18 October 2013

Isteri Salihah Ketua Bidadari.

Assalamualaikum...Salam Jumaat segala penghulu hari...aku ada terbaca dalam sebuah buku "Isteri Salihah Ketua Bidadari..terus terasa mau share dengan korang yang bergelar isteri..

Alangkah seronoknya kalau aku salah seorang daripadanya,Bisikku sendirian.BILA dikatakan bahawa para bidadari di syurga nanti semuanya jelita,terlalu rupawan serta semua adalah paling menarik,maka bagaimana pula dengan kedudukan kaum wanita salihah di dunia yang akan muncul mengisi mahligai syurga kelak?



Didalam syurga kelak kaum wanita ini akan muncul jauh lebih rupawan dan menarik dari para bidadari itu sendiri.Pada waktu yang sama wanita dunia yang menjadi pengisi taman syurga nanti di jadikan sebagai ketua bidadari bagi suami masing-masing.Inilah ganjaran yang paling bernilai untuk mereka di mana nanti mereka akan di beri tempat istimewa sesuai dengan kebajikan dan amal ibadat yang telah mereka kerjakan di dunia.


    Kaum wanita diberi kemuliaan  dan tempat yang lebih tinggi dari para bidadari biasa di syurga lantara mereka telah menempuh pelbagai ujian pahit dan manis serta sudah bertungkus lumus beribadat kepada Allah ketika hidupnya di dunia dulu
.

    Di syurga nanti seorang wanita yang telah bersuami akan terus kembali berpasangan dengan suami asalnya ketika di dunia dulu dan di sana nanti dialah yang bakal menjadi ketua para bidadari di mahligai suaminya.Manakala bagi wanita yang berkahwin lebih dari seorang lelaki ketika di dunia,maka kelebihan di syurga nanti,mereka akan di beri kebebasan untuk memilih salah seorang dari lelaki yang pernah mereka kahwini dulu.



     Wanita-wanita ini nanti akan tujuh puluh kali ganda lebih baik mutunya dari kemuliannya daripada bidadari biasa di taman syurga.Di dalam syurga itu kelak tidak akan berlaku sebarang kekecohan,pergaduhan,pertengkaran,sakit hati,hasad dengki dan berbagai-bagai lagi di kalangan para penghuninya yang ramai itu apa lagi di kalangan berpuluh orang bidadari yang menjadi isteri setiap seorang dari lelaki syurga.

     Ini kerana segala bibit perasaan dengki,irihati,sombong,bongkak serta sesuatu yang seumpamanya di kikis dan di bersihkan dari hati para penghuninya.Maka aman dan damailah dan akan sentiasa bergemerlapanlah perkampungan syurga setiap ketika.Begitu suci dan bersih cinta dan kasih para bidadari di taman syurga terhadap suami masing-masing.Cinta mereka sentiasa tidak berbelah bagi,mereka tidak terpikat dengan lelaki lain meskipun semuanya tampan dan bergaya.

   Suami kepada para bidadari itu telah ditentukan awal-awal lagi.Mereka sudah tahu siapakah bakal suami mereka di akhirat kelak.Mereka mula kenal suami masing-masing sejak kelahiran lelaki berkenaan di dunia lagi.Apa yang berlaku ke atas diri lelaki tadi sentiasa di perhatikan oleh para bidadari ini yang tidak sabar menunggu saat pertemuan yang paling bererti di syurga nanti.

   Kemewahan,kebahagiaan dan kesejahteraan para penghuni syurga yang menghadapi suatu kehidupan yang sebenar dengan kesenangan yang tidak pernah susut mahupun berkurangan iaitu suatu kehidupan yang kekal abadi.Inilah taman syurga untuk manusia yang mahu berfikir dan menggunakan akalnya kepada perkara-perkara yang kebajikan dan di redhai oleh Allah.Dan Syurga itu sendiri bukanlah untuk golongan manusia yang melampui batas dalam kehidupan mereka setiap hari ketika di dunia.

Nota Pink: Semoga Kita Semua tergolong dalam isteri yang solehah....Amin...

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih perkongsian ini. Jadilah isteri dan suami yang soleh dan solehah.

    ReplyDelete
  3. ingin jadi bidadari syurga buat suami ... tp layakkah? hmmm... mudah-mudahan kan kak.. ;)

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠