21 February 2011

ROTI SARDIN GULUNG

Bahan-bahan:

  • 8 keping roti putih
  • 2 biji telur-di pukul sedikit
  • 1 cawan serbuk roti-warna oren
Bahan INTI sardin:
  • 1 tin sedang sardin
  • 1 biji bawang besar- di dadu
  • 2 ulas bawang putih-di cincang
  • 1 cm halia-cincang halus
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1 camca sos cili
  • 1 camca teh kicap cair
  • 1 biji limau kasturi-ambil jusnya
  • 1 pokok daun bawang-hiris halus
Cara Membuatnya:
  1. UNTUK INTI:Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang besar,bawang putih dan haliahingga harum.Masukkan cili kisar dan cili sos kacau rata dan masukkan sardin,kacau rata tambah kicap cair-masak hingga kering.
  2. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan hirisan daun bawang,kacau rata dan matikan api.Biarkan sejuk sebelum di gunakan.
Cara Membuatnya:
  1. UNTUK ROTI SARDIN:Ambil 1 keping roti putih,canai hingga leper isikan 1 camca besar inti,ratakan dan guling seperti Swissroll.Sapukan telur pada hujung roti dan gulung terus hingga melekat.Kemaskan dan susun di dlm bekas .(Buat kaedah sama pada baki roti dan inti.
  2. Panaskan minyak pada suhu sederhana untuk goreng terendam.Golek roti sardine gulung tadi dulu dengan telur,kemudian golekkan dengan serbuk roti,rata dan goreng hingga kuning keemasan.
  3. Angkat dan toskan atas paper towel.Buat hingga siap.
  4. Hidangkan bersama sos kegemaran anda,

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠