Showing posts with label Isu Wanita. Show all posts

18 February 2014
18 October 2013
Masing-masing ada kelemahan Pasangan Suami Isteri
Assalamualaikum..
Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri...petikan lagu dari nyanyian Allahyarham P.Ramli...di sini ingin aku kongsikan tentang kes2 yang berlaku di kalangan pasangan suami isteri...aku terbaca dalam satu artikel..terus aku type di sini...

DALAM msyarakat kita cukup banyak kes yang terjadi dikalangan pasangan suami isteri.Walaupun pasangan ini sudah berkahwin lama atau pun baru,tetapi kes-kes yang terjadi dikalangan mereka paling banyak dan cukup menyulitkan.Masalah rumahtangga merupakan masalah besar.Pada kadi,dan mereka yang menjadi juru nikah merupakan orang-orang yang paling banyak menyimpan rahsia suami dan isteri.
Apa tidaknya,kepada merekalah tempat pasangan suami isteri mengadu hal masing-masing sekiranya berlaku krisis.Di isteri dengan masalahnya dan tidak tahan dengan perangai suami lalu mengadu kepada pihak kadi.Begitu juga dengan suami.Tidak tahan dengan karenah isteri yang tidak boleh di tegur dan dilarang,akhirnya akan mengadukan masalahnya kepada kadi juga.Justeru itu,kadilah yang banyak sekali menyimpan rahsia mereka,sama ada rahsia zahir mahupun rahsia batin.

Dalam kisah-kisah yang berlaku dikalangan pasangan suami isteri ini,maka para suamilah yang kadang-kadang banyak membuat aduan.Diantara aduan-aduan itu termasuklah: "kami tidak merasa bahagia dalam kehidupan perkahwinan kami."Isteriku tidak mengimbangi cintaku kepadanya.Isteriku cepat marah.Isteriku cepat naik angin.Isteriku paling kuat cemburu."Isteriku seorang egois.Isteriku banyak minta itu dan ini.Isteriku tidak fikir langsung tentang kesusahan suaminya...,"Isteriku banyak menimbulkan masalah.."dan ada seribu satu masalah yang di timbulkan oleh para suami bila membuat aduan ke pejabat kadi.
Apakah semua aduan itu benar?Apakah pihak yang menerima aduan akan terima bulat-bulat akan aduan itu?Keluhan yang dicurahkan oleh para suami biasa begitulah caranya.Mereka merasakan seolah-olah tidak bahagia hidup dalam perkahwinan mereka.Tetapi bagi setengah-tengah kadi yang menyimpan rahsia pasangan ini mendapati penyebab utamanya jadi begini bersumber dari para suami itu sendiri.Kerana suami tidak pandai memilih isteri dan tidak menjadi isterinya yang akan bertanggungjawab terhadap rumahtangganya dan juga anak-anaknya kelak.

Kadang-kadang ada masalah yang di timbulkan oleh seseorang isteri bermula dari suaminya sendiri.Maksudnya,awal mula penyebab timbulnya sesuatu masalah dari si suami lebih dahulu.Adakalanya si suami suka membesarkan suatu masalah dan melupakan kebajikan,sehingga masalah yang kecil diperbesar sehingga sebesar-besarnya.Si suami biasanya akan ikut emosinya dengan pelbagai curiga dan buruk sangka.
Seharusnya dia mengkoreksi dirinya sendiri lebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain.Seorang yang tidak mampu mengatur dirinya sendiri,mana mungkin dia boleh mampu mengatur diri orang lain?Soalnya,bersabar melihat kekurangan seseorang isteri merupakan cara terbaik,sebab,setiap orang pasti akan menghadapi kekurangan,lupa dan salah.
Nabi s.a.w. pernah menerangkan bahawa kekurangan dan kekeliruan watak dominan setiap wanita.Seorang lelaki yang bergaul dengan seorang wanita,hendaknya memahami watak ini agar dia selalu bersikap baik kepadanya,walau pun wataknya memang begitu.Rasullullah s.a.w. dalam satu sabdanya yang ertinya:"Berpesanlah yang baik kepada kaum wanita,ia dijadikan dari tulang rusuk,sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas,jika engkau luruskannya dengan kekerasan,maka engkau akan mematahkannya,jika engkau membiarkannya,maka ia tetap bengkok,maka berpesanlah yang terbaik bagi kamu wanita."(Mutaffaq 'aliah).
Imam Nawawi berkata:Maksud dari hadis di atas,Nabi s.a.w. menyuruh kaum lelaki untuk bersikap lemah lembut dan bijak kepada kaum wanita dan bersabar atas berbagai kekurangan dan lemahnya akal mereka,dan melarang perceraian tanpa sebab,dan bersikap keras terhadap mereka."
Nota Pink: Untuk pasangan Suami Isteri kena harus banyak2 bersabar dalam menempuh liku2 kehidupan...betul tak? Nasib baik aku gan hubby jarang sangat bergaduh hihihi

Isteri Salihah Ketua Bidadari.
Assalamualaikum...Salam Jumaat segala penghulu hari...aku ada terbaca dalam sebuah buku "Isteri Salihah Ketua Bidadari..terus terasa mau share dengan korang yang bergelar isteri..
Alangkah seronoknya kalau aku salah seorang daripadanya,Bisikku sendirian.BILA dikatakan bahawa para bidadari di syurga nanti semuanya jelita,terlalu rupawan serta semua adalah paling menarik,maka bagaimana pula dengan kedudukan kaum wanita salihah di dunia yang akan muncul mengisi mahligai syurga kelak?
Didalam syurga kelak kaum wanita ini akan muncul jauh lebih rupawan dan menarik dari para bidadari itu sendiri.Pada waktu yang sama wanita dunia yang menjadi pengisi taman syurga nanti di jadikan sebagai ketua bidadari bagi suami masing-masing.Inilah ganjaran yang paling bernilai untuk mereka di mana nanti mereka akan di beri tempat istimewa sesuai dengan kebajikan dan amal ibadat yang telah mereka kerjakan di dunia.
Kaum wanita diberi kemuliaan dan tempat yang lebih tinggi dari para bidadari biasa di syurga lantara mereka telah menempuh pelbagai ujian pahit dan manis serta sudah bertungkus lumus beribadat kepada Allah ketika hidupnya di dunia dulu
.
Di syurga nanti seorang wanita yang telah bersuami akan terus kembali berpasangan dengan suami asalnya ketika di dunia dulu dan di sana nanti dialah yang bakal menjadi ketua para bidadari di mahligai suaminya.Manakala bagi wanita yang berkahwin lebih dari seorang lelaki ketika di dunia,maka kelebihan di syurga nanti,mereka akan di beri kebebasan untuk memilih salah seorang dari lelaki yang pernah mereka kahwini dulu.
Wanita-wanita ini nanti akan tujuh puluh kali ganda lebih baik mutunya dari kemuliannya daripada bidadari biasa di taman syurga.Di dalam syurga itu kelak tidak akan berlaku sebarang kekecohan,pergaduhan,pertengkaran,sakit hati,hasad dengki dan berbagai-bagai lagi di kalangan para penghuninya yang ramai itu apa lagi di kalangan berpuluh orang bidadari yang menjadi isteri setiap seorang dari lelaki syurga.
Ini kerana segala bibit perasaan dengki,irihati,sombong,bongkak serta sesuatu yang seumpamanya di kikis dan di bersihkan dari hati para penghuninya.Maka aman dan damailah dan akan sentiasa bergemerlapanlah perkampungan syurga setiap ketika.Begitu suci dan bersih cinta dan kasih para bidadari di taman syurga terhadap suami masing-masing.Cinta mereka sentiasa tidak berbelah bagi,mereka tidak terpikat dengan lelaki lain meskipun semuanya tampan dan bergaya.
Suami kepada para bidadari itu telah ditentukan awal-awal lagi.Mereka sudah tahu siapakah bakal suami mereka di akhirat kelak.Mereka mula kenal suami masing-masing sejak kelahiran lelaki berkenaan di dunia lagi.Apa yang berlaku ke atas diri lelaki tadi sentiasa di perhatikan oleh para bidadari ini yang tidak sabar menunggu saat pertemuan yang paling bererti di syurga nanti.
Kemewahan,kebahagiaan dan kesejahteraan para penghuni syurga yang menghadapi suatu kehidupan yang sebenar dengan kesenangan yang tidak pernah susut mahupun berkurangan iaitu suatu kehidupan yang kekal abadi.Inilah taman syurga untuk manusia yang mahu berfikir dan menggunakan akalnya kepada perkara-perkara yang kebajikan dan di redhai oleh Allah.Dan Syurga itu sendiri bukanlah untuk golongan manusia yang melampui batas dalam kehidupan mereka setiap hari ketika di dunia.
Nota Pink: Semoga Kita Semua tergolong dalam isteri yang solehah....Amin...

09 September 2013
Perempuan Lebih Banyak Berkorban Berbanding Lelaki
Bismillahirrahmanirrahim....
Entry Last Untuk di kongsi buat You All...
Sajer aku tepek gambar familiku...
Sejak dulu hingga kini saya selalu merasakan orang perempuan lebih banyak berkorban-dalam apa juga-berbanding lelaki.Masih ingatkah sebuah pantun lama: Nasi lemak buah bidara,sayang selasih saya lurutkan;buang emak buang saudara,kerana kekasih saya turutkan.
Percayalah,yang sanggup 'membuang' emak dan saudara biasanya orang perempuan (gadis).Oleh sebab di pujuk pakwe,dan kononnya untuk membuktikan cintanya yang kudus,mulus lagi fulus,gadis sanggup mengikut kekasihnya.
Sejarah membuktikan bahawa wanita mudah termakan pujukan.Sekeras-keras si dara,apabila teruna pandai memujuk,akan lembut juga hatinya.Lebih-lebih lagi jika yang memujk itu adalah lelaki dari spesies kasanova atau keturunan buaya tembaga.
Sebab itu kita selalu membaca berita gadis lari dari rumah.Kerap terjadi setelah di temui semula,gadis berkenaan akan memberitahu keluarga dia lari mengikut kekasihnya.(amit-amit)Lebih malang lagi sekiranya dalam pelarian untuk membuktikan cinta si gadis sanggup melakukan satu lagi pergorbanan: menyerahkan 'kesuntiannya' untuk di nodai oleh kekasih.Demi cintaku padamu,konon!Ini adalah sekadar catatan dan renungan untuk ibu bapa.
Untuk wanita yang dah kawin pulak...Pengorbananmu memang besar.
Sejak janin terbentuk dalam rahim, seorang wanita sudah memulakan satu pengorbanan mulia yang tidak dapat di lakukan oleh mana-mana lelaki pun.Betapa tidak selesanya keadaan sepanjang sembilan bulan mengandung.SElera tiba-tiba mati,tekak loya bukan kepalang untuk minggu pertama.Wek sini Wek sana,Wek pagi,Wek petang sebab tekak loya.Wajahnya pucat sebab terlalu banyak muntah.Seleranya pun bukan-bukan.Hendak makan pulut durian walaupun bukan musim durian,minta di beli jeruk kelubi tengah2 malam buta.
Tetapi fikir punya fikir dia sudah berkorban begitu besar untuk hamil,apakah tanggung jawab lelaki tidak boleh membuat pengorbanan dengan mendapatkan benda-benda pelik yang di idamkan?
Siapa yang sanggup melakukan pengorbanan itu kalau bukan perempuan?
Bayangkan dengan pengorbanan begitu besar pun,masih ada suami yang tidak menghargai isteri.Bagi mereka sebaik selesai melahirkan urusan kelamin hendaklah di laksanakan seperti biasa,secepat mungkin.Kalau boleh tanpa menunggu 40 hari.Apa,dia ingat kilang ke?Sudahlah semasa isteri mengidam suami gagal mendapatkan apa yang di minta,setelah isteri melahirkan suami buat tidak tahu juga.Hanya sehari dua dia memberi perhatian kepada si comel,tetapi tidak mahu berkongsi membelai bayi.
Pengorbanan ibu tidak setakat akan lahir.Sepanjang hayat dia akan berkorban untuk anaknya.Sekiranya anak sakit orang yang sentiasa berada di sisi anak adalah ibu.Ibu yang akan bersengkang mata sepanjang malam untuk merawat anak.Dan siapa yang menghadapi kerenah juga susah payah mendidik anak,kalau bukan seorang ibu.Daripada tapak kaki bayi selebar dua jari hingga membesar menjadi kasut saiz tujuh atau lapan,ibulah yang menjadi pendidik,pembimbing,pakar motivasi.Ibulah segala-galanya.
Pantang anak berasa hendak makan sesuatu,ibu cepat-cepat akan mencari makanan tersebut.Ibu sendiri yang memasak,ibu juga yang menghidangkan.Malah, pada ketika tertentu ibu yang menyuapkan makanan ke mulut anak.Demikianlah pengorbanan seorang wanita sebagai Ibu.
Apa kurangnya pula pengorbanan seorang wanita sebagai isteri.Saya percaya suami yang jujur dan ikhlas akan menilai sendiri betapa 'Khimat' - dalam pelbagai bentuk,tanpa mengira waktu - yang telah di berikan oleh seorang isteri kepada Suami.....
Percayalah kejayaan suami ada kaitan rapat dengan pengorbanan isteri.Pengorbanan itulah yang perlu di hargai!
Nota Pink: Entry nie aku terbaca kat sebuah majalah...terus terasa mau share gan korang...hope korang enjoy membacanya...

05 November 2012
Adab Memakai Emas
♥ Wanita
memang terkenal sebagai golongan yg suka berhias bukan sahaja di badan
malah di setiap tempat . Disebabkan itu, kaum hawa ini lebih rajin
berkemas di rumah dan mengutamakan kebersihan diri ♥
1.TIDAK MEMBAZIR
tiada
barang kemas asli yg dijual dengan harga murah . Senipis mana pun ia
masih tetap dijual pada harga yg tinggi . jika anda berkemampuan , tidak
salah untuk membeli sebanyak mana yg anda inginkan kerana ia juga
merupakan satu pelaburan untk jangka masa panjang . lihat kemampuan diri
sebelum membeli . Tidak perlu berlaku pembaziran jika anda tidak
berkemampuan seperti membuat pinjaman
2.BANGGA DIRI
Islam
langsung tidak menggalakkan umatnya untuk bersifat riak atau bangga
diri kpd org lain . Sifat mazmunah ini adalah kesukaan syaitan yg suka
menghasut umat Islam mengikut telunjunknya . Memakai barang kemas
terlalu banyak di pegelangan tangan , leher dan juga jari adalah bukti
anda suka menunjuk-menunjuk . Ia juga mendatangkan bahaya kerana mampu
menarik perhatian perompak untuk mencuri barang kemas anda . Oleh itu ,
bersihkan hati dan cukuplah menyarungkan sebentuk cincin di jari manis .
3.GELANG BERLOCENG
Acap kali diperkatakan oleh alim ulama bahawa PEMAKAIAN GELANG BERLOCENG DILARANG SAMA SEKALI . ini kerana ia menarik perhatian org lain untuk memandang anda terutama golongan lelaki yg bukan mahram .
4.BENTUK HIASAN
pelbagai
bentuk cincin diukir bagi memenuhi kehendak pelanggan . pemilihan
bentuk menyerupai binatang dan seakan-akan tanda salib memang tidak
dibenarkan sama sekali . Selain itu , menyarung cincin dijari tengah
ataupun telunjuk AMAT DILARANG kerana
ia meniru kaum derhaka yg dilaknat oleh Allah SWT semasa zaman nabi Lut
AS dahulu . Nabi muhammad SAW pernah berkata kpd Saidina Ali sesudah
bernikah dngn Siti Fatimah berpesan jika memakai cincin , pakailah di
jari manis dan kelingking ( anak jari )
sumber : Dara.com
My Note: Aku pakai jugak gelang kaki tapi tak ada loceng kikikiki
30 June 2012
Salah Ke Menjadi Surirumah Sepenuh Masa
Selamat pagi dan Assalamualaikum.....Hari ini aku nak story pasal surirumah....,aku pun seorang surirumah jugak...info ni penting..kalau kauorang semua nak tahu bacalah.....
Aku Surirumah Sejati Okey....
Aku Surirumah Sejati Okey....
Soalan kepada seorang surirumah,"Jadi, apa yang suri rumah seperti puan buat sehari suntuk?"Mestilah jawapan seorang suri rumah ialah bekeja seharian dengan mengemas rumah, memasak dan menjaga keluarga betul tak?Golongan suri rumah begitu sibuk dan bekerja keras.Ada jugak suri rumah yang menjana pendapatan untuk keluarga dengan bekerja dari rumah.Golongan seperti ini menyeimbangkan kehidupan bekerja dalam kehidupan sehari-hari.
Soalan kepada seorang surirumah,"Puan tak rasa bosan ke tak buat apa-apa sepanjang hari?"Soalan itu lucu tak bagi kauorang....kalau aku nak ketawa pun ada...selalunya kawan2 aku datang soalan cam tu lah diaorang tanya.Tapi sebagai ibu moden yang waras memang wajarlah berbuat demikian...semua benda terjaga..taklah kita penat.Ni..kalau keja...balik rumah buat keja lagi...mana ada masa nak rest.Sebagai seorang ibu @ suri rumah yang fleksibel membolehkan kita muncul di saat anak kita memerlukan kita,jika anak kita berada dalam kesulitan contoh di buli dengan budak-budak lelaki yang nakal di sekolah,pelukan erat ketika anak kita berduka atau sebagai saksi terhadap pencapaiannya di sekolah.
Tapi ada jugak yang mengata kepada seorang surirumah kononnya kitaorang ni yang suka bersantai dan dilabel sebagai seorang yang gagal dalam karier atau lebih mudah di beri istilah 'mengundur ke belakang' kalau para ibu yang ada graduan dari universiti pula sering di persoalkan dengan kata-kata pedas seperti: " Kenapa kalian mensia-siakan ilmu di dada semata-mata menjadi suri rumah sepenuh masa?" dan "Bukankah mencari duit itu lebih penting daripada menjaga keluarga sepanjang masa?" Kenapa agaknya mereka mampu bertanyakan soalan2 seperti itu? Salahkah menjadi karier sebagai suri rumah ? hehehe aku bengang la...aku pun suri rumah jugak...huhuhu Tapi yang penting kita adalah 'wanita terbaik di sisi Nabi Muhammad S.a.w....tinggi darjatnya kita sebagai wanita ni....P/s: Kalau itulah pilihan seorang wanita untuk menjadi 'suri rumah' itu hak mutlak seorang wanita.Seorang pun tidak boleh mempersoalkannya!
Subscribe to:
Posts (Atom)