Showing posts with label Resepi Biskut. Show all posts
Showing posts with label Resepi Biskut. Show all posts

03 August 2013

Cheesekut

First time buat Cheesekut ambik resepi dari SINI memang senang buat....dah rasa memang sedaplah....aku buat lepas sahur semalam ....tiba2 teringin nak buat hihihi

So bahan-bahannya adalah

  • 1 paket biskut Deluxe Crackers
  • Sedikit fresh milk
  • 1/2 tin susu pekat manis (susu tak kisah korang guna susu apa pun)
  • 250gm cream cheese
1. Pukul creamcheese guna mixer sehingga kembang. Kalau takde mixer, guna blender pun boleh. Kembang tu means creamcheese tu da jadik lembut la pastu color dia jadik cerah sket.

2.Nie dah siap aku mixer campur milk (ducth Lady) dengan susu pekat

 3.Susu dalam bekas nie..untuk aku celup biskut yang aku nak susun nanti

Nie dah siap potong....sesiapa yang gemar susu memang sedaplah....sebab rasa susu...hihihi
anak2 aku kalau perisa susu kurang sikit....Lain kali nak try letak choclate pulak....Almaklumlah anak2 aku hantu choclate.

Okey Bye

Selamat menjamu mata...



28 July 2013

Cornflakes Chocolate


Jom tengok resipi Cornflakes Chocolate..


Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )
1 kotak besar cornflakes(325gm)
1 sudu besar madu
5 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu besar gula
6 bar cooking chocolate/450gm
3 sudu besar peanut butter *optional
50gm cocoa butter
manik hiasan jika suka
papercup secukupnya

Cara-caranya:

Panaskan mentega/marjerin dalam kuali hingga cair
Masukkan gula, madu dan peanut butter. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu boleh lah dimasukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2 supaya senang cair.
Bila kesemua bahan telah cair, masukkan cocoa butter, padamkan api dan kacau hingga cair dan masukkan cornflakes.Gaul hingga sebati.
Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan kedalam papercup. Jika suka bolehlah tabur manik hiasan.


*Cookies ni tak perlu dipanaskan dalam oven semula. Kalau dipanaskan chocolate yg membaluti cornflakes tu akan cair dan mendap ke bawah papercup. Ini akan menjadikan ia tak melekat antara satu sama lain.
Cubalah.. insyaALLAH sedap..

 *Jjika coklat sudah mula sejuk, cornflakes payah sket nak stick antara satu sama lain. Boleh lah dipanaskan balik sekejap balance yg belum diisikan ke dalam cup (dgn api perlahan) pastu cepat2 isikan ke dlm papercup ya..


Kredit Resepi Kak Nor

Biskut Cornflakes Madu


Teringin pulak nak biskut Cornflakes Madu...bahan2 pun tak banyak di gunakan...sedap pun sedap...


.

Bahan-bahan 
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. 
Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

Senang tak hihihi

Kredit SINI

21 February 2011

BISKUT GERMAN @ DEUTSHE KEKSE ( DARI RESEPI UNCLE MAT )

Nak try ler buat biskut ni...cam best jer..lepas pantang nanti boleh try...Sekrg tak boleh la..perut tgh sarat ni...he..he..


Bahan-bahannya:

  • 125gm mentega berkualiti tinggi (marjerin Planta)
  • 125gm tepung kentang @ tepung gandum
  • 80gm tepung halus (Superfined/hongkong)
  • 40gm gula aising-di ayak
  • Secubit garam (resepi asal tak letak )
Kaedah Penyedian:
  1. Satukan tepung kentang @ tepung gandum dan tepung halus-ayak dan ketepikan.Putar mentega dengan gula aising hingga sebati.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Ambil sedikit adunan,kemudian bulat-bulatkan dan susun atas dulang pembakar.Tekan hujung garfu di atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak.Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170 darjah,selama 15 minit(Mat tambah lagi 5 minit untuk mendapatkan biskut yang garing).
  4. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT KELAPA(DARI RESEPI MAT)

Bahan-bahan:
  • 225gm tepung jagung(corn strarch)"brown & polson"
  • 150 gm tepung gaandum
  • 1/2 camca teh baking powder (di satukan dan di ayak)
  • 95gm gula aising
  • 75 gm kelapa kering-di kisar halus
  • 25gm serbuk badam
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 200gm mentega atau secukupnya.
Cara menyediakan:
  1. Serbuk badam dan kelapa yang di kisar halus tadi di gaul bersama-sama tepung yang telah di ayak-ke tepikan.
  2. Dalam Mixing Bowl,masukkan telur,gula aising dan esen vanilla,pukul hingga menjadi krim.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Peringkat ini adunan akan menjadi serbuk roti.
  3. Perlahankan speed dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh di canai.Keluarkan doh dari Mixer bulat-bulatkan dan tutup dengan tuala lembab.
  4. Bahagikan doh tadi kepada 3 bahagian.Ambil satu bahagian dan canai di antara dua helai plastik menggunakan torak (alat pengelek )setebal 1/2 cm,terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar.Buat hingga siap.
  5. Sapu kuning telur,hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering.Bakar pada suhu 175 darjah selama 15-20 minit.Bergantung pada jenis oven anda.
  6. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan.Sejukkan sebelum di simpan ke dalam bekas kedap udara.
BAHAN HIASAN:
  • Kuning Telur-Untuk di sapu
  • Hirisan Ceri-Untuk hiasan
  • Kelapa kering-untuk hiasan.

19 February 2011

BISKUT KACANG MASIN RANGGUP IDAMAN HATI

Ni pun dari majalah keluarga...jangan marah ye...


Bahan-bahan:

  • 83gm mentega
  • 125gm gula perang
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 250gm tepung kek
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 167gm kacang tanah masin.
Cara-cara membuat:
  1. Pukul mentega bersama gula perang dan garam
  2. Masukkan telur dan esen vanilla
  3. Masukkan tepung kek dan serbuk penaik ke dalam adunan
  4. Akhir sekali masukkan kacang tanah masin.
  5. Bentukkan dan bakar pada suhu 180 darjah atau sehingga masak.

BISKUT COKLAT BADAM DESTINASI CINTA

Ni pun resepi dari majalah keluarga.


Bahan-bahan:

  • 138gm mentega
  • 55gm gula aising
  • 1 biji telur kuning
  • 60 gm badam kisar
  • 230gm tepung kek
  • 230gm coklat urai
Cara-cara membuatnya:
  1. Pukul mentega bersama gula aising sehingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati.Masukkan tepung kek ke dalam adunan.
  3. Akhir sekali masukkan badam kisar dan bentukkan.
  4. Taburkan coklat urai dan bakar pada suhu 180 darjah atau sehingga masak.

BISKUT COKLAT RATU HATIKU

Aku ambik resepi ni dalam majalah keluarga,anak sulongku yg tunjuk...Ibu kenapa tak buat biskut ni...?cam sedap jer...aku cakap gan dia...sekrg ibu tak boleh buat..sebab ibu tak larat ni...perut dah besar...tunggu hari jer..Lain kali ibu buat.Anak aku yg perempuan ni..memang hantu coklat pantang ada coklat memang dia suka...ni aku kena salin resepinya..siap ambik gambar lagi..walau pun gambarnya tak berapa cantik.


Bahan-bahan:

  • 100gm mentega
  • 65gm gula aising
  • 50gm susu cair
  • 120gm tepung roti
  • 10gm serbuk koko
  • secubit garam.
Cara-cara Membuatnya:
  1. Pukul mentega bersama gula aising dan garam sehingga kembang.
  2. Masukkan susu cair,tepung roti dan adunan.Kacau sehingga sebati.
  3. Terapkan doh sederhana tebal dengan acuan mengikut corak yang di kehendaki.Bakar selama 15 minit pada suhu 180 darjah sehingga masak.