31 December 2011

Boleh Caya ke?Gosip Pasal Erra Gan Engku Emran Nie?

Pagi2 lagi aku dah buka blog sensasi ROTIKAYA  untuk mengetahui isu terkini artis....Tapi aku tak puas hati pasal isu Erra gan suaminya......Takkan isu rumah tangga Erra nak canang kat peminat-peminatnya...betul tak?? Itukan hal peribadi Erra...takkan nak cerita kat public....Apa pendapat korang tentang isu nie....Kalau aku pun tak suka canang tentang rumah tangga aku kat orang lain....lagi2 yang rapat gan kita maksudnya kawan karib.......Hal nie berlaku pada Erra.....biasanya kita cerita kat kawan karib kita sikit jer....Kawan karib kita pulak buat cerita lebih2....Ha....kan kes naya tue.....hihihihi



 Minggu ini boleh di’katakan yang beberapa saluran media berjaya membawa kembali gossip yang melibatkan rumahtangga Erra Fazira & Engku Emran.


Mengambil faktor ketidakhadiran Engku Emran menemani aktiviti Erra Fazira sepanjang 2011, si isteri sekali lagi berhadapan dengan soalan panas wartawan.Hai! Takkan nak berkepit 24 jam....

Erra Fazira bagaimanapun sekali lagi menafikan yang rumahtangga beliau kini sedang mengalami masalah seperti yang di’dakwa.Mestilah  nak cover hal rumah tangga....takkan nak selak kain sendiri hihihi

Seorang teman rapat Erra Fazira yang juga orang kuat industri seni ada menghubungi kami petang semalam membawa sedikit gambaran tentang keadaan sebenar hubungan Erra Fazira dan Engku Emran.
Menurut individu ini, hubungan mereka berdua ketika ini memang tidak stabil tetapi tidak dapat mengesahkan dakwaan yang Engku Emran kini tinggal berasingan daripada Erra Fazira dan anak.
Dakwaan ini turut datang dari beberapa orang penggiat forum hiburan yang berkata mereka beberapa kali terserempak dengan kereta milik Engku Emran di’rumah ibu bapa beliau berhari hari lama’nya.
Engku Emran kini sedang mencari pekerjaan baru selepas kontrak bersama Bernama TV tamat Oktober 2011 yang lalu dan ini juga mungkin salah satu punca Engku Emran enggan kelihatan di’mata umum.
Teman rapat Erra Fazira juga ada menyebut yang beliau pernah menjadi tempat meluah perasaan aktress popular itu sejak kebelakangan ini apabila pertengkaran terjadi antara mereka berdua.

Bohong apa yang di’katakan sumber kami ini, maka bohong juga’lah seluruh entri ini. Tetapi jika benar, apa sebenarnya yang mahu Erra Fazira sorok dari pandangan peminat? Hmm.

P/S: Pada pendapat aku...memang wajarlah Erra Sorokkan.....itu hal peribadi dia.....Kita sebagai peminat...Doakan saja Erra dan suaminya bahagia.....hihihi.....Smile Be Happy..

10 comments:

  1. alahai.. napa la orang2 kita ni suka sangat nak ambik tahu hal2 peribadi artis... jangan la kita sebagai peminat ni mendoakan yang tak baik utk mereka kan.. semoga rumahtangga dorang kekal selamanya..

    ReplyDelete
  2. ntah ar, gua pun langsung tak tau pasal retis2 ni :D

    ReplyDelete
  3. Macam-macam hal kalau nak sebut pasal artis ni kan?

    ReplyDelete
  4. Ala sibuk betullah media nie.biar erra selesaikan masalah dia sendiri,hehe..setakat bertengkar tu perkara biasa bg suami isteri kan?

    ReplyDelete
  5. Bagi mereka yg dah kahwin, hal dlm kelambu memang elok jangan diheboh2kan, sebab tu la Erra diamkan saja. Lain la wartawan, memang la kerja mereka suka jaga seluar dalam orang...

    Entri terbaru di blog JR: "Hukum Menyambut Tahun Baru: Makruh, Harus Atau HARAM??"

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠