16 October 2013

FASHA TAK LAGI KEJAR POPULARITI

Assalamualaikum....

Aku respect dengan Fasha Sandha...yang tidak lagi kejar populariti...Kebiasaannya perempuan nie...bila dah kahwin lebih pentingkan keluargakan.....ada jugak artis yg dah kahwin tak berubah-rubah..betul tak? tak sangka pulak Fasha Sandha berubah bila dah kahwin...terserlah wajah keibuannya....


"Saya sudah berada di fasa lain. Kerjaya jatuh nombor dua dan tidak kisah pun sekiranya publisiti dan populariti yang diraih tidak seperti dulu," akui Fasha Sandha mengenai kemungkinan popularitinya sudah berkurang berbanding dahulu. 


Malah sejak mendirikan rumah tangga dan memiliki anak, Fasha mengaku sudah tidak kisah dengan populariti sebagai selebriti. Ini kerana, dia kini meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidupnya. 

 


"Sebab itu kalau ada media meminta saya untuk mengadakan sesi fotografi, saya akan pilih mengikut kesesuaian. Bagaimanapun Alhamdulillah, pihak produksi masih lagi sudi menawarkan saya berlakon sehingga sekarang. 

"Kena ingat, macam mana popular atau panas dengan kontroversi sekalipun seseorang artis itu, tanpa disiplin mereka tidak akan kemana. Memang sekarang ini ramai pelakon tetapi nak cari yang berdisiplin tak ramai," ujar Fasha kepada media. 

Putra Rayqal , kini adalah keutamaan Fasha...
 

"Walaupun suami tidak memberi sebarang syarat-syarat untuk saya berlakon, tetapi sebagai isteri dan ibu, saya perlulah jaga batas-batas yang sepatutnya. 

"Malah saya tak perlu menjelaskan perkara-perkara yang saya enggan lakukan kepada pengarah kerana mereka juga pasti faham dengan status saya sekarang ini. Yang penting kualiti kerja yang dibawakan dalam lakonan," tambahnya. 

 

 

 

kredit sini

13 comments:

  1. btuil tu kak.
    lain trus dia selepas bgelar ibu nie.
    terbaek Fasha.

    ReplyDelete
  2. baguslah kalau jenis yang beringat kan kak? yup, keluarga itu adalah keutamaan...

    ReplyDelete
  3. baguslah gitukan.. so fasha ni mmg family lady la.. ;)

    ReplyDelete
  4. Moga beliau kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)

    ReplyDelete
  5. Suka dia sejak dia khwn nie..nmpk bertambah matang...

    ReplyDelete
  6. yolah...dah nampk kurang keluar gak sekarang ni...ok la dah jadi wife and mama skrg ni

    ReplyDelete
  7. saya pun terus minat fasha lepas dia kawin ni..
    makin cantik dan makin okey sangat2

    ReplyDelete
  8. baguslah low profile n x kejar populariti..sederhana lg bgus

    ReplyDelete
  9. klau terus berenti berlakon...lg bagus fasha

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Moga dia kuatkan semangat untuk terus berubah ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  11. mmg seharusnya dia mementingkan keluarga sekrg ni.. lps ni kalo dia berlakon pun dah boleh jadi mak org dah..hihi...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠