28 July 2013

Biskut Cornflakes Madu


Teringin pulak nak biskut Cornflakes Madu...bahan2 pun tak banyak di gunakan...sedap pun sedap...


.

Bahan-bahan 
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. 
Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

Senang tak hihihi

Kredit SINI

7 comments:

  1. dah lama xbuat bisku2 ni..instant smua

    ReplyDelete
  2. sally pun ingat nak buat jugak...selalunya mkn je terus..tak sempat rayo..hahahha

    ReplyDelete
  3. kalau buat kueh ni, selalu cepat habis...

    ReplyDelete
  4. sedap jugak ni kak.. nyum3..

    ReplyDelete
  5. Senangnya...berkhasiat plak tu

    ReplyDelete
  6. favorite juga nie adoi nak kna buat juga nie..nampaknya

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠