Tips Muka Berminyak

Author : Cik Rose Cute | 7:02 PM | 17Total Comments |
Wah! petang2 gini...aku nak bagi tip untuk korang yang sesiapa mukanya banyak minyak hihihi....Korang mesti rimaskan kalau muka berkilau dan sentiasa berminyakkan? Lepas tue selalu tekap tisu ke batang hidung sendiri dengan dahi sebab nak minyak itu serap.Memang seksa betul....lagi satu muka berminyak nie...kalau pakai bedak mesti comot...Aku bagi tip mudah jer untuk atasi minyak kat muka...


Muka Artis korea nie lawa-lawakan... Aku jeles hihihi


Pertama Cara Pemakanan
Elakkan makan benda yang banyak minyak...Lebihkan sayuran,buah-buahan atau bijirin.


Pencuci Muka Biar bersesuaian dengan Kulit
Seeloknya  yang tertulis bebaskan minyak (oil Free).Jangan seringkali menukar-nukar jenama pencuci muka yang dah bersesuaian dengan muka  kita.Guna 1 jenis.Buat scrubbing untuk membersihkan liang pori-pori.Liang pori-pori yang  tersumbat,kotor dan berminyak mudah di jangkiti jerawat.


Pelembab Muka
Guna pelembab muka dan bedak alas yang mengandungi UV dan bebas minyak (oil Free).Sebelum korang beli check terlebih dahulu produk make-up tertera perkataan NON COMEDOGENIC (tidak menutupi liang roma) dan mengandungi AHA (Alpha-Hydroxy Acids).AHA berfungsi dalam menanggalkan sel kulit mati.

YaNg Last sekali Amalkan membasuh muka dengan air suam dan minum air masak banyak2,kulit muka kita terasa rilek dan liang roma kita terbukak sikit....Jangan basuh muka dengan air sejuk....nanti membuatkan kulit muka kita terkejut.


Note: Pernah jugak aku terbaca pasal kulit berminyak nie...,kulit berminyak ada kebaikan juga iaitu kedutan dan figmentasi muncul lebih lambat berbanding dengan mereka yang memiliki kulit muka jenis lain seperti kulit normal atau kering.Kesimpulan kulit berminyak lambat berkedutlah hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

17 comments:

  1. kulit muka bole tekejut ye :)

    ReplyDelete
  2. ohhh kulit berminyak lambat kedut ye haha
    cendol ade minyak sikit2..buang sikit simpan sikit lah :P

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Tak reti bab produk2 ni. Baru2 ni, test produk tempatan. Tak tau la. Macam sama je. Dia tulis sesuai untuk kulit berminyak. Memang berminyak sangat dah muka ni, tak leh nak tolong kot. Heheh.

    ReplyDelete
  4. ahaaaaaaaaa kulit akk memang jenis berminyak ! ... tapi selalu pilih alat pembersih yg baik .. sbb kulit berminyak lebih sensitip ..;)

    ReplyDelete
  5. kulit berminyak ni lambat nampak tua tauuuu sbb lambat berkedut dek minyak2 kat muka tu

    ReplyDelete
  6. thanks akak for this!!love it! harap2 akan membantu... >_<

    ReplyDelete
  7. kulit sy jnis berminyak dkt zon T.. mmg jenuh nk tekap.. hihii

    ReplyDelete
  8. haa dulu2 penah jugak dgr org kata kulit berminyak lambat kedut

    ingat lg masa budak2 dulu, teruk betul berminyak kulit muka, dah berumur ni kurang lah pulak, lgpun duduk ekon je kot, tu yg kurang tu

    ReplyDelete
  9. tip yg bagus kak...

    jerawat memang senang nak ada bila muka berminyak ni kan kak...

    sy tag akak...

    http://masrinasidek.blogspot.com/2012/06/segmen-add-followers.html

    ReplyDelete
  10. Alaaa tang makanan tu yg spoil. Kita ni sumenye nk brgoreng. Kena mkn ikan steam & bkr jelah ek (CiM suka gatah ikan goreng)

    Tp ada gak org kata pelembab tu yg buat muka oily

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum rose...nice n3 bolehlah diamalkn selalu...:)

    ReplyDelete
  12. ms muda kulit sy jenis berminyak skang dh tua ni cam kering plak

    ReplyDelete
  13. Aku pakai Garnier untuk lelaki...sabun scrub..
    Ok gak ..hilang hitam2 kat celah hidung bukan dalam hidung..hehehehe

    ReplyDelete
  14. dekat zon T la biasanya. tapi ambik tuala je la lap muka kasi bersih. hehehe...

    ReplyDelete
  15. aduh duh.. muke saye cpt brminyakk.. bape minit slps cuci muka, berminyak balek.. geram!

    thanx utk entry ni :D

    (mksodnye AHA tu bgos utk kurangkn minyak ke utk menambahkan minyak?)

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠