Showing posts with label Catatan Ibu. Show all posts
Showing posts with label Catatan Ibu. Show all posts

18 August 2013

Entry Syok Sendiri

Tadi klik2 entry lama....bila baca balik senyum sorang2...entry syok sendiri...tulis2 tak ada siapa yg baca kikiki...Awal berblog tahun 2010...Entry yang pertama sekadar letak gambar anak-anak aku..kalau korang nak tgk klik SINI

kadang2 tue type jugak entry tapi tiada siapa yg baca kelakarkan...kalau ingat balik awal2 berblog rasa malu pun ada....

Nota Pink: tue yang di katakan entry syok sendiri...

06 February 2013

Aku Tidak Suka Najwa Latif


Hahaha....Korang jangan terperanjat!!!! memang aku kurang minat sangat dengan Najwa Latif  nie....Tapi lagu single terbaru "AdaMu" nie memang best....lirik best dan senikata pun best....siap hafal lagi....bila dengar lagu nie....mulalah aku terbayang El Dan Zain kikiki....lawak tak?

Nota kaki:Agak2 kalau drama "Setia Hujung Nyawa" di filemkan...meletop tak panggung...? hihihi....Kalau Orang sama berlakon pasti meletop!!!

20 December 2012

Referrals Blog Aku Siapakah?

Aku tgk kat nuffang  tadi....aku check kat bahagian referrals....Aku begitu teruja ingin tahu siapakah referrals untuk blog aku hihihi...pernah tak korang tgk kat bahagian nuffang tue? akhirnya ada 8 blog....Wow! tgk graf kat bawah....


Sayang You All ketat2...kerana korang...mereka yg lain singgah blog aku yg tidak seberapa nie.....

Psssttt!!! tak dapat tgk Adam Hawa malam nie....gara2 remote rosak...yg punya angkara anak aku yg sulong....masukkan remote dalam air ikan....Beyond punya memang susah kalau remote rosak...aku tak tahu nak klik tang mana....Tak mengapalah....boleh tgk online kat tenetkan....hihihi Sabarlah jerlah dengan ragam anak2 huhuhu....

Nielah sikakak yg mengerjakan remote kat rumah nie....waktu nie masih kurus lagi....Sekrg makin bam-bam tau....

12 September 2012

Tahun 1990

Perasan tak followers 1990...rindu pada tahun nie...banyak memori....hihihihi....Aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kerana sudi  follow blog aku yang tak seberapa nie...Cayang korang semua muuuaaahhh.....lagi 10 orang nak cukup 2000...Siapakah gerangannya...?

01 August 2012

Siapakah Followers Aku Yang Ke 2000

Tak sabar rasanya...nak tunggu followers aku yg ke 2000,Siapakah followers bertuah tue?Kita tunggu nanti ya...akan aku edit blog yang followers ke 2000...jeng..jeng..jeng....

Kat atas nie gambar  handphone cik hubby aku...aku tak menyangka cik hubby aku beli kaler nie...aku budget dia beli kaler hitam hihihi....memang mengikut citarasa isteri..

20 July 2012

Yahooo Oven Baru

Akhirnya malam tadi aku gan cik hubby pergi usha2 oven...Kebetulan dekat Courts ada diskaun sempena menyambut ramadhan.Kalau korang nak beli tv,peti,mesin basuh dan apa-apa ajer....boleh pergi courts.Sekarang Courts tengah ada diskaun harga...murah tau....

 Harga oven aku nie rm 109...kalau harga biasa mahal....

Tak sabar nak bukak...Sampai jer kat umah terus bukak hihihi
Bila nak rasmi oven aku nie...hihihi.....

My Note:Besok kita bakal menyambut puasa....Untuk korang aku nak ucapkan Selamat berpuasa untuk semua...Persediaan bukak puasa dah pelan ke?hihihi


15 July 2012

Kereta Cat Baru Warna Biru Subaru

hahaha....aku nak share gan korang....Hari tue aku ada publish entrykan pasal kereta aku nak cat kaler baru...Jom! tengok gambar....

Sebelum nie kalernya warna kelabu asap...Sekarang dah tukar kaler warna biru....So...cantik tak?hihihi

29 June 2012

Pernah Tak Kereta Korang Di langgar Dari Belakang?


Pernah kereta yang korang naiki dilanggar dari belakang? Aku tidak pernah,sebab aku bukan pandai bawak kereta .Lagipun selama aku naiki kereta gan hubby aku tidak pernah mengalami situasi begitu.

Tapi bukan semua kes langgar belakang semudah itu. Kita perlu berhati-hati dengan taktik licik sesetengah pihak yang kita tak tau niat sebenarnya. 

Aku ingin berkongsi satu entri dari seorang sahabat blogger yang menceritakan pengalaman keretanya dilanggar dari belakang.Aku tahu cerita nie melalui blog JR..Jom kita baca kisahnya...Mungkin korang akan lebih berhati-hati melalui situasi sebegini.

 Proton Preve
 

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit. Gambar hiasan.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012 -carigold


(Sumber perkongsian cerita: greenboc.blogspot)

MY Note:  berhati-hati dengan taktik licik sesetengah pihak yang kita tak tau niat sebenarnya. Lagi2 kaum wanita yg bawak kereta...hati2 ya...

26 June 2012

Traffic Aku Untuk hari Ini...

Aku jarang bukak bahagian keywords nie...Malas nak buat hihihi...Nanti orang mengata aku nak menunjuk pulak hihihi...Hari nie...aku sajer nak kongsi keywords aku....Tak ramai...



Keywords aku untuk hari ini...

25 June 2012

Punca Susu Tersumbat...

korang pernah tak alami kes seperti nie? Masa anak pertama dulu pernahlah....Almaklumlah...anak pertama...tiada pengalaman hihihi..Aku nak share gan korang kenapa susu badan boleh tersumbat...




 Apa itu duktus tersumbat?

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.

Apa punca duktus tersumbat?

"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.

Apa yang boleh saya lakukan mengenainya?


Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah menunjukkan bagaimana ini dilakukan.

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar.

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding.

Buat masa ini, ingatlah bahawa:

• Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
 
• Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
• Mengambil tab. paracetamol (panadol)  boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.

• Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
• Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
• Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?

Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda.

Bolehkah saya terus menyusu?

Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda. 
 
P/S: sakit kalau susu tersumbat atau bengkak susukan...hanya orang yang pernah mengalami jer tahu...

20 June 2012

Bekerja atau SuriRumah Sepenuh masa, apakah pilihan anda?

Dalam kehidupan kita seharian, kita tidak boleh lari dari membuat pilihan. Dari pilihan yang kecil seperti memilih menu sarapan sehinggalah kepada pilihan yang akan merubah struktur hidup seperti persoalan perkahwinan, kerjaya dan sebagainya.Betul tak? hehehe...

Buat masa sekarang, aku adalah seorang surirumah sepenuh masa....Sebelum nie aku seorang yang bekerja jugak...kerana masalah dalam penjagaan anak-anak aku...terpaksalah aku berhenti...kerja.

(source-google)
Mungkin ada diantara pembaca yang mengalami  situasi seperti aku yang mana hati mahu memberi sepenuh perhatian pada keluarga tapi tuntutan belanjawan keluarga masih di tahap memerlukan pendapatan  untuk mempertingkat kualiti hidup.Betul tak? tapi rezeki ada di mana-mana....

 (source-google)

 Kerjaya sebagai seorang suri rumah tangga Memang seronok....
  
  • Masa yang tidak terhad kepada suami dan anak-anak. Sentiasa ada ketika mereka memerlukan kita & menyediakan segala keperluan untuk mereka  dengan tenaga sendiri dengan kasih sayang.
 (source-google)
  •  Menyediakan makanan untuk keluarga dengan air tangan sendiri untuk setiap waktu yang diperlukan dan seorang surirumah juga boleh mencuba resepi baru setiap kali masak hehehe
(source-google)
 
  • Mendidik/mengajar sendiri anak secara langsung dirumah. Tidak risau akan aktiviti mereka kerana mereka di bawah jagaan kita.
  •  Tidak perlu memohon cuti untuk apa-apa kes kecemasan...bila anak kita sakit...Aku ingat lagi sewaktu aku kerja dulu selalu ambik cuti gara2 anak aku yg sulong sakit.Bising bos aku hehehe...
  • Sekarang  aku menyambut kepulangan anak dan suami di rumah dengan makanan yang telah sedia terhidang...Walaupun aku surirumah aku tidak pernah menghantar dan mengambil anak aku dari sekolah....aku tak pandai bawak kereta hehehe...
  • Merancang jadual kerja rumah, menu dan aktiviti keluarga dengan lebih teratur betul tak...
Banyak-kan? Itulah rutin harian menjadi surirumah tangga sepenuh masa.Walaupun begitu aku bangga dengan kerja aku sekarang...Walaupun ada jugak orang mengata..surirumah tak buat kerja....duk mengadap blog,tidur dan apa2 lagi... hihihi
 
Anda pula bagaimana? Adakah anda juga seorang surirumah seperti aku? dan mempunyai impian  ingin menjadi surirumah tangga sepenuh masa seperti aku? Tepuk dada tanya Selera...

Note:Tengah nak edit blog lagi nie....Nanti aku terjah blog korang erk...Happy Berwalking ya...

19 June 2012

Dah Sampai Dari Kampung

Bersua kita kembali di alam maya....,kat kampung ganu bukak jugak blog...melalui simcard tue...Tapi aku tak dapat jenguk blog korang di sebabkan linenya lembab giler...walaupun dah topup  oleh cik hubby aku sebanyak rm 10.00...memang sakit hati...Mula2 beli okey jer...laju bila bukak....pastu sekarang hampeh!!!...



Malaysia SIM CardKorang ada tak pakai Simcard camni?
Sekarang bukak blog melalui komputer..lagi puas hati....hehehe...Sebelum aku up-date..tengok kat area comment...terkejut aku di buatnya...banyak betul comment....rasa pusing sekejap...camna aku nak terjah blog korang nie? Tak mengapa slow2...aku terjah blog korang...Sesiapa yang sudi ssinggah sini...aku ucapkan terima kasih...

Note: Susah betul jadik blogger nie...lagi2 bila cuti....hehehe betul tak? Nak membalas komen dorang semua penat jari.....Lagi2 aku nie pulak jenis singgah dan baca entry yang korang tulis yg lepas-lepas....hehehe..

22 May 2012

Sukaneka Taman Perumahan

Hari Ahad yang lepas..kawasan perumahan aku ada mengadakan sukaneka peringkat zon ke dua.Ada bermacam-macam aktiviti yang di adakan....Memang seronok..

Aktiviti bapa-bapa bersukaneka...

Tengah praktik..camna nak gerakkan roda tue guna kayu...Memang susah dan kelakar...

1,2,3 Go.....Semua tak menjadi hihihi

Aktiviti ibu-ibu masukan benang dalam jarum....memang susah beb...nak tercabut biji mata carik lubang jaru yg kecik tue....

Aktiviti rehat sekejap....semua berkumpul bawah khemah...Aku kat bawah pokok sejuk sikit hihihi...

Nampak tak daun pokok tue...memang best duduk bawah pokok.....berangin jer......Bersyukur kepada Allah kerana menciptakan pokok.

Tengok...semua melepak bawah pokok...sambil makan-makan..

My hubby tak sedar aku curik snap gambarnya...

Wah! termenung jauh nampak? hihihi Apalah yg di menungkan tue...

Nie kakak...nak jugak bergambar hihihi

Nie syifa....seronok syifa main ya...

 Dapat main straw...straw nie elok...aku yang beri dia main...

Tengok...Dah gigit straw....Syifa nie suka menggigit tau...


P/S:Minggu nie memang busy sikit...aku nak ucapkan terima kasih kat korang yg sudi singgah sini...Untuk kak ieda...maaf banyak2 ya...ada waktu dan masa saya tolong...hihihi....Lagipun aku join segmen terpaksalah aku follow blog dorang yg join...tue yg sibuk tue...Minta maaf banyak-banyak ya...Blog korang yang singgah sini akan ku terjah.....

16 May 2012

Untuk Pengetahuan Wanita

Duhai wanita...

Tiada suami yang gemar mendengarkan isteri yang selalu membandingkan pendapatan suaminya atau kekurangan rumahtangganya dengan orang lain. suami akan merasa rendah diri dan tidak dihargai. sebaiknya, bersyukurlah dengan setiap pemberian suami kerana itu tandanya isteri bersyukur pada Penciptanya dikurniakan suami sebegini.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersbda : ''Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa.''


Buat Renungan kita bersama.... Korang Pernah tak?Bandingkan kerja suami gan orang lain hehehe

15 May 2012

Kucing Pun Tido Dalam Buaian

hehehe aku nak share gan korang aku tengok gambar nie terus tersenyum.....Bertuah betul kucing nie...Tuan yang membela siap tidokannya  dalam buaian .....cam baby pulak....

Tengok...betapa lenanya.....aku nak jadi kucinglah kalau layanan istimewa cam gini.....


Sweetkan....Kucing nie kucing kawan aku...aku panggilnya kak nor,kitaorang kenal time keja dulu...anaknya memang suka kucing.....

Syifa geli gan kucing tak tahu kenapa...kalau kucing gesel kat syifa,dia menangis...geli kot hehehe,yang haziq pulak memang suka kucing....Siap pesan kat abahnya beli kucing kat jusco....Mana ada jual kucing kat Jusco hehehehe Si kakak tak kisah...nak kata minat kucing pun tak,minat pun tak...biasa-biasa aje....Itulah ragam 3 orang anak aku hehehe membuatkan aku tersenyum....

09 May 2012

Lipstik Kologen Dari Dunia Herbs

Al-hamdulillah....akhirnya merasa juga aku nak pakai lipstik kologen nie....Pukul 2.00 lebih semalam van pos laju sampai....dan picit hon depan rumah aku.Anak-anak aku pulak seperti memahami "ibu barang ibu dah sampai" Sedangkan aku tidak pernah cakap dekat mereka hihihi....Kadang-kadang tue dialog anak-anak aku "ibu hadiah ibu dah sampai" dorang sudah biasa dengan van pos laju datang mesti dalam fikiran dorang hadiah ibu dorang dah sampai...kelakarkan....Yang panas hati driver van tue siap perli aku"Lipstik dah habis ke kak?"Aku jawablah dengan selembut-lembutnya padahal dalam hati panas membara "Biasalah perempuan dik....." hihihi...Aku nak ucapkan terima kasih kepada Blogger Lya  kerana bersusah payah order lipstik nie untuk aku....Lya..cik rose dah masukkan duit...malam tadi ya....nanti check okey..

Sorry ya...kotaknya dah barai...gara-gara syifa main dan berebut dengan abangnya....Kotak lipstik pun nak main..... budak-budak niekan...Betullah kata lya lipstik nie best....kalau bibir kering cepat elok....

25 April 2012

Hari Nie Baru Dapat Online

Hai!...rindunya dekat korang semua....dua hari aku tak dapat bukak tenet gara2 tenet problem kat pencawangnya....aku tak tahu pulak pencawang yang mana...mungkin kelana jaya ke aku tak pasti....huhuhu memang rindu betul gan korang....Korang mesti  rindu jugak kat aku (perasan!!!).....hihihi...Cik hubby aku pulak asyik perli jer....sebab aku tak dapat bukak blog....(Dalam hati sabar jer....)

  Aku sajer letak pic gedik aku....


Besok aku mungkin kejap kot aku online....Dalam pukul  12.00 hubby aku ajak balik kampung kat Perak....Ibu mertua aku bising dah lama tak balik kampung.....Mungkin kejap lagi aku terjah blog korang okey.....

Note: Kalau dah jadik blogger nie...dua hari tak dapat bukak blog pun rasa tak senang duduk hihihi....Yalah...aku tidak dapat tahu isu-isu terkini....dan peristiwa yang  berlaku di sekeliling kita....Korang pun rasa cam aku jugak ke?






 

19 April 2012

Alhamdulillah...Tenet Dah Okey Dan Hadiah Fieda Dah Sampai

Selamat Pagi Semua....Hari nie baru aku dapat bersua kembali gan korang....Gara-gara kilat yang kuat hari tue...aku punyer modem tenet kena sambar petir....Padahal aku dah tutup cuma flat modem tue aku tak cabut....Nasib baik komputer okey.....

Modem tue terpaksa kena tukar.....Sebelum nie aku pakai modem kaler putih...sekarang kaler hitam.....Nasib baik tak kena bayar....sebab kitaorang dalam granty lagi.....Selamat duit hihihi


 
Fm di atas tue tanda ucapan Terima Kasih  dari fieda....kerana aku top 5 pengomen terhebat di blognya....Terima kasih fieda...cik rose dah letak dekat peti...Sorry lambat...sebabnya nak publish tak boleh...hadiah fieda sampai...hari tue jugaklah tenet kena sambar petir...

P/S: Kalau kilat...ada tak sesiapa yang on komputer atau laytop?...Bahaya....Aku kalau kilat tak pernah on...takut....

13 April 2012

Teruknya Aku

Hai! Selamat Pagi Semua...Terima kasih aku ucapkan kepada sesiapa yang sudi baca blog aku...Walaupun aku tidak pandai menyusun ayat2 yang power hihihi...

Buat Masa Sekarang Syifa Baby Ibu hihihi


Tadi aku baca kat  Blog Intan  jeles pulak aku bila tengok scan baby  dan dia story pasal baby dalam kandungannya...Terukkan aku....hihihihi Sesiapa yang sudah menjadi seorang ibu pasti teringin merasai saat bahagia sewaktu mengandung walaupun anak yang ke berapa....
Aku nak tanya korang?Kalau korang dengar sahabat atau kawan kita mengandung?korang ada rasa teringin jugak tak ?hihihi....aku tanya ikhlas nie....Jangan tipu tau...Lagi-lagi yang susah dapat zuriat....huhuhu

Setiap ibu hamil ingin tahu: Berapa besarkah si-bayi anda sekarang? Sudahkah dia berambut? Bilakah kuku jarinya dibentuk? Apakah rupanya? Artikel-artikel di sini disertai gambar-gambar yang menunjukkan perkembangan bayi dalam kandungan (fetus atau janin) dari minggu ke minggu, termasuk saat-saat perkembangan yang terpenting, sepanjang kehamilan anda.

Anda juga boleh menonton video meninjau kehamilan animasi 3D kami yang menunjukkan perkembangan fetus atau janin anda dari saat persenyawaan hingga masa bersalin. Semua video tersebut disertai sari kata Bahasa.

Sebelum bermula, kami juga ada informasi bagi ibu-ibu yang ingin memahami proses ovulasi.


Fetal development diagram - conception

Persenyawaan

Saksikan apa yang berlaku bila persenyawaan dicapai.

Fetal development diagram - one month

Satu bulan

Bayi anda adalah embrio yang mempunyai two lapisan sel, yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu.

Fetal development diagram - two months

Dua bulan

Pada masa ini, saiz bayi anda adalah lebih kurang saiz kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Dia mempunyai jari tangan berselaput.

Fetal development diagram - three months

Tiga bulan

Pada masa ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan berat badannya lebih kurang separuh buah pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

Fetal development diagram - four months

Empat bulan

Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.

Fetal development diagram - five months

Lima bulan

Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya.

Fetal development diagram - six months

Enam bulan

Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.

Fetal development diagram - seven months

Tujuh bulan

Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.

Fetal development diagram - eight months

Lapan bulan

Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang.

Fetal development diagram - nine months

Sembilan bulan

Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini.


ultrasound scan

Bulan ke bulan dengan skan ultrasound

Lihat ringkasan kami mengenai perkembangan bayi anda dari dua bulan kehamilan. Dalam setiap bulan, terdapat gambar 3D yang interaktif dari imbasan yang mungkin memberi gambaran tentang rupa bayi anda.
Note: Walaupun sakit dan azab ketika bersalin...teringin mempunyai anak ataupun tambah bilangan anak tetap ada bagi seorang yang bergelar ibu....Betul tak?