DASHBOARD HOME INSTAGRAM ALL DESIGN TUTOBIES TEMPAHAN FACEBOOK TWITTER

Wednesday, June 27

Aku Bukan Bidadari

Sekarang nie aku duk sibuk melayan Slot Drama yg terbaru kat tv 3....Yang ganti Cerita 3 Janji tue...Cerita 3 Janji telah pun berakhirkan....tak bestlah endingnya (Siapa sokong angkat kening ya..)...hihihi suka2 jer aku cakap tak best, dan kini diganti dengan drama bersiri baru berjudul BUKAN BIDADARI di TV3 bermula 19 Jun 2012 jam 9malam.Maknanya dah 2 episod dah di tayang kat tv 3.



Barisan Pelakon 'Bukan Bidadari' Nad Zainal, Sharnaaz Ahmad, Azlee Khairi dan Sara Ali
Sinopsis drama Bukan Bidadari - Sumber SINI

Inas, seorang gadis kaya yang mempunyai sikap manja dan sombong mendapati hidupnya menjadi tunggang langgang setelah kematian bapanya. Inas dan ibunya, Suraya resah apabila mengetahui arwah ayahnya mempunyai banyak hutang dan mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk meneruskan kehidupan.
Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. Inas begitu benci akan kehidupannya di kampung dan menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Namun, ada seorang pemuda di kampung yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung.
Nasib Inas tidak habis di situ apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. Tidak lama kemudian, Inas mendapati dirinya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.
Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin dengan putera hatinya, barulah dia sedar yang Arif seorang yang baran dan sering mendera emosi dan fizikal Inas.
Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap. Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Arif. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal. Namun hampa hatinya apabila mendapati Kamal sudah menjadi tunangan orang. Apakah nasib Inas seterusnya? Masih adakah peluang ke dua buatnya untuk bertakhta di dalam hati Kamal? Adakah benar Arif telah meninggal dunia seperti sangkaan Inas?
 
My Note: Aku suka Nad Zainal...dalam waktu betul2 menonjol dia berlakon...Sebelum nie aku kurang minat dia berlakon...

35 comments:

Mr.Clive said...

@_@
sekarang xda tv kat umah...maklumlaa umah bujang...hehehe :P

saffiya_aleesya @ echa said...

suka tgk Sharnaaz Ahmad hehehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

ahakz.. ingt akk dok citer pasal blog aku bukan bidadari tu..hihi.

ERYZA said...

macam best jer citer ni.... Apalagi layannnn.....

Marya Yusof said...

As salam Cik Rose,

Skrg ni mmg dok layan drama... Tgk online je... Best ke cite ni? Ke typical malay movie? hehehe... Apa2 pun dah dok negara org terus jd syok layan cerita melayu... hehehe ;))

Kathy Tuah said...

sy pun layan citer ni sbb nad zainal dgn azlee khairi ada berlakon..kehkehkeh..

izan mama mia said...

ish..saya hairan lor..camana cik rose boleh layan tv cerita bersiri lak tu..anak tak kaco ker..saya nih...dah x boleh nk layan tv...sedey...huhuhuu

Riena Haiqal said...

wah ada Sharnaaz Ahmad dan Sara Ali la.. minat sangat lakonan Sara Ali..

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Ohyeahhh , layan gak laa citer ni , mula2 mcm takbest niii , seremm:O

Kakzakie said...

Certia macam sedap tapi sayangnya kakak kalau hari sekolah tak boleh tonton sebab kalau tidak mesti ada budak sekolah yg ikut sama.:)

are_lin@yu said...

aku tak berkesempatan nak tengok lagi..mala ada tuisyen..hehe

Yumida said...

ooooo..sy x tgk citer ni sis..cam bez je kan...

Joanna Yunus said...

macam best je cerita ni tapi tak sempat nak layan le sebab hantar sumaiyyah Tuisyen

ayut said...

berbelit jgk cite ni.siap ad bunuh tetibe.huhuhu..tv takde kat umah :( adehhh

nn lylyn said...

baru tgk 1episod

Nyue said...

nad zainal nyue suka dia dlm memberku hawa :)

nazira said...

bez kan citer ni.. hehe

http://ruangannazira.blogspot.com/

Wanieys said...

alamak maknanya wani dh telepas 2episod dh...sinopsis mcm best jer..

p/s:- kak rose best la pandai edit blog bleh tukar mcm2 design...cantik blog kak :))

Falsya said...

cite nie mcm bestkan..dh start layan dh..hehe..sbb ade sharnaaz..;p

9n0L4 said...

sibuk layan masterchep je. hehe. belum sempat nak tgk cite ni. :)

eB said...

eB ms tgk episod satu tuh dok tringat citer omputih... hik3

cweet pinky said...

CP mlas betul nak tgk tv , tapi sekali tgk terus ter addict , tuh malas nak mulakan ~

iEdA said...

follow jgk citer ni tp grm ngn prgai inas yg mberontak sn cn...sian org2 sekeliling dia...tp lama2 cian plak kt inas... :P

Acik Erna said...

acik teringin nak tengok..tapi selalu lupa

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sape itu nad zainal sy x kenal huhu..sy plak jenis x rajin melayan drama tv..satu2nya drama yg sy tgk tu pun kdg x tgk) jgn ambil padang kami sbb ada beto dan arai (nama betul tatau huehueuhue)

permata biru said...

tgk juga..nmpk cam best

Asyiqin Haulisah said...

sharnaz hengsemm. aumm.

~Sweet Honesty~ said...

bes ke cite ne?? nk tgk la nnt

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

wahh...mcm best...nak try ar tgk nanti, :)

aanie said...

x tgk cite ni sb tgk masterchef....hehe..

Myra Jay said...

Myra semalam tak tengok sebab keluaq p celebrate besday hubby..

Cik Kay Jue said...

wah rajin nyer akak melayan drama.. :)

LYAfrina said...

skarang byk drama y best kan

ieda said...

akk lebih suke ameera .. ;)
shamsul dan rita rudani ....

Deq's Qienz said...

aha..semalam ader jugak tgk..nmpk best arrr..ader shahnaz pulak tuh,.ergghhh sem dia..hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...