv....kalau tak caya tengok gambar  kat bawah...aku sajer ambik....waktu nie memang kusyuk betul si syifa nie...

 ha...kan...kusyuk betul dia layan cerita kartun kat Astro  "Baby Tv"....Siaran tue...memang siaran kegemaran dia....Aku kalau nak masak...bukak jer siaran tue....dia mesti diam depan Tv hehehehe.....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Adik Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Meninggal Dunia

Author : Cik Rose Cute | 8:54 PM | 5Total Comments |
Isu Kontravesi Panas tak habis lagi....Sekarang berita kesedihan adik Apek meninggal dunia.....Sabar ya Dik....Mungkin Allah ingin mengujimu....
We're Allah's and to Him we return. Takziah buat penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kerana kehilangan adik lelaki yang baru sahaja meninggal dunia pada pagi tadi.




Adik lelaki Khairul Fahmi atau Apex Mohd Amirul Izzat bin Che Mat,16, menghembuskan nafas yang terakhir 11.30 pagi tadi kerana denggi dan demam panas.





KFCM sama-sama mengiringi Allahyarham sebagai tanda penghormatan.


Kepada Khairul Fahmi Che Mat dan sekeluarga, semoga tabah menghadapi ujian dari Allah SWT. Sesungguhnya kematian itu satu proses yang akan dihadapi oleh semua insan yang bergelar manusia. Bersabar atas ujian ini


buat Allahyarham adik Mohd Amirul Izzat,semoga rohmu tenang di sana dalam kalangan orang yang beriman dan soleh.Amin.


notakakipakcekbiola : Al-Fatihah.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Penjaga Gol Skuad Negara Ingin Bersara Awal

Author : Cik Rose Cute | 11:17 AM | 11Total Comments |
Aku sedih bila baca satu berita pasal adikku nie Khairul Fahmi Che Mat......nak berenti awal Menjadi penjaga gol skuad Negara.......Mungkinkah  kerana kontravesi yang melanda dirinya.....baru2 nie... gosip  tentang  dia  dengan si Shida Harmi
 Dikatakan gambar mereka berdua telah tersebar meluas di ruang maya 
Kesiankan hmm.....Akak harap kau banyak-banyak  bersabar dik........
Biasalah kan bila dah jadik terkenal kita buat apa pun...... mula lah 
Jadi perhatian satu Malaysia.....



Malaysia akan betul2 akan merasa kehilangan permata buat negara yg sangat berharga.
Dia pemain berbakat dan mampu menjadi pengganti bekas penjaga gol negara sebelum ini seperti Datuk R Arumugam (mendiang) dan Rashid Hassan,” kata Kim Swee.
Semua ini adalah angkara kontroversi melampau yg tak sudah2 melanda diri
Khairul fahmi Che Mat niekan.....sedih pulak aku tengok gambar kat bawah....nie....



Sumber Dari Oh Bulan...
Hidup sebagai selebriti benar-benar memberikan tekanan hebat kepada Khairul Fahmi Che Mat atau mesra dipanggil Apek oleh peminat-peminatnya. Dihimpit dengan pelbagai kontroversi semenjak putus tunang dengan Elia, kemudian tersebarnya gambar Apek dan Dahlia Teck bercuti bersama di Singapura. Selepas itu, tersebar pula gambar Apek menyambut harijadi Dahlia Teck di Changkat dengan gambar yang mempunyai minuman keras. Tidak habis disitu, baru-baru ini timbul pula beberapa keping gambar mesra Apek dan Shida Harmi di beberapa buah laman hiburan tempatan yang semuanya terjadi sebelum Apek menghadapi perlawanan bolasepak penting.
Dikhabarkan dari sebuah blog tempatan, semua ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan Khairul Fahmi yang cemerlang di peringkat antarabangsa dan banyak kali mengharumkan nama negara di mata dunia.
Disebabkan kontroversi yang melanda, Khairul Fahmi telah membuat kenyataan kepada sebuah akhbar online tempatan, HMetro, mengenai situasinya yang pernah terfikir untuk bersara awal dari arena bolasepak walaupun baru berumur 22 tahun.
“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas.
“Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” ujar Apek ketika ditemui.
Dia yang ditemui di majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 turut menjadi hero apabila berjaya menyelamatkan satu jaringan penalti ketika bertemu Indonesia di Sukan Sea Indonesia dan memberikan pingat emas buat kali kedua berturut-turut untuk Malaysia.
Untuk pengetahuan, Khairul Fahmi Che Mat juga berjaya merangkul Anugerah Penjaga Gol Terbaik buat kali kedua selepas membantu Kelantan memenangi Liga Super pada musim lepas.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ