.
‘Zaqqum’ (Bahasa Arab: زقوم)
adalah pokok yang tempat tumbuhnya di neraka yang buahnya menjadi
makanan penghuni neraka. Pokok Zaqqum bukanlah sebagai tempat untuk
berteduh atau menikmati kelazatan buahnya. Menurut Al-Quran, buahnya
seperti kepala syaitan dan jika dimakan rasanya seperti kuningan nanah
dan besi yang dicairkan bahkan lebih teruk lagi daripada itu.
Sekiranya pokok ini diletakkan di dunia, maka akan hancur bumi beserta isinya. Nabi Muhammad ﷺ bersabda: “Kalaulah
setitik air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia ini nescaya ia
merosakkan penghidupan penduduk bumi, maka betapa halnya orang yang buah
zaqqum itu menjadi makanannya.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)
Manusia secara
logik akal mungkin sukar menerimanya tetapi itulah hakikat sebenarnya.
Orang-orang kafir sentiasa mengingkarinya dan mengejek Rasulullah ﷺ disebabkan fikiran mereka terbelenggu oleh kedangkalan teori bahawa pokok adalah bahan bakar api.
Mustahil pokok Zaqqum tumbuh
sehingga berbuah di dalam api, lebih-lebih lagi di dalam neraka yang
panasnya tujuh puluh kali ganda lebih panas daripada api dunia atau
adanya pokok yang juraian tangkai dan buahnya berbentuk kepala syaitan.
Firman Allah سبحانه وتعالى :
وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآنِ ۚ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَانًا كَبِيرًا ﴿٦٠﴾
“Dan
(demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; Dan
Kami menakut-nakutkan mereka (dengan berbagai-bagai amaran), tetapi
yang demikian itu hanyalah menambah besarkan kederhakaan mereka dengan
kekufuran yang melampau.”
(Surah Al Israa; Ayat 60)
.
Bagi mereka perkara ini dianggap lawak belaka. Sehinggakan Abu Jahal la’natullah alaihi boleh berjenaka dengan mengatakan, “Pokok Zaqqum adalah pokok kurma.”
Pokok Zaqqum
Meskipun ulama
berbeza pendapat mengenai jumlahnya, samada tumbuhnya hanya sebatang
Pokok Zaqqum di neraka atau Zaqqum merupakan nama dari sejenis pokok di
neraka tetapi ianya adalah tetap tumbuhan dahsyat di neraka.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:
إِنَّ شَجَرَتَ الزَّقُّومِ ﴿٤٣﴾ طَعَامُ الْأَثِيمِ ﴿٤٤﴾ كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ ﴿٤٥﴾ كَغَلْيِ الْحَمِيمِ ﴿٤٦﴾
“(Ingatlah),
sesungguhnya pokok Zaqqqum (buahnya) menjadi makanan bagi orang-orang
yang berdosa (dalam neraka), makanan ini pula panas, seperti tembaga
cair, mendidih dalam perut, seperti mendidihnya air yang meluap-luap
panasnya.”
Batang Dan Akar Pokok Zaqqum
Pokok Zaqqum
ini tumbuhnya di dasar neraka. Akarnya menghujam jauh ke dalam, ia tidak
akan terjejas oleh sekuat manapun badai neraka itu. Batangnya juga
kuat, tak boleh diukur dengan kekuatan benda logam duniawi yang meleleh
oleh panasnya api.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:
إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ
“Sesungguhnya dia adalah sebatang pokok (Zaqqum) yang keluar dari dasar neraka Jahim (yang marak menjulang).”
(Surah Ash-Shaffat; Ayat 64)
Tinggi Pokok Zaqqum
Pokok Zaqqum
bercabang-cabang dan menjalar menjulang tinggi keseluruh penjuru neraka.
Sungguh tak terbayangkan tingginya pokok ini. Apabila seketul batu
dilemparkan ke dalam neraka, dalam masa tujuh puluh tahun, belum tentu
batu itu sampai ke dasar neraka. Maka setinggi neraka itulah pokok
Zaqqum.
Buah Zaqqum
Setiap dahan
pokok Zaqqum menghasilkan buah yang melimpah lebat, buahnya juga boleh
dipetik pada bila-bila masa dan di mana saja, kerana sememangnya neraka
bertingkat-tingkat. Ada yang di bawah dan ada yang lebih ke atas.
Jangan ada yang
membayangkan bahawa buahnya itu ranum mengundang selera, nikmat dan
lazat. Tempat tumbuhnya pun di neraka, tentu saja buahnya mencerminkan
keburukan, dan kepedihan seksanya. Buahnya seperti kepala syaitan,
sungguh mengerikan dan sememangnya begitulah keadaannya.
Firman Allah سبحانه وتعالى :
طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُؤُوسُ الشَّيَاطِينِ
“Buahnya seperti kepala-kepala syaitan.”
(Surah Ash-Shaffat; Ayat 65)
Tersebut di dalam Al-Quran:
لَآكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ
“Mereka benar-benar akan makan dari pokok Zaqqum.”
(Surah Al-Waqiah; Ayat 52).
Buah Zaqqum Makanan Penghuni Neraka
Buah itu menebarkan aroma busuk menusuk hidung.
“Sekiranya
setitis air dari buah Zaqqum itu jatuh ke bumi, tentu akan merosakkan
kehidupan penduduk bumi. Lalu bagaimana dengan orang yang memakannya?”
(Hadis Riwayat. Nasai. Turmudzi dan Ibnu Majah)
Penghuni neraka
akan sentiasa lapar dan mereka akan sentiasa tergesa-gesa ke dasar
neraka untuk memakan apa sahaja yang mereka temui. Di dasar neraka ini
mereka akan dipaksa memakan buah dari pokok Zaqqum yang pahit rasanya
dan busuk baunya bagai tahi minyak kotor serta buah tersebut juga akan
membakar wajah beserta organ dalaman tubuh mereka.
Dahsyatnya
Zaqqum… Belum pun sempat disentuh, bibir penghuni neraka akan terbakar
sehingga menampakkan gigi-gigi mereka. Tidak hanya itu, mereka akan
menelan duri yang akan mengoyakkan kerongkong ketika buah itu ditelan
dan sebelum buah itu sampai ke perut, buah itu akan membakar dan
mengeluarkan segala isi perut.
Meskipun
demikian keadaannya, penghuni neraka tetap saja memakannya dengan lahap,
sehingga perut mereka mengelembung tetapi tidak juga berasa kenyang.
Mereka memang tiada mempunyai pilihan lain, tidak ada makanan yang boleh
dijadikan sebagai pengganti.
Firman Allah سبحانه وتعالى :
فَإِنَّهُمْ لَآكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِؤُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ.
“Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebahagian daribuahnya (sekalipun pahit dan busuk) sehingga mereka memenuhi perut dengan buah Zaqqum itu.”
(Surah Ash-Shaffat; Ayat 66)
Padahal,
sebelum masuk ke perut makanan itu tersangkut dan menusuk-nusuk di
kerongkong. Tidak mungkin untuk dikeluarkan semula, sungguh tidak
terkira deritanya.
Firman Allah سبحانه وتعالى lagi :
وَطَعَاماً ذَا غُصَّةٍ وَعَذَاباً أَلِيماً
“Dan makanan yang menyumbat di kerongkong dengan azab yang pedih.”
(Surah Al-Muzammil; Ayat 13)
Mereka akan
makan dan terus makan seperti tidak pernah puas. Walaupun buah Zaqqum
itu membakar dan menggelodak dalam perut bagaikan minyak menggoreng,
kepanasannya tak dapat dibayangkan.
Sesungguhnya tumbuhan Zaqqum itu
memang mengerikan dan menakutkan bagi sesiapa saja. Cubalah kita
bertanya pada diri sendiri, sudah berapa jauhkah kita meninggalkan dosa
agar kita tidak akan rasakan pokok Zaqqum yang mengerikan itu dan sudah
sebanyak mana akrabnya kita dengan amal soleh supaya kita boleh
menggantikan buah Zaqqum dengan buah-buahan syurga yang tidak
terbayangkan nikmatnya!
Banyak nas-nas
dan keterangan yang menyatakan nikmat Syurga dengan menyebut makanan
yang lazat, minuman yang sedap, buah-buahan yang nyaman, hamparan yang
berseri, perabot yang indah, pelayan dan bidadari yang cantik jelita dan
beradab sopan, maka semuanya itu hanya memberi gambaran sekadar yang
boleh difaham oleh manusia mengikut apa yang ada di dalam masyarakatnya
untuk menggalakkan mereka bergiat mengesahkan aqidah kepercayaan dan
membanyakkan amal ibadat mereka kepada Allah سبحانه وتعالى .
“Kampung
yang kedua pula, yang disediakan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah bagi
kediaman hamba-hambaNya yang soleh menikmati segala kesenangan dan
kelazatan, ialah kampung yang dinamakan “Jannah” atau “Syurga”, iaitu
kampung yang boleh didapati padanya segala perkara yang diingini oleh
nafsu dan yang sedap dipandang oleh mata; (71 Surah Az-Zukhruf); juga
kampung yang ada padanya perkara-perkara yang tak pernah dipandang oleh
mata, tak pernah didengar oleh telinga dan tak pernah terlintas di hati
manusia.”
(Hadis Bukhari dan Muslim).
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Kredit SINI
Nauzubillah...terima kasih sharing info ni
ReplyDeletetq for info.. baru tau pasal pokok zaqqum ni.. :)
ReplyDeletedahsyatnya buah zaqqum..
ReplyDeleteterima kasih sudi berkongsi
http://yayaomey.blogspot.com/
seram betul la bace entry ni. tak terbyk dek akal azabnye oenghuni neraka nnt.
ReplyDeletehari ni saya dapat byk info pasal pokok ni..tema kasih Che Rose..:)
ReplyDelete*perkongsian yg sangattt bagus*
wow.. terbaik lah entry ni.. suka mama baca..
ReplyDeleteYa Allah menakutkan la bila baca pasal pokok Zaqqum ni... Nauzubillahiminzalik..moga dijauhkan..
ReplyDeletedasyatnya pokok ini yer, tq berkongsi ilmu
ReplyDeleteYaallah...lindunggi la kami dari menjadi penghuni neraka..seram plak...
ReplyDeleteEntri yang memeberi kesedaran dan ketakutan kepada manusia untuk mentaati perintah Allah SWT. Terima kasih.
ReplyDeletefirst time tau pasal pokok zaqqum ni.. Nauzubillah..
ReplyDelete