31 July 2013
Hukum Makan Belangkas
Saya yakin masih ramai lagi dikalangan masyarakat kita yang tidak mengetahui status hukum memakan belangkas.Ini mungkin disebabkan kerana hidupan laut ini jarang kita temui melainkan bagi yang tinggal berhampiran dengan kawasan pantai seperti keluarga nelayan..Di Pasar-pasar juga tidak pernah ada orang yang menjualnya..Boleh jadi antara kita ada yang langsung tidak pernah mengenali bentuknya..Jadi bila tidak pernah atau jarang berjumpa dengan hidupan laut ini maka kita pun tidak terfikir apakah hukum memakannya.
Setakat pengetahuan saya tidak ada dikalangan masyarakat melayu yang memperkenalkan dan mempopularkan masakan dari belangkas melainkan cuma di beberapa tempat di negeri johor seperti di daerah kota tinggi..Sekarang ini di sana telah dibuka restoran yang menyediakan menu masakan belangkas bahkan disana ada yang menamakan restoran mereka dengan “Belangkas Mahkota”.Tapi itu di beberapa tempat di johor,adapun di negeri-negeri lain seperti negeri kelahiran saya perak,belum pernah saya dengar lagi ada kedai makan muslim yang menyediakan menu belangkas.
Ini mungkin kerana belangkas bukanlah satu dari makanan tradisi masyarakat melayu dan amat jarang didengari orang melayu memakan belangkas.Pengalaman saya bila menceritakan kepada rakan-rakan bahawa keluarga saya pernah memakan belangkas..Ada yang macam terkejut dan berkata bukankah Belangkas dua alam..Ada pula yang bertanya macam mana rupa belangkas yee..Dari saya sekolah menengah sehinggalah keperingkat universiti tidak pernah saya kenal ada dikalangan rakan-rakan yang pernah makan belangkas bahkan seperti yang saya sebut tadi,ada pula yang tanya belangkas tu macam mana..saya jawab cuba google jumpa la nanti..
Ketika di sekolah menengah agama dahulu bila belajar bab haiwan yang halal dan yang haram dimakan,disana ada disebutkan bahawa haiwan dua alam haram dimakan.Lantas saya pun teringatkan belangkas dan berfikir adakah belangkas hidup dua alam dan jika dua alam makan saya dan keluarga sudah makan dari haiwan yang diharamkan syarak.Saya menceritakan perkara ini kepada kawan-kawan.Setelah itu ada rakan saya yang pergi berjumpa tiga orang ustaz.Tapi jawapan mereka berbeza..Seorang ustaz lepasan al azhar bila ditanya beliau menjawab belangkas harus dimakan.Seorang ustaz lepasan indonesia bila ditanya haram makan.Seorang lagi adalah Mudir sekolah yang memberi jawapan daging belangkas haram tapi telurnya harus..aaaahh buntu saya dibuatnya.Ustaz-ustaz pun berbeza jawapan.
Tapi setelah saya melanjutkan pelajaran di dalam bidang agama diperingkat yang lebih tinggi barulah saya tahu jawapan yang tepat tentang perkara ini.Sebenarnya Ulama berbeza pendapat berkaitan memakan haiwan dua alam.Secara ringkasnya,pendapat muktamad dalam mazhab imam Syafie haram dan pendapat dalam mazhab imam Malik harus.Adapun belangkas sebenarnya ia bukanlah dikatagorikan sebagai haiwan dua alam.Memang belangkas boleh naik ke darat,jika tidak takde lah orang kata”macam belangkas”:)).Naiknya belangkas ke darat bukanlah bermakna dia boleh hidup terus di darat.Cuba kita tengok ikan keli bukankah ikan keli ni liat nak mati..Pengalaman saya beli ikan keli pagi malam pun dia masih bergerak-gerak dalam pelastik..Saya nak sebut dari segi saintifik kenapa belangkas boleh tahan lama naik ke darat dah tak ingat faktanya dan malas nak google so anda cubalah cari jawapannya sendiri ye..Saya nak share keputusan muzakarah majlis fatwa kebangsaan berkaitan status hukum makan belangkas dan fakta tentang darah belangkas yang pernah saya baca dahulu disatu ruangan di akhbar utusan Malaysia..
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya.Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
Sehubungan itu,selaras dengan pandangan Jumhur Ulama yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.
Fakta darah belangkas:
Tahukah anda bahawa darah belangkas adalah berwarna biru…
Tahukah anda darah belangkas dikatakan mengandungi bahan untuk mengesan virus,bakteria dan toksin dan mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan.
Nota Pink:Baru ku tahu...
kredit SINI
27 comments:
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
akakpun tak kenal rupa sebenarnya belangkas
ReplyDeleteakak tak pernah tgk belangkas..apa lagi makan hehe..biasa dengar pepatah ja..mcm belangkas..
ReplyDeletenice sharing..
ReplyDeletesebelum ni anna mmg x tahu darah belangkas warna biru..
errkk.. tp deqla mmg x mkn belangkas.. rupa belangkas pun penah skali je tgk..tu pun gmbr.. huhu..
ReplyDeletems kecik2 dulu ada yg beritahu sy mkn belangkas ni makruh
ReplyDeleteeh nasib x buat entry ni tadi.kalau x sama dh.hehehe.selamat pagi sis =)
ReplyDeletetak pernh terpikir yang belangakas ni jdi permasalahan untuk dimakan since dari kecik sudah terpikir yang belangkas ni sejenis ikan...
ReplyDeletethanks info, tak pernah makan lagi. sedap tak? haha
ReplyDeletedarah belangkas kaler biru?
ReplyDeletemmg baru tahu nie..
nice share.
oooo...sya tak pandai makan...tapi keluarga belah hubby pandai makan ni...memang popular kat sini...johor...:)
ReplyDeleteOKje pun baru tau Ros...hehe TQ share benda ni...so boleh makanlah yeh...
ReplyDeleteooo..baru tahu darah dia kaler biru..tapi akak mmg tak makan belangkas..macam pelik..haha..
ReplyDeletemenarik fakta ni..baru tau darah belangkas warna biru dan kegunaannya
ReplyDeletewow,darah warna biru...
ReplyDeleteoh cmtu ceritanya..
ReplyDeleteDULU MASA KECIK2 SELALU MAKAN BELANGKAS..SEDAP..LAGI2 YG ADA TELUR..
ReplyDeleteTP BARU BUI TAHU RUPANYA DARAH BELANGKAS NI WARNA BIRU..PELIKKK
so harus mkn la eh?sedap ke??rupa cm ngeri jeee
ReplyDeletethanks share... walaupun x pernah makan belangkas sekurang-kurangnya saya tahu.. :)
ReplyDeletebaru tahu gak darah belangkas tu biru.. & setahu queen pun hukum mkn belangkas ni harus.. tp rasanya x ramai kot yg mkn belangkas kan.. tp ada org kata belangkas ni sedap
ReplyDeletehoho! idak le nak makan serupa itu...
ReplyDeletewahhh ilmu baru.
ReplyDeleteslame ni pon was2.
lepas ni yakin meratah belangkas.
hehehe
jadi, boleh makan lah.. hehehe. tapi rasanya susah nak jumpa lauk belangkas ni. rasanya memang tak ada pun kat belah selangor ni..
ReplyDeletesedap apa telornya ...
ReplyDeleteNice sharing... Tpi tgk mcm geli je nk mkn..
ReplyDeletetak pernah lagi merasa makan belangkas.. susah lah nak jumpa.. tp mungkin jugak jarang mencari.. hehehehe
ReplyDeletetak pernah nur mkn belangkas ni...
ReplyDeletetgk rupa dia pun mcm takut je..huhu
Saya dok Johor kak. Orang Johor ni memang makan belangkas tapi telur je. Belangkas ni biasanya dibakar. ^^ hehe dulu masa kecil pernah makan. Tu pun sekali je la. Dah besar ni tengok belangkas rasa macam pelik pula kalau nak makan =.="
ReplyDelete