15 February 2011

BEBOLA ROTI GORENG (DARI KAK UMMI)

Bahan-bahan:
  • 14 keping roti (plain white bread)-potong menjadi kepingan kecil.
  • 2 biji telur - bersaiz besar.
  • 3 batang cilimerah -potong kecil
  • 1 biji bawang besar- didadu halus
  • Sedikit daun sup/bawang - di hiris
  • 2 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis
  • 6 ekor udang sederhana - di potong kecil-kecil
  • Minyak untuk menumis.
Cara Untuk Menyediakan:
  1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yang besar.Kemudian masukkan telur,cili merah,bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/daun bawang.
  2. Gaul rata-rata,akhir sekali...Masukkan garam dan lada putih serbuk.
  3. Gaul rata-rata dan kepal-kepalkan menjadi bebola.Buat bebola roti hingga habis.
  4. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa,hidangkan bersama sos cili yang anda gemari.

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠