15 July 2013

Petua Mandikan Bayi

Tadi berwalking terjumpa pulak  entry yang menarik nie..di blog Zon Permaisuri Comel walaupun aku ada pengalaman tentang mandikan bayi...tapi aku tetap jugak nak share dengan korang untuk pengetahuan kita bersama-sama  yang bergelar seorang ibu dan bakal bergelar seorang ibu.Peting tahu..betul tak...

Gambar Syifa Baru Lahir...(Tembamkan...)
Adab Mandikan Bayi Baru Lahir | Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia setelah sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
Adab Mandikan Bayi Baru Lahir :
  1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
  2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan. Kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
  3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
  4. Seterusnya, siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi. 
  5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif Ya Hadi.
  6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selsema atau terkena jangkitan kuman.
  7. Siraman yang terakhir dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini kerana bimbang air dan sabun meyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses 'gugur' tali pusat.
  8. Selepas mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

7 comments:

  1. nice piece of sharing kak... he he he...berguna ni panduan ni ... In Shaa Allah, December... coming soon and on the way...

    ReplyDelete
  2. mama dulu pantang sendiri, sorang je mandikan baby.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

    nice sharing tuk bakal para ibu.. hihi

    ReplyDelete
  3. gerun nk pegang baby baru lahir.. camne nk mndikan nnti.. huhu..

    ReplyDelete
  4. byk benda yg nur tahu jadi tahu bila baca ni...

    nice sharing kak.. :)

    ReplyDelete
  5. ada anak nnti boleh la pratikkan.. ehh xde anak pun boleh je kan.. kalo ada yg percaya deqla mandikan..hihi..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠