19 February 2011

KASTARD JAGUNG BERKUAH

Emmm..sedapnya..ni resepi aku ambik dari blog..lupa la pulak...biasa la..umur dah meningkat ni...,nak try buat nanti ni..bila habis pantang nanti...


Bahan2 untuk Kastard:

  • 1 cawan tepung kastard
  • 4 cawan air
  • 1 sudu besar serbuk agar2
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 tin jagung kremar.
Cara-caranya:
  1. Masak agar2 dengan air sampai hancur,masukkan tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)gula dan jagung.
  2. Masak atas api yg sederhana dan terus mengacau sampai adunan pekat dan berkilat.
  3. Tuangkan dalam acu atau loyang dan biarkan sejuk sebentar,sebelum di sejukkan di dalam peti ais.
Bahan2 untuk kuah:
  • 1 tin susu cair
  • 2 gelas air
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 1 tin fruit coctail atau longan.
  • 1/2 tin jagung biji
Cara-caranya:
  1. Masak susu,air dan gula dengan api perlahan sampai mendidih.
  2. Biarkan sejuk,masukkan dalam peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
  3. Untuk menghidang,masukkan kuah dalam mangkuk besar,masukkan fruit coctail atau longan dan jagung.
  4. Kemudian masukkan kastard yang telah di sejukkan di dalam peti ais.

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠