30 June 2012

Salah Ke Menjadi Surirumah Sepenuh Masa

Selamat pagi dan Assalamualaikum.....Hari ini aku nak story pasal surirumah....,aku pun seorang surirumah jugak...info ni penting..kalau kauorang semua nak tahu bacalah.....

Aku Surirumah Sejati Okey....
Soalan kepada seorang surirumah,"Jadi, apa yang suri rumah seperti puan buat sehari suntuk?"Mestilah jawapan seorang suri rumah ialah bekeja seharian dengan mengemas rumah, memasak dan menjaga keluarga betul tak?Golongan suri rumah begitu sibuk dan bekerja keras.Ada jugak suri rumah yang menjana pendapatan untuk keluarga dengan bekerja dari rumah.Golongan seperti ini menyeimbangkan kehidupan bekerja dalam kehidupan sehari-hari.
Soalan kepada seorang surirumah,"Puan tak rasa bosan ke tak buat apa-apa sepanjang hari?"Soalan itu lucu tak bagi kauorang....kalau aku nak ketawa pun ada...selalunya kawan2 aku datang soalan cam tu lah diaorang tanya.Tapi sebagai ibu moden yang waras memang wajarlah berbuat demikian...semua benda terjaga..taklah kita penat.Ni..kalau keja...balik rumah buat keja lagi...mana ada masa nak rest.Sebagai seorang ibu @ suri rumah yang fleksibel membolehkan kita muncul di saat anak kita memerlukan kita,jika anak kita berada dalam kesulitan contoh di buli dengan budak-budak lelaki yang nakal di sekolah,pelukan erat ketika anak kita berduka atau sebagai saksi terhadap pencapaiannya di sekolah.
Tapi ada jugak yang mengata kepada seorang surirumah kononnya kitaorang ni yang suka bersantai dan dilabel sebagai seorang yang gagal dalam karier atau lebih mudah di beri istilah 'mengundur ke belakang' kalau para ibu yang ada graduan dari universiti pula sering di persoalkan dengan kata-kata pedas seperti: " Kenapa kalian mensia-siakan ilmu di dada semata-mata menjadi suri rumah sepenuh masa?" dan "Bukankah mencari duit itu lebih penting daripada menjaga keluarga sepanjang masa?" Kenapa agaknya mereka mampu bertanyakan soalan2 seperti itu? Salahkah menjadi karier sebagai suri rumah ? hehehe aku bengang la...aku pun suri rumah jugak...huhuhu Tapi yang penting kita adalah 'wanita terbaik di sisi Nabi Muhammad S.a.w....tinggi darjatnya kita sebagai wanita ni....
P/s: Kalau itulah pilihan seorang wanita untuk menjadi 'suri rumah' itu hak mutlak seorang wanita.Seorang pun tidak boleh mempersoalkannya!

17 comments:

  1. ada orang kata kat cr ke?..saya ni puas dah orang kata, belajo tinggi2 tapi duk ceruk dapur..org2 tua kata, yg betul naik atas pale, hak salah biaq pi kat dia...kadang2 terasa gop, tp biasalah orang pandang pangkat di dunia..orang jarang nampak arah ke sana..wallahualam :)

    ReplyDelete
  2. ibu sokong seratus peratus apa yg cik rose tulis....ibu bangga jd suri rumah sepenuh masa..:)

    ReplyDelete
  3. cik rose..yg saya tau kan saya sgt bangga menjadi suriumah sepenuh masa sbb anak2 membesar depan mata kita..dan tgn kita sendiri yg membesarkan mereka..rumah pun terjaga..makan minum suami dan anak2 pun terjaga..alhamdulillah sbb suami kita beri kesempatan utk kita jadi seorang bos di rumah kan..takder org nk ngarah kita..sbb kita adalah bos..hehehe..tp ada org kata ala..suriumah bknnya ada keje pun..rileks jer..mana ada kan cik ros..kita ni memanjang jer ada keje..tak berenti sebenarnya..org yg jadi suriumah mcm kita jer memahami..

    ReplyDelete
  4. cik rose..blog cik rose dh ada iras2 mcm blog mama arina dah..mana dapat template ni..share la kat blog tuto ye..cantik..kreatif cik rose ni..saya ni bab2 coding fail sikit.cepat give up..

    ReplyDelete
  5. hot..ni..mesti nak komen gak...
    diriku jua suri rumah sepenuh masa...malah amat berbangga dengan status itu...pedulikan apa orang nak kata..yang penting,..anak kita,suami kita,rumahtangga kita terjaga dengan selamatnya...suami tak bising,..org luar pulak bising yer...saya belajar dulu, free kerajaan yg tanggung...nasib baik bukan ptptn..hahaha...
    sokong kak fieda...nak gak totur template tu...

    ReplyDelete
  6. setiap apa pun mesti ada hikmahnya kan ?

    sy ni walaupun sebagai suami, sy bangga menjadi surirumah separuh masa..sambil ringankan tugas isteri dapat jugak tengok anak anak membesar cukup kasih sayang depan mata..

    ReplyDelete
  7. salam cik rose..
    xsalah pun jadi suri rumah.. saya bangga mama sya suri rumah.. suri rumah bukanya kerja goyang kaki ..
    dari suami n wife keja anak2 terabai.. mkn pkai ntah mcm mana..
    klu upah bibikk ,, kena guna ongkos n bibik jga lain dr ibu sendiri jaga anak.. klu dapat bibik yg perangaii huiissshh xtw nak cakap .. tu lagi susah ..
    bagi saya suri rumah xslh pun .. perkerjaaan yg mencabar bagi sya :)))
    (hihihihi sbgai pndangan jew:)

    ReplyDelete
  8. Cik Rose, shima pun suri rumah sepenuh masa gak.. Ramai sbnrnya yg alami mslh.." apa guna belajar tinggi2" kan...
    Puas hati sbnrnya dpt jadi jaga kat rumah nih :))

    ReplyDelete
  9. Sy pun sejak ngandung 2nd baby trus bhnti kje. Mula2 sy ingat jd suri rumah ni bleh dok rilek je.. tp rupanya byk bnda gak nak buat..nak plak ank sy bleh tahan gak prangainye..nak mkn ke mndi ngan buang air pun x tnteram...skrg baru tau..hehe..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum. Saya pun surirumah. Pada saya lebih penat dan mencabar. Apa lagi kalau anak berderet mcm saya. Macam2 perangai ada. Kalau ikut hati, saya nak bekerja. Boleh melaram hari2, tinggal semua hal rumahtangga sekejap dan cari duit sendiri. Tapi ini adalah pengorbanan saya sebagai isteri dan ibu. :)

    ReplyDelete
  11. sy sejak da anak terus berenti keje, ikut suami. dah 3 tahun jd suri rumah sepenuh masa...kdg2 rs seronoknya bila tgk kwn2 da kerjaya yg hebat2.Mula2 dulu rs memberontak juga jiwa sy tapi Alhamdulillah skrg dah ok n percya pengorbanan sy ni berbaloi2 n plg pnting anak sy mmbesar depan mta sy....=)

    ReplyDelete
  12. Saya setuju part "ibubapa yang jaga anak sendiri berbanding orang lain". Sepadan dengan peribahasa, "Di mana tumpahnya kuah jika tak ke nasi". Jika anak kita dijaga oleh orang lain, karakteristik anak tu dah tak ikut ibubapa tapi orang lain tu.

    ReplyDelete
  13. takde salahnye jadi suri rumah. ;)

    ReplyDelete
  14. sy pun pnh jd gini.. dh mls nk layan ckp org.. yg penting saya happy.. :-)

    ReplyDelete
  15. jadi suri rumah sepenuh masa ni bukan sesenang kita bercakap je..cma tabik spring kat ibu2 yg sepenuh masa bersuri rumah.. dpt tgk ank mmbesar depan mata..dpt masak utk keluarga..

    peduli la ape org nak kata..

    ReplyDelete
  16. Salam CR,
    Walaupun akak bekerja tapi akak lebih suka duduk di rumah. Hari yg paling menyeronokkan bg akak ialah hari yang akak boleh buat kerja2 rumah.. memasak, mengemas, menjahit, & macam2 lagi.. Kalau boleh mmg nak jadi surirumah sepenuh masa

    ReplyDelete
  17. Salam CR..

    Saya sokong pe CR tulis tu...hi..kalo sy bleh jd surirumah sepenuh masa..bestnyaaa..walaupun xde anak lagi tp bila balik rumah nk siapkan ape yang patut tu pun dh x terdaya...syukurlah dpt suami memahami..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠