Aku suka dengan Erra Fazira....Orangnya cantik....baik hati,cakapnya lemah lembut hihihi....Kalau dah suka semua okey ya....Jom Kita baca apa kata Erra tentang isu Yusry nak kawin gan Lisa Surihani....
Baru-baru ini, pasangan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani telah mengumumkan majlis pernikahan mereka yang akan berlangsung pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Sidang akhbar yang diadakan di Marriot Putrajaya Resort & Spa, Sabtu lalu turut mengumumkan majlis resepsi Yusry dan Lisa yang akan berlangsung pada 26 Februari 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
GUA pasti ramai yang ingin tahu apa reaksi bekas isteri Yusry, Erra Fazira mengenai berita perkahwinan ini. Erra yang ditemui selepas konsert akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa, mengakui berasa gembira dengan berita perkahwinan bekas suami yang dinikahinya pada 15 Jun 2003 itu.
“Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan berita itu. Akhirnya masa Yusry untuk mendirikan perkahwinan buat kali kedua sudah tiba. Saya sudahpun mengucapkan tahniah kepada Yusry di Twitter miliknya. Nampaknya dia sudah menemui kriteria wanita yang diidam-idamkannya selama ini,” ujar Erra tersenyum manis.
“Saya pernah berkahwin dengan Yusry, jadi saya tahu apa yang dia suka. Masa mereka berpacaran lagi saya dah terdetik mereka ini tentu akan kahwin sebab saya memang kenal Yusry macam mana. Bila hubungan mereka dah menjadi, Alhamdulillah.”
Ditanya mengenai pemilihan Lisa sebagai calon isteri bekas suaminya itu, Erra memberitahu, “Lisa seorang gadis yang baik. Saya respek dia kerana dalam pada usia dia masih muda dan namanya sedang kemuncak, dia berani mengambil komitmen untuk mendirikan rumahtangga dalam waktu ini.
“Apapun, tahniah kepada mereka berdua dan semoga selepas ini Yusry cepat-cepat buat anak. Saya harap mereka akan menghargai diri masing-masing,” ujar Erra mengakhiri perbualan.
P/S: Kredit Dari Ping Busuk
sy pun suka erra.. hihii
ReplyDeletesuka jugak tgk erra...cantik n manis orgnya...
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletewalaupun dah tak bersama, mesti dia nak doakan yg elok2 je kan
ReplyDeleteerra pun dah bahagia sekarang..
ReplyDelete@IntaNBerliaN
ReplyDeleteSama ler kita...
@Izan Ishak
ReplyDeleteErra cantik...
@Tina Othman
ReplyDeleteBaguslah diaorang cam tue....
@Bui Junaidi
ReplyDeleteErra dah bahagia...anak pun cute...
bekas isteri mestilah tumpang hepy org yg pernah dia syg bertemu kebahagiaan..
ReplyDeleteElok la tu Erra pn ok kan ;)
ReplyDeleteMoga kekal je la..
dengar kata ramai jejake kecewa sebab lisa nak kahwin dengan yusri..hik3
ReplyDeleteEhem..ehem.. Bila Erra kata, "semoga selepas ini Yusry cepat-cepat buat anak" macam perli saja, sebab masa kawin dgn Erra, nampaknya Yusry gagal buat anak...
ReplyDeleteEntri terbaru JR hari ini, "Hari Ni Aku Salah Semua"
erra sentisa cun..
ReplyDeleteFollower ke 930. Wah, coolnya erra ckp mcm tu...tp ucap tahniah kt twitter je ke? Call la..hehehe. Sudi2 jenguk ninie juga
ReplyDeleteerra pas kawen ni maken cantik gua tengok gebuu muahahaha
ReplyDeletethanks sb sudi singgah blog sy, udah follow blog yg comel ni :D
Bagusla mcm tukan... hrp2 semuanye kekal bahagia...Erra mmg cun klau tak takkan jd miss msia, betul x? singgah & follow di sini~
ReplyDelete