Alhamdulillah. Hari ini cuaca mendung dan sejuk. Hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang seekor makhluk yang bernama kucing. Untuk makluman, perkongsian ini bersumberkan dari beberapa laman sesawang yang bercerita tentang haiwan yang comel ini.
Pasti korang ramai yang menyukai kucing terutamanya kucing yang comel dan bulu yang cantik bukan?. Tetapi korang tahu tak terdapat beberapa fakta/perkara yang ramai dikalangan kita tidak ketahui tentang kucing. Antaranya:
Pasti korang ramai yang menyukai kucing terutamanya kucing yang comel dan bulu yang cantik bukan?. Tetapi korang tahu tak terdapat beberapa fakta/perkara yang ramai dikalangan kita tidak ketahui tentang kucing. Antaranya:
1. Kalender Usia Kucing.
Tahukah anda, terdapat kalendar usia kucing yang memberi perbandingan usia manusia dengan usia kucing. Lihat kalender di bawah:
Untuk lebih detail:
1-Bulan Usia Kucing = 6-bulan usia bayi
3-Bulan Usia Kucing = 4-tahun usia bayi
6-Bulan Usia Kucing = 10 tahun usia manusia
Malah, dibawah ini terdapat sebuah kalkulator dicipta khas yang mampu mengira usia manusia berbanding usia kucing peliharaan anda:
Sekiranya kucing anda berusia 1.5 tahun pada perkiraan usia kucing, umur kucing anda bersamaan 20 tahun usia manusia!!. Jadi kalau kucing anda telah berusia 1.5 tahun bermakna kucing anda sudah boleh dikahwinkan kerana kucing tidak perlu melanjutkan pelajaran ke Universiti seperti anda. :-)
2. Rasulullah &Sahabat bersama Kucing.
i) Terdapat sebuah periwayatan hadith yang menceritakan pada suatu hari, sewaktu baginda Rasulullah hendak mengambil jubah baginda, baginda mendapati terdapat seekor kucing sedang tidur di atas lengan jubah baginda. Lalu baginda memotong lengan jubah yang ditindih oleh kucing tersebut dengan tujuan supaya kucing tersebut tidak terjaga dari tidurnya.
ii) Abu Hurairah merupakan perawi hadith yang banyak meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah SAW. Nama sebenar beliau sewaktu zaman Jahiliah ialah Abdul Ayams (Hamba Matahari). Lalu baginda memberi nama kepada Abu Hurairah dengan nama Abdul Rahman (Hamba kepada Yang Maha Pemurah). Namun begitu, nama yang lebih popular dikalangan teman-teman beliau ialah Abu Hurairah. Beliau mendapat nama Abu Hurairah kerana dikatakan sewaktu kecil beliau memiliki seekor kucing betina dan sering bermain dengan haiwan tersebut. Setelah Baginda mengetahui gelaran itu, baginda sendiri memanggilkannya Abu Hirr (Kucing Jantan) sebagai gelaran akrab. Dikatakan juga Abu Hurairah sendiri lebih menyukai gelaran Abu Hirr (kucing Jantan) berbanding Abu Hurairah yang bermaksud kucing betina.
3. Bila kucing berbaring.
Sekiranya anda melihat seekor kucing berbaring (seperti gambar di atas), itu bermaksud kucing tersebut berasa yakin dan selesa dengan anda. Ini kerana kucing yang takut dengan manusia tidak akan berbaring terutamanya apabila anda berdiri berhampiran kucing tersebut. Jadi, sekiranya seseekor kucing selesa dengan anda, ia akan berbaring dengan selamba walaupun anda menyentuhnya!
4. Jantina pada bulu kucing.
Tahukah anda, sekiranya seekor kucing mempunyai bulu yang terdiri dari 3 warna atau lebih, 99.97 % pasti kucing tersebut adalah kucing betina!. Dan sekiranya kucing tersebut jantan iaitu 0.03% maka pasti kucing jantan tersebut mandul! Untuk penjelasan secara detail dan saintifik klik sini.
Gambar diatas menunjukkan kucing yang memiliki 3 warna iaitu putih, hitam dan perang. Jadi secara saintifiknya kucing tersebut merupakan kucing betina!
5. Isyarat ekor kucing:
i) Terdapat pendapat mengatakan sekiranya seekor kucing menghampiri anda dan menggetarkan ekornya, itu tandanya kucing tersebut amat menyayangi anda dan sedang berada dalam emosi positif. Pada waktu ini, anda bolehlah membelai dan bermanja dengan kucing anda. !
ii) Namun sekiranya kucing anda dalam keadaan menggoyang-goyangkan ekornya tidak tentu arah, itu bermakna kucing anda sedang dalam emosi tidak stabil atau terganggu. Jadi, lebih baik biarkan kucing anda bersendirian!
iii) Selain itu, sekiranya kucing anda mengibas-ngibas ekornya, dikatakan kucing tersebut sedang mengalami konflik dalaman ataupun "Internal Konflik". Biasanya keadaan ini berlaku kerana kucing anda sedang berada dalam tahap membuat pilihan dalam kehidupannya. Sebagai contoh, kucing anda ingin keluar rumah, tetapi keadaan di luar sedang hujan lebat. Jadi kucing anda akan mengibas-ngibaskan ekornya dalam tempoh membuat keputusan tersebut. Apabila hujan reda atau kucing anda membuat keputusan tidak keluar dari rumah, maka anda akan dapati ekor kucing anda tidak lagi dikibas-kibaskan. Jadi, konflik dalaman kucing anda telahpun selesai. :-)
MY Note: Aku story pasal kucing hari nie kerana jiran sebelah aku nie ada pelihara kucing siam...cantik beb...Harganya rm 1000 lebih....Aku teringin jugak nak beli kucing siam...belum mampu nak beli lagi kih kih... (emmm geram tengok kucing yang cute2 contoh kucing garfield hehehe)
saya takut kucing hehe
ReplyDeletewah..comelnya...
ReplyDeleteBanyak kucing liar kat rumah ne.. almaklumlah rumah kg... tp miss z tak berapa suka kucing.. hehehe
ReplyDeletebanyak benda tak tahu pasal kucing.
ReplyDeletekak ita suka tengok kucing tapi tak suka pegang..kak diana takut kucing..
ReplyDeleteTQ sharing dikk
ReplyDeletex sangka usia kucing sentiasa muda berbanding manusia kan ;)
kitorang anak beranak memang suka dengan kucing.. saya pernah pelihara anak kucing yang takder mak dia.. saya belikan botol susu dia, makanan dia... sampai la sekarang dia masih bersama kami.. sekarang dah makin banyak dah kucing kitorang..
ReplyDeleteranea takut kucing..
ReplyDeletebestnya info awk psl kucing ni :)) saya mmg sayang sgt dgn kucing :D
ReplyDeletehehe...kucg mmg makhluk Allah yg special...<3
ReplyDeletebgs info ni..
ReplyDeleteotomatik tingatkn kucing sy yg da mati waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
comei...tp sy xsuke kucing
ReplyDeletebest nye info ni . Sy sangat suka kan kucing .. Kat rumah ade sekor yg sgt manje dgn sy .. emm .. Comelnye .. hehehe :D
ReplyDeletesaya suka sangat info ni..sebab saya memang suka kucing dan ada bela kucing..:)
ReplyDeletebaru baru ni saya terpaksa pindah rumah...yang tambahkan sedih berpindah sebab terpaksa tinggalkan kucing kesayangan... :"(
ReplyDeleteCP memang sayang kucing , tak kesah la kucing tuh comot kerr apew kerr , sume same jerr , hehehe , cume CP takde larr belai , CP bagi makan , hehehe , kalaw CP ke hulur kehilir kan , mesti adew makanan kucing dalam beg CP ..
ReplyDeletewah...bnyk info yg x tau lg pasal kcg...tau bela jer..hehe..thanks kongsi akk ^_^
ReplyDeletedulu suka bela kucing jd psl kucing 3 warna adalah betina sy mmg perasan dah..
ReplyDeletetp info ttg kucing goyang ekor sbb nak buat keputusan mmg menarik sgt!
comel kan kucing?Tapi, YM takleh bela, risau kat Yayan.. :(
ReplyDeleteKucing memang comel... ;)
ReplyDeletegeram jer tgk kucing yg comel2 ni..suka tapi tak reti nak jaga dan rasa tak sanggup..takut terabai pula nnt
ReplyDeletealoloo cumeii..
ReplyDeleteooooooo. baru tahu pasal umr kucing tu. ;)
ReplyDelete