Pernah kereta yang korang naiki dilanggar dari belakang? Aku tidak pernah,sebab aku bukan pandai bawak kereta .Lagipun selama aku naiki kereta gan hubby aku tidak pernah mengalami situasi begitu.
Tapi bukan semua kes langgar belakang semudah itu. Kita perlu berhati-hati dengan taktik licik sesetengah pihak yang kita tak tau niat sebenarnya.
Aku ingin berkongsi satu entri dari seorang sahabat blogger yang menceritakan pengalaman keretanya dilanggar dari belakang.Aku tahu cerita nie melalui blog JR..Jom kita baca kisahnya...Mungkin korang akan lebih berhati-hati melalui situasi sebegini.
Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit. Gambar hiasan.
Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.
Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"
"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.
"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.
Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.
"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.
Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.
"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.
Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.
Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.
Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.
"Besok saya call" kata saya.
"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.
Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.
Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.
Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!
Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.
Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.
Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.
Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.
Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012 -carigold

(Sumber perkongsian cerita: greenboc.blogspot)
MY Note: berhati-hati dengan taktik licik sesetengah pihak yang kita tak tau niat sebenarnya. Lagi2 kaum wanita yg bawak kereta...hati2 ya...
mmg bahaya sekarang ni...bahaya ada di mana-mna...
ReplyDeleteWah!!! bahaya ni..
ReplyDeleteKalau perempuan lagi teruk !!!
AKu dah 2 atau 3 kali kena langgar belakang tapi aku selamba ajer sebab undang2 kata kalau kau langgar belakang org..kau salah..
so aku tak bersalah..heheheheh
alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku
ReplyDeleteassalm cik rose..terima kasih berkongsi kisah ni..untuk peringatan kawan..insyaallah
ReplyDeleteBAHAYA NI.. KENE BERJAGA2.. THANKS KONGSI CIK ROSE...
ReplyDeleteKENE GTAU HUBBYLAH.. RISAU GAK KAN... MUSLIHAT UPENYE...
sorry lps taip br perasan tulisan besar.. hihi
alhamdulillah xde ape2 teruk yg jadi kan..falsya dlu pun balik pagi2 buta drive sorang2 takut gak..tp nasib baik xde ape2..;D
ReplyDeletemekasih share..mmg byk kali baca taktik kotor macam ni...at least leh elakkan..isnya Allah :)
ReplyDeletenasib baik tak jadi apa2.. tak kisah la kalau ada rosak sikit2 kan.. yang penting nyawa selamat..
ReplyDeletepengajaran buat kita semua.. berhati2 dengan taktik licik mereka ni..
Suami kak ani selalu pesan kalau ada org langgar belakang ditempst yg tak munasabah,jangan berenti drive terus, biar kita repsir kalau ada rosak.
ReplyDeletebahaya nyerr....hope better lps ni berhati2....
ReplyDeletesalam Rose..macam2 taktik org nk cari duit skrg ni kan?
ReplyDeletepasni kena lbh berhati2..
aritu pun dya pernah kena..time tu dya ngn ayah dya... waktu siang..tapi jalan kat situ sunyi..tiba2 ada kereta masuk langgar blkg.. dia hon2 suruh berhenti..dya ckp ngn ayah dya jgn berhenti sbb bahaya kan kwsn sunyi..apa2 blh jdi..dya ckp ngn ayah kalau nk berhenti berhenti kt jlan besar..byk kereta lalu..bila nk masuk simpang ke jalan besar kereta tu tak ada dah..nampak sangat kereta tu cuba nak amik kesempatan..
ReplyDeleteBelum pernah dilanggar tapi pernah tersondol kereta orang..
ReplyDeleteMoga2 dijauhi perkara sebegitu.. Kena berhati2 dimana jua dan bila2 masa..
mudahn kita dijauhi perkara seperti ini..
ReplyDeleteManusia skarg sgt kejm...
owh, baru taw..
ReplyDeletenasib baek akak share entry nie..
ish bahaya gak..kalau perempuan lagilah..ish..lagi2 yang cepat gabra...
ReplyDeleteuikss...takot nye! thanks for sharing yer..pasni kena lebih berhati2..
ReplyDeleteNauzubillah....risaunyer dengar citer nieh.Yelah, btul jugak, selalunya kalau kete kita kene kiss sket,sure kita akan kluar kete, nak pi tgk.Aduh...Thanks dear for sharing.
ReplyDeleteassalamualaikum rose...betul2 tu kena berhati2...:)
ReplyDeletesy bc entry ni last week...seram jg...alhamdulillah.. dgn peringantan ni, pasni kalu berlaku kt sy..sy drive trus..x pe kalu kete rosak, jgn nyawa melayang..
ReplyDeleteIngat kisah cik rose ;) ada baca. Mmg kena beringat. Skrg byk kes saja2 langgar.
ReplyDeletethanks for sharing....pasni sha kena lebih berhati-hati maklumla sha dok bawa kreta
ReplyDeletehuuhu kadang2 kita dah pun hati2 dik , tapi benda nak berlaku huhuhu
ReplyDeleteaduhai..ni yang takut kalau drive sensorang ni..emm..
ReplyDeletemmg dah banyak kes camni dear..kalau jenis orang yang panas baran mmg dah keluar dah tengok ..lepas tu kena rompak..nauzubulhiminzalik...
masa memula pandai bawak kereta dulu pernah kena langgar kat tengah jalan jem, huhu seb baik xder pape..
ReplyDeleteerm, memacam taktik sekarang perompak nak jalankan kerja dorang kan..
ada baca aritu kat fb..ishh..takut plk..
ReplyDeleteYa Allah takut pulak wani baca...mcm2 taktik jenayah sekarang ni kan...kena hati2 betul ni..tq kak rose sharing kisah ni..peringatan yang baik ni
ReplyDeleteuit takut pulak bila baca... harap jadi pengajaran kepada kita
ReplyDeletebanyak kes berlaku mcm nilah kan..org amik kesempatan...minta dijauhkan lah..
ReplyDeleteMujur lelaki, kalau kata kita ni pompuan yang kena sure jadi kes naya ha..
ReplyDeletePeringatan untuk semua pemandu2 agar berhati-hati.
langgo trus lari je~ huu
ReplyDeletekene nasihat kan wife supaya lebih berhati hati lepas nih...
ReplyDeletepernah terbaca kat FB. tapi tulah kan mmg risau kalau jadi benda gini. mintak2lah kita semua dijauhkan drp perkara2 mcm ni ye.
ReplyDeletehati2 d jln raya hehehe pesanan dr blogger
ReplyDelete