25 July 2013

Kuih Tradiasional "Nekbat"

Assalamualaikum...
Selamat pagi...dah bersahur ke? hihihi Hari nie aku cerita sikit satu kuih yang wajib arwah mak aku suka beli bila bulan puasa kuih "Nekbat", sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang di perbuat daripada tepung beras dan telur,yang popular terutama di pantai Timur.

Rupanya macam kuih bahulu berwarna oren,lembut-lembut direndam dalam air gula.Kalau simpan dalam peti ais makan sejuk-sejuk ,pergh...! Gempa bumi sekali pun mesti nak habiskan dulu makan baru lari kikiki...

Kat New york memang tak ada jual kuih nie.Kat KL jarang-jarang ada..apalagi kat Selangor,kalau pergi pasar ramadhan kat sini belum tentu jumpa hihihi...tapi kalau belah pantai Timur lagi-lagi Negeri Kelantan Darul Naim depan kedai tayar pun ada jual....istilah aku hihihi...aku search kat google kot2 ada gambar kiuh 'Nekbat' tapi tak dapat huhuhu...sedih betul....


Ada sesiapa yang pernah makan kuih 'Nekbat' aku pernah makan...kuihnya manis sangat2..

17 comments:

  1. Pernah. Maklumlah orang T'ganu. Tapi tak suka sangat. Sebab manis..

    ReplyDelete
  2. pernah tengok tp belum pernah makan. hikhik..

    ReplyDelete
  3. Rasa macam pernah mkn je kuih ni..

    ReplyDelete
  4. kita boleh kurangkan gula pada kuahnya tapi kena beli yang belum 'berkuah' lagi..

    mmg sedap, akakpun dah bertahun tak makan, tiba2 teringin..

    ReplyDelete
  5. menu wajib time pose...Tapi duk kat Endau...xde langsung..puas ku intai dan ku cari...huhuhuu.....

    ReplyDelete
  6. salam rose nekbat salah satu makanan kelantan yang paling akak suka selain akok and jala mas

    ReplyDelete
  7. Salam. Dulu2 masa belum kahwin kakpb pernah menetap di Trengganu. Boleh katakan nekbat adalah kuih favourite kakpb. Bila dok Selangor, mmg takde harapan nak jumpa. Dok Sabah ni lagi tak jumpa...huhu.

    ReplyDelete
  8. sy pon xthu nekbat tu cmne..aritu kebetulan sepupu sy uplod pic nye.ahhaha..baru thu..xpenah mkn kot walaupon duduk kat ganu..

    ReplyDelete
  9. nekbat yg best dimkn bile sejuk2.. slalu je mkn time kecik2 dlu pas bbuke..sib bek blk kg kali ni jmpe gk nekbat 2... da xkempunan....hihi

    ReplyDelete
  10. Akak selalu jumpa di Kelantan dan Terengganu tapi belum pernah cuba lagi. Next time mungkin akan cuba juga laaa...

    ReplyDelete
  11. pernah sebut masa zaman study uitm..sebab dalam lirik masa dikir barat …tp x pernah makan….camner rupanya ya

    ReplyDelete
  12. deqla penah mkn dah.. tp xtau nama kuih ni.. ooo nekbat rupanya..pelik nama...hihi

    ReplyDelete
  13. pestime tau ni,,,,
    cantik nama dia
    hiihih

    ReplyDelete
  14. xpernah dengar dan xpernah makan.. bglah contoh nak tgk :D

    ReplyDelete
  15. kak, takde pic yer? kuih dia camne rupa bentuknya tu..

    ReplyDelete
  16. tak pernah dengar pun nama kuih tu kak? hihii

    ReplyDelete
  17. Nur xpernah mkn..kat sini tak jumpe kot kueh ni..tapi teringin nak rasa...hehehe

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠