Showing posts with label Deko. Show all posts
Showing posts with label Deko. Show all posts

03 October 2014

Dekorasi Bilik Tidur Anak


dekorasi bilik tidur
Assalamualaikum... Sebenarnya entri ini aku sajer publish kat sini senang nanti aku rujuk balik bila ada masa akan ku deko bilik anak dara aku hihihi....  banyak gambar yang menarik untuk tatapan korang  sebagai idea dan inspirasi.. Dekorasi kreatif bilik tidur ini sesuai untuk anak-anak kecil mahupun anak remaja korang okey...

Pentingnya susunan perabot didalam bilik kerana ianya dapat memberi ruang yang selesa jika pandai menyusunnya. Rekabentuk dan saiz katil dan almari juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan ruang yang diingini.

Jumlah penghuni bilik tidur juga penting untuk memilih katil dan almari yang sesuai untuk digunakan serta susunan yang sesuai. Peralatan tambahan seperti kerusi, meja dan rak juga perlu diambil kira agar bilik tidak kelihatan sempit dan sesak.

Untuk kelihatan menarik, permainan warna dan hiasan bilik perlulah berpadanan agar suasana bilik menjadi menarik, segar, selesa dan tenang. Apa yang anda akan saksikan hanyalah sekadar idea untuk ilham serta inspirasi buat anda dalam mendekorasikan kreativiti untuk bilik tidur anak anda.

dekorasi bilik tidur

Untuk dekorasi bilik tidur agar ruang bilik kelihatan luas, Pilihan terbaik adalah semua perabot dan peralatan di letakkan rapat kedinding. Ini akan memberi lebih ruang kosong kepada bilik. 

Sebaiknya juga pemilihan almari tidaklah terlalu besar. Jika tidak mencukupi, dapatkan almari yang rekaannya meninggi. Jika mahukan lebih ruang simpanan, dapatkan katil yang mempunyai ruang simpanan dibawahnya. Rak pula dapatkan jenis yang melekat di dinding.

dekorasi bilik tidur dekorasi bilik tidur

Untuk jenis perabot pula, dapatkan perabot yang kreatif rekabentuknya yang memberi kepelbagaian kegunaan. Ianya amat praktikal untuk meluaskan ruang bilik anda. Anda biasa menggunakan keluasan lantai untuk mengukur dan menyusun tapi ketinggian juga penting. Ruang kosong diatas pun jangan pula dibazirkan. Inilah pentingnya pengetahuan dalam dekorasi dan perlu kreatif.

dekorasi bilik tidur 
dekorasi bilik tidur

Untuk sebuah bilik tidur yang di huni lebih dari seorang...Susunan dan rekabentuk perabot amat memainkan peranan penting dalam memberi keselesaan. Katil yang berfungsi 2 atau 3 dalam satu amat praktikal.  Rekaan kreatif seperti ini memang amat membantu dalam mengurangkan kepenggunaan ruang bilik.

Jangan berlebih-lebih dalam dekorasi bilik tidur, biarlah sederhana tapi yang penting dapat memberi keselesaan buat penghuninya. 

dekorasi bilik tidur 
dekorasi bilik tidur 
dekorasi bilik tidur

Hiasan di dalam bilik tidur pula terpulang kepada minat dan kesukaan anak anda. Jangan pula anda terlalu mengikut citarasa sendiri. 

Minta pandangan mereka dan beri sedikit kebebasan kepada mereka untuk menghias bilik tidur mereka. Tunjukkan contoh-contoh dekorasi bilik tidur kepada mereka sebagai panduan. Mungkin idea mereka lebih kreatif dari anda.

dekorasi bilik tidur 
dekorasi bilik tidur 
dekorasi bilik tidur

Begitu juga dalam pemilihan warna untuk dinding dan perabot. Berikan tunjuk ajar kepada anak anda dalam memilih warna yang sesuai. Jika anak anda berminat dengan satu warna, dapat tona warna yang sesuai. Terang dan gelap warna yang sama juga memberi variasi yang berbeza-beza.


dekorasi bilik tidur 
dekorasi bilik tidur 
dekorasi bilik tidur

Tidak salah juga jika kepelbagaian warna digunakan. Namun anda harus pandai menyusun kedudukan warna dan kesesuaiannya agar dekorasi bilik tidur tidak nampak berserabut dan janggal. Jika anda bijak bermain warna...suasana ruang akan menjadi menarik, yang sempit tampak luas dan yang suram menjadi ceria.

dekorasi bilik tidur 
dekorasi bilik tidur

Semoga anda mendapat sedikit idea dan inspirasi dalam dekorasi bilik tidur anak anda. Anda perlu kreatif, dapatkan pelbagai rujukan agar anda tidak tersilap langkah. Penting juga idea dan pandangan anak anda dalam memilih dan menghias. 

Bilik tidur adalah tempat peribadi...pastikan ianya kemas, selesa dan tidak membosankan untuk ketenangan dan kerehatan jasmani dan minda.

Artikel ini ditulis diatas idea sendiri...Penulis bukanlah pakar dalam dekorasi tetapi sekadar berkongsi apa yang dipelajari dari pengalaman, pemerhatian dan bacaan. Terima kasih kerana bersama Relaks Minda

Rujuk Deko

30 September 2014

Hias Bilik


Assalamualaikum....Dah lama teringin nak deko bilik tidur utama....tapi belum kesampaian lagi...wallpaper korea dah beli...hari dan waktu tue tak tahu bila nak deko....huhuhu...kat bawah nie...sajer google nak tengok contoh deko bilik...cantik tak....jom..layan mata...

Photo

cantik lampu kat atas kepala tidur tue....


Nie pun cantik jugak...untuk bilik kecik...



bersih jer....aku kurang berminat kaler putih....cepat kotor...


aku suka dengan lampu tidur tepi katil tue...cantik...

Photo: Komen anda?  :)

Nampak mewah dan elegentkan...tak mampu nak bilik cam di atas..

Photo: Wow.. Kemewahan terserlah.. Kan?  :)

Kemewahan terserlah...

Photo: Nyaman kan kalau bilik warna ni... :)

suka kalernya....sejuk mata memandang...

Photo: Cantik tak?

Seronoknya kalau bilik tidur besar dan lapang cam gini...selesa...

Photo: Sape minat kaler purple boleh try hias macam dalam gambar ni.. :)

cantikkkk I like...plan nak cat kaler cam nielah....

Photo: Pinky Girl... <3 <3

pinknya.....mata pun jadi pink kikiki
Photo: Sejuk mata memandang kan??  <3 <3

Wow!! cantik...

Photo

lembut jer kaler..

Photo

Tema bilik hello kitty

Photo

cantik kalernya....untuk bilik kakak boleh kot...

Photo

nie pun cantik....



cantik kaler biru nak hijau nie...



cantik pokok tue....kreatif betul...

13 September 2014

Design dapur Impianku....Cutenya..

Assalamualaikum....Semua orang mempunyai impiankan....sama ler gan aku....teringin dapur cute macam gambar kat bawah....

cantik kaler biru nak ke hijau....sejuk mata...
aku suka rak putih yg kat atas tue...

Cutenya....rak putih dengan cupcake...nangis tengok...
nie siple dan cute

cutenya...sebab ada kaler pink...
susun aturnya kemas jer...

pembakar roti kaler pink...geramnya...


telan air liur tengok...

18 August 2014

Cermin English Style

Assalamualaikum...Petang semalam pergi beraya rumah sepupu dekat bukit kuda Klang.Lama jugak aku melepak kat rumahnya...lepas sembahyang maghrib baru aku berangkat balik.Waktu sembahyang maghrib aku ternampak cermin comel nie tersimpan kat bawah...terniat pulak di hati aku ingin bertanya....cermin comel...dia guna ke tidak...lepas sembahyang aku tanya...dia cakap dah tak guna...sekarang nie...deco rumahnya dah lain...aku cakap gan dia...aku nak belilah....hihihi...dia cakap okey...terus angkut masuk kereta...

nielah cerminnya....comel tak....original nie...bukan bunga tamp[al okey...
Sajer nak menyibuk kat sini hihihi
Sebelum tak ada cermin dekat atas kerusi...
Sekarang dah ada cermin hihihi..Korang perasan tak suis utama rumah aku terpampang...sakit mata tengok....korang kasi pendapat camna aku nak tutup kotak tue...kikiki

Bentuk ruang tamu sekarang....sebenarnya...aku nak letak kerusi dua yg ada meja satu tue....tapi budget tak ada lagi...buat sementara...kerusi yg nie aku letak buat sementara.....

Akhirnya dapat jugak cermin tue...dah jimat sikit dah...thanks kepada sepupu aku...harga belum dia cakap lagi...


16 August 2014

Plan Perabot Yg Perlu Di letak Di ruang tamu Dan Ruang Makan


Aku sajer nak listkan gambar perabot yg aku angankan di ruang tamu dan ruang makan....supaya senang aku nak ingatkan di kemudian hari....Sebelum beli plan dulu barang apa yg di perlukan sewaktu aku mendeco rumah aku hihihi....betul tak? taklah pening kepala nak fikir balik...

Berangan meja kecik nie....

nak buat reben dan letakkan dekat bantal nie....cute tak....beli jer kain...pastu jahit sendiri...aku ambik contoh kat Sini

frame bunga cute yg cun melecun...



jam comel nie pun aku nak jugak hihihi



Cermin ada pintu



lampu tinggi


rak nie pun cantik



rak nie...kalau letak dlm bilik mesti cantik



letak surat2 penting


rak nie letak atas tv cantik...



boleh susun kereta kecik hiasan kat dlm rak nie....pasti cute....Sebenarnya banyak rak cantik-cantik...malas aku nak google...semua cantik-cantik...harga pun cantik...