KUALA LUMPUR: Agensi keselamatan Ukraine, SBU, hari ini, mendedahkan dua rakaman perbualan telefon yang didakwa menjadi bukti bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia.
The Kyiv Post, yang menyiarkan perbualan telefon yang didedahkan oleh SBU itu, melaporkan bahawa perbualan telefon pertama, dibuat 20 minit selepas MH17 terhempas, di antara komander Donetsk People's Republic, Igor Bezler dan Kolonel Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.
Berikut perbualan telefon tersebut:
Igor Bezler: Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast).
Vasili Geranin: Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang?
Igor Bezler: Telah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap.
Vasili Geranin: Berapa minit lalu?
Igor Bezler: Lebih kurang 30 minit lalu
Perbualan telefon kedua pula membabitkan anggota pemberontak bernama Major dan Greek.
Semasa perbualan telefon itu, Major berkata pesawat itu ditembak jatuh oleh satu kumpulan dari pusat pemeriksaan Chernukhino.
Major juga memberitahu Greek bahawa pesawat itu berkecai di udara dan ia adalah 100% pesawat komersial.
Major turut berkata serpihan pesawat tersebut jatuh ke dalam laman (sebuah rumah).
Apabila Greek bertanya sekiranya adakah dia berjumpa sebarang dokumen, Major berkata hanya dokumen seorang pelajar Indonesia dari Universiti Thompson dijumpai.
Major: Mengenai pesawat ditembak jatuh di kawasan-Snizhne Torez. Ia adalah pesawat komersial. Jatuh berhampiran Grabove. Terdapat banyak mayat-mayat wanita dan kanak-kanak. Penduduk sedang melihat semua ini.
Siaran televisyen berkata ia sebuah pesawat pengangkut AN-26, tetapi ada perkataan Malaysia Airlines atas pesawat itu. Apa yang ia lakukan di wilayah Ukraine?
Soalannya dibalas oleh seorang komander militan.
“Ini bermakna pesawat itu membawa kumpulan pengintip. Mereka tidak seharusnya terbang. Perang sedang berlangsung. - astroawani
Kredit SINI
Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts
19 July 2014
31 March 2014
DAGING MCDONALDS SELAYAKNYA MENJADI MAKANAN BINATANG
JAMIE OLIVER MENANG KES SAMAN MCDONALD | Sesiapa yang kenal chef dari UK nama Jamie Oliver, dia telah menang dalam mahkamah kes saman McDonald tahun 2013.
Jamie berjaya membuktikan yang mcDonald menggunakan peroxide dalam daging prosesnya dan dagingnya juga adalah dari kualiti yang paling rendah hanya layak untuk binatang ternakan yang makan.
Jadi, kita patut boikot McDonald bukan hanya kerana sokongan padunya kepada gerakan Zionist tetapi juga kerana 'they really serve you JUNK food'.
Baca artikel di bawah.
Alert: Ammonia found in McDonald's Foods: Chef Oliver Wins LawsuitMcDonald’s Burgers “Unfit for human consumption”Hamburger chef Jamie Oliver has won his long-fought battle against one of the largest fast food chains in the world – McDonalds. After Oliver showed how McDonald’s hamburgers are made, the franchise finally announced that it will change its recipe, and yet there was barely a peep about this in the mainstream, corporate media.Oliver repeatedly explained to the public, over several years – in documentaries, television shows and interviews – that the fatty parts of beef are “washed” in ammonium hydroxide and used in the filling of the burger. Before this process, according to the presenter, the food is deemed unfit for human consumption. According to the chef and hamburger enthusiast, Jamie Oliver, who has undertaken a war against the fast food industry, “Basically, we’re taking a product that would be sold in the cheapest way for dogs, and after this process, is being given to human beings.”Besides the low quality of the meat, the ammonium hydroxide is harmful to health. Oliver famously coined this the “the pink slime process.”
“Why would any sensible human being put meat filled with ammonia in the mouths of their children?” Oliver asked.
In one of his colorful demonstrations, Oliver demonstrates to children how nuggets are made. After selecting the best parts of the chicken, the remains (fat, skin and internal organs) are processed for these fried foods.
In the United States, however, Burger King and Taco Bell had already abandoned the use of ammonia in their products. The food industry uses ammonium hydroxide as an anti-microbial agent in meats, which has allowed McDonald’s to use otherwise “inedible meat.”
Most disturbing of all is the horrifying fact that because ammonium hydroxide is considered part of the “component in a production procedure” by the USDA, consumers may not know when the chemical is in their food.
Watch the "PINK SLIME PROCESS" video:
About Ammonia
According to Wikipedia, Ammonia or azane is a compound of nitrogen and hydrogen with the formula NH3. It is a colourless gas with a characteristic pungent smell. Ammonia contributes significantly to the nutritional needs of terrestrial organisms by serving as a precursor to food and fertilizers. Ammonia, either directly or indirectly, is also a building-block for the synthesis of many pharmaceuticals and is used in many commercial cleaning products. Although in wide use, ammonia is both caustic and hazardous. The global production of ammonia for 2012 is anticipated to be 198 million tonnes,[7] a 35% increase over the estimated 2006 global output of 146.5 million tonnes.[8]
25 March 2014
Video keganasan lautan hindi
Assalamualaikum...dan selamat petang....hari nie baru dapat bersiaran...gara2 komputer sakit....huhuhu....Betapa sedihnya hati bila mendengar berita MH370 telah tumpas di lautan Hindi...bila PM kita umumkan...tak sangka pulak melencong ke sana...kan...kebanyakan keluarga mangsa sedih dengan pengumuman tersebut...aku pun sedih...walaupun keluarga aku tiada dalam kapal terbang MH370...turut sipati dengan kejadian yang tidak di duga...Semuanya kehendak Allah...
Video keganasan lautan hindi
Lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20% permukaan air Bumi. Di utara ia disempadani oleh selatan Asia; di barat oleh Semenanjung Arab dan Afrika; di timur oleh Semenanjung Malaysia, Indonesia, dan Australia; di selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20° timur meridian, dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.
- Luas: 68,556 juta km²
- Lautan: termasuk Lautan Andaman, Lautan Arab, Teluk Bengal, Great Australian Bight, Teluk Aden, Teluk Oman, Saluran Mozambique, Teluk Parsi, Laut Merah, Selat Melaka, dan sebagainya.
Panjang Pantai: 66,526 km
Titik ketinggian:
- Titik terendah: Palung Jawa -7,258 m
- Titik tertinggi: permukaan laut 0 m
Pelabuhan: Calcutta (India), Chennai (Madras; India), Colombo (Sri Lanka), Durban (AfrikaSelatan), Jakarta (Indonesia), Karachi (Pakistan), Fremantle (Australia), Mumbai (Mumbai; India), Teluk Richards(Afrika Selatan)
- AL-FATIHAH #MH370
11 March 2014
Kapten Norudin : Di Mana Sains Berakhir di Situ Kuasa Allah Bermula
Kapten Norudin memberikan penerangan yang menginsafkan semasa diwawancara di Tv3 hingga ramai orang tidak menyangka dan terpegun dengan penerangan dan pandangan beliau. Sejauh mana kecanggihan teknologi dan kepakaran manusia, manusia jangan angkuh dan perlu kembali kepada penciptanya. Beliau adalah bekas Ketua Pilot B777 dan sekarang di lantik menjadi pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia. Orang yang membuat ujian penerbangan ketika pertama kali B777 dibawa ke Malaysia. Beliau dan Kapten Zaharie pilot yang menerbangkan pesawat MH370 adalah rakan baik.
Kapten Norudin Abd Majid sedang keluar berdakwah selama 40 hari bersama dengan Jemaah Tabligh,kemudian beliau di panggil oleh TV3 untuk berkongsi pandangan peribadi beliau berkaitan dengan kehilangan MH370 dan teman rapatnya kapten Zahrie Ahmad Shah PilotMH370 (bergambar dengan Kapten Nurudin adalah sahabat baik beliau, bahkan Kapten Zahrie pernah mengambil bahagian dalam kegiatan Jemaah Tabligh hasil ajakan Kapten Nurudin sendiri).Kapten Zahrie juga di laporkan pernah menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Abd Hamid di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan beliau ada meluahkan keinginan beliau untuk membantu menyumbang ke atas pembangunan madrasah.
Norudin rapat dengan Zaharie
Semasa mula bertugas dengan Mas, Kapten Zaharie pernah tinggal bersama dengan Kapten Norudin, secara peribadi , Norudin sangat mengenali Zaharie dan keluarganya. Norudin menyifatkan Zaharie sangat berdedikasi, bertanggungjawab, sangat meminati penerbangan, terlibat dengan R & D B777.
gambar dari facebook

Kapten Norudin di MHI
Beliau mengikuti kegiatan Jemaah Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi.Anak-anak lelaki dan perempuan beliau di hantar belajar agama di Madrasah Alimah di South Afrika dan juga di Madrasah Miftahul Ulum,Sri petaling.
“Allah menghantar peristiwa MH370 agar kita kembali kepadanya dengan rendah hati. Sains sifatnya ciptaan dan ciptaan pasti ada penciptanya.”
“Allah nak ingatkan kita bahawa dunia ini bukan milik kita. Dia yang menciptakan sains dan dia berkuasa ke atasnya. Allah berkuasa meletakkan manusia di mana sahaja.”
“di mana sains berakhir di situ kuasa Allah bermula”
-Kapten Norudin
13 February 2014
Wanita hina Sultan Selangor ditahan
Assalamualaikum....
Zaman sekarang nie...kalau tak suka orang atasan atau Sultan pasti membuat status kat Facebookkan....Almaklumlah zaman dah canggih...
Zaman sekarang nie...kalau tak suka orang atasan atau Sultan pasti membuat status kat Facebookkan....Almaklumlah zaman dah canggih...

PETIKAN antara kata-kata yang menghina Sultan Selangor dilakukan Josephine Mary di dalam laman sosial Facebooknya.
SHAH ALAM 12 Feb. - Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung status Facebooknya yang mengandungi hasutan, cacian dan fitnah melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Wanita berusia 27 tahun yang dipercayai pemilik akaun Facebook dengan nama Josephine Mary itu ditahan di rumahnya di Kajang, Hulu Langat dekat sini pada kira-kira pukul 1 pagi ini.
Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk diambil keterangan dan dibebaskan pada sebelah petang dengan jaminan polis
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita berkenaan.
Semalam pegawai pengiring kepada Sultan Selangor, Asisten Supritendan Ahmad Rohisham Ahmad membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6 di sini terhadap sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook mengandungi hasutan, cacian serta fitnah melampau terhadap baginda.
Laporan itu dibuat Ahmad Rohisham selepas mendapat perkenan baginda.
27 January 2014
Siapa yang Belum Kahwin Patut Baca
Wah!!! macam2 sekarang niekan...macam manalah tahun2 yang akan datang...makin lama..makin naik ekonomi hidup dekat negara kita...kos kahwin pun dah mahal...
Golongan belia dinasihati berkahwin segera sebelum April 2015 bagi mengelakkan daripada menanggung kos kenduri perkahwinan yang tinggi apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata peningkatan perbelanjaan kenduri perkahwinan dijangka berlaku disebabkan semua urusniaga membabitkan barangan dan perkhidmatan akan dikenakan GST termasuk kos menyediakan makanan atau katering, menyewa dewan, menyewa khemah dan perkhidmatan jurufoto.
“Jika perniagaan katering itu tidak mendaftarkan syarikatnya untuk mengenakan GST kepada pelanggan, ini akan menyebabkan dia terpaksa menanggung caj yang dikenakan kepadanya oleh pembekal dan tidak boleh buat tuntutan kredit GST daripada kerajaan. Jadi syarikat katering ini akan mendaftar juga,” katanya.
Rafizi yang juga seorang Akauntan bertauliah dan memiliki pengalaman luas dalam hal ehwal percukaian memberitahu demikian dalam taklimat Faham GST, Tolak GST yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam tadi.
Katanya, jika perniagaan katering terbabit enggan mendaftarkan syarikat, maka mereka akan bertindak menaikkan harga perkhidmatan bagi menampung caj GST yang dikenakan pembekal terhadap mereka.
Perkara sama turut berlaku bagi perkhidmatan sewa dewan atau khemah, juru solek, penyediaan pakaian, jurufoto atau jurukamera dan persediaan lain.
“Jika katering itu adalah sebuah syarikat berdaftar dengan GST tetapi tidak mengenakan caj GST terhadap pelanggannya, pemilik perniagaan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara,” katanya.
Sumber

26 January 2014
Embun beku umpama salji
Baru lepas baca kat berita harian tentang embun beku seperti salji...dekat Malaysia iaitu di Puncak gunung Kinabalu.
Air kolam di puncak Gunung Kinabalu membeku disebabkan fenomena cuaca sejuk. - Foto Lano Lan
Ranau: “Kolam menjadi ais, embun yang menitis juga terus membeku hingga kelihatan seperti salji,” kata penunjuk arah atau dikenali sebagai ‘Malim Gunung Kinabalu’, Nais Momin, 45.
Menceritakan keadaan sejuk luar biasa di puncak Gunung Kinabalu, Nais berkata, beliau menyedari keadaan itu ketika membawa pendaki ke puncak gunung pada 15 Januari lalu.
Ini kali pertama saya lihat keadaan seperti itu sepanjang enam tahun menjadi malim di puncak tertinggi Asia Tenggara. Laluan bertangga di kawasan puncak turut diseliputi ais. Laluan pendaki menjadi licin.
“Cuaca ketika itu redup, bergerimis dan sejuknya menusuk ke tulang. Air menjadi ais dengan ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.
Putih seperti kapas
“Air yang menitis kelihatan putih seperti salji, tetapi apabila jatuh atas batu ia hilang. Ada pendaki menyangka ia salji, tetapi saya berpendapat sebaliknya kerana salji bila jatuh ke bumi, ia kelihatan putih seperti kapas,” katanya ditemui di sini, semalam.
Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Suhaji Sumail, berkata pembekuan air kolam di puncak gunung jarang terjadi dan kali terakhir pernah diceritakan, berlaku lebih 30 tahun lalu.
“Ais biasa ditemui di puncak gunung, terutama pada musim kemarau, tetapi nipis dan cair apabila disentuh. Kali ini, ais ditemui tebal dan berlaku pada musim hujan.
“Saya percaya ia disebabkan cuaca sejuk yang dibawa angin kencang di kawasan puncak gunung,” katanya.
Kakitangan Taman-Taman Sabah, Jenny Jane, 29, berkata catatan suhu dicatat di puncak Gunung Kinabalu, jatuh hingga negatif dua darjah Celsius sejak pertengahan bulan ini, berbanding empat hingga lapan darjah Celsius sebelum ini.
Suhu bawah paras beku
Katanya, pemantauan pihaknya mendapati suhu di bawah paras beku dicatat dua atau tiga hari sebelum meningkat kepada sifar hingga tiga darjah Celsius, sejak seminggu lalu.
“Memang kali ini lebih sejuk disebabkan hujan berpanjangan seminggu lalu sehingga ada jadual pendakian ke puncak dibatalkan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata ke-adaan berais di puncak Gunung Kinabalu akibat penurunan suhu sehingga mencapai paras beku adalah perkara biasa.
“Dakwaan salji tidak logik kerana Gunung Kinabalu tidak terletak di kawasan yang biasa berlaku salji,” katanya.
Air kolam di puncak Gunung Kinabalu membeku disebabkan fenomena cuaca sejuk. - Foto Lano LanMenceritakan keadaan sejuk luar biasa di puncak Gunung Kinabalu, Nais berkata, beliau menyedari keadaan itu ketika membawa pendaki ke puncak gunung pada 15 Januari lalu.
Ini kali pertama saya lihat keadaan seperti itu sepanjang enam tahun menjadi malim di puncak tertinggi Asia Tenggara. Laluan bertangga di kawasan puncak turut diseliputi ais. Laluan pendaki menjadi licin.
“Cuaca ketika itu redup, bergerimis dan sejuknya menusuk ke tulang. Air menjadi ais dengan ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.
Putih seperti kapas
“Air yang menitis kelihatan putih seperti salji, tetapi apabila jatuh atas batu ia hilang. Ada pendaki menyangka ia salji, tetapi saya berpendapat sebaliknya kerana salji bila jatuh ke bumi, ia kelihatan putih seperti kapas,” katanya ditemui di sini, semalam.
Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Suhaji Sumail, berkata pembekuan air kolam di puncak gunung jarang terjadi dan kali terakhir pernah diceritakan, berlaku lebih 30 tahun lalu.
“Ais biasa ditemui di puncak gunung, terutama pada musim kemarau, tetapi nipis dan cair apabila disentuh. Kali ini, ais ditemui tebal dan berlaku pada musim hujan.
“Saya percaya ia disebabkan cuaca sejuk yang dibawa angin kencang di kawasan puncak gunung,” katanya.
Kakitangan Taman-Taman Sabah, Jenny Jane, 29, berkata catatan suhu dicatat di puncak Gunung Kinabalu, jatuh hingga negatif dua darjah Celsius sejak pertengahan bulan ini, berbanding empat hingga lapan darjah Celsius sebelum ini.
Suhu bawah paras beku
Katanya, pemantauan pihaknya mendapati suhu di bawah paras beku dicatat dua atau tiga hari sebelum meningkat kepada sifar hingga tiga darjah Celsius, sejak seminggu lalu.
“Memang kali ini lebih sejuk disebabkan hujan berpanjangan seminggu lalu sehingga ada jadual pendakian ke puncak dibatalkan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata ke-adaan berais di puncak Gunung Kinabalu akibat penurunan suhu sehingga mencapai paras beku adalah perkara biasa.
“Dakwaan salji tidak logik kerana Gunung Kinabalu tidak terletak di kawasan yang biasa berlaku salji,” katanya.
14 January 2014
Mayat Adik Najwa Atikah pelajar UNIMAS ditemui disungai belakang Kolej TAZ UNIMAS
Sumber gambar dari page : Penetap Luar Unimas
Assalamualaikum....
Pada hari kita menyambut Maulidur Rasul,kita di kejutkan pula dengan mayat Adik Najwa yang di temui di sungai belakang kolej TAZ (Tunku Ahmad Zaidi Unimas) Sebelum nie di khabarkan kes kehilangan adik Najwa yang di katakan di sorok oleh jin.
Tiada siapa yang boleh melawan ketentuan Ilahi...
Innalillahiwainnailaihirojium..
Semoga roh adik Najwa di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
KOTA SAMARAHAN 14 Jan. - Mayat seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu, ditemui terapung dalam parit di kawasan kampus universiti berkenaan hari ini.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Lee Chong Chern berkata, mayat mangsa yang merupakan pelajar semester satu itu ditemui oleh beberapa kakitangan Unimas kira-kira pukul 6 petang ini.
"Semasa ditemui, mayat mangsa ditutup dengan sehelai kain. Polis masih menyiasat lanjut punca kehilangan dan kematian pelajar berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Al-fatihah Buat Arwah
24 December 2013
Ikan Naik Ke Daratan Di Lahad Datu Sabah
Assalamualaikum....Tadi terbaca kat FB tentang isu "Ikan Naik Ke Daratan Di Lahad Datu Sabah" macam tak percayakan....tapi itu semua kuasa Allah tiada siapa yang tahu...Jom baca kisahnya...kredit http://tengoktvonline.blogspot.com/
Gempar! Heboh ketika ini di daerah Lahad Datu, Sabah apabila penduduk kampung di Pulau Tambisan mendapati ikan laut muncul dengan banyak berhampiran daratan. Ramai yang mengatakan fenomena pelik ini menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik bakal terjadi tidak lama lagi di kawasan tersebut.
Sebelum ini, Kejadian Tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlakunya bencana alam tersebut. Haiwan-haiwan ternakan dan peliharaan menunjukkan tingkah laku pelik. Malah para nelayan turut mengatakan hidupan laut dalam telah muncul di persisiran pantai.
Yang amat pelik, Ribut Greg yang mengorbankan ramai penduduk di Keningau, Sabah juga berlaku pada 26 Disember 1996.
kejadian ini pula berlaku pada 24 Disember 2013. Adakah tanda-tanda yang berlaku di Lahad Datu ketika ini juga akan terjadi bencana alam pada tarikh yang sama, 26 Disember kejadian-kejadian bencana yang besar sebelum ini berlaku? Wallahualam....
VIDEO - Pantai Pulau Tambisan Lahad Datu, Sabah
"Sekarang musim ikan tamban memang banyak, Kejadian tu hanya dari spesis ikan tamban sahaja dan memang akan berlaku apabila musim ikan spesis itu tiba. Cuaca di Lahad Datu buat masa sekarang baik. Kejadian sebegini telah berlaku beberapa kali dalam bulan ini."

UPDATE:
Jawapan Ketua Kampung di Tanjung Labian -
"Sekarang musim ikan tamban memang banyak, Kejadian tu hanya dari spesis ikan tamban sahaja dan memang akan berlaku apabila musim ikan spesis itu tiba. Cuaca di Lahad Datu buat masa sekarang baik. Kejadian sebegini telah berlaku beberapa kali dalam bulan ini."
31 August 2013
Punca Bekalan Air Di Selangor Dan KL Terjejas
SHAH ALAM - Suasana gembira cuti umum sempena sambutan Hari Kebangsaan pada hari ini bertukar menjadi hambar bagi sesetengah penduduk di sini dan Klang berikutan penutupan operasi empat loji rawatan air sejak semalam kerana tumpahan diesel di Sungai Selangor. Penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang semalam dijangka memberi kesan hampir sejuta pengguna atau 57 peratus penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.
Seorang juruwang sebuah restoran ketika ditemui Bernama di sini pagi ini berkata bekalan air sudah mula tiada sejak semalam dan kini restoran berkenaan hanya bergantung kepada air tangki yang tidak diketahui sampai bila boleh bertahan.
Abdul Mutalib Syed Muhamad berkata ketiadaan air itu juga telah memberi kesan kepada operasi restoran itu dengan jumlah pelanggan datang untuk bersarapan agak kurang.
Beliau berharap bekalan air dapat dipulihkan seawal yang mungkin.
Seorang pengusaha kedai dobi di Seksyen 11 di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Chai berkata beliau menyedari bekalan air telah tiada semasa membuka kedai pagi ini.
Beliau berkata beberapa pelanggan yang datang untuk menghantar baju untuk dicuci di kedainya tidak jadi berbuat demikian apabila diberitahu tiada bekalan air.
"Air tangki yang ada tidak cukup untuk mencuci baju dalam kuantiti yang banyak. Kita hanya buat dry-cleaning dan hand-wash untuk hari ini kerana tidak memerlukan banyak air," katanya yang berharap bekalan air dapat dipulihkan segera.
Seorang penduduk Taman Seri Andalas, Klang Roszita Mohd Tauhid berkata bekalan air di kawasan perumahan itu terputus sejak malam tadi.
"Air tiada dari malam tadi dan sejak pukul 4 petang semalam bekalan air mula perlahan. Bekalan air terputus kira-kira pukul 10 malam tadi," katanya.
Beliau berharap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dapat menghantar bekalan air bagi membantu penduduk kerana ada yang mengadakan kenduri kahwin pada hari ini. - Bernama. Gambar sumber Astro Awani & SH
Sumber : sini
06 August 2013
Aidil Zafuan Ceraikan Rita Rudaini Melalui SMS
Tak habis2 dengan nasib Rita Rudaini,mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku....bersabarlah Rita Rudaini...
Rita Rudaini 37 akhirnya bercerai dengan Aidil Zafuan 26 dengan talak satu. Rita sendiri telah mengesahkan bahawa Aidil telah menceraikannya petang semalam (Ahad) melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Melalui Berita Harian hari ini, antara punca utama Aidil menceraikan Rita adalah kerana kenyataan Rita yang disiarkan semalam dalam sebuah artikel bertajuk ‘Rita bengang skandal terbaru Aidil’ di ruangan B*POP.

Kenyataan dan luahan Rita

“Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya. Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah,”Aidil dan Rita pernah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1 tahun.
Kredit SINI
02 August 2013
Kadar tol istimewa raya
FADILLAH (kiri) meninjau Pusat Pemantauan Aliran Trafik Lebuh Raya Utara-Selatan di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Sebanyak 17 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan Aidilfitri bermula 7 hingga 9 Ogos ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, lima lagi lebuh raya akan turut menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 5 hingga 6 Ogos dan 14 hingga 15 Ogos ini.
"Diharap ia akan dapat memberi kemudahan kepada orang ramai," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya peringkat Kementerian Kerja Raya di Persada Plus di sini semalam.
Kredit KOSMO
Nota Pink: Seronok pulak dengar kadar tol turun 20 peratus sempena raya....
18 March 2012
Bapak Dirang Orang Filipina
Kubur dirang belum sampai sebulan....ada pulak kes bapaknya pulak tiada pengenalan diri...
![]() |
| HENRY akan diusir ke Filipina kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri |
Sehubungan itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya akan merujuk lelaki yang ditahan di Bandar Seri Alam pada 8 Mac lalu itu kepada pihak Imigresen untuk tindakan lanjut.
"Dia diusir kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sumber : Kosmo
30 November 2011
Wang Bantuan Rm 500
Assalamualaikum Buat semua pembaca blogger.....Korang nak duit tak? Besok Kerajaan akan salurkan duit bantuan di bawah pendapatan rm 3000 sebanyak rm 500 setiap rumah kepada rakyat jelata...Kalau nak tahu lebih lanjut baca di bawah okey...

Mengikut pembentangan Bajet 2012 yang lepas, wang bantuan RM500 akan disalurkan kepada isi rumah yang berpendapatan rendah kurang dari RM3000.
Pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dikatakan akan mengedarkan borang bantuan kewangan tersebut bermula 1 Disember 2011.
Bagi sesiapa yang ingin memohon bantuan tersebut, anda diminta untuk mengisi borang tersebut dan menghantarnya kepada pejabat LHDN yang terdekat. Kemudian anda hanya perlu menunggu untuk mendapatkan jawapan dari pihak LHDN sama ada anda layak atau tidak menerima bantuan tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat LHDN atau pergi ke laman LHDN di bawah okey....
www.hasil.org.my
p/s : Pastikan anda mendapatkan borang tersebut dari LHDN dan menghantarnya kepada LHDN...^.^

29 July 2011
Kepala Gadis Tersepit pada Pintu Bas

ANHUI – Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui, China.
Kejadian itu berlaku apabila pemandu bas berkenaan tidak sabar dan terus menutup pintu bas. Ini menyebabkan kepala gadis itu tersepit dan terpaksa menahan sakit sehingga ke satu perhentian bas seterusnya kerana pemandu bas tidak menyedarinya.
Mujurlah beberapa penumpang yang lain menyedari keadaan itu menjerit ke arah pemandu bas supaya memberhentikan bas dan membuka pintunya.
Sebaik sahaja berjaya melepaskan kepalanya, gadis yang kelihatan malu itu segera turun dari bas. Selepas mengurut-urut lehernya buat seketika, dia terus berjalan laju tanpa membuat sebarang aduan.
Subscribe to:
Posts (Atom)