Review Mael Lambung

Author : Cik Rose Cute | 8:12 AM | 24Total Comments |
Filem Mael Lambung lakonan Zizan Raja Lawak sebagai Mael Lambung, Johan Raja Lawak sebagai Ah Chai dan Juliana Evans kini sedang giat menjalani pengambaran di sekitar negeri Terengganu. Filem arahan pengarah tersohor Ahmad Idham ini katanya dibuat atas permintaan peminat yang ingin cerita tentang kehebatan Mael Lambung VS Ah Chai dilebarkan di layar perak pula. Begitu hebat sekali penangan Mael Lambung sehingga peminat rasa mahu tonton lanjutan cerita gangster kelakar ini. Mael Lambong bekerja sebagai tukang tarik kereta profesional yang sangat terkenal dengan sikap gedebe nya.
Filem yang menggunakan Raja Mukhriz sebagai pengarah sinematografi ini bakal menemui peminat sekitar bulan Mei 2012 tahun depan. Menampilkan Juliana Evans sebagai penyiasat dan juga kawan baik Zizan dalam filem Hantu Bonceng iaitu Toqq. Dengar-dengarnya, abang Siti Saleha iaitu Sam Bunkface turut berlakon juga dalam filem ini. Betul ke tidak?
Poster Mael Lambung
Seperti filem-filem aksi terdahulu, Ahmad Idham tak lepas untuk mengisi filem ini dengan aksi sukan drift. Dengarnya, beliau menggunakan khidmat drifter untuk melakukan aksi drift dalam filem ini.
Filem ini juga menampilkan beberapa orang pelakon sebagai cameo, antaranya Aziz M. Osman sebagai orang kaya yang keretanya kena tarik oleh Mael Lambung. Turut diperkenalkan seorang bakat muda yang baru berasal dari Singapura iaitu SHENTHY FELIZIANA memegang watak Rozie yang merupakan kekasih lama MAEL LAMBONG.
Mael Lambung
Mael Lambung
Mael Lambung
Mael Lambung
Mael Lambung
Mael Lambung
Mael Lambung 

MY NOTE: Korang mesti dah tengokkan...agak2 berapa bintang untuk filem nie? Aku belum tengok lagi....tunggu cik hubby up-load hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

24 comments:

  1. xtgk lg... tp tingin nk tgk.. hihii

    ReplyDelete
  2. download jer.. cantik la blog design.. cik rose buat sendiri ke?

    ReplyDelete
  3. tu la..tgk preview mcm best gak cita nie..tunggu DVD jer la...

    ReplyDelete
  4. ayu pun tak tengok lagi..hehe

    ReplyDelete
  5. blom tgk g citer ne..nk tgk laa..

    ReplyDelete
  6. minat zizan but minat JOZAN more hehehe

    ReplyDelete
  7. dia dgn juliana evans kan ..'
    ke gosip2 dia dgn juliana tuu tujuan utk menaikkan ranking filem nie huhuhu .. hurmmmmmmmm ;)

    ReplyDelete
  8. nyue belom berkesempatan nk tgk ag....trailer biasa2 jer..ntah dr review yg dh tgk ckp cite ni best..huhuhu

    ReplyDelete
  9. weekend nie nak ajak mok mok dating la tgk cite mael lambung..hehe..

    ReplyDelete
  10. tak tgk lagi.. tggu upload jugak la..hihi :p

    ReplyDelete
  11. Belum tengok lagi film tu..tapi dengar kabar kutipannya setakat ni hebat juga. Plot cerita pun dengar kata bagus, kisah penarik kereta berhati mulia dan tak mkn rasuah. Tak le mcm cerita Melayu sebelum ni kalau nama penarik kereta, mat rempit, penagih dadah, karektor dicat dgn warna hitam legam - jahat sejahat2nya. Sdg mereka jadi begitu ada sebab musababnya....

    ReplyDelete
  12. tak sabar nak tengok.. apa lagi ada Zizan.. gerenti terbaikkkkk.. :)

    ReplyDelete
  13. mmg hebat betul penangan mail lambung melambung ni. mail lambung tak makan rasuah, hehe.

    ReplyDelete
  14. wani xtengok lagi...mcm best sangat2....penangan mael lambong kuat betol la hihihihi

    ReplyDelete
  15. hehe diorg ni digosip bercinta kan?

    ReplyDelete
  16. Comel tul Juliana rambut pendek camtu, dahle putih..hehee ;)

    Teringin nak tengok citer ni.. ;)

    ReplyDelete
  17. bnyk citer yg besh2 kuar skrg neh...xtau nk tgk yg mn..hehe

    ReplyDelete
  18. sha lum tgk lgi..mesti best ni kan..hehe

    ReplyDelete
  19. tak berkesempatan nak tengok lagi. huhuhu

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠