Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

04 October 2014

Tips hilangkan bintik-bintik chicken pox tanpa menyebabkan parut di Muka

Assalamualaikum....

Sekarang niekan musim chicken pox...So di sini aku ingin kongsikan tip yang menarik hilangkan bintik-bintik chicken pox tanpa menyebabkan parut di muka...kalau ada parut kat muka...kan susah....aku ada satu parut chicken pox kat muka...betul2 kat tengah dahi tau...dah susah dah nak hilang parut kat muka aku....aku kena chicken pox waktu aku darjah 6...tak mau dah nak hilangkan sekrg....aku syorkan petua nie untuk chicken pox yg masih baru lagi...

Pemuda 1. 
(Kenapa pemuda? sebabnye orang muda yang kate bukan orang tua. kihkih.)

Cara ni sebelum ade parut maksudnya untuk elakkan parut. First skali, biarkan bintik-bintik tu semua kering sepenuhnya. Dia akan turns colour to dark choco tak pun kehitaman. Tu maksudnya dah kering la. Kalau belum jangan buat lagi sebab mungkin akan berdarah and confirm akan jadi parut.

Second, amik vaseline. Murah je RM 5 untuk botol kecik boleh beli dekat farmasi. Colet dan letakkan kat atas bintik-bintik yang dah kering tu. Letak banyak sikit pun taper. Ingat tau letak banyak sikit. Tunggu lebih kurang 10 minit and try remove bintik tu. Youolls akan rasa senang je nak remove, tak sakit, tak berdarah and takkan tinggal parut compared kalau kopek begitu saja. Sakit wooo.


Petua 1. 
(Yang ni baru orang tua yang kata.)

Cara ni pulak kalau memang dah ade parut. Contohnya kalau kudis yang belum kering lepas tu korang kopek pulak kan mesti ade parut nanti so bleh cuba petua ni. Tumbuk kan sikit kulit kayu manis yang buat masak tu. Tumbuk biar hancur sikit lah. Lepastu campurkan dengan bedak sejuk dan lumurkan pada tempat yang berparut. Cara ni lambat sikit memerlukan masa. Takpe nak cantik kan? kene sabar ye. heee.

Sebenarnya aku baru jer terbaca kat blog LabyRinth  terus aku share kat sini....mudah untuk aku....manalah tahu anak aku pulak yg terkena penyakit nie...boleh guna tip nie....hihihi

11 August 2014

TIPS UNTUK SUAMI YANG ISTERI SUKA MEMBEBEL...

Assalamualaikum...

Hari nie terasa ingin share tip-tip untuk suami yang isterinya yg suka membebel....Ha...kepada yang ada isteri sila baca ya...kot-kot isteri you all jenis yg kuat membebel...


Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"

Si suami tadi menjawab,
"Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."

30 January 2014

Petua hilangkan sengugut

Assalamualaikum...

Selamat Pagi...Hari nie nak kongsi dengan korang petua hilangkan sengugut..yang terjadi di kalangan perempuan...Sapa-sapa yang belum tahu boleh amalkan petua nie...Jangan amalkan telan ubat...tidak elok untk kesihatan kita dalam jangka masa yg panjang...Orang dulu-dulu suka amalkan cara perubatan kampung...Itu sebab orang dulu-dulu sihat dan umur dorang panjang...


Cara pertama ,
1.Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam,kemudian tambahkan air,minum seperti biasa,halia akan membantu kurangkan kesakitan dan membuang angin dalam badan..

2.Minum air teh pahit tanpa gula

3.Ambil daun sirih dan serai wangi kemudian rebus dan minum airnya.

4. Petik daun betik ,tumbuk dan airnya diminum setiap pagi sehingga senggugut hilang

Bahan-bahannya...senang dapatkan....Insya Allah..dapat menahan kesakitan anda...

Kredit SINI

03 November 2013

Mata Kiri berkedip

Hari nie mata kiri asyik berkedip-kedip jer...tak tahu kenapa...aku cuba google....hehehe..sajer nak tengok...tapi kita tidak boleh percaya benda2 cam nie...betul tak?..aku just nak share sajer di sini...



Di India, tahyul adalah terbalik versi Cina. Ia sekali lagi satu kepercayaan lama bahawa jika hak gerenyet mata anda, anda mungkin mendengar berita baik, mendapatkan wang, atau menikmati kejayaan tertentu. Sebaliknya, meninggalkan mata bergerak-gerak dianggap hell. Pada masa-masa, kelopak mata bergerak-gerak juga boleh berdasarkan jantina juga. Walaupun mata kiri bergerak-gerak dianggap baik untuk wanita, ia mungkin menjadi petanda buruk untuk lelaki. Selain itu, bergerak-gerak daripada murid mata kiri boleh menunjukkan nasib yang baik. Berikut adalah beberapa mata kiri bergerak-gerak khurafat lain yang mengambil kira bahagian yang berlainan anatomi mata. 

Anatomi Mata Kepercayaan
Bahagian tengah mata Keuntungan kewangan atau lain-lain
Kelopak mata kiri Kebimbangan akan berlaku
Kiri bawah mata Perbelanjaan
Murid mata kiri Nasib baik
Kening kiri Kelahiran kanak-kanak dan berita baik

Mata kiri bergerak-gerak Afrika Tahyul

Dalam bahagian-bahagian tertentu di Afrika, termasuk Cameroon, bergerak-gerak daripada isyarat kelopak mata yang lebih rendah yang anda tidak lama lagi akan menitiskan air mata. Apabila gerenyet kelopak mata atas, ia adalah satu tanda bahawa anda akan mempunyai pengunjung yang tidak diduga. Nigeria juga mengikuti versi India mata kiri bergerak-gerak tahyul, dan menganggap ia sebagai tanda nasib malang. 

Mata kiri bergerak-gerak Hawaii Tahyul

Di Hawaii, bergerak-gerak di mata kiri boleh isyarat kedatangan orang asing. Di samping itu dengan kepercayaan ini, terdapat beberapa versi lain tahyul, di mana yang tetap bergerak-gerak mata kiri mungkin isyarat kematian dalam keluarga, dan bergerak-gerak hak mungkin isyarat kelahiran yang bakal berlaku. 

Punca Perubatan Mata bergerak-gerak

Walaupun khurafat mungkin bunyi yang amat menarik dan membuat untuk membaca yang baik, ada sebab saintifik di sebalik kekejangan mata sukarela. Walaupun sensasi fluttering, kadang-kadang dirasai dalam dan di sekitar kelopak mata, sudah tentu boleh menjadi menjengkelkan, ia tidak mungkin menjadi satu isu kesihatan yang serius. Walau bagaimanapun, mereka yang mengalami episod sering berulang penguncupan otot kelopak mata, perlu mendapatkan rawatan perubatan untuk menolak kemungkinan keadaan asas yang melibatkan saraf optik atau otot optik. Mata bergerak-gerak sukarela, yang juga dirujuk sebagai mata kekejangan otot, boleh dikaitkan dengan masalah mata yang dikenali sebagai blepharospasm benign penting. Keadaan ini sebenarnya disebabkan oleh pengecutan tidak terkawal otot di sekitar kelopak mata. Ini kronik, tidak terkawal berkelip mata boleh hasil daripada mata kering, konjunktivitis, atau sensitiviti cahaya. Faktor-faktor lain yang boleh membawa kepada bergerak-gerak di mata termasuk:
Kurang tidur
Tekanan yang melampau dan keletihan
Masalah penglihatan
Pencemaran
Keradangan kornea atau kelopak mata
Pengambilan alkohol yang berlebihan dan kafein
Magnesium atau kekurangan vitamin
Alahan mata
Gangguan neurologi seperti ganglia basal
Kelopak mata bergerak-gerak juga boleh dikaitkan dengan gangguan saraf seperti sawan, penyakit Parkinson, sindrom Tourette, atau alahan mata tertentu dan kecederaan. Jika ia adalah satu keadaan yang melampau dengan mata kiri bergerak-gerak berterusan untuk lebih daripada satu minggu, bersama-sama dengan kejang muka dan radang kelopak mata, anda perlu untuk berunding dengan seorang doktor yang mungkin menetapkan ubat-ubatan secara lisan atau titisan mata tertentu. Dalam kes-kes tertentu, myectomy atau pembedahan untuk merawat mata berkelip mungkin perlu dilakukan untuk mengubati berlebihan sentakan mata. Mengurangkan tekanan pada mata dengan mendapat tidur yang cukup dan mencuci mata anda secara berkala. 

Penafian: Artikel ini  adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Jika anda mengalami apa-apa bergerak-gerak atau tidak selesa di mata, pastikan anda dapatkan bantuan perubatan


Kat sini hujan lebat...seronoknya tidur malam nie sejuk...tempat korang hujan tak?  
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐABAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”

“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTUKESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTUKEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”.

15 July 2013

Petua Mandikan Bayi

Tadi berwalking terjumpa pulak  entry yang menarik nie..di blog Zon Permaisuri Comel walaupun aku ada pengalaman tentang mandikan bayi...tapi aku tetap jugak nak share dengan korang untuk pengetahuan kita bersama-sama  yang bergelar seorang ibu dan bakal bergelar seorang ibu.Peting tahu..betul tak...

Gambar Syifa Baru Lahir...(Tembamkan...)
Adab Mandikan Bayi Baru Lahir | Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia setelah sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
Adab Mandikan Bayi Baru Lahir :
  1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
  2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan. Kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
  3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
  4. Seterusnya, siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi. 
  5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif Ya Hadi.
  6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selsema atau terkena jangkitan kuman.
  7. Siraman yang terakhir dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini kerana bimbang air dan sabun meyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses 'gugur' tali pusat.
  8. Selepas mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

07 June 2012

Tips Muka Berminyak

Wah! petang2 gini...aku nak bagi tip untuk korang yang sesiapa mukanya banyak minyak hihihi....Korang mesti rimaskan kalau muka berkilau dan sentiasa berminyakkan? Lepas tue selalu tekap tisu ke batang hidung sendiri dengan dahi sebab nak minyak itu serap.Memang seksa betul....lagi satu muka berminyak nie...kalau pakai bedak mesti comot...Aku bagi tip mudah jer untuk atasi minyak kat muka...


Muka Artis korea nie lawa-lawakan... Aku jeles hihihi


Pertama Cara Pemakanan
Elakkan makan benda yang banyak minyak...Lebihkan sayuran,buah-buahan atau bijirin.


Pencuci Muka Biar bersesuaian dengan Kulit
Seeloknya  yang tertulis bebaskan minyak (oil Free).Jangan seringkali menukar-nukar jenama pencuci muka yang dah bersesuaian dengan muka  kita.Guna 1 jenis.Buat scrubbing untuk membersihkan liang pori-pori.Liang pori-pori yang  tersumbat,kotor dan berminyak mudah di jangkiti jerawat.


Pelembab Muka
Guna pelembab muka dan bedak alas yang mengandungi UV dan bebas minyak (oil Free).Sebelum korang beli check terlebih dahulu produk make-up tertera perkataan NON COMEDOGENIC (tidak menutupi liang roma) dan mengandungi AHA (Alpha-Hydroxy Acids).AHA berfungsi dalam menanggalkan sel kulit mati.

YaNg Last sekali Amalkan membasuh muka dengan air suam dan minum air masak banyak2,kulit muka kita terasa rilek dan liang roma kita terbukak sikit....Jangan basuh muka dengan air sejuk....nanti membuatkan kulit muka kita terkejut.


Note: Pernah jugak aku terbaca pasal kulit berminyak nie...,kulit berminyak ada kebaikan juga iaitu kedutan dan figmentasi muncul lebih lambat berbanding dengan mereka yang memiliki kulit muka jenis lain seperti kulit normal atau kering.Kesimpulan kulit berminyak lambat berkedutlah hihihi

24 May 2012

Kelopak Mata Kanan bergerak



Assalamualaikum warahmatullah,

Dua tiga hari nie.... kelopak mata bahagian atas sebelah kanan asyik bergerak-gerak. Pergerakannya yang datang tidak menentu dan di luar kawalan amat mengganggu dan sesungguhnya merimaskan aku..... Aku masih ingat waktu  kecil-kecil  dulu....Aku  pernah mengadu mata aku  bergerak-gerak dan arwah mak pernah beritahu, ada beberapa tanda/alamat/petunjuk jika mata kita bergerak-gerak. Antara kata-katanya arwah mak aku....tapi korang jangan caya benda-benda camni syirik hihihihi.....:
  1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik
  2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
  3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita
  4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)
Korang dah bacakan apa petandanya....,aku rasa cukup rimas dan terganggu, menyebabkan aku mencari kaedah bagaimana hendak menghentikan pergerakan ini. Menurut sumber yang aku jumpa di internet, katanya urutan di kelopak mata dengan perlahan mampu mengurangkan pergerakan tidak terkawal dan kata sumber itu lagi, keadaan otot di kelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress.Di sebabkan itu rupanya....Maknanya aku stresslah kebelangkangan ini hihihi....

Semoga mata aku cepat sembuh. Di bawah aku  sertakan rahsia pergerakan anggota badan yang menarik untuk dikongsi bersama.

Orang tua dulu-dulu  memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatian dan juga melalui pengalaman yang mereka lalui. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubung kait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.
  1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan
  2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan
  3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh
  4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis
  5. Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh
  6. Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan
  7. Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta
  8. Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati
  9. Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut
  10. Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan
  11. Bibir bawah bergerak = akan menangis
  12. Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik
  13. Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.
  14. Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang
  15. Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan
  16. Telinga bergerak-gerak = berkelahi
  17. Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita
  18. Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran
  19. Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang
  20. Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua
  21. Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala
  22. Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta
  23. Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata
  24. Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia
Hah......korang pernah tak mengelami situasi sebegini?.......Wallahu‘alam....


Note: 
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

08 May 2012

Petua Bau Badan

Hai! Selamat Pagi...Wah!! hari nie nenek nak bagi petua pulak...ada tak sesiapa yang badannya berbau...takpun pakwe badan berbau? Kurang menyenangkan kalau ketiak masam atau badan berbau....nak duduk dekat pun tak ingin rasanya....Dari jauh dah bau aroma yang kurang menyedapkan.....Aku pernah keluar dating dengan seorang mamak nie...bau badannya menusuk kalbu dan jiwa raga aku...(Bukan Cik hubby aku okey)...Mak Oiii!! memang tengit baunya...rasa mau pengsan kat dalam kereta...Sumpah!! hari tue sekali jer aku keluar gan mamak tue......


badan-berbau

1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi.

2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.

3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.

4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.


Nota: Sesiapa badan berbau boleh amalkan....

21 February 2011

PETUA SELEPAS BERSALIN

LUKA BERSALIN


Bagi ibu-ibu yang baru bersalin,petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut:

  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih.Apabila suam,gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit.Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  2. Ikan haruan di potong dan di cuci bersih.Rebuss bersama halia,beberapa biji lada hitam dan sedikit garam makan bersama nasi atau di buat sup.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih.Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat luka.
  4. Campurkan biji kani,halia,akar kayu dengan air.Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih.Dalam keadaan panas(suam),minum air rebusan tersebut setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari.Selain daripada di rebus,daun pegaga juga boleh di buat ulam.Makanlah bersama garam dan lada hitam yang di tumbuk halus.

04 February 2011

Bawang Besar kurangkan masin Masakan

Kadang kala apabila kita memasak,ada kalanya kita terlebih memasukkan garam dan hasilnya masakan menjadi terlalu masin.Keadaan ini akan menyebabkan masakan tidak enak dan selera terbantut.Jika kita berhadapan dengan masalah ini,apa kata anda potong bawang besar sebanyak tiga atau empat labu dan masukkan ke dalam masakan berkenaan.Insya Allah rasa masin akan berkurangan dan masakan menjadi lebih enak.


Cengkih Harumkan nasi
Nasi yang enak dan harum baunya pasti disukai ahli keluarga.Apa kata anda mencuba petua ini untuk membuatkan nasi di rumah bertambah enak.Sebaik sahaja selesai mencuci beras,masukkan beberapa kuntum bunga cengkih dan secubit garam ke dalam beras yang di tanak.Kemudian tanaklah beras seperti biasa dan anda akan dapat hasilnya beras di hidangkan berbau harum dan juga putih bersih.


Kekalkan kesegaran halia
Halia adalah satu daripada herba dalam bahan masakan masyarakat kita.Bagaimanapun kesegaran halia tidak tahan lama dan cepat mengecut serta kering.Cara untuk mengekalkan kesegarannya adalah dengan menanam halia dalam tanah dan siram setiap hari.Apabila hendak menggunakannya, ambillah secukupnya sahaja.Dengan kaedah yang mudah ini halia sentiasa segar dan secara tidak langsung anda turut mempunyai pokok halia di rumah.

02 July 2010

MEREKA yang mengalami masalah mulut berbau pastinya malu umtuk rancak berbual bersama rakan-rakan.Cara mengatasinya anda boleh mencuba petua dengan berkumur menggunakan helaian daun sirih.Ramas daun itu dengan air suam dan berkumur-kumurlah setiap hari.Mungkin anda tidak lagi mengalami situasi mulut berbau.Sesiapa yang ada masalah tersebut cuba la petua ni,ibu petik dalam newspaper kosmo.