Jom! kita baca kisah Nabi Isa....Bila baca kisah sebegini...rasa kesedaran dalam diri aku..betapa berkuasanya Allah terhadap umatnya....
Nabi Isa adalah putera Maryam yang tidak berbapa. Itu adalah kekuasaan Allah. Ketika itu, Maryam sedang beriktikaf di mihrabnya, bersolat, bersujud, bertasbih dan berzikir dengan penuh ketekunan sebelum tiba-tiba dihantui perasaan takut lalu dia berpeluh. Dia ternampak seorang lelaki tidak dikenali berdiri tegak dihadapannya. Maryam tidak mengetahui dari mana dan bagaimana dia masuk ke mihrabnya. Nabi Isa dilahirkan hasil perantaraan ibunya, tidak seperti kelahiran manusia biasa melalui hubungan suami isteri.
baginda dilahirkan pada tahun 622 sebelum Hijrah. Kelahiran tanpa bapa adalah ujian besar buat dirinya. Apakah manusia percaya kekuasaana Allah? Maryam atau Imran Matsan , seorang wanita soleh.
Pada satu hari Malaikat jibrail datang membawa khabar dia akan mendapat bayi lelaki. Jibrail datang kepadanya dalam keadaan menyerupai manusia lalu ditolaknya Maryam dengan berkata :
"Jauhi diri engkau dari sini dan aku berlindung kepada Tuhan atas kejahatan yang akan terjadi dan aku takut kepada Allah. "
Jibrail meniupkan roh yang suci ke dalam kandungannya yang membawa kehamilannya. Hal itu dinyatakan di dalam Al-Quran yang bermaksud : Jibrail berkata : " Aku ini pesuruh Tuhanmu dan aku memberi khabar gembira bahawa engaku akan melahirkan seorang anak lelaki yang suci." (surah Maryam ayat 19) .
Maryam berkiata :" Bagaimana aku akan mendapat anak sedangkan aku belum bersuami dan aku bukan orang jahat." (surah Maryam ayat 20) .
Maryam disahkan hamil dan kandungannya semakin membesar. Penduduk kampung gempar melihat seorang anak gadis hamil dan menuduh Maryam melakukan maksiat dengan lelaki. Sewaktu kandungannya menjangkau usia tujuh bulan diceritakan Maryam terpaksa melalui segala kepayahan dan duka dengan penuh derita. Dia melalui proses kandungan yang luar biasa. Apabila berada dalam kesakitan ketika tanda tempoh kelahiran , dia ke kawasan sunyi jauh daripada masyarakat.
Maryam kemudian berhenti di bawah satu pohon kurma kerana rasa sakit yang semakin kuat. Berkat keizinan Allah, lahirlah bayi itu tanpa bantuan sesiapa, hanya di bawah pohon kurma yang gersang. Maryam bergelar ibu ketika dia masih anak dara. Dia memandang rauh wajah bayi itu dengan linangan air mata kerana sedih bayi itu ditakdirkan lahir tanpa ikatan perkahwinan.
Maryam amat malu memikirkan keadaan dirinya hamil tanpa suami sehingga menerima cemuhan masyarakat. Maryam ditanyakan soalan bertubi-tubi : "Bagaimana kamu mendapat zuriat berkenaan?" Kami melihat kamu belum pernah bersuami sedangkan orang tuamu orang yang baik. Mengapa sekarang engkau menjadi inssan tercemar?"
Maryam tidak menjawab . Namun, berkat kekuasaan Allah, bayi itu berbicara seperti diceritakan dalam Al-Quran, bermaksud: "Ia berkata: " Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia berikan kepadaku Kitab Injil dan Dia menjadikan aku Nabi. Dan Dia menjadi aku orang yang berbakti di mana saja aku berada dan Dia menjadikan aku berbakti kepada ibuku dan tidak pula Dia menjadikan aku orang yang sombong celaka. Dan keselamatan (bercucuran ) atasku pada hari aku dilahirkan dan pada hari aku mati dan pada hari aku dibangkitkan dalam keadaan hidup. Dia itu Isa anak Maryam . Allah berfirman perkataan benar yang ditentangnya mereka berselisihan." (surah Maryam ayat 30-34)
Maryam berpindah ke Mesir untuk menyelamatkan anaknya daripada dibunuh . Dia menetap di Mesir kira-kira 11 tahun. Kemudian mereka berpindah ke Syam apabila tiba waktunya Isa dilantik menjadi rasul seperti diceritakan dalam Al-Quran yang bermaksud ; " Dan diajarkan kepadanya ilmu Kitab dan ilmu pengetahuan yang lain, mengetahui isi Kitab Taurat dab Injil dan ia diutuskan untuk kaumnya iaitu bani Israel . "(Surah Ali Imran ayat 48-49) sebagai bukti kerasulannya , Nabi Isa dikurniakan mukzijat , antaranya boleh mencipta burung daripada tanah, menyembuhkan orang buta, penyakit kusta dan menghidupkan orang yang mati dengan izin Allah, memberitahu apa yang dimakan dan yang disimpan di rumah orang dan turun dari langit ketika diminta oleh kaumnya.
Nabi Isa menghadapi pelbagai rintangan dalam menjalankan tugasnya . Baginda sentiasa ditentang kaum kafir . Golongan munafik merancang menangkap dan membunuh Nabi Isa. bagaimanapun, Allah menyelamatkan pesuruh-Nya dan orang yang mereka tangkap dan disangka Nabi Isa ialah seorang lelaki munafik.
Allah mengangkat Nabi Isa ke alam ghaib (mikraj) Allah menerangkan di dalam Al-Quran yang bermaksud : "Adapun orang yang derhaka itu tiadalah mereka membunuh dan menyalib Nabi Isa hanyalah orang yang menyerupai dengan Nabi Isa yang tersalib."
Pandangan Islam terhadap Nabi Isa dinyatakan dalam surah al-Maidah ayat 72 yang bermaksud:" Maka sesungguhnya kafirlah orang yang mengatakan bahawa Tuhan itu ialah Isa anak Maryam dan Isa berkata kepada bani Israel: "Sembahlah Allah. Itulah Tuhanku dan Tuhanmu !. Ingatlah bahawa barang sesiapa yang mempersekutukan-Nya , maka Allah haramkan ia masuk syurga dan tempatnya dalam neraka. Tidak ada penolong bagi yang zalim."
Isa hanyalah seorang Nabi utusan Allah. Kelebihan yang ada padanya tidak melebihi pemberian Allah sebagai mukjizat dan bukti kerasulannya. Justeru, tidak benar jika ada berpendapat Bani Isa itu ada sifat ketuhanan. Allah berfirman yang bermaksud : "Tidaklah Isa itu anak Maryam melainkan seorang rasul Allah ( sebagaimana) rasul-rasul yang terdahulu daripadanya, dari ibunya seorang perempuan yang sangat taat; adalah kedua-duanya memakan makanan.Lihatlah bagaimana Kami terangkan kepada mereka tand-tanda, kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan." (surah Maryam ayat 75) .
My Note: Aku suka baca sejarah Rasul...Korang suka tak?
28 June 2012
8 comments:
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cik rose ni..mmg kreatif lor..blog dia dah lawa sangat..
ReplyDeleteizan share entry ni kat wall page yew..
keajaiban ALLAH..kita tak dpt nk sangkal...
ReplyDeletebaca sejarah rasul nih best .
ReplyDeletetime kecik2 dlu selalu baca n dgr :)
kisahnya terakam dalam Al Quran..suka jugak baca kisah2 nabi dan rasul juga tokoh2 islam macam kisah ikhwanul muslimin pimpinan hassan al bana :)
ReplyDeletememang saya pun suka kisah-kisah Nabi ni...elok sambil kita baca kita bercerita dengan anak-anak...banyak teladan murni..
ReplyDeletekekuasaan Allah kan...
ReplyDeletesapa yang boleh halang..
seronok baca kisah2 nabi kan..
nur selalu baca kisa nabi Muhammad, bila baca kisah nabi isa ni, best jugakan...
ReplyDeletesy pun sk baca.. dr zaman sek lag kan.. best kan... :-)
ReplyDelete