Showing posts with label Bunga Cik Rose Cute. Show all posts
Showing posts with label Bunga Cik Rose Cute. Show all posts

26 September 2014

Buat Sendiri Racun serangga organik


Buat Sendiri Racun serangga organik
Racun serangga organik daripada pokok mambu (neem). Ia berkhasiat untuk menghindarkan serangga perosak untuk datang ke tanaman kita. Dan yang penting ia organik. ^^
Bahan :
1. 3 ranting (atau lebih) daun mambu
2. 5 sudu kecil bunga cengkih
3. 500ml minyak masak (kelapa sawit)
4. Pendidih dua tingkat
5. Pengisar
Kaedah:
1. Campur dan kisar dedaun mambu dan bunga cengkih bersama minyak masak sehingga halus
2. Panaskan bahan-bahan yang dikisar tadi dengan pendidih dua tingkat. Gunakan api kecil.
3. Masak antara dua hingga tiga jam untuk mengeluarkan ekstrak minyak neem itu
4. Setelah itu, biar sejuk dan tapis ke dalam botol simpanan
Cara penggunaan:
Campurkan 1 sudu meja makan minyak mambu + 1 sudu meja makan cecair pencuci pinggan + 1L air
Sembur pada tanaman yang terkena serangan perosak.
sumber dan kredit:
http://on.fb.me/1hQvRil

16 August 2014

kemaruk bunga jepun atau bunga pukul 10.00 pagi

Assalamualaikum....Selamat Petang...

Dah petang baru update entry...kebiasaannya waktu pagi...aku dah mengadap bunga...buang2 kudup-kudup yg dah layu hihihi....Jom Layan gambar bunga...
Kat kawasan perumahan aku...memang depannya ada kebun pokok pisang..tue kebun oarng hihihi...
atas divider..penuh denga bunga ros jepun dengan bunga rose..
kat depan aku punya owning pun aku gantung bunga....ros jepun...bila time pukul 10.00,cantiklah bunganya keluar...warna warni...suka tengok..
gambar dari dekat
tepi divider rumah aku....boleh di katakan penuh bunga....aku tak suka tanam banyak jenis bunga...aku just tanam 3 jenis bunga...ros jepun,bunga rose dan pokok bonsai

Itu ajer nak story...Terima Kasih Kerana sudi baca dan komen..

14 July 2014

bunga rose ala cik rose cute

Assalamualaikum......
nak story sikit pasal bunga yg aku tanam iaitu bunga ros.Aku memang minat bunga ros.....walaupun bunga ros nie cerewet untuk kita jaga......tetapi bila keluar bunga.......seronok rasanya.

Comel tak? hihihi hobi baru aku....kat depan rumah penuh dengan pasu gantung bunga rose jepun atau orang panggil bunga pukul 10 pagi...nanti banyak bunga baru snap dah story kat sini....