08 June 2012
Suami Salah Hantar E-mail
Toha telah di hantar majikannya untuk berkursus di Kuala Lumpur.Lewat tengah hari Toha baru sampai,dia pun menginap di sebuah hotel mewah yang telah di tempah majikannya.Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu.Di sebabkan seminar akan bermula sebentar lagi sedangkan kawannya sudah menunggu di lobi,Toha pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mal ringkas kepada isterinya.Malangnya dalam terkocoh-kocoh itu Toha telah tersalah taip alamat e-mel isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu,dia pun terus menghantar e-mel tersebut.
Di sebuah rumah di Kelantan pula,seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang dari upacara pengebumian suaminya.Janda tersebut mengambil keputusan umtuk menyemak e-melnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman2.Selepas membaca e-mel pertama itu,si janda tersebut terus rebah ke lantai.Anak lelaki janda tersebut bergegas ke bilik ibunya dan mendapati si ibu sedang tercungap-cungap."E-meeellll...ee-meeeeeelllll,"kata si ibu terketar-ketar.Si anak pun membaca e-mel yang baru habis di baca ibunya tadi.Begini bunyinya....
To:Isteri Kesayanganku
Date:5 Mei 2010
Subject:Abang telah selamat sampai
Abang tahu sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini.Mereka telah menyediakan komputer di sini dan kita boleh menghantar e-mel kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini.Ia cukup indah untuk menyambut kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, sayang.....Abang harap perjalananmu ke sini nanti akan lebih bermakna seperti apa yang telah abang lalui ketika ini.Abang tidak sabar menunggu hari esok...
Suamimu....
Note:Ini adalah rekaan semata-mata...tak ada kena mengena yg hidup atau yg sudah mati ...Sekadar lawak sahaja...Ceria Di hari jumaat...
11 comments:
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hihi...
ReplyDeleteaduhhhhh..
ReplyDeleteklau syieda pun seram dapat email macma tu..heheeh
adeh...kan naya klu salah send...
ReplyDeletehehehe.. maunya x pingsan.. :p!
ReplyDeletehehehehe.....satu hal...
ReplyDeletecis...ingatkan citer betul tadi...ehehehe.... >_<
ReplyDeletekikiki
ReplyDeletekebtuln pulak email suami tu lebih kurang macam situasi kematian suami si janda ty
hahaha
hahah..mmg buleh pengsan cm nih
ReplyDeletemaunya tak pengsan.
ReplyDeletehahahha kelakar la plak.. hihii
ReplyDeletehahahaha....lawak2
ReplyDelete