05 December 2011

Penjaga Gol Skuad Negara Ingin Bersara Awal

Aku sedih bila baca satu berita pasal adikku nie Khairul Fahmi Che Mat......nak berenti awal Menjadi penjaga gol skuad Negara.......Mungkinkah  kerana kontravesi yang melanda dirinya.....baru2 nie... gosip  tentang  dia  dengan si Shida Harmi
 Dikatakan gambar mereka berdua telah tersebar meluas di ruang maya 
Kesiankan hmm.....Akak harap kau banyak-banyak  bersabar dik........
Biasalah kan bila dah jadik terkenal kita buat apa pun...... mula lah 
Jadi perhatian satu Malaysia.....



Malaysia akan betul2 akan merasa kehilangan permata buat negara yg sangat berharga.
Dia pemain berbakat dan mampu menjadi pengganti bekas penjaga gol negara sebelum ini seperti Datuk R Arumugam (mendiang) dan Rashid Hassan,” kata Kim Swee.
Semua ini adalah angkara kontroversi melampau yg tak sudah2 melanda diri
Khairul fahmi Che Mat niekan.....sedih pulak aku tengok gambar kat bawah....nie....



Sumber Dari Oh Bulan...
Hidup sebagai selebriti benar-benar memberikan tekanan hebat kepada Khairul Fahmi Che Mat atau mesra dipanggil Apek oleh peminat-peminatnya. Dihimpit dengan pelbagai kontroversi semenjak putus tunang dengan Elia, kemudian tersebarnya gambar Apek dan Dahlia Teck bercuti bersama di Singapura. Selepas itu, tersebar pula gambar Apek menyambut harijadi Dahlia Teck di Changkat dengan gambar yang mempunyai minuman keras. Tidak habis disitu, baru-baru ini timbul pula beberapa keping gambar mesra Apek dan Shida Harmi di beberapa buah laman hiburan tempatan yang semuanya terjadi sebelum Apek menghadapi perlawanan bolasepak penting.
Dikhabarkan dari sebuah blog tempatan, semua ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan Khairul Fahmi yang cemerlang di peringkat antarabangsa dan banyak kali mengharumkan nama negara di mata dunia.
Disebabkan kontroversi yang melanda, Khairul Fahmi telah membuat kenyataan kepada sebuah akhbar online tempatan, HMetro, mengenai situasinya yang pernah terfikir untuk bersara awal dari arena bolasepak walaupun baru berumur 22 tahun.
“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas.
“Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” ujar Apek ketika ditemui.
Dia yang ditemui di majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 turut menjadi hero apabila berjaya menyelamatkan satu jaringan penalti ketika bertemu Indonesia di Sukan Sea Indonesia dan memberikan pingat emas buat kali kedua berturut-turut untuk Malaysia.
Untuk pengetahuan, Khairul Fahmi Che Mat juga berjaya merangkul Anugerah Penjaga Gol Terbaik buat kali kedua selepas membantu Kelantan memenangi Liga Super pada musim lepas.

11 comments:

  1. masih muda lagi....tak dapat nak bezekan bende2 yg boleh memudaratkan karier die kot..tu yg mcm2 jadi...

    ReplyDelete
  2. huhu.. sedihnya kalau die bersara awl ;(.. die seorang penjaga gol yg hebat

    ReplyDelete
  3. Kontroversi ada di mana2, apa lagi jika membabitkan selebriti. Oleh itu bagi selebriti, hidup mesti berhati-hati, jaga personamliti, elakkan sensasi...

    Tajuk entri terbaru di blog JR hari ini:

    "Isteri Berpayu Dara Besar Suami Murah Rezeki??"

    ReplyDelete
  4. kesian dia. jaga peribadi, inshaALLAH tiada kontroversi. Tingkatkan prestasi. *dah mcm Melodi pulak.

    ReplyDelete
  5. @CIK MAY

    betul tue...akak sokong..jiwa masih bergelora..

    ReplyDelete
  6. Adehhh sayangnya kalau bersara awal..

    Jangan kerana kontroversi dia nak lupakan kerjaya dia sendiri kan..

    ReplyDelete
  7. bersara sbb x thn kontroversi mmg keputusan yg agak x matang lah..apa yg perlu dia buat pandai-pandailah jaga diri kan..ahli sukan dh mcm selebriti skarang nih..

    ReplyDelete
  8. syg kalau bersara awal...karier tgh memuncak ..pastu semestinya pasukan bola sepak mesia masih perlukan khidmat apek ni...

    ReplyDelete
  9. sayang..
    bakat besar
    muka pun leh tahan
    tapi tak reti jaga diri
    tulah pasal...

    yg jatuhkan lelaki ternama ni mmg pompuan...so jgnlah berkawan sebarangan pompuan
    kena tahan sikit godaan tu....

    tak gitu dik?

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠