Showing posts with label Artis Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Artis Indonesia. Show all posts

06 August 2014

Marshanda Kini Sudah Buka Jilbab

Assalamualaikum....


Bongkar! Inilah Punca Sebenar Marshanda Buka Tudung, Tidak Berhijab  - Penyanyi dan pelakon Marshanda Indonesia, mengejutkan peminatnya setelah mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani bulan lepas.

Dia mengambil tindakan tersebut kerana dikatakan tidak rasa terhubung dengan penamilannya sejak empat tahun lalu itu dan ingin berasa bebas selepas bercerai, lapor portal Kapan Lagi.

Katanya menerusi akaun Instagram, “Saya tidak perlu perhatian daripada anda semua kerana saya tidak peduli dengan apa juga yang anda ingin katakan tentang keputusan saya.

“Kebahagian saya terletak dalam tangan saya sendiri dan bukannya ditentukan oleh orang lain,”katanya.

Bagaimanapun ada peminat yang mempertahankan tindakan penyanyi itu dan menganggap ia adalah pilihan Marshanda dan tiada siapa boleh memaksanya.

“Jangan terlalu cepat menilai kerana dia lebih tahu apa yang sedang dilakukannya. Sebagai peminat adalah lebih baik kita mendoakan agar dia terus diberikan hidayah,” kata peminatnya - Raisyyahrania.blogspot.com


Sedih pulak apabila mengetahui bahawa Marshanda telah bercerai dengan suaminya.....huhuhu

24 February 2014

Dude Herlino Resmi Lamar Alyssa Soebandono

Assalamualaikum....

Akhirnya pelakon sinetron Dude Herlino sudah resmi melamar Alyssa Soebandono....Selamat ya...

Pasangan muda Alyssa Soebandono dan Dude Herlino akhirnya meresmikan ikatan cintanya ke tahap yang lebih serius yakni lamaran. Dude dan Icha melakukan prosesi lamaran di kediaman Icha di Kemang, Jakarta Selatan, Minggu (23/2/2014) sekitar pukul 10.00 WIB.
“Hari ini prosesi lamaran, tadi ada dua keluarga besar saya dan Icha, kita bertemu disini di rumah Icha,” ujar Dude di kediaman Icha, Kemang, Jakarta Selatan, Minggu (23/2/2014).
Wajah Dude dan Icha nampak berseri-seri, tanda dari kebahagiaan karena hubungannya kini sudah mencapai tahap yang tak pernah mereka duga. Dude juga mengatakan jika proses lamarannya tersebut berjalan dengan baik.
“Semuanya berjalan dengan baik,” tukas Dude.
Aku suka tengok kedua pelakon nie berlakon...Selamat Bertunang Dude dan Icha...

Kredit SINI

01 December 2013

Asmirandah Membatalkan perkahwinan kerana Jonas Rivanno tidak mahu Memeluk Islam

Ini adalah gosip terbaru yg aku baca kat sinar online...Memang mengejutkanlah...Asmirandah sanggup membatalkan perkahwinan tersebut...Bagi aku bagus jugak tindakan Asmirandah membatalkan perkahwinan itu...ini melibatkan Agama. Betul tak?emmm

 

Pelakon terkenal Indonesia, Asmirandah mengambil tindakan nekad dengan memohon untuk membatalkan perkahwinannya dengan aktor, Jonas Rivanno.

Difahamkan Asmirandah mengambil keputusan tersebut kerana kecewa dengan sikap Jonas yang tidak mengambil endah mengenai hal perkahwinan mereka, termasuk enggan memeluk Islam.

“Kini sudah ada peraturan baharu, jika wanita itu Islam, pasangannya juga harus Islam. Tetapi masalahnya kini Jonas enggan memeluk Islam.

“Perkara itu membuatkan Asmirandah kecewa kerana Jonas seolah-olah tidak mempercayai Islam dan dia juga.

Apatah lagi Jonas pernah mencadangkan kepada Asmirandah untuk berkahwin di luar negara bagi memudahkan urusan perkahwinan mereka dan perkara itu ditentang Asmirandah,” ujar wakil Asmirandah.

-Sinar Online

03 November 2013

Kekasih Acha Septriasa

Siapa tidak mengenali pelakon comel dari Indonesia niekan...gosip terbaru...dia di katakan telah di lamar oleh kekasihnya,Radipto Indra Rukmana atau Dito secara tidak rasmi...Alhamdulilah...kalau dah jodoh tak kemana...

Aku baca kat Sinar...Acha sudah bersedia untuk bergelar isteri dan tidak ragu sekiranya perkahwinan mereka di langsung dalam masa terdekat.

Bagi Kami,kalau sudah ada calon yang sesuai tidak perlu tunggu lama-lama untuk mendirikan rumahtangga...

Elok benarlah tue...buat apa tunggu lama2..kalau dua2 dah suka...bercinta lama2 buang masa jer hihihi...Semoga cepat2lah Acha kahwin ya...Bekas pakwenya dah lama dah kawin...
Tadi berwalking jap...sambil komen2 blog yang aku singgah...Semangat dah datang balik nie....hihihi

Tahniah Pahang Menang dalam perlawanan bola sepak dengan mata 1-0....Tahniah juga untuk Kelantan...


 

07 September 2013

Gambar Agnes Monica Berotot Pejal

Mak Oii...terkejut aku melihat gambar seorang artis dari Indonesia kini berotot hihihi...


 Agnes Monica sememangnya dari dulu seorang artis yang aktif ke gym untuk mengekalkan bentuk badan seksinya.Namun kini badan seksinya telah muncul otot-otot pejal.


Dah macam body nak wrestling jer.....hihihi

20 December 2012

Ayunya Rossa Bertudung..

Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa yang berazam untuk menutup aurat dengan memakai tudung selama 40 hari selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji berhasrat memanjangkan lagi niatnya itu.
Baguslah sebenarnya, kalau kekalkan imej bertudung sampai bila-bila okay jugak. Tapi tentunya memang tak dapat sebab Rossa terikat dengan kerja.
Budiey tengok, ramai pendapat yang mengatakan Rossa ni sangat manis dan ayu bila bertudung, korang setuju tak? Nampak comel je.
rossa bertudung berhijab
Rossa juga kini tengah sibuk menjadi juri untuk program X Factor Indonesia. Rossa menerusi Twitternya juga turut mengumumkan bahawa dia akan menanggalkan tudung apabila tiba masa kernaa tuntutan kerja.
Semalam, Rossa telah hadir di Pelancaran album Masterpiece di Jakarta Selatan dan turut ditanya tentang isu menanggalkan tudung ini.
Portal inilah.com melaporkan, Rossa yang selesai menunaikan haji pada 2 November lalu dan tempoh ‘niatnya’ itu tamat pada Selasa mahu memanjangkan azamnya sehingga akhir Disember ini.
“Hari ini (Selasa) sudah cukup 40 hari. Sampai Disember ini (memakai tudung) Insya-Allah.”
Bagaimanapun kata Rossa, disebabkan kontrak yang sudah ditandatangani sebelum ini membuatkan dia terpaksa membuka tudung bagi persembahan tertentu.
Tambahnya, selain bertudung, penampilan ketara lain yang dapat dilihat ialah daripada segi corak berpakaian.

Pssttt!!! artis nie kalau bertudung mesti cun...

Kredit BUDIEY

29 May 2012

Dian Sastrowardoyo Di Karpet Merah

Nampaknya kehadiran bintang juga pelakon Indonesia Dian Sastrowardoyo di Festival Filem Cannes 2012 menjadi satu perhatian besar dalam industri hiburan Indonesia...


Dian Sastrowardoyo tampil di festival filem paling berprestij itu atas tiket sebagai duta L’Oreal Indonesia & beliau merupakan satu satu’nya wakil Asia Tenggara yang melalui karpet merah.Bertuah betul Dian Sastrowardoyo niekan.....

Jom! kita Tengok Gambar-gambar Dian Kat Karpet Merah..

Badan Dah slim...Hari tue berisi sekejap lepas bersalin...

Make-upnya cantik....tak tebal sangat....Aku suka tengok muka dian nie cantik...

Wah!! cantik betul....walaupun sebelum nie berisi....Tahniah Kepada Dian...

17 May 2012

Gambar anak Dian Sastrowardoyo

Korang kenal ke artis dari Indonesia nie....Aku memang meminatinya sejak dia berlakon dalam filem "Ada Apa Dengan Cinta" tahun  berapa aku tak ingat tapi yang pasti filem nie memang meletop dekat Malaysia ataupun Indonesia...



Aku bukan nak cerita pasal filem nie,aku nak story heroin yg berlakon dalam filem nie.....sudah selamat melahirkan  seorang bayi lelaki...


Wajah ceria dan gembira Dian Sastrowardoyo di Hospital setelah melahirkan anak lelaki beliau. Menurut info dari seberang Dian dan suami memberi nama anak mereka Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo yang dilahirkan secara normal.

Panjangnya anak Dian dan Maulana Indraguna ni, apa-apa pun semoga anak ini akan menjadi anak yang soleh.

Dan berikut jawapan beliau apabila ditanya oleh wartawan : 

  
"Kami sangat bersyukur atas anugerah yang diberikan oleh Allah SWT dan sangat bahagia atas kelahiran putera pertama kami.
"Alhamdulillah selama saya mengandung dan proses bersalin semuanya berjalan dengan lancar," tulisnya.
Tambah isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo ini, kehadiran cahaya mata tersebut memberi semangat kepada dia dan suaminya, malah mereka berjanji akan mengutamakan keluarga biarpun sibuk dengan kerjaya masing-masing.
"Kami akan sentiasa menjadikan keluarga sebagai keutamaan biarpun kami sibuk dengan kerjaya kami, kami berjanji untuk menjadi orang tua yang baik untuk anak kami.
"Buat masa ini saya masih berehat dan pemulihan, maka tiada sesi bertemu media," tambahnya
.

Note: Panjang betul nama anak hehehehe

13 May 2012

Shireen Sungkar Dan Tauke Wisnu


Korang ingat tak sinetron cinta fitri? Sinetron nie memang fames kat indon.Sinetron nie juga episodenya mencecah 777 episode...hehehe banyakkan episodenya....Hero dan heroin sinetron nie dah barcinta hampir satu tahun lebih.....Jom Kita baca gosipnya.....


Wisnu & Shireen (Rachman/Detikhot) Jakarta - Teuku Wisnu mengaku menyerahkan segala macam persoalan pernikahan kepada Shireen Sungkar. Hal itu dikarenakan Wisnu sangat percaya dengan sang kekasih.

"Kalau aku terserah sama Shireen saja maunya bagaimana," ujar Wisnu seraya melirik ke arah Shireen, saat ditemui di Studio Hanggar, Pancoran, Jakarta Selatan, Kamis (29/9/2011) malam.

Wisnu menambahkan ia akan segera melamar Shireen jika waktunya tiba. Kini yang dilakukannya adalah menyelasaikan pendidikannya.

"Kalau kita sudah selesai kuliah dan Shireen sudah siap untuk dilamar saya hayo saja kenapa tidak," katanya seraya tersenyum.

Wisnu sendiri sudah bertemu dengan kedua orangtua Shireen. Begitu pula Shireen yang sudah di boyong ke Aceh untuk bertemu dengan keluarga besar Wisnu.

31 March 2012

Korang Kenal Kirana Larasti?

 Kirana Larasati.jpg
Sekarang...pelakon nie ada gosip tentang gambar bogelnya  di internet....Korang kenal tak? alah...yang berlakon dalam sinetron "Jangan Benci Bilang Cinta" bersama Marshanda Dan Baim Wong....





Baru-baru ini gempar dengan satu lagi foto bogel pelakon dari Indonesia yang telah tersebar meluas di laman web, dan foto bogel tersebut didakwa adalah bintang "Purple Love", Kirana Larasati.
Walaubagaimanapun, masih ramai orang yakin bahawa gambar tersebut adalah gambar yang telah di "edit" secara digital.


Dalam foto pertama, memperlihatkan seorang wanita sedang berbaring di atas katil tanpa seurat benang, dan foto kedua pula menampakkan wanita tersebut sedang "pose" dalam keadaan separuh bogel dengan menutup payu-daranya dengan rambut. Satu forum di laman web membincangkan foto yang didakwa milik Kirana itu adalah palsu, dan ramai yang yakin bahawa foto tersebut telah diubah suai.

Salah seorang daripada penulis di forum tersebut juga menyatakan bahawa foto tersebut nampak seperti diubah suai dengan menggunakan 'Photoshop' kerana perincian foto disembunyikan menyebabkan ia susah untuk diperinci.




 Nota Kaki: Kalau korang nak tengok gambar Klik Sini  Gambar yang lain tue seksi, aku pun tak tahu betul ke tidak gambar kirana nie.....Sekarang gambar dah boleh edit....

08 January 2012

Heroin Pelakon Sinetron Nada-nada Cinta berlakon teater dengan pengarah Ahmad Idham

 


Aku ada baca artikel nie...untuk di  kongsi bersama gan korang...Aku minat dengan mikha sejak dia berlakon dalam sinetron nada-nada cinta...Sebelum nie kita tengok Randy berlakon dalam Biar Mimpi Sampai Ke bintang...Best tengok Randy berlakon dalam cerita tue...tak kekok walaupun pelat indon hihihi....Sekarang nie Mikha pulak....Jom! baca story pasal Mikha nie...Korang kenal ke? mikha nie hihihi..cer...cerita....Dalam teater tue Mikha di gandingkan dengan Kamal Adli....
 Kami sahaja yang perasan atau  pun  anda juga boleh nampak yang dunia teater tempatan kini semakin hari semakin meriah.
Satu tajuk demi satu tajuk muncul ke Istana Budaya dan yang lebih penting semuanya mendapat tempat di’hati peminat hiburan.
Gerimis Mengundang merupakan teater terbaru yang akan bakal ke Istana Budaya bermula pada 27 Mac hingga 8 April 2012 ini.
Menariknya, selain menampilkan pelakon tempatan Kamal Adli sebagau teraju utama, teater ini juga akan membawa masuk seorang pelakon remaja popular Indonesia, Mikha Tambayong untuk beraksi di’atas pentas dalam teater yang di’terbitkan oleh Excellent Pictures ini.
Aktress remaja ini sedang popular dengan sinetron muzikal, Nada Cinta yang mana Mikha Tambayong membawakan watak Nada & Cinta.
Untuk pengetahuan anda, teater Gerimis Mengundang ini merupakan inspirasi dari filem dengan judul yang sama, juga arahan Ahmad Idham yang bakal ke pawagam sekitar 2012 juga.
KREDIT BY ROTIKAYA

26 December 2011

Randy Pangalila Takut Jarum rupanya...

Siapa tak kenal hero hensem niekan.....Macho2 dia takut jugak dengan jarum suntikan hihihi....aku baca pun dah nak tergelak tau....Jom! Baca kalau tak caya..



Orangnya berbadan sasa, kalau pengsan di sisinya, bisa saja kita digendong terus ke rumah sakit (hospital), namun di sebalik lagak gaya macho-nya, siapa sangka pelakon sinetron ‘Nada Cinta ‘ dan ‘Melody’, Randy Pangalila ini sebenarnya takut dengan jarum suntikan.

“Walaupun bentuknya kecil dan halus, tetapi menyeramkan. Ianya terus mengingatkan saya tentang jarum suntikan yang mampu menjadi penyebaran penyakit AIDS, “ujar pelakon muda berusia 21 tahun ini lewat detik hot.

Tambahnya lagi, walaupun fobia pada jarum suntikan, namun tidak bermakna dirinya menolak daripada disuntik. Malah dia pernah melalui pengalaman yang kurang menyenangkan ketika berhadapan dengan fobianya ini.

Menurutnya,  dia pernah trauma semasa hendak menderma darah semasa berada di sekolah menengah.

“Saya pernah berasa sangat sakit selepas menderma darah. Mujur perasaan itu reda selepas saya makan tiga pinggan mee,” ujar pelakon yang turut berlakon disamping Elfira Loy menerusi telefilem ‘Biar Mimpi Sampai Ke Bintang’.

hahaha...korang dah baca dah....Masa sunat tue...camna agaknya erk??....hihihi Smile Be Happy

Kredit By Oh Bulan