BISKUT GERMAN @ DEUTSHE KEKSE ( DARI RESEPI UNCLE MAT )

Author : Cik Rose Cute | 2:34 PM | 0Total Comments |
Nak try ler buat biskut ni...cam best jer..lepas pantang nanti boleh try...Sekrg tak boleh la..perut tgh sarat ni...he..he..


Bahan-bahannya:

  • 125gm mentega berkualiti tinggi (marjerin Planta)
  • 125gm tepung kentang @ tepung gandum
  • 80gm tepung halus (Superfined/hongkong)
  • 40gm gula aising-di ayak
  • Secubit garam (resepi asal tak letak )
Kaedah Penyedian:
  1. Satukan tepung kentang @ tepung gandum dan tepung halus-ayak dan ketepikan.Putar mentega dengan gula aising hingga sebati.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Ambil sedikit adunan,kemudian bulat-bulatkan dan susun atas dulang pembakar.Tekan hujung garfu di atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak.Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170 darjah,selama 15 minit(Mat tambah lagi 5 minit untuk mendapatkan biskut yang garing).
  4. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT KELAPA(DARI RESEPI MAT)

Bahan-bahan:
  • 225gm tepung jagung(corn strarch)"brown & polson"
  • 150 gm tepung gaandum
  • 1/2 camca teh baking powder (di satukan dan di ayak)
  • 95gm gula aising
  • 75 gm kelapa kering-di kisar halus
  • 25gm serbuk badam
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 200gm mentega atau secukupnya.
Cara menyediakan:
  1. Serbuk badam dan kelapa yang di kisar halus tadi di gaul bersama-sama tepung yang telah di ayak-ke tepikan.
  2. Dalam Mixing Bowl,masukkan telur,gula aising dan esen vanilla,pukul hingga menjadi krim.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Peringkat ini adunan akan menjadi serbuk roti.
  3. Perlahankan speed dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh di canai.Keluarkan doh dari Mixer bulat-bulatkan dan tutup dengan tuala lembab.
  4. Bahagikan doh tadi kepada 3 bahagian.Ambil satu bahagian dan canai di antara dua helai plastik menggunakan torak (alat pengelek )setebal 1/2 cm,terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar.Buat hingga siap.
  5. Sapu kuning telur,hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering.Bakar pada suhu 175 darjah selama 15-20 minit.Bergantung pada jenis oven anda.
  6. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan.Sejukkan sebelum di simpan ke dalam bekas kedap udara.
BAHAN HIASAN:
  • Kuning Telur-Untuk di sapu
  • Hirisan Ceri-Untuk hiasan
  • Kelapa kering-untuk hiasan.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠