Showing posts with label resepi Sup. Show all posts
Showing posts with label resepi Sup. Show all posts

03 August 2011

Sup Sayur

BAHAN_BAHAN

1 biji telur
3 cawan air
1/2biji bawang besar } di potong
1 ulas bawang putih } diketuk
2 hiris cili bengala
2 hiris batang saderi
1/2 biji tomato } dipotong
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh stok ayam
sedikit bunga kubis } Di potong
Sedikit lobak merah } Di potong
Sedikit sawi } Di potong
Sedikit pucuk dan suhun


CARA MEMASAK
  1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau, masukkan air biarkan sehingga mendidih.
  2. Kecilkan api masukkan garam, gula dan stok ayam (secukup rasa) kemudian, masukkan cili bengala, batang saderi , tomato dan bebola ikan serta sayur-sayuran.
  3. Kacau sebentar, masukkan telur. Setelah masak, hidangkan bersama daun sup dan bawang goreng.

14 April 2011

Resepi Sup

Sup Bayam Dan Cendawan.

Bahan-bahan:
  • 1 ikat bayam hijau, siang berasingan daun dan batangnya, cuci dan toskan.
  • 6 kuntum cendawan tiram- potong kecil.
  • 1/2 camca besar udang kering, rendam dan tumbuk kasar.
  • 1 biji bawang besar- hiris
  • 4 ulas bawang putih- di titik
  • Air secukupnya
  • Garam dan secubit gula.
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga harum, tuangkan air secukupnya.(kacau dan biar mendidih )
  2. Letak batang bayam dan masak hingga lembut, tambah daunnya dan juga cendawan tadi.Perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula.
  3. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan segera.
  4. Sedap di makan begitu sahaja.