Showing posts with label Hindi. Show all posts
Showing posts with label Hindi. Show all posts

09 February 2013

Movie Hindi Veer-Zaara Hari Ini...

Hai! Korang....sihat ke?Sorry sangat2 sebab lama tak menyinggah blog korang....sekarang nie mood nak berblog dah ke laut hihihi.....Sorry sangat2 ya.....Jangan lupa pukul 2.00pm nanti tengok movie hindi "Veer-Zaara" jalan ceritanya sangat2  menarik dan romantik giler....movie nie di tayangkan pada tahun 2004....Aku masih ingat lagi...time tue memang aku minat giler Shah Rukh Khan dan pretty Zinta....aku sanggup beli dvd original sebab nak tgk banyak kali hihihi...Lagunya pun sangat2 best....kalau tak caya dengar lagunya kat bawah....



Korang dengar lagu nie...feeling tak? hihihi....Selamat Menonton Ya....

25 May 2012

Artis Bollywood Gemok

Hmm....Sekarang nie heboh pasal  cerita  heroin fav aku  dah gemuk...!!! Gambar  nie di ambil dari India Today group. Memang gambar heroin fav aku...Apa nak heboh hihihi lakinya Abishek pun tak kisah....isterinya gemuk...janji mereka berdua bahagia...


 
 
Dalam kenyataan Aishwarya Rai kepada media, dia menegaskan bahawa dia mahu menikmati perasaan menjadi ibu tanpa perlu memikirkan masalah berat badan. Namun begitu, media lain telah menulis bahawa Aishwarya telah menghampakan para peminatnya kerana tidak menjaga berat badannya

Hmm...nampaknya Aish telah menghampakan peminatnya untuk aish kelihatan cantik walaupun selepas bersalin....Apa-apa pun kita sebagai peminat menghargai  dia untuk menikmati saat begitu...bersama anaknya....Aish juga tidak mementingkan diri sendiri atau kerjaya semata-mata mungkin dia ingin menjadi ibu mithali  demi anak dengan  menyusukannya.Masalah gemuk boleh settle...sekarang teknologi dah canggih....lagipun bintang bollywood nie banyak duit.... Kita sebagai peminat hanya menyokong...
 



Perbezaan dulu dan sekarang memanglah ketara,aku dulu pun kurus jugak....sekarang dah beranak pinak berisilah hihihi.Kita sebagai wanita akan mengalami perkara sebegini....Kalau tak nak gemuk membujang sampai ketua hihihi... tetapi raut wajah tetap sama....cuma kembang sikit dan dagu menjadi dua.... 
 

 

Nie aku gambar ketika anak seorang...masih still muka aku cute dah kurus lonjong hihihi


nie anak 3....muka bertambah tembam.....Itulah lumrah wanita....Lagipun faktor umur ya dak....

21 January 2012

Siapa pernah dengar lagu Romantik nie...

Sebelum tido layan perasaan.........kalau dengar lagu hindi memang best giler....Lagi-lagi lagu hindi romantik...aku pun jadik romantik jugak....Korang pernah tengok filem hindi Bodyguard nie? Jom! layan lagu romantik dalam cerita nie....Pelakonnya Salman Khan Gan Karena Kapoor...


 Aku suka video nie....memang romantik giler hihihi...apa lagi tengok body Salman Khan....Emmm Tuf giler....

04 January 2012

Dil To Pagal Hai....


Aku layan cerita hindi malam nie....kat tv 2....Waktu aku bujang dulu...cerita nie aku paling suka layan hihihi...Sanggup masuk panggung sorang2...semata-mata nak tengok "Dil To Pagal Hai" Aku suka tengok Shah Rukh Khan berlakon...lagi2 dengan Madhuri Dixit...romantik jer....Kadang2 tue..bila tengok sorang2 feling jer hihihi....Kalau bab sedih...menangis tersedu-sedu kau hihihi....Kalau Shah Rukh Khan dengan Kajol pun aku suka....Ada ke pakwe layan Hindustan.....hihihi....Aku pernah gan Cik hubby aku tengok wayang cerita hindi jugak....waktu tue pelakonnya Shah Rukh Khan jugak..heroinnya sepupu kajol....lupa pulak namanya....suara dia serak2 sikit....aku ingatkan cik hubby aku layan cerita hindi nie cam aku tak sampai setengah jam dia buat taik mata Zzzzz siap bunyi lagi...orang sebelah tengok jer....hihihi Kalau korang nak layan jugak...bukak TV 2 pukul 10.00pm hihihi....

P/S: orang sekarang layan K-pop...aku layan hindi.....Ada aku kisah Yang penting Smile Be Happy....

12 October 2011

Lagu hindustan...Shah Rukh Khan




Nie lagu kesukaan aku hihihi....masa bujang dulu la....Tempat Bui yang teringin nak ke sana....Pemandangannya memang cantik....