Showing posts with label Topik Panas. Show all posts
Showing posts with label Topik Panas. Show all posts

25 July 2013

Kuih Tradiasional "Nekbat"

Assalamualaikum...
Selamat pagi...dah bersahur ke? hihihi Hari nie aku cerita sikit satu kuih yang wajib arwah mak aku suka beli bila bulan puasa kuih "Nekbat", sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang di perbuat daripada tepung beras dan telur,yang popular terutama di pantai Timur.

Rupanya macam kuih bahulu berwarna oren,lembut-lembut direndam dalam air gula.Kalau simpan dalam peti ais makan sejuk-sejuk ,pergh...! Gempa bumi sekali pun mesti nak habiskan dulu makan baru lari kikiki...

Kat New york memang tak ada jual kuih nie.Kat KL jarang-jarang ada..apalagi kat Selangor,kalau pergi pasar ramadhan kat sini belum tentu jumpa hihihi...tapi kalau belah pantai Timur lagi-lagi Negeri Kelantan Darul Naim depan kedai tayar pun ada jual....istilah aku hihihi...aku search kat google kot2 ada gambar kiuh 'Nekbat' tapi tak dapat huhuhu...sedih betul....


Ada sesiapa yang pernah makan kuih 'Nekbat' aku pernah makan...kuihnya manis sangat2..

24 July 2013

Jangan mudah Terpengaruh Dengan Produk Kecantikan

Tadi aku terbaca kat FB pasal info yang terbaru tentang barang-barang kecantikan nie....aku sajer nak share gan korang supaya lebih berhati-hati di dalam memilih tentang produk kecantikan...lagi-lagi jualan secara online nie...

Assalamualaikum wbt, kepada semua warga fb, bedak tanaka ni ialah produk yg tidak berdaftar dgn kkm,ia ialah produk myanmar yg org myanmar sndri pun xbrp nak pakai,byk kami rampas dr stor kotor mereka. Tp dikalangan kita amik cream ni mcm mkn nasi. Berduyun2 guna smpi xfikir tntng kandungannya. Sewaktu sy bgtau seorang pnjual ni, apa yg dia jwb?xbdftar?eh ni tanaka, nora danish pakai.subhanallah,smpi ke tahap tu cetek ilmu,xfikir lgsg gmbr itu adalah gmbr edit. Sungguh mudah kita ditipu oleh org. Ada byk lg produk tipu terutamanya figure up, yg disahkan megndungi racun. Amiklah tahu ttg apa yg anda mkn atau guna,jgn jd manusia yg mudah ditipu.kesemua produk ni dirampas dan didakwa di mahkamah. Berjaga2..anda boleh tnya pihak frmasi sblm menggunakan sesuatu produk.testimoni ialah salah satu cara penipuan...semoga kita lbh berakal dlm memilih brg yg kita beli.

Hope korang berhati-hati ya...

14 May 2013

Rahsia Hotel...

Assalamualaikum w.b.t
 
Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman.
Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu..

(DI ULANG, TAK SEMUA HOTEL!!)

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Rahsia 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

P/S: entry nie..aku copy paste dari blog Apit untuk hubby aku baca,sebab hujung bulan nie...kitaorang nak melancong ke Pinang...tak sabar rasanya....bila baca di atas rasa seram pulak nak guna pekakas di bilik hotel huhuhu...tq apit share tentang rahsia hotel....

03 April 2013

Pencuri Berleluasa

Baru kejap tadi....aku sembang dengan jiran aku....aku dengan makcik tue bukan tinggal bersebelahan...kami satu taman perumahan kat sini..."Taman Medan Jaya"

Makcik tue cerita dua tiga hari yang lepas...ada rumah kakak sebelah dengan rumah mak cik tue pencuri masuk...habis barang kemasnya kena rompak...kakak tue pulak tiada dekat rumah....lagipun rumah kakak tue tiada pintu pagar terlapang jer....So senanglah pencuri  terus masuk dan parking kereta.Pintu rumah kakak tue  pencuri menggunakan pisau untuk masuk ke dalam...(seram sejuk aku dengar makcik tue cerita) Dah banyak kali dah dekat taman perumahan aku ada kes pencuri masuk....janganlah pencuri tue masuk rumah aku....huhuhu

Aku rasakan...sebelum pencuri tue mencuri pasti dorang ingat Allah di dalam hati dan berdoa agar dorang tak kena tangkap....betul tak?kikiki...(walaupun mereka mencuri)

Macam2lah sekarang nie.....tempat korang ada kes camni jugak....yang peliknya,pencuri yang mencuri rumah jiran tue pakai kereta....pencuri dah makin canggih... Korang hati2 ya....barang tak heran sangat kalau pencuri tue nak ambik boleh ganti lain....risau nyawa...kalau dorang ambik jugak....mana nak cari ganti...huhuhu


Pssttt!!!...dah lama tak story pasal kisah my famili....kikiki....ada seorang blogger dah rindu dah....nantilah aku story....

05 March 2013

Istana Sultan Sulu

Sekarang niekan...Orang duk bercerita pasal Sultan Sulu....Jom! Layan Istana Sultan Sulu Pulak...


Sekadar perkongsian..

Ini dia gambar ISTANA SULTAN SULU - Sultan Sulu, Al Kiram itu orangnya tak da banyak wang untuk memelihara keluarganya sendiri ..jauh sekali mampu mensejahterakan "Rakyat nya", apalagi nak mengerah membekal dan memperkasakan "askar-askarnya" yang jumlahnya ratusan orang itu ke Sabah.... dengan bot-bot laju ala tentera berkelengkapan senjata canggih dan terbaru bernilai jutaan ringgit. 
Lihatlah sendiri GAMBAR ISTANA RAJA SULU ini yang sangat daif untuk seorang Raja yang ingin bertahta atas bumi Sabah Malaysia. Sejarah jelas menunjukkan nenek moyang Al Kiram ini sudah lama tidak punyai kedaulatan keats NORTH Borneo yang sekarang adalah bumi Malaysia bergelar SABAH DIBAWAH BAYU. 
Dari manakah tiba-tiba, Al Kiram yang tiada kuasa mendapat wang ini dan tiba-tiba mampu mengerahkan askar-askar seramai 200 lebih orang itu cukup dengan senjata moden benilai jutaan ringgit ini mencrobohi Sabah? Saya harap kita dapat jawapannya suatu hari nanti dengan izin ALLAH SWT.
SUMBER : Facebook.

07 February 2013

Jangan Taksub Sangat(Setia Hujung Nyawa Sekadar Drama Dari Novel)

Jangan taksub sangat dengan drama "Setia Hujung Nyawa".Drama tue sekadar hiburan semata-mata....lagipun drama tue dari buku novel....Tapi ada juga di kalangan budak2 yang bawah umur terlampau taksub sangat cerita nie....sehingga wall post cam kat bawah nie....
Masalah jiwa betul budak2 sekarang....

Psst!! entry nie aku terbaca di blog Nie
korang agak2 budak nie betul ke tak betul.... Sakit jiwa kot....huhuhu

29 January 2013

Siapa Yang Guna Domain .My Memang Masalah

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQxXdP5HGeTygC9246UXtGdfUNDsTVH4pRpDnRF0bcXw7Yi1RNU


Dah berapa hari problem domain nie....ramai jugak blog yang aku suka terjah tak dapat masuk......Aku minta maaf banyak2 kepada blogger yang telah bertukar domain dari blogspot ke my. Maybe kerana percuma setahun, trend, url blog lebih senang ingat tup2 ada problem pulak.....Sekarang aku tgh free,inilah masa aku nak terjah blog yg singgah blog aku...tapi tak boleh masuklah pulok....sakit jiwa tau....kalau selalu keluar gambar di bawah....

إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاء وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).
Surah Al- Baqarah ayat 169

 Pssstt!! jangan marah sesiapa yg pakai Domain nie ya....

27 January 2013

TALHA HARITH Muntah DARAH Akibat SIHIR

Macam2lah dunia nie.....kesian pelakon nie..kan....terkena perbuatan sihir dari peminatnya.....Jom! baca...


PETALING JAYA: Pelakon baru Talha Harith atau Talha menjadi mangsa terbaru perbuatan ilmu hitam apabila dia mengalami muntah darah dipercayai perbuatan seorang wanita yang jatuh cinta kepadanya.
Talha, 22, berkata, dia tidak pernah menyedari bahawa dirinya terkena sihir seorang peminat sehingga dimaklumkan selepas selesai menjalani proses berubat secara tradisional pada malam Khamis lalu.
“Kebetulan rakan saya merupakan anak murid kepada seorang pengamal perubatan alternatif. Dia telah melihat kelainan kepada diri saya.
“Daripada situlah saya pergi berubat cara perubatan Islam selama tiga hari dan alhamdulillah segalanya sudah pulih. Saya harap perkara ini tidak berulang,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.
Selain Talha, beberapa selebriti lain sebelum ini pernah mendakwa terkena sihir dan ilmu hitam seperti Awie, Razali Hussein dan Fezrul Khan.
Untuk artikel penuh, klik di SINI
 
Pssttt!! kalau minat pun....takkan sihir menyihir....khurafat betul....huhuhu...Allah tidak menyukai orang yang bermain dengan sihir nie....

26 January 2013

Artis Tunjuk Buah Dada

Wakakaka.....nak tergelak aku tgk keyword aku hari nie.....ada ke?aku publish entry "artis tunjuk buah dada" kikiki...korang pun mesti cepat2 klik nak tgk artis mana yang tunjuk buah dada tuekan....

Siapalah gerangan yg cari keyword cam tuekan....memang gatal betul....kikiki....Korang layan jerlah sebelum tidur.....


Pssttt!! pasni nak tidur.....aku nak mimpi yang indah2.... hihihi hope korang mimpi indah ya.....Selamat malam....Zzzzzzz Sedapnya tidur.....

03 August 2012

Rumah Aznil Di Rompak

KUALA LUMPUR - Rumah yang didiami pengacara televisyen popular Aznil Nawawi di Taman Yarl di sini dipecah masuk penjenayah malam kelmarin menyebabkan selebriti itu kerugian kira-kira RM40,000.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut.
Bagaimanapun, semasa kejadian Aznil tiada di situ.
Menurut sumber, penjenayah itu melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki.
Turut hilang ialah komputer riba dan beberapa helai pakaian.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku tanpa disedari sesiapa.
Penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah tersebut dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut dengan memberitahu rumah milik adik Aznil itu turut didiami selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya.

Nota Ibu Pink: Bulan puasa pun ada jugak orang merompak...Bahaya betul sekrg nie...

13 July 2012

Menghalang Muka Daripada Terbakar Cahaya Matahari

Korang suka ke pantai?mesti sukakan...ada cara yg lebih baik untuk menghindar wajah kita terbakar daripada terkena panahan matahari...

 

Bila melihat gambar-gambar ini, sudah tentu kita akan tertanya-tanya apa motif utama mereka mengenakan topeng muka. Pemandangan pelik ini terjadi di pantai China. Ianya dikenakan bukanlah bertujuan untuk merompak bank, namun kebanyakan wanita ini adalah mereka yang sudah dalam pertengahan umur wanita. Mereka 'berpenampilan sesuai' di pantai.

Wanita di Pantai Qingdao, China utara-timur wilayah Shandong, memakai topeng nilon yang sedikit menakutkan untuk melindungi diri mereka apabila mereka ke pantai. Topeng, yang dicipta oleh warga tempatan tujuh tahun yang lalu, digunakan untuk menghalang sinaran matahari yang memudaratkan agar si pemakai tidak perlu menggunakan 'sun burn'.

Produk ini kini di bawah pengeluaran besar-besaran dan dijual di kedai-kedai pakaian renang sepanjang wilayah Shandong Timur Laut China. Pelabuhan laut bandar Qingdao terkenal dengan pantai, yang terkenal dengan air jernih, ombak lembut dan pasir memukau. Pemandangan indah ini juga sebanding di Hawaii, Bali atau Pulau Samet di Thailand. 



 
Korang dah baca...Sanggup ke korang nak pakai topeng nie masa berada di pantai hihihi..."Tepuk dada tanya selera anda"

24 May 2012

KEMENTERIAN KESIHATAN LARANG RAWATAN LINTAH

Aku tengok pun mengelikan.....Kalau lintah letak kat muka aku...mau satu kedai tue dengar suara aku menjerit.....Korang geli jugak ke? Aku tak sanggup dengan cara perubatan cam ni...



Kaedah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

“Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan. Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah.”

“Proses rawatan itu memang mampu memindahkan penyakit berbahaya yang berkaitan dengan darah ketika penggunaan lintah itu. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku,” katanya ketika mengulas kenyataan Pakar Dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman, kaedah rawatan berkenaan yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil.

Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.

Dr Hasan berkata, pada masa sama pengguna diminta memberikan maklumat berhubung pusat rawatan didakwa mampu menyebarkan penyakit terbabit supaya kementerian boleh mengambil tindakan selanjutnya.

“Beritahu kita maklumat di mana pusat rawatan didakwa menyebarkan penyakit tibi itu, kita akan pergi sana untuk ambil tindakan,” katanya.


P/S:Hari tue...ada jugak keluar isu...yang lintah elok untuk perubatan...Sekarang..korang jangan amalkan perubatan dengan menggunakan lintah okey....

19 February 2012

Korang Ada Blog Contest Tak?...

Hai! pagi you all....Pagi2 lagi dah tersirat darahku....Korang nak tahu kenapa...emmmm korang klik SINI  .....Dah baca...korang rasa macam mana.....darah korang tersirat tak cam aku? hihihi...Itu pendapat blogger tue....Pendapat yang suka join contest lain pulakkan.....Kat bawah nie aku copy dari blog ABAZILAH  Pendapat aku sama gan dia...Jom! kita baca..Aku rasa korang pun setuju dengan student UITM nie....hihihi





Rasa panas hati pun ada jugak bila baca post ni .

Aku adalah salah sorang blogger yang ada blog khas untuk join giveaway . Masa aku mula-mula join giveaway ni , aku banyak join dekat blog personal . But then , ada giveaway yang aku join ada meletakkan syarat untuk letak banner dekat sidebar la , listkan blog mereka dekat blog list ke . Mostly tempoh nak letak banner dekat sidebar tu take time , kena letak sampai due date .

So bila dah banyak sangat letak dekat sidebar , maka blog personal nampak serabut . That is why aku buat satu lagi blog khas untuk join giveaway dan contest . Lagi satu , bila blog personal kita balik-balik ada post giveaway , nanti orang bosan nak datang jengok blog balik asyik-asyik giveaway saja .

Semua benda ada reasons . Tak perlu nak "Apa kejadahnya , apa kejadahnya" .

"Bagi pendapat aku la, apa kejadahnya buat Blog Contest ni?? Orang nak blogging, sebarkan info dan ilmu, tapi ade jugak insan lain yang dok sibuk mengejar hadiah-hadiah yang ditawarkan"

Dipetik dari post tersebut .

Ada orang blogging siap sebar gambar-gambar tak elok , kenapa tak cakap dorang nak sebarkan gambar tak senonoh ?

Setiap orang ada reason mereka untuk berblogging . Bukan semua orang dalam dunia ni berblogging hanya sekadar nak sebarkan info dan ilmu saja . Ada yang berblogging untuk tujuan luahan hati sendiri , berbisnes , dan sebagainya lagi .

"Bagi mereka, kalo menang satu rezeki, kalo tak menang.. tak bagi efek pun sebab ade lagi beratus pertandingan yang dorang join tu."

Kau ada tanya eh setiap pemilik blog contest ni yang "Bagi mereka, kalo menang satu rezeki, kalo tak menang.. tak bagi efek pun sebab ade lagi beratus pertandingan yang dorang join tu" ? Kompem sangat eh macam tu yang kami rasa ? Aku tak rasa macam tu pun . Bukan semua giveaway yang aku post dekat blog giveaway aku tu semuanya aku join . Niat aku sekadar untuk sebarkan giveaway-giveaway yang ada tengah berlangsung pada siapa-siapa yang berminat . Memang lah kalau menang itu adalah rezeki , kalau bukan rezeki so jadi apa la ? 

Sampai ada link kat sidebar tepi menunjukkan contest dan giveaway mana derang dah join.. Nak bangga letteww?

OMG , letak link dekat sidebar tu bukan nak menunjuk or nak bangga ye . Kau pernah join giveaway tak ? Pernah tengok tak ada penganjur-penganjur yang meletakkan syarat kena letak link dekat sidebar ? Pernah ? Jangan cakap melulu saja . Its not a matter of nak berbangga .

Aduisshh, memang tak berhati perut betul aku tengok. Cuba la fikir orang lain juga, mereka buat contest dan giveaway ni pun bersebab, dan mereka nak kan sesuatu dari blogger lain.. bukan nak blog contest korang tu (minta maaf aku katakan).

Tak berhati perut ? "Mereka buat contest dan giveaway ni pun bersebab , dan mereka nak kan sesuatu dari blogger lain" . Nak apa ? Kami yang join giveaway ni ada yang sekadar suka-suka , ada yang memang suka join , ada yang memang nakkan hadiah . Aku bagi contoh , ada orang anjurkan giveaway untuk suruh orang lain like gambar dia dalam contest facebook yang dia join . Kalau bukan blog contest kami yang ramai dah orang follow , tak ke kami yang akan menarik orang yang follow kami tu untuk sama-sama join dan vote penganjur ? Kalau setakat blog personal , belum tentu semua yang follow blog personal tu berminat nak join giveaway . Kalau blog giveaway , dah tentu yang follow blog tersebut adalah di kalangan mereka yang suka join giveaway . Ada fikir tak ?

"Jadi sebab tu, giveaway tiket wayang oleh muazfaris 2012 tu aku tak bagi pada ‘mereka-mereka’ ni.. Walau hakikatnya sedih juga pada mulanya. Tapi nak buat camne.. memang apa kejadahnya hang pi buat tu."

Kenapa mesti nak cakap apa kami buat ni "apa kejadahnya" ? It sounds harsh and rude , for me . 

Tahu tak benefit selalu join giveaway ni ? Sebab kebanyakkan penganjur nak kita follow mereka . Sekarang aku rasa dah beratus-ratus blog aku follow . Yang best nya , setiap kali online , aku akan check dashboard , so dapat tengok latest post oleh mereka ni . Dari situ dah dapat isi masa lapang berblogwalking . Macam-macam ada , info , ilmu , bisnes , berita , dan sebagainya . Its not apa kejadahnya kami buat . Ada benefit okay !

Lastly mesti lah ada ayat , ini sekadar pandang aku la bla bla dan bla . Yes , bagi pandangan itu boleh , but aku just tak suka "apa kejadahnya" tu . Its like kami yang buat blog contest ni macam buat benda tak elok saja .

Btw , kenapa aku tengok yang banyak komen post tu adalah mereka-meraka yang ada blog contest , but why tak tunjuk pon komen-komen tu semua ? Nak jugak aku tengok apa komen mereka .
 
 
P/S:hahaha...betul tue...aku pun teringin jugak nak tengok  komen yg terdapat kat blog blogger tue tapi tak dapat tengok....semua yang komen kat situ ada blog contest hihihi "Smile Be Happy" 

Jangan marah Der...

09 December 2011

Isu Blog "Budak Gigit Rabbit" Panas!!!

ada jugak blogger yang menipu ya.....hish! tak suka aku.....Ada seseorang tue buat blog pakai nama orang lhorh....Kesian budak tue....sia2 kena maki kau-kau punya.....Kalau korang tak caya baca kat bawah nie....



Itu komen saya setelah membaca blog Budak Gigi Rabbit. Mana tidaknya, SATU entri sahaja mengundang lebih 1700 komen, majoriti dicatatkan oleh remaja.

Saya difahamkan, individu tidak bertanggungjawab telah menciptakan, created, blog itu menggunakan gambar dan nama gadis berusia 14 tahun, berasal dari Johor, Amira Afiqah.


Entri terbabit mengutuk penyanyi k-pop (Korean pop), Yo Seob. Terus terang, saya tidak berminat menonton filem terbitan Korea jauh sekali mengenali penyanyi kelahiran Korea menjadi kegilaan sebilangan remaja Malaysia.

Mengikut logik akal, JIKA Amira pemilik sebenar blog terbabit, pasti sudah lama dia memadamkan entri pertama dan kedua di dalam blog. Hamburan kutukan, kecaman dan ugutan pembaca bukan kepalang, penuh kebencian. 


Kini saya tahu, selain isu mutu perkhidmatan di sebilangan hospital kerajaan, gay dan lesbian, peminat k-pop juga tidak boleh disentuh.

Barangkali menyedari komen dilontarkan keterlaluan, sebilangan komen dipadamkan tetapi blogger, juga wartawan, Hazrey LEBIH awal telah membuat salinan berhubung komen dicatatkan sebilangan pembaca.

Great job bro!


Laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, Johor Bahru, Johor, baca entri ditulis oleh Hazrey di sini.

Setelah meneliti blog terbabit, beberapa fakta mampu disingkap. 

Blog diciptakan pada Isnin, 5 Disember dan entri pertama dipaparkan pada jam 5.01 petang.

Komen pertama diterbitkan pada jam 5.11 petang. Hebat! Hanya dalam tempoh kira-kira 10 minit selepas entri PERTAMA blog dipaparkan, sudah ada pembaca menghantarkan respon kepada pemilik blog mengutuk k-pop itu.


Komen pertama itu dilontarkan oleh blogger aiman fanboy k-pop.

Blogger berusia 18 tahun berasal dari Terengganu itu didapati banyak menulis dan memuatkan bahan berhubung k-pop di blognya.

'Jin siber' saya memaklumkan sebahagian butiran diri dia, sebahagian lagi tidak saya dedahkan.

Saya sama sekali tidak mendakwa dia sebagai pemilik blog Budak gigi rabbit, cuma saya berasa agak hairan, bagaimanakah dia mampu memperolehi alamat blog baru diciptakan dalam tempoh 10 minit sekaligus mencatatkan komen dan kemudian diterbitkan? Amat saya hargai jika dia sudi menghubungi saya dan berkongsi maklumat itu.

Kepada pelayar blog terbabit, peringatan saya mudah. Kita boleh diheret ke mahkamah jika didapati melontarkan komen bersabit 'ugutan jenayah' mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Ugutan jenayah, kenyataan berbentuk ancaman terhadap tubuh badan atau harta benda.

'Aku toreh muka engkau dengan pisau', satu contoh jelas ancaman terhadap tubuh badan.

Terbaru, blogger menggunakan nickname Pocoyolala didapati cuba memohon maaf di atas komen dilontarkannya sebelum ini dan memanggil Hazrey sebagai 'Pak cik'.

Sesungguhnya sahabat saya itu sudah tua di mata mereka, tidak seperti Yo Seob.


Barangkali sebilangan pembaca akan berkata "maafkan sahaja pemilik dan pelontar komen blog itu".

Jika mereka dibiarkan begitu sahaja, di manakah keadilan untuk Amira? Sia-sia tangisan, kesedihan dan tekanan ditempuhi dan ditanggung oleh pelajar tingkatan 2 itu?

Setakat ini saya difahamkan oleh PAK CIK Hazrey, polis akan meneruskan siasatan dan laporan dikemukakan semalam tidak akan ditarik balik.

InsyaAllah, dengan kesungguhan pihak berkuasa pasti mampu mencari identiti sebenar pemilik dan penulis blog berjaya menghura-harakan keadaaan dan mencetuskan tekanan terhadap Amira.

Kesiankan budak yg bernama Amira tue....Siapalah orang yang buat perkara cam gini....dalam  10 minit jer....blog tue di serang....nie kes nak kenakan budak Amira ke......Blog orang glamer pun tak banyak cam gitukan.....

P/S: Isu nie aku ambik kat Blog Abang MAZIDUL