Showing posts with label Khairul Fahmi Che Mat. Show all posts
Showing posts with label Khairul Fahmi Che Mat. Show all posts

14 January 2013

Resepsi Khairul Fahmi Che Mat(Apex) Dan Leuniey Natasha Di Hotel The Royale Bintang

Satu lagi majlis resepsi untuk pasangan Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha telah diadakan di Hotel The Royale Bintang, Damansara Kuala Lumpur malam tadi.
Khairul Fahmi dan Leuniey sangat berseri,gambarnya pun begitu cantik dari G.i Photoshoot. Kelihatan juga Dato Siti Nurhaliza dengan penampilan terbarunya memakai tudung penuh.....Tak puas tengok gambarnya...
Resepsi Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha di Hotel The Royale Bintang,

  Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha bersanding di Hotel The Royale Bintang,
  Leuniey Natasha di Hotel The Royale Bintang,
 Resepsi Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha di Hotel The Royale Bintang,
Pelamin Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha di Hotel The Royale Bintang,
 Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha di Hotel The Royale Bintang,

Siti Nurhaliza di Resepsi Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha di Hotel The Royale Bintang,
Gambar terbaru Siti Nurhaliza bertudung
 

Keknya....cantik sangat2....

Psstt!!...Semoga Kekal Bahagia Hingga Ke syurga....Jangan Separuh Jalan Dah....huhuhu.... 

Kredit SINI

09 January 2013

Sambung cerita Balik Kampung...

Hari tue...aku balik kampung...sebab ayah aku ajak tgk Fahmi kawin....5/1/2013.Aku pun teruja nak tgk fahmi secara dekat2 hihihi....Ayah aku pelawa....apa lagi...exitedlah nak tgkkan...Aku tanya ayah aku?kita dapat jemputan ke?..ayah aku cakap memang di jemput....lagipun majlis hari tue..untuk keluarga jer....Tapi ramai jugak orang datang....Orang yg datang nak bergambar beratur kat luar....Aku tak adalah beratur....aku bukannya peminat fahmi hihihi.....Jom! layan gambar di bawah...

Sebelum pergi....sempat lagi snap gambar dalam kereta....waktu nie tgh tunggu adik aku....Jam tangan dari Jepun....Baby G (jangan jeles hihihi)

Kenapa mulut Fahmi cam tue erk? Tudung hitam adik aku....

Hubby aku pun bergambar....waktu nie...terketar2 tangan aku nak snap gambar kikiki...


Eh! mana gambar bini dia kikiki...


 Kenapa dengan aku tue?cam tak ready jer....tgk mulut fahmi....nie salah cameraman okey....kikiki....kitaorang tak ready dah snap...Berkilat muka aku...aku letak minyak masak sebelum pergi...tue yg nampak berkilat kikiki...Korang caya ke? taklah...jenis muka aku memang berminyak kalau berpeluh huhuhu ada petua tak?

Psssttt!!! banyak lagi gambar.....aku malas nak up-load kikiki.....pasni... nak edit blog orang huhuhu belum siap lagi....


28 December 2012

Gambar: Sekitar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha





Ketika ini, sedang berlangsung majlis pernikahan yang paling di’nanti hujung tahun ini antara Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & kekasih hatinya, Leuniey Natasha.
Majlis akad nikah ini mengambil tempat di kediaman keluarga pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat Kelantan.
Entri ini akan di’tulis dari masa ke semasa & sementara itu, kita layankan dahulu beberapa keping gambar sekitar majlis nikah pasangan popular ini yang telah sampai di internet.
UPDATE-1: Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha sah bergelar suami isteri.
gambar majlis pernikahan mereka


Kredit SINI


 Pssst!!!!! Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.....



13 December 2012

Perkahwinan Apek Dan Leuniey Mencecah RM300 Ribu

Semalam, Apek atau Khairul Fahmi Che Mat mengumumkan di sidang media tarikh nikah dan juga majlis respsi antara beliau dan Leuniey Natasha atau nama sebenar Nur Eilunie Natasha Nazri. Selain itu Apek ada menjelaskan jumlah tajaan perkahwinan mereka sudah mencecah RM300,000 , tajaan adalah dari pelbagai pihak.

Apek mendedahkan pada bulan Oktober lalu, dia menghantar rombongan untuk melamar Leuniey. Tiada apa-apa majlis khas diadakan, sebaliknya kedua-dua belah keluarga berjumpa dan menikmati makan malam bersama-sama.
Apex dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Dato’ Siti Nurhaliza.
Tarikh nikah Apek dan Leuniey Natasha 28 Disember
Mengulas tentang tarikh yang dipilih untuk mereka di ijab kabul iaitu pada 28 Disember ini, jejaka berusia 23 tahun itu menjelaskan tarikh tersebut tidak membawa apa-apa maksud istimewa.
Tiga majlis resepsi perkahwinan Apek
Majlis respsi sebelah Leuniey
Sebanyak tiga majlis resepsi akan diadakan. Persandingan sebelah perempuan bakal berlangsung di hotel Renaissance, Kota Bahru Kelantan pada 30 Disember berkonsepkan Melayu kotemporari.
Majlis resepsi sebelah Apek
Manakala persandingan sebelah pihak lelaki akan dilaksanakan di kediaman Apex iaitu di Kampung Chenang Kota Bahru, Kelantan bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala kampung.
Majlis resepsi di KL
Serta sebuah majlis resepsi pula akan diadakan di Hotel Royal Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013 bermula jam 8 malam dengan memilih konsep English style.



Pssst.....Semoga Majlis tue nanti berjalan dengan lancar....

21 November 2012

Apex & Leuniey Akhirnya Umunkan Perkahwinan Mereka




Petang ini, Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam satu sidang media khas di sebuah hotel di Damansara.
Walaupun bukan bergelar artis, kedua dua individu ini berjaya mencapai status selebriti selepas hubungan mereka kerap menjadi perhatian media & para peminat.
Malam tadi melalui program Meletop di Astro Ria menyiarkan rakaman di’sebalik tabir pembikinan video pra-perkahwinan pasangan ini di Stadium Shah Alam.
Apex dalam video tersebut mendedahkan yang mereka berdua pertama kali berjumpa di sebuah kedai makan di Kota Bharu  Kelantan,sekitar Mac 2012 yang lalu.

Leuniey pula mendedahkan yang sifat kematangan diri Apex menjadi sebab hatinya terpaut dan mengimbau saat romantik ketika sambutan harii lahir mengejut oleh Apex.
Layankan di’sebalik tabir pembikinan video pra perkahwinan Apex & Leuniey sementara menunggu pengumuman tarikh

P/S:videonya tak dapat tengok....sudah di block oleh Astro....malam tadi aku tengok kat meletop...
pasni nak sambung edit blog orang tempah....kalau korang nak tempah email aku ya...

ccherosliza@yahoo.com @ fb

30 October 2012

Gambar Bakal Isteri Apek(Khairul Fahmi)





Apa yang mahu dikata lagi? Sememangnya bakal isteri Khairul Fahmi, 23, adalah seorang gadis yang cantik dan OHBULAN! sendiri suka melihat raut wajah gadis kelahiran Kelantan ini.
Nampaknya khabar gembira sudah semakin hampir. Teka-teki mengatakan pasangan ini akan berkahwin pada hujung tahun ini semakin terjawab. Melalui laporan Kosmo! hari ini, Khairul Fahmi & Leuniey, 21, bakal bernikah diantara 28 Disember sehingga awal Januari 2013. Berita gembira ini dikongsi oleh bapa Apek, Che Mat Hussain yang turut menjelaskan bahawa tarikh sebenar akan diputuskan oleh Khairul Fahmi sendiri.
“Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas beliau pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan. Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya,” jelasnya.
Berbalik pada Leuniey, gadis cantik berusia 21 tahun ini haruslah dicontohi oleh ramai orang muda. Disebalik segala kontroversi yang berlaku, Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri merupakan seorang pemilik butik pengantin dan tidak hairanlah jika kita lihat Leuniey rapat dengan Ezuwan Ismail, seorang pereka fesyen yang hebat.

P/S: Semoga Jodoh mereka berkekalan....


Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00

18 May 2012

Khairul Fahmi Di solek Ala2 Jepun

Alamak!! ganas betul mukanya serius giler beb!! takut aku....


Sebuah lagi keluaran terbaru majalah online ENF benar-benar mengujakan gambar   penjaga gol terkenal, Khairul Fahmi Che Mat, atau lebih dikenali sebagai Apek telah di solek ala-ala  mirip dengan lagenda rock Jepun, X-Japan.

Ganas & garang, aku rasa  ramai awek  yang pengsan bila  menatap foto-foto mengiurkan dan ganas. Apa salahnya, Apek sekarang   dah single kan?






Mak Aii! ganas ke macho?aku no komen....hihihi  Jacket dia aku minatlah cantik...

21 April 2012

Apex Dah Putus Dengan Dahlia Teck

Korang mesti tahukan gosip terbaru apek gan seseorang....Aku malas nak komen banyak2....Lagipun apek nie muda lagi...macam-macam godaan....orang glamour dan duit banyak cam gitulah....Dan gosip terbaru yang aku baca kat SINI menyatakan apek sudah tiada hubungan lagi dengan Dahlia Teck aweknya...

Apex mengesahkan kepada majalah URTV  yang dia sudah berpisah dengan Dahlia Teck.

"Saya dah tak ada awek.Saya sekarang sudah single.Dalam keadaan sekarang,saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga saya dulu.Malas nak bercerita tentang cinta yang sudah tidak berpanjangan",katanya dalam majalah urtv.


Kata Apex lagi " Apa sebenarnya tentang kami ,cukuplah saya dan dia yang tahu.Tidak ada punca orang ketiga.Saya lebih  senang bersendiri dulu kalau nak memikirkan soa cinta,"...Baguslah tue apek....

P/S; Apex nie ramai betul gosip dengan awek2....sesiapa yang rasa ingin nak jadi awek apex...tahap kesabaran mesti kena tinggi dan kuat...almaklumlah apex muda lagi dan mudah tergoda oleh awek2 cun...hihihi

12 January 2012

Apek Sambut Birthday Dengan Kekasih

Wah!! bestnya ada kekasih buat surprise party....korang hado....hihihi aku gan cik hubby aku... tak pernah buat surprise birthday pun....dari bercinta hingga sekarang dah anak 3 tak pernah buat birthday surprise.... Wish dengan beri hadiah adalah.....aku pun tak pernah buat surprise party untuk dia....Untung kau apek...ada orang buat birthday party surprise hihihi
 Video Kejutan hari lahir untuk penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang ke-23. Romantik sungguh Apek dan Dahlia menyuapkan kek ke mulut masing-masing. Surprise Birthday Party ini telah diadakan oleh Dahlia dan rakan-rakan rapat Apek.  Selamat Hari Lahir Apek......


Romantiknya Dahlia & Apek 

Dahlia & Apek di Surprise Birthday Party   
Kredit Dari SINI

05 January 2012

Khairul Fahmi Bakal Berkahwin

KOTA BHARU: Tanpa menyebut siapa bakal permaisuri hidupnya, penjaga gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, 22, mengakui dia kini bersedia menamatkan zaman bujangnya seawal-awalnya pada tahun ini.

Jika tidak berkahwin pada tahun ini, Khairul yang lebih mesra dengan panggilan Apek berkata, dia mungkin mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Menurutnya, hasrat itu bakal menjadi kenyataan jika dia bertemu wanita pilihan hatinya, namun tumpuannya kini hanya mahu memajukan lagi kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Kalau ada rezeki (ada jodoh), insya-Allah kahwin tahun ini atau tahun depan,” katanya tanpa mahu menyebut siapa wanita yang berjaya mencuri hatinya.

Tahniah KFCM. (sumber gambar: blog pakatan)
Khairul Fahmi yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-23 pada 7 Januari ini ditemui selepas menerima kunci banglo daripada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai hadiah kerajaan negeri di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, semalam.


Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim; Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor serta ibu bapa Khairul Fahmi, Che Mat Hussin, 60, dan Bidah Ibrahim, 56.


Banglo dianggarkan bernilai RM200,000 itu dibina syarikat Binaraya Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan dihadiahkan kerajaan negeri selepas Khairul Fahmi berjaya membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010. Terdahulu, Nik Abdul Aziz ketika berucap pada majlis berkenaan berharap Khairul Fahmi segera mendirikan rumah tangga kerana itu lebih sempurna kehidupan dan terhindar daripada perkara tidak diingini.
(Sumber: hmetro)
 
P/S: Siapakah pilihan dia...adakah Dahlia Teck....Kita tunggu jer la.....

05 December 2011

Adik Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Meninggal Dunia

Isu Kontravesi Panas tak habis lagi....Sekarang berita kesedihan adik Apek meninggal dunia.....Sabar ya Dik....Mungkin Allah ingin mengujimu....
We're Allah's and to Him we return. Takziah buat penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kerana kehilangan adik lelaki yang baru sahaja meninggal dunia pada pagi tadi.




Adik lelaki Khairul Fahmi atau Apex Mohd Amirul Izzat bin Che Mat,16, menghembuskan nafas yang terakhir 11.30 pagi tadi kerana denggi dan demam panas.





KFCM sama-sama mengiringi Allahyarham sebagai tanda penghormatan.


Kepada Khairul Fahmi Che Mat dan sekeluarga, semoga tabah menghadapi ujian dari Allah SWT. Sesungguhnya kematian itu satu proses yang akan dihadapi oleh semua insan yang bergelar manusia. Bersabar atas ujian ini


buat Allahyarham adik Mohd Amirul Izzat,semoga rohmu tenang di sana dalam kalangan orang yang beriman dan soleh.Amin.


notakakipakcekbiola : Al-Fatihah.

Penjaga Gol Skuad Negara Ingin Bersara Awal

Aku sedih bila baca satu berita pasal adikku nie Khairul Fahmi Che Mat......nak berenti awal Menjadi penjaga gol skuad Negara.......Mungkinkah  kerana kontravesi yang melanda dirinya.....baru2 nie... gosip  tentang  dia  dengan si Shida Harmi
 Dikatakan gambar mereka berdua telah tersebar meluas di ruang maya 
Kesiankan hmm.....Akak harap kau banyak-banyak  bersabar dik........
Biasalah kan bila dah jadik terkenal kita buat apa pun...... mula lah 
Jadi perhatian satu Malaysia.....



Malaysia akan betul2 akan merasa kehilangan permata buat negara yg sangat berharga.
Dia pemain berbakat dan mampu menjadi pengganti bekas penjaga gol negara sebelum ini seperti Datuk R Arumugam (mendiang) dan Rashid Hassan,” kata Kim Swee.
Semua ini adalah angkara kontroversi melampau yg tak sudah2 melanda diri
Khairul fahmi Che Mat niekan.....sedih pulak aku tengok gambar kat bawah....nie....



Sumber Dari Oh Bulan...
Hidup sebagai selebriti benar-benar memberikan tekanan hebat kepada Khairul Fahmi Che Mat atau mesra dipanggil Apek oleh peminat-peminatnya. Dihimpit dengan pelbagai kontroversi semenjak putus tunang dengan Elia, kemudian tersebarnya gambar Apek dan Dahlia Teck bercuti bersama di Singapura. Selepas itu, tersebar pula gambar Apek menyambut harijadi Dahlia Teck di Changkat dengan gambar yang mempunyai minuman keras. Tidak habis disitu, baru-baru ini timbul pula beberapa keping gambar mesra Apek dan Shida Harmi di beberapa buah laman hiburan tempatan yang semuanya terjadi sebelum Apek menghadapi perlawanan bolasepak penting.
Dikhabarkan dari sebuah blog tempatan, semua ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan Khairul Fahmi yang cemerlang di peringkat antarabangsa dan banyak kali mengharumkan nama negara di mata dunia.
Disebabkan kontroversi yang melanda, Khairul Fahmi telah membuat kenyataan kepada sebuah akhbar online tempatan, HMetro, mengenai situasinya yang pernah terfikir untuk bersara awal dari arena bolasepak walaupun baru berumur 22 tahun.
“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas.
“Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” ujar Apek ketika ditemui.
Dia yang ditemui di majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 turut menjadi hero apabila berjaya menyelamatkan satu jaringan penalti ketika bertemu Indonesia di Sukan Sea Indonesia dan memberikan pingat emas buat kali kedua berturut-turut untuk Malaysia.
Untuk pengetahuan, Khairul Fahmi Che Mat juga berjaya merangkul Anugerah Penjaga Gol Terbaik buat kali kedua selepas membantu Kelantan memenangi Liga Super pada musim lepas.

30 November 2011

Shida Harmi Yg Di Gosipkan Gan Apek Dah Bertunang

Baru-baru nie  aku ada tulis isu pasal Apek gan Shida Harmi tuekan......Tup-tup hari nie...ada pulak gambar Shida Harmi bertunang...aku jumpa kat Oh! Bulan....Jom! kita baca bawah nie...Story panas tentang Apek tue saje jer nak melemahkan Apek beraksi dalam mempertahankan bola dari masuk gol.....Panas!!! macam goreng pisang....Apalah motif diaorang hantar gambar Apek gan Shida kat Mediakan.....
 

Berkaitan dengan penyebaran foto Khairul Fahmi Che Mat bersama Shida Harmi, satu lagi sumber menyatakan bahawa wanita berkenaan telah pun melangsungkan majlis pertunangan pada Jun lalu dan merancang akan berkahwin pada bulan Disember ini.
Sumber turut mengirimkan 3 keping foto pertunangan Shida Harmi bersama jejaka yang dikenali sebagai Danial. Kata sumber lagi, kedua-dua pasangan ini mempunyai hubungan percintaan yang agak panjang, sekitar 7 tahun.

Nama Shida Harmi mula meniti di bibir orang ramai apabila dia dilibatkan sebagai salah seorang skandal Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol Malaysia dalam penyebaran foto-foto peribadi, baru-baru ini. Apa yang menjadi cetusan ramai adalah screenshot kandungan mesej Blackberry Messenger (BBM) yang berbunyi, “U nak I tunjuk bukti yang penah tidur dengan u?”
OHBULAN! cuba menghubungi wanita berkenaan demi mendapatkan kesahihan screenshot yang disebarkan di beberapa laman blog, namun masih gagal sehingga ke hari ini.

28 November 2011

Jawapan Apek Tentang Shida Harmi

Hai! Blogger Cute....Isu pasal Si Apek nie...tak habis-habiskan...kesian adikku nie....Ya la...orang tengah glamour sekarang.....Macam2 isu timbul...Sabar ya dik......apa yang terjadik pasti ada hikmahnya....kita perlu banyak bersabar dan berdoa okey.....Akak doakan semoga Apek Sucess dalam menempuh hidup yang penuh kontrovesi nie.....Pedulikan apa orang fikir dan mengata tentang  orang  yang cuba menjatuhkan Apek.....Bila kita susah...kita tak ada duit.....takkan timbul isu cam gini....Betul tak??  Itu lumrah Manusia.....Fikir-fikir....Jom! kita layan Jawapan Apek tentang Shida Harmi yang di hebohkan nie.....








“Saya memang mengenali Shida Harmi. Dia bukannya skandal seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sebaliknya dia hanya kawan biasa. Saya mengenali Shida sekitar awal tahun ini, kalau tak silap bulan March. Ketika itu, saya masih belum bertunang lagi. Gambar itu pula diambil semasa kami karaoke,” jelas Khairul Fahmi memulakan wawancara.

“Saya tak pasti macam mana gambar ini boleh sampai ke pihak media. Tapi, saya tak rasa Shida sengaja buat macam ni, nak syak sesiapa pun tak boleh. Saya perlu hubungi dia terlebih dahulu sebab nak siasat dengan lebih jelas. Berkenaan nama-nama yang disebut dalam Blackberry Messenger (BBM), jujurnya saya tak kenal akan nama Nadzim. Bagaimanapun, Erin adalah nama kakak kepada Elia, bekas tunang saya dulu,” ujar pemain pasukan Harimau Muda ini yang berjaya mengalahkan Indonesia di Sukan Sea, Isnin lepas.

“Saya kesal apabila diri ini kerap dikaitkan dengan pelbagai kontroversi yang tidak henti-henti. Sesetengah orang di luar sana tidak henti-henti mencari kesalahan saya. Kalau cerita seperti ini keluar, memang tak menang tangan saya nak jawab panggilan telefon. Apa pun, saya perlu fokus kepada perlawanan akan datang. Game makin dekat ni!” kata Khairul Fahmi yang ingin menumpukan perhatian di atas padang demi maruah negara.

sumber : ohbulan

27 November 2011

Cerita Panas Khairul Fahmi Lagi....

Ha.....aku nak share dengan korang cerita panas Apex...penjaga gol   bola sepak kita... lagi....bergambar mesra dengan awek yang bernama shida....Korang bacalah kat bawah nie...apa kisahnya....Aku rasa isu bergambar gan awek yg bernama shida nie dah lama...Ada orang yang cuba menambahkan lagi cerita nie....Aku pun tak tahu motif diaorang menghantar gambar bersama sms Apek....korang layan jerlah....



Mungkinkah kerana Apex kini dipuncak populariti dan ramai pihak mahu mengambil kesempatan atau sememangnya isu yang diketengahkan oleh BBM itu memang berlaku? Sebab itulah timbulnya ayat-ayat "U nak i tunjuk bukti yg pena tido dgn u? I got al d prove... dun u eva play wit me"..!
Jika benarlah dakwaan ini... nampaknya ada pihak yang makan hati nanti termasuklah Dahlia Teck. Namun sebagai peminat sukan dan khususnya peminat Apex... anda yang tentukan sendiri kebenarannya. .....Tak gitu?






23 November 2011

Story Panas Apek Sebelum Sukan Sea 2011

Sebelum Sukan sea 2011 macam-macam isu panas tentang Apek.....Kalau korang tak caya korang baca kat bawah nie....

Kami tahu yang ada yang katanya sudah muak dan bosan dengan cerita Khairul Fahmi Che Mat tetapi apa yang perlu dilakukan harus dilakukan. Antara sebab kami suka ruangan komen di BeautifulNara kerana kami dapat banyak maklumat dari komentator jadi kewajipan kami juga ialah cuba untuk menjernihkan keadaan terutamanya fitnah yang melanda Khairul Fahmi Che Mat dan teman wanitanya, Nur Dalia yang dituduh minum arak sewaktu menyambut majlis harijadi Dalia di sebuah restoran makanan Itali di Bukit, Bintang, Kuala Lumpur. Walaupun Apex dan Dalia menafikan mereka minum, ramai yang membuat telahan mereka benar-benar telah minum di majlis itu.

Saya bukan nak mempertahankan sesiapa tetapi pada Apex, dia jadi mangsa keadaan. Mereka berdua pun tak kenal saya sebab saya pergi birthday party Dalia tu sebab teman kawan saya.
Ya, saya memang ada di tempat kejadian semasa birthday Dalia Teck. Memang tak dinafikan itu semua botol arak, adatlah masuk kelab kan. Tapi saya pelik macam mana orang boleh tuduh Apek minum sedangkan apek langsung tak sentuh air tu. Sumpah demi Allah saya berkata benar. Saya ada gambar bersama Fahmi ketika event tu baru nak mula, memang muka dia dari awal sampai akhir sama je warna merah berikutan keadaan yang sempit dan orang yang ramai. Lagi satu dia kan putih, lain la kita ni kulit gelap, kalau saya nak tipu awak la kan Serenity, kenapa saya berani sumpah?
Sebab lepas event tu Apek still okay lepak kat luar after event tu, tak ada pun jalan huyung- hayang dekat kedai makan pada masa itu. Dia, Dalia dan perempuan yang badan dia gemuk saya tak tahu nama mungkin kawan Dalia sebab dia bagi teddybear kat Dalia. Bukan mata kepala saya saja nampak, saksi kat situ yang nampak Apek tak minum dan still okay sampai akhir event tu...
Komen asal Asyraf di BeautifulNara ialah:-
apek mana minum arak la wei… aku ada kat tempat kejadian… aku nampak dia g lepak dgn perempuan gemok n awek dia pas event tu kt kedai makan… time tu pkl 3 pagi cmtu kalau aku x silap… aku tatau sapa pmpuan tu tp dia mmg gemok… dia elok je borak2, xde lentok2 pun mcm org mabuk yg lain… pada yg hantar email tu,,, cukup2 la buat fitnah.. dia mmg nak jatuhkan apek… bila game besar nak dekat mula lah mcm2 fitnah apek dpt… hati busuk punya olang!!
Pihak kami telah melakukan siasatan dan mendapati Asyraf mempunyai profil Facebook yang sahih dan sudah mempunyai akaun Facebook sejak beberapa lama. Kepada orang ramai, bolehlah menghentikan spekulasi. Sememangnya Khairul Fahmi dan Dalia tidak harus pergi ke tempat tersebut, tetapi mereka memang tidak minum seperti mana yang diberitahu sejak awal. Kami berharap Khairul Fahmi akan berjuang dengan tenang untuk Sukan SEA 2011 selepas ini. Semoga pulang membawa emas!



Nie lagi satu isu pasal Apek jugak Sebelum Sukan Sea 2011
Berhubung dakwaan sesetengah pihak yang Khairul Fahmi Che Mat telah menghubungi bekas tunangnya untuk meminta bantuan disebabkan tweet-tweet bekas tunangnya itu baru-baru ini, Khairul Fahmi Che Mat yang sedang membantu pasukan kebangsaan bagi meraih pingat emas Sukan SEA, mendakwa itu cuma percubaan untuk mengganggu konsentrasinya.

Khairul Fahmi didakwa telah menghubungi bekas tunangnya untuk meminta bantuan berhubung penyebaran gambar-gambar beliau di sebuah restoran Itali di Bukit Bintang. Menurut Khairul Fahmi melalui Twitternya, dia hanya menghubungi ibu, ayah serta kekasih barunya sebelum berlepas ke Indonesia. Tambahnya lagi, dia meminta orang ramai agar berhenti memperkatakan tentang kisah peribadinya kerana fokus yang lebih penting ialah tugasnya sebagai pemain kebangsaan yang berusaha membantu negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2011.
Menyifatkan gosip baru itu sebagai tuduhan tak berasas, Khairul Fahmi turut membuat kenyataan tentang pihak yang hendak membuatnya jatuh dan tidak gembira, tetapi dia juga berkata dia tak akan mempedulikan semua itu. Untuk berbual dengan Khairul Fahmi Che Mat secara langsung, tweet beliau di @fahmiapexs.

Kredit By Beutiful Nara 

Tahniah Apek!!!

Malaysia MENANG lawan Indonesia untuk Sukan SEA 2011 dengan penalti 4-3. Kehangatan kemenangan tu masih lagi terasa sehingga ke hari ini.....hihihi betul tak korang??Yang paling aku bangga dengan "Apek" nie....kerana dia berjaya menepis 1 bola dari pasukan Indonesia....CayaLAH APEK....

Bila Nak Jumpa Gan Apek Nie....

Korang ada baca tak pasal ada kontravesi...pasal si apek nie ada telefon bekas tuttt... dia Sebelum beraksi dalam sukan sea....Isu itu tidak menjejaskan prestasinya beraksi di dalam sukan sea 2011....Korang ada baca tak?...aku lupa pulak...memang aku ada baca....Walaupun bermcam isu tentang hal peribadinya....dia tetap maintain dalam prestasi penjaga gol....

07 October 2011

Korang Kenal Ahkak Puaka??


Nur Dalia
Menjadi seorang yang terkenal banyak natijahnya. Itulah yang berlaku kepada Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol Harimau Malaya. Isu putus tunangnya menyebabkan dia dihujani dengan bermacam-macam-macam tanggapan. Dan menjadi orang yang berada di tengah-tengah kehangatan isu ini, Nur Dalia Bijuri, 18, atau Dalia Teck menerima lebih banyak tanggapan negatif.
Ketika laman peminat “Belia Sokong Khairul Fahmy Che Mat dengan Dalia Teck” diwujudkan, Dalia mula dituduh sebagai individu yang membuat dan menjadi pentadbir laman peminat itu. Ketika muncul juga blog hangat yang ditulis oleh seorang individu yang menggelar dirinya Ahkak Puaka, Dalia turut dituduh sebagai Ahkak Puaka oleh sesetengah pihak.
Yang agak menarik juga kerana pentadbir “Belia Sokong Khairul Fahmy Che Mat dengan Dalia Teck” memang bukan Dalia Teck, sebaliknya MEOW kenal siapa pentadbir laman peminat tersebut, tetapi MEOW yakin kamu sendiri tidak mahu tahu siapa dia, kerana dia memang bukan Dahlia Teck, sebaliknya seorang awam yang langsung tidak mengenali Dalia. Dia hanya menubuhkan laman peminat tersebut kerana ‘nalurinya menyuruh dia berbuat begitu’.
Individu yang bergelar ‘Ahkak Puaka’ itu walau bagaimanapun tidak dikenali. Tetapi melalui perbualan dengan Dalia, MEOW yakin tutur katanya itu tidak membayangkan dia boleh menulis blog dengan gaya bahasa yang digunakan oleh Ahkak Puaka.
Mengakui yang banyak nombor telefon tidak dikenali yang menelefonnya sejak timbulnya isu ini, Dalia memberitahu dia tidak menjawab langsung , kerana menurutnya “bukan apa, saya tidak mahu mengeruhkan keadaan, dan saya bukan siapa-siapa pun untuk mengeluarkan kenyataan.”
Digelar dengan pelbagai gelaran kurang sopan dan dituduh menggunakan susuk dan guna-guna untuk memikat Fahmi, Dalia langsung tidak membalas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepadanya.
“Saya lihat ramai individu yang tidak saya kenali membersihkan nama Khairul Fahmi, dan dia sangat berterima kasih untuk itu. Macam sekarang ramai orang tidak suka saya, saya terima asalkan mereka tidak membenci Fahmi. Fahmi memerlukan orang ramai menyokongnya supaya dia terus memberikan persembahan terbaik di padang, bukan mencaci dia kerana hal-hal peribadi. Saya berasa kasihan padanya.”
Jadi siapa Dalia dalam hidup Khairul Fahmi?
“Saya dan Khairul Fahmi sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” jawabnya, “malah apabila dilemparkan pelbagai tuduhan dan beberapa gosip membuatkan kami lebih kerap berhubung. Kami makin rapat selepas pelbagai pertuduhan dan perkataan kurang sopan yang dikeluarkan kepada saya oleh individu-individu tertentu. ”
Khairul Fahmi juga pernah mengeluarkan kenyataan yang Dalia ialah tempat dia mengadu masalah sebelum ini.
“Saya tak nak masuk campur dalam hal Elia dan Fahmi. Yang pasti Fahmi sendiri menyatakan yang dia ada banyak sebab yang membuatkan dia nekad untuk memutuskan pertunangan. Fahmi bukan jenis yang bercerita hal peribadi dia , saya dah lama berkawan dengan dia pun dia susah hendak bercerita tetapi bila keadaan menjadi semakin teruk, dan blog Ahkak Puaka diwujudkan, menyebabkan Fahmi mengadu semua kepada saya. Dan itu satu faktor yang membuat kami lebih rapat. Kami sendiri pun terkejut macam mana Ahkak Puaka dapat tahu tentang semua itu. Mungkin salah seorang ahli keluarga terdekat atau kawan Fahmi atau Elia,” tambah Dalia lagi panjang lebar, dan mengakhiri perbualan dengan MEOW melalui Facebook Chat.
Jadi apa yang sebenarnya berlaku selepas keputusan untuk memutuskan pertunangan telah menjadkan hubungan Dahlia dan Khairul Fahmi bertukar status kepada hubungan istimewa.
Bagi MEOW, jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. Kita sebagai orang luar tidak mengetahui dengan sepenuhnya apa yang sebenarnya berlaku dalam kehidupan Khairul Fahmi dan mungkin apa yang berlaku juga ada hikmahnya untuk individu-individu terbabit, untuk mendapat yang terbaik dalam kehidupan mereka selepas ini. Yang penting, Khairul Fahmi akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai penjaga gol Harimau Malaya dengan cemerlang. Dia perlukan sokongan dalam menjalankan tugasnya sebagai penjaga gol pasukan Harimau Malaya untuk menaikkan nama negara, jadi jangan pernah berhenti memberikan sokongan.

P/S: Kalau korang nak terjah Klik Sini  aku selalu jugak pegi baca n3 Ahkak Puaka nie.......tapi aku tak pernah komen...just baca jer.....

25 September 2011

Kesian Khairul Fami Che Mat

Khairul Fahmi
Kesian betul aku tengok mamat nie....asyik kontravesi jer kan.....pasal dia ber tweet gan awek pun jadik isu panas!!!!tak boleh nak privasi langsung....semua orang ambik pork pasal story dia......Bagi pendapat aku....Mamat nie ada hak untuk menentukan pasangan hidup dia....Lagipun dia still muda lagi baru umur 22 tahun....masa depan tu..panjang lagi....Buat apa kawin muda...pastu cerai berai....kerana tak tahan godaan hidup....Kalau nak kawin pun...biar la...usia tu matang dulu.....ekonomi stabil baru fikir pasal kawin....Usia muda biasa la....mesti bercinta-cintun....Korang nak tahu...aku pun kawin usia 27 tahun kau.....hihihi....Ya la...aku tak nak kawin awal2...tak puas enjoy...tidak la menyesal bila kawin nanti hihihi...Korang kawin Usia muda @ lebih kurang aku? cer...cer..cerita....sikit...