Sehubungan dengan kontroversi pernikahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang melanda dunia hiburan baru-baru ini, banyak pihak yang tertanya-tanya apakah hukum nikah 2 kali seperti yang telah dilakukan oleh pasangan ini. Ada yang berkata boleh dan dibenarkan, namun ada yang menyatakan ia tidak boleh dilakukan.
Menariknya terdapat percanggahan pendapat daripada 2 ahli agama terkenal Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus dan Datuk Noh Gadut yang merupakan penasihat agama Johor. Di dalam satu video ceramahnya, Ustaz Azhar Idrus menyatakan tiada masalah untuk bernikah 2 kali asalkan segala syarat sah nikah diikuti. Ikuti videonya di bawah:-
Perlu diingatkan apabila sudah bernikah tanpa mengikut undang-undang negara misalnya bernikah di luar negara, pasangan terbabit perlu melakukan ‘isbat nikah’ iaitu mensabitkan pernikahan mereka dengan pihak berkuasa di negara kita.Mereka perlu mengemukakan semua saksi termasuk wali dan bukti mengatakan mereka sudah bernikah tahun lalu (seperti dilaporkan media) di pejabat agama. Ia bertujuan memastikan pernikahan itu dilakukan mengikut hukum syarak dan jika tiada masalah, pernikahan mereka boleh disahkan tanpa perlu bernikah sekali lagi.Bagaimanapun dalam hal ini, tindakan mereka bernikah kali kedua itu boleh menimbulkan pandangan seolah-olah tidak mengiktiraf pernikahan yang pertama. Kita tidak tahu sejauh mana perkahwinan pertama (tanpa mengikut undang-undang negara) itu sah mengikut hukum syarak.Jika sah, Alhamdulillah, tapi jika sebaliknya, hubungan yang dijalinkan selama ini boleh dianggap zina, manakala anak yang dikandung atau dilahirkan boleh dikategorikan sebagai anak luar nikah. Dalam hal ini, mereka hanya perlu melakukan sedemikian, sekiranya mahkamah memutuskan pernikahan pertama mereka itu tidak sah
Malah menurut penceramah bebas Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani, perkahwinan sembunyi-sembunyi yang dilakukan oleh pasangan ini adalah tidak beradab dan tidak berakhlak lebih-lebih lagi memikirkan status mereka sebagai selebriti. Kata Ustaz Ahmad Dasuki:-
Walaupun sah dari segi agama, perkahwinan ‘sembunyi-sembunyi’ mereka itu tetap dianggap tidak beradab dan berakhlak. Ini kerana dalam Islam sendiri perkahwinan itu bertujuan menghebahkan kepada masyarakat akan status hubungan suami isteri antara seorang lelaki dan wanita.Ia bertujuan mengelak timbulnya sangka buruk dan pandangan serong orang ramai seperti yang berlaku kepada mereka (Aeril dan Wawa). Apatah lagi melibatkan golongan selebriti yang dikenali ramai, pasangan ini sepatutnya memberi contoh baik kerana setiap tindakan mereka boleh menjadi ikutan peminat.Bukanlah bermakna setiap pasangan yang berkahwin perlu membuat majlis atau kenduri besar-besaran, cukup sekadar memaklumkan perkahwinan mereka kepada umum. Dalam hal ini (perkahwinan), paling penting, kita menjaga Allah dan hukumnya, bukannya orang termasuk majikan sehingga kita sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya
Semoga dengan penjelasan ini, maka akan terjawablah segala persoalan di minda pembaca BeautifulNara semua. Apa pun, kontroversi ini seharusnya dijadikan pengajaran buat kita semua terutamanya jika anda bergelar seorang selebriti. Apa pun marilah kita doakan agar kehidupan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekeluarga lebih tenang selepas tamatnya kontroversi ini.
Kredit SINI
yg penting mereka dh bernikah doakan saja kebahagiaan buat mereka..
ReplyDeleteTu la.. benda dah lepas. Sekarnag semua dah bernikah elok, moga kurang2 kejadian ni dpat jadi pengajaran dan panduan kepada kita semua.
ReplyDeleteterfikir juga sebab yang bernikah di luar negara tak perlu nikah sekali lagi, cuma dapatkan pengesahan dari mahkamah tinggi syariah bahawa pernikahan itu sah dari segi hukum syarak dan kemudian daftar...hurmm..apa2 pun asalkan mereka sudah halal menjadi suami isteri sudahlah ye tak...yang penting halal... ^_^
ReplyDeletesemoga mereka berbahagia dan mendokong hukum2 Allah...
ReplyDeletetu la..conpius juga pasal nikah 2 x ni...yng masha tahu juga memg tak leh...tapi para ilmuan ni dah jelaskan...beru den paham...
ReplyDeletedoakan kebahagiaan mereka.. :)
ReplyDeletesalam kenal dan follow 2797 pleas follow back
ReplyDeleteyang penting pernikahan dorang sah..
ReplyDeletegambar dorang nikah tu mcm main-main je lagaknya
ReplyDeleteyang penting dorang dah nikah.. hmm, artis lain yang seksi tu tak nak tegur sekali ke para media? hehe. boleh bagi hukum agama sekali kot apa hukum dedah aurat. hehe. tgk org kita ni duk tuding jari je kat aeril, biarlah dia. dah nikah pun, nikah 1 tu sah ke tidak, itu hanya Allah dan dia sendiri je tahu. :D salam aidiladha.
ReplyDeleteyg penting nikah pertama sah..jadi ikut pun dah memadaikan...
ReplyDeletesemoga berbahagia dan berkekalan hingga hujung nyawa ...
ReplyDeletemcm2 kan..yg psti hnya dorang saja yg tau.huhu p/s:kak wat lg tak edit blog?
ReplyDeletekita doakan yg terbaik utk diorg
ReplyDeleteakak sy klik tarnsitions, chipsmore n sunsilk
ReplyDeletesalam aidiladha CR
ReplyDeletebetul tu..apa y penting mrk dh bnikah.. mesti ada sebab dia tpksa nikah camni.. mde y dah lpas.. kt terus doakan kbhagian mereka
benda baik elok di hebahkan..
ReplyDeleteartis..camnilah kot ye? pasni jadikanlah pengakaran pada semua..nikah perlu dihebahkan, bukan dirahsiakan utk mengelakkan salah faham kan~ :)
ReplyDeletehrp jd pengajaran kisah mereka...hubungan yg halal wajib dihebahkan
ReplyDeleteOrang lain pula kecoh-kecoh tak sabar nak tahu kan. Itulah ragam manusia.
ReplyDeletemoga jadi pengajaran buat smua...
ReplyDelete