11 February 2011

Resepi Bakso

Ni memang aku suka...,setiap kali my hubby pegi pasar malam..mesti aku kirim bakso.Memang la..sedap tapi bihumnya sikit jer...biasa la orang berniaga mesti nak untung jer..Aku tengok resepi ni dalam blog member...aku ambik je la...mana tahu nanti boleh cuba buat...he..he...


Bahan-bahan:

  • Mee hoon /bihum 1 bungkus (4oogm)
  • Kalau suka mee kuning pun boleh.
  • Taugeh @ carrot (Di hiris)
  • Kobis di hiris halus.
Untuk Bahan Bebola:
  • 400gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah- di racik
  • 2 biji bawang putih- di racik
  • 2 biji telur -1/2 biji
  • 1 sudu kecil tepung ubi @ tepung jagung
  • Sedikit serbuk lada sulah dan garam
Untuk Bahan Kuah:
  • 3 biji bawang merah- di hiris
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu kecil lada sulah (biji)
  • 1 batang serai di ketuk
  • 1 sudu besar pati daging @ pati ayam.
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Garam dan perasa.
Cara Membuat Kuahnya:
  1. Tumbuk bahan seperti 3 ulas bawang putih,1/2 inci halia,1 sudu kecil lada sulah.
  2. Tumis bawang merah yang di hiris hingga kekuningan,masukkan bahan yang telah di tumbuk tadi,tumis sehingga garing dan naik bau.Masukkan serai sekali.
  3. Masukkan air,pati daging @ pati ayam,serbuk lada sulah,garam dan perasa.
Cara Membuat Bebola:
  1. Sementara menunggu kuah mendidih,gaul semua bahan untuk membuat bebola daging.
  2. Bentukkan bulat mengikut saiz yang  kita suka.Siap membentukkan masukkan ke dalam kuah tadi biar mendidih.Kuah siap apabila bebola tadi timbul
  3. Siap kuah dan bebola.
Untuk Bihum:
  1. Rendam bihum dan celur,kemudian tapis.
  2. Hidangkan bihum dengan taugeh dan kubis.Tuang kuah dengan bebola.Boleh juga guna mee lain @ maggie.
  3. Biasanya di indonesia,bakso di hidangkan dengan cilipadi yang di tumbuk berasingan dengan kicap,kicap yang sering di gunakan kicap ABC.
  4. Tak tahulah kat tempat lain ada ke tidak,tapi kalau kat batu pahat boleh jumpa.

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠