08 February 2011

Resepi Puding

Puding Biskut Marie


Bahan-bahan;

  • 5 biji telur(pukul sekejap
  • 400gm biskut marie-di patah-patahkan(chetam guna perasa kopi)
  • 1 cawan gula(boleh di kurangkan)
  • 1/2 cawan serbuk koko (di ayak)
  • 1 tin susu cair
  • 3 hingga 4 sudu butter
Cara membuatnya:
  1. Sediakan kuali.Masukkan susu cair,gula dan serbuk koko.Nyalakan api,kacau sehingga serbuk koko bergaul rata dengan susu dan gula.
  2. Apabila dah mendidih,masukkan butter.Kacau hingga butter cair.Kemudian masukkan telur yang telah di pukul.Perlahankan api,kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan biskut marie.Tutup Api.Gaul sehingga keseluruhan biskut marie di litupi coklat.
  4. Sediakan loyang yang di lapik kertas minyak.Kaup adunan ke dalam loyang.
  5. Tekan dengan senduk plastik sehingga mampat.Masukkan dalam peti sejuk sehingga ke esokkan hari.
Topping:
  • 1/2 buku butter
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
Masak secara double boiler,boleh di tuang ke atas puding.

PUDING MANGGA

Bahan-bahannya:
  • 10 gm agar-agar
  • 2 sudu susu cair
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 mangkuk mangga masak- blender
  • 3 cawan air
Cara-caranya:
  1. Agar-agar dan air di masak.gula 1 cawan dan mangga di kacau bersama sehingga sebati.
  2. Masukkan susu 2 sudu yang di campur dengan telur.
  3. Di gaul lalu di tuang di acuan ikut cita rasa sendiri dan masukkan ke dalam peti ais.
Nota Kaki Chetam;
Mangga boleh di gantikan dengan lain-lain buah seperti epal,laici dan lain lagi.

AGAR_AGAR CERMIN BERSUSU MAK LANG

Bahan-bahan;
  • Agar-agar
  • air
  • gula
  • susu cair
  • Pewarna ikut suka
  • Daun pandan
Cara-cara;
  1. Setelah agar2 dan gula hancur,bahagikan kepada 2 adunan untuk di campurkan dengan susu dan biarkan atas dapur dengan api yang kecik .
  2. 1 lagi adunan asingkan lagi kepada 3 warna merah,kuning,hijau.Masukkan ke dalam fridge supaya cepat keras.
  3. bila dah keras,potong kiub semua agar2 yang berwarna tadi.Agar2 yang di campur susu tadi di masukkan ke dalam bekas dan bolehlah di taburkan agar2 kiub tadi.
  4. Potongan agar2 kiub tadi akan terapung dengan sendirinya.
PUDING ROTI

Bahan-bahan;
  • 1 buku roti yang di buang bahagian tepinya.
  • Sedikit butter atau mentega
  • Kismis 
  • Susu segar(1 liter air yg dalam botol)
  • Sedikit gula
Cara-caranya;
  1. Roti di potong 2 atau 3.Paling senang guna gunting jer...
  2. Kemudian sapuan roti ni dengan butter/mentega di bahagian atas dan bawah sehingga habis.
  3. Masukkan susu segar ke dalam periuk,tambahkan sedikit gula
  4. Panaskan di atas api sehingga gula larut.Jangan tunggu sampai susu mendidih.
  5. Sediakan loyang,letak roti sebagai lapisan pertama,taburkan kismis.
  6. Tuang satu senduk susu,letakkan roti sebagai lapisan seterusnya dan ulang sehingga roti,kismis dan susu habis.
  7. Bahagian tepi roti hendaklah di carik2 halus dan di tabur sebagai lapisan di atas sekali.
  8. Bakar dalam oven,lebih kurang 150-180 darjah.
P/s;
Jangan letakkan kismis di atas sekali,nanti kismis akan hangus bila di bakar.

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠