Showing posts with label Filem Melayu. Show all posts
Showing posts with label Filem Melayu. Show all posts

11 March 2013

GILA GILA REMAJA 2 (2013)

Mood Tgh ke laut...last aku update entry pada tarikh 6 mac....campur pulak dengan edit blog kawan2 yg sudi menempah dariku.....Sorry kawan2....tiada kesempatan untuk singgah blog korang....Sesiapa yg masih still singgah sini...terima kasih banyak2....



GILA GILA REMAJA 2 (2013)
DI PAWAGAM : 21 mac 2013
PELAKON: Hairul azreen, faralyna idris, fizz fairuz, taiyuddin, satiya, hanis kamal, bella dally, kay af, aida af, FAIZAL HUSSEIN




SINOPSIS GILA GILA REMAJA 2 (2013)

Gila-Gila Remaja 2 mengisahkan gelagat remaja masa kini yang terjebak dalam percintaan tiga segi. Hairul Azreen sebagai Afiq ialah pemuda yang berasal dari keluarga berada dan berminat dalam perlumbaan motosikal dan tarian.



Faralyna Idris sebagai Lisa pula ialah gadis yang berasal dari kampung dan seorang pendiam. Fizz Fairuz membawa watak Haikal ialah abang Lisa, seorang yang tegas dan sentiasa mengawal pergaulan Lisa.




Di kolej, Afiq jatuh cinta pada Lisa, manakala Lisa pula salah sangka terhadap sikap Afiq kerana dia juga sangat rapat dengan Erna (Bella Dally). Kris (Hanis Kamal) yang berminat pada Erna cemburu dengan pergaulan Erna dan Afiq yang membawa kepada permusuhan antara mereka berdua.





Rindu dengan Movie Gila2 Remaja Yang dulu....Adakah Movie Gila2 Remaja Sekarang setanding dengan yang lama? Kita tunggu jerlah hihihi....Contoh Azura yang Di lakon oleh Fauziah Ahmad Daud Dengan Jamal Abdillah best dan seronok....tup2 bila di filemkan balik Azura yang di lakonkan oleh Neelofa dengan Shazlee tak best huhuhu....tue yang menyampah tue....Layan Jerlah....

01 December 2012

Full Movie Istanbul Aku Datang

Korang nak tgk tak Full Movie "Istanbul Aku Datang" aku baru jer lepas tengok...Seronok giler wei!!!..Kalau Korang nak Tgk Klik SINI   Tgk ya Jangan tak tgk hihihi...Kat bawah gambar Cute Lisa Surihani...Klik SINI pun boleh jugak....macam2 ada koleksi cerita kat situ..



Aksi comel dan cute Lisa Surihani dalam Istanbul

Aksi comel dan cute Lisa Surihani dalam Istanbul

Aksi comel dan cute Lisa Surihani dalam Istanbul
Aksi comel dan cute Lisa Surihani dalam Istanbul
Aksi comel dan cute Lisa Surihani dalam Istanbul


Psttt....nak sambung edit blog orang pulak kikiki...Selamat menonton ya...

29 June 2012

Review Mael Lambung

Filem Mael Lambung lakonan Zizan Raja Lawak sebagai Mael Lambung, Johan Raja Lawak sebagai Ah Chai dan Juliana Evans kini sedang giat menjalani pengambaran di sekitar negeri Terengganu. Filem arahan pengarah tersohor Ahmad Idham ini katanya dibuat atas permintaan peminat yang ingin cerita tentang kehebatan Mael Lambung VS Ah Chai dilebarkan di layar perak pula. Begitu hebat sekali penangan Mael Lambung sehingga peminat rasa mahu tonton lanjutan cerita gangster kelakar ini. Mael Lambong bekerja sebagai tukang tarik kereta profesional yang sangat terkenal dengan sikap gedebe nya.
Filem yang menggunakan Raja Mukhriz sebagai pengarah sinematografi ini bakal menemui peminat sekitar bulan Mei 2012 tahun depan. Menampilkan Juliana Evans sebagai penyiasat dan juga kawan baik Zizan dalam filem Hantu Bonceng iaitu Toqq. Dengar-dengarnya, abang Siti Saleha iaitu Sam Bunkface turut berlakon juga dalam filem ini. Betul ke tidak?
Poster Mael Lambung
Seperti filem-filem aksi terdahulu, Ahmad Idham tak lepas untuk mengisi filem ini dengan aksi sukan drift. Dengarnya, beliau menggunakan khidmat drifter untuk melakukan aksi drift dalam filem ini.
Filem ini juga menampilkan beberapa orang pelakon sebagai cameo, antaranya Aziz M. Osman sebagai orang kaya yang keretanya kena tarik oleh Mael Lambung. Turut diperkenalkan seorang bakat muda yang baru berasal dari Singapura iaitu SHENTHY FELIZIANA memegang watak Rozie yang merupakan kekasih lama MAEL LAMBONG.
Mael Lambung
Mael Lambung
Mael Lambung
Mael Lambung
Mael Lambung
Mael Lambung
Mael Lambung 

MY NOTE: Korang mesti dah tengokkan...agak2 berapa bintang untuk filem nie? Aku belum tengok lagi....tunggu cik hubby up-load hihihi

18 May 2012

Comel Lisa Surihani: Trailer Istanbul Aku Datang

Hari nie.....aku rajin pulak publish entry hihihi...mungkin mood tengah baik....Seriusly memang aku suka tengok "Trailer Istanbul Aku Datang" yg di lakonkan oleh Lisa Surihani,Beto dan Tomok...Boleh rasanya di’lupakan seketika fakta yang Lisa Surihani sudah pun berumahtangga kerana Lisa sangat- sangat comel dalam trailer terbaru filem Istanbul Aku Datang ini.

Grand Brilliance dan Red Films melancarkan trailer pertama filem arahan Bernard Chauly yang aku kira cukup buat untuk peminat Lisa Surihani teruja menantikan filem ini ke pawagam sekitar tahun ini.

Lisa Surihani membawakan watak seorang gadis yang terbang ke Istanbul, Turki untuk bersama kekasih hati namun menjalani pelbagai rintangan untuk meneruskan kehidupan beliau di’sana — termasuk adegan adegan comel bersama Beto Kusyairy.



 Sweet jer tengok Lisa Surihani dalam filem nie....Aku pun tak sabar nak tengok...

05 May 2012

Dira Tidak Dapat Promosi Filem Pertamanya

Kesian pulak dekat Dira...Kerana Kes hari tue....dia di larang oleh pihak produksi PrimeWorks telah memutuskan bahawa Dira Abu Zahar tidak dibenarkan terlibat untuk promosi filem Chow Kit yang bakal di tayangkan pada tanggal 3 mei...Dira juga berasa sedih kerana tidak mempromosikan filem pertamanya..

"Ini Adalah Filem pertama saya tetapi malangnya saya tidak terlibat dalam rangka promosi atas keputusan pengurusan studio berkenaan..."


Sinopsis Filem Chow Kit


Chow Kit mengisahkan sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di Chow Kit. Tetapi apabila Tika dirogol, mereka perlu bersatu untuk mencari keadilan dan jalan penyelesaian jikalau tidak, banyak lagi nyawa yang akan terkorban.

Sementara itu, seorang bekas ahli kongsi Chow Kit yang baru dibebaskan dari penjara berazam untuk memulakan kehidupan yang baru. Namun dia terjebak semula ke dalam kehidupan silamnya dan bersetuju untuk menjalankan satu tugasan terakhir.


Tetapi apabila tugasan tersebut menjadi huru-hara, dia mesti berusaha untuk memperbetulkan keadaan jikalau tidak, kebebasan yang baru dikecapi akan hilang begitu sahaja.






15 March 2012

Sinopsis Filem 7 Petala Cinta

Aku tengok review filem nie cam best jer....Hari nie di tayangkan...Ada sesiapa tengok filem nie...Cuba cerita sikit best ke tidak hihihi
 7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang digarap oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth Pictures mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.7 Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung.

Sinopsis Filem 7 Petala Cinta
Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.



24 December 2011

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang


saper ada  tgk citer  kat atas  nie? Best jugak tengok cerita nie tau....Apalagi heronya hensem....Aku memang suka tengok Randy Panggalila nie mukanya ala2 selamba tapi hensem hihihi.....Aku mula minat Randy sejak aku tengok sinetron "Nada-nada Cinta kat Astro.....SEbelum nie randy dah banyak berlakon sinetron..tapi tak layan sangat hihihi Boleh di katakan best jugak cerita nie....Aku tengok Randy tak kekok berlakon dengan pelakon kita kat Malaysia nie....

 Aku suka dengan kinah yang sengal tu..nak cakap omputih  tapi entah apa2 di sebutnya.......present dia sebut presten...macam tak logik la kan tapi sengal2 kinah dia kaya dalam cerita tue....Kinah nie bukan heroin tau  kinah nie kawan baik gan  heroin dalam cerita nie....Korang tahukan siapa heroinnya.....syok jugak tengok muka ... slenger macam tu...Boleh dia tak suka iPad sebab ipad tu tak ada  keyboard cam komputer  hihihi lawakkan.......Ada ke orang kaya perangai cam gitu erk??

Waktu aku tengok cerita nie...memang aku layan betul2...Romantik jer aku tengok Randy..... Cik hubby aku bengang jer dengan aku....Sebab kusyuk melayan movie nie.....

p/s: Ada sesiapa tengok ke? kalau tengok cerita nie...apa pendapat korang best ke tidak?? "Smile Be Happy"

01 December 2011

Tiada masalah melakonkan babak ranjang kata Aaron dan Maya Karim

Pelakon Ombak Rindu mengaku berdebar jayakan babak ranjang

SESUNGGUHNYA, tidak mudah melakukan adegan ranjang. Lebih-lebih lagi apabila pasangan gandingan sudah bergelar suami mahupun isteri orang.
Namun kerana tanggungjawab pada kerja, semua perasaan segan dan gementar dibuang jauh-jauh demi menghidupkan watak diberikan. Itulah yang terpaksa dihadapi Maya Karin apabila perlu beraksi intim dengan jejaka pujaan ramai, Aaron Aziz dalam filem Ombak Rindu, yang mula ditayangkan 1 Disember.Mungkin kerana mereka sangat komited terhadap tanggungjawab yang tergalas di bahu juga, babak aksi ranjang dilakukan sekali saja tanpa perlu diulang. Biarpun perasaan malu menerjah diri, dia dan Aaron sangat serius ketika menjayakan babak berkenaan.

“Sebelum melakukan penggambaran untuk babak itu, saya mengaku ada semacam perasaan pelik terbit dalam hati. Satu jam sebelum penggambaran pula, saya akui berdebar-debar bercampur takut kerana tidak pernah menjayakan adegan sedemikian rupa.

“Ketika penggambaran, saya membuat permintaan hanya mereka yang berkenaan saja dibenarkan masuk. Kami tak ambil masa yang lama pun untuk melakukan babak itu kerana kami masing-masing bersikap profesional dan faham, babak itu hanya untuk tujuan kerja,” kata Maya yang berjaya membawakan watak Izza dengan berkesan.

Tambahnya, Ellie Suriaty nyata banyak menolongnya menghayati watak Izza yang perlu bermain dengan perasaan dalaman. Watak Izza dalam filem arahan Osman Ali itu juga sememangnya menjadi idamannya. 
Dek penghayatan meyakinkan ditonjolkan dirinya dalam filem yang diangkat daripada novel tulisan Fauziah Ashari itu, Maya dilihat mempunyai peluang besar untuk menggondol anugerah pada tahun depan. Namun dengan rasa rendah diri, wanita ini tidak mengharapkan semua itu.

“Filem ini memecah rekod lakonan saya selama ini kerana banyak membabitkan adegan air mata. Memang tak dinafikan ia sedikit memenatkan kerana saya perlu menangis hampir setiap masa dan perlu mengekalkan mood yang sama. Tapi bantuan Ellie Suriaty sebagai penasihat lakonan banyak membantu saya dari segi teknikal.

“Dia sering mengingatkan saya jangan sesekali terlepas mood, kerana sekali terlepas lakonan saya akan goyang. Tetapi saya seronok kerana saya memang mengidamkan watak Izza.

“Bagi memastikan mood tidak lari, saya sering terbawa-bawa watak Izza sehingga keluar set. Waktu sarapan pagi, atau makan tengahari, karakter Izza terus melekat dalam diri kerana saya ingat pesanan Ellie. Saya juga beruntung kerana Aaron memahami saya. Dia tidak pernah kacau kerana dia tahu saya berada dalam karakter,” katanya yang terpaksa mendengar muzik tradisional Terengganu dan berkunjung ke tempat tumpuan ramai wanita Melayu bertudung semata-mata untuk menghayati watak berkenaan.

'Tiada masalah babak ranjang' - Aaron

WATAK Hariz lakonan Aaron Aziz pasti membuai perasaan ramai peminat apabila filem itu mula diputarkan kepada umum. Hariz, lelaki yang sukar diduga dan pada mulanya membenci Izza, tetapi lama-kelamaan mula jatuh cinta pada wanita itu juga berjaya ditangani dengan baik oleh pelakon kelahiran Singapura ini.

Kata Aaron, isterinya cukup memahami kerjayanya sebagai pelakon. Wanita yang amat dicintainya itu juga tahu dia bakal melakukan babak ranjang, tetapi Diana Halik ternyata seorang yang cukup terbuka. 

Malah dia turut membaca skrip filem lakonan si suami.

“Saya tidak risau melakonkan babak ranjang kerana saya yakin pengarah tahu batas-batas yang perlu dijaga. Isteri pun tiada masalah, dia tahu saya berkerja malah dia sendiri berada di set penggambaran.

“Sebenarnya watak seperti seperti Hariz bukan kali pertama saya lakonkan. Dalam Badai Semalam, saya memegang watak Karim dan bagi saya watak itu tidak jauh bezanya dengan Hariz. Cuma sebagai Hariz, saya perlu lebih banyak bermain dengan emosi, sehingga saya sendiri tidak sedar yang saya mudah mengalirkan air mata dalam filem ini,” kata Aaron.

Tidak kisah walaupun tidak berpeluang bersaing dalam Festival Filem Malaysia untuk merebut gelaran pelakon terbaik, bapa kepada tiga cahaya mata ini sebaliknya lebih mementingkan kepuasan peminat. 

Sekiranya peminat berpuas hati dengan lakonannya, ia sudah memadai dan dianggap sebagai anugerah yang tidak ternilai.

“Walaupun tidak layak untuk dicalonkan, ia langsung tidak mematahkan semangat saya untuk memberikan lakonan yang berkesan. Bagi saya kepuasan peminat lebih penting buat diri saya. Jika peminat suka lakonan saya dan memberikan pujian, itu sudah buat saya rasa sangat puas hati,” katanya. 


sumber : berita harian


P/S: Kat sini aku respek gan Isteri Aaron Aziz Diana Halik....Kerana memahami Suaminya Bekerja sebagai Pelakon.....

12 November 2011

Filem Ombak Rindu

ombak rindu, maya karin
Bila terdengar tentang novel Ombak Rindu ini, tiba-tiba aku teringat zaman sekolah dulu dan novel Ombak Rindu ini adalah antara novel yang popular waktu itu. Memang feeling  habislah aku baca novel nie tau.....semalam aku tengok kat astro filem nie Astro tayang sikit.....korang ada tengok tak??? Aku memang terujalah nak tengok filem nie.....sebabnya..jalan ceritanya menarik.....kalau baca dalam novel.....Filemnya....Tak tahu lagikan....Kita tunggu 1 Disember 2011.....hihihi

Selepas novel Lagenda Budak Setan yang kami kira berjaya menarik ramai penonton untuk ke pawagam menonton filem tersebut, kali ini satu lagi filem yang diadaptasi dari novel popular Ombak Rindu hasil karya Fauziah Ashari. Filem Ombak Rindu adalah terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures. Sedikit sinopsis Ombak Rindu,


ombak rindu
Ombak Rindu
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Paling menarik apabila Maya Karin yang membawa watak Izzah seorang yang bertudung dan memerlukan beliau untuk mendalami ilmu agama serta adat budaya. Maya Karin mengatakan,
“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.
“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini.