31 October 2013

Tuah Nabil Dapat Rumah Secara Percuma

Assalamualaikum....


Wahh!! bertuah betul Nabil....dahlah harga rumah sekarang mahal....boleh pulak dia mendapat rumah dengan harga free..pepatah melayu ada mengatakan "Tuah ayam nampak di kaki ,tuah manusia siapa yang tahu....betul tak....apa-apa pun itu semua rezeki dari Allah...Jom! baca gosipnya...


Nabil pada mulanya hanya ingin bertanya mengenai kondominium yang ingin dibelinya namun tidak menyangka perkara itu membuatkan dia menerima tawaran sebagai duta kepada syarikat perumahan tersebut. Mereka bersedia memberikan Nabil sebuah rumah sebagai hadiah diatas kesanggupan Nabil itu.
“Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan ‘house hunting’ dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.
“Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu,” katanya.
Nabil menyifatkan pemberian kondominium tersebut merupakan hadiah terbesar yang pernah diterima sejak bergelar selebriti, lima tahun lalu.
Malah ia juga sebahagian daripada rezeki anaknya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini. Nabil juga memberitahu bahawa dia kini bergiat aktif dalam membuat pelaburan hartanah selepas didorong oleh rakan-rakan.
“Saya juga banyak belajar daripada seorang lelaki yang hebat dalam pelaburan hartanah bernama Ahyat Ishak. Dan setakat ini saya telah membeli sebuah kondominium di Jalan Duta (Kuala Lumpur), dan rumah itu dihadiahkan kepada emak saya. Manakala sebuah lagi di Ara Damansara yang mana di situ saya tinggal bersama isteri (Nazirah Ayub),” tuturnya.

17 comments:

  1. Wah memang bertuah sangat Nabil dapat rumah free

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. rezeki dia.. mahal betul umah yg dia dapat yer.. sampai juta..

    ReplyDelete
  3. Rezeki nabil kan.. bertuah la dia..=D

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..
    ni betul2 tuah ni..rezeki anak Nabil kan :)

    ReplyDelete
  5. Mmg rezeki dia kn.. tahniah utk Nabil..

    ReplyDelete
  6. untungnya.. murah rezeki nabil..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rezeki dia =) kalau Allah nk bg, skelip mta pn Dia boleh bg kn..mhal lak tu kondo..mmg sgt2 beruntung..

    ReplyDelete
  8. untung badan dapat rumah 1 juta kan

    ReplyDelete
  9. wahhh..bertuahnya ... betul la org kata, anak ni mmg bawak rezeki..

    ReplyDelete
  10. rezeki & tuah manusia yer ! siapa tau

    ReplyDelete
  11. Pandai pemaju perumahan mengambil kesempatan atas populariti orang. Bayangkan jika Nabil cuma seorang parking attendant, ada pemaju yg nak beri rumah percuma kpd dia tak...?

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..murah betul rezeki Nabil.. :)

    rumah 1juta tu...mmg rezeki anak.. :)

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠