ada jugak blogger yang menipu ya.....hish! tak suka aku.....Ada seseorang tue buat blog pakai nama orang lhorh....Kesian budak tue....sia2 kena maki kau-kau punya.....Kalau korang tak caya baca kat bawah nie....
Itu komen saya setelah membaca blog Budak Gigi Rabbit. Mana tidaknya, SATU entri sahaja mengundang lebih 1700 komen, majoriti dicatatkan oleh remaja.
Saya difahamkan, individu tidak bertanggungjawab telah menciptakan, created, blog itu menggunakan gambar dan nama gadis berusia 14 tahun, berasal dari Johor, Amira Afiqah.
Entri terbabit mengutuk penyanyi k-pop (Korean pop), Yo Seob. Terus terang, saya tidak berminat menonton filem terbitan Korea jauh sekali mengenali penyanyi kelahiran Korea menjadi kegilaan sebilangan remaja Malaysia.
Mengikut logik akal, JIKA Amira pemilik sebenar blog terbabit, pasti sudah lama dia memadamkan entri pertama dan kedua di dalam blog. Hamburan kutukan, kecaman dan ugutan pembaca bukan kepalang, penuh kebencian.
Kini saya tahu, selain isu mutu perkhidmatan di sebilangan hospital kerajaan, gay dan lesbian, peminat k-pop juga tidak boleh disentuh.
Barangkali menyedari komen dilontarkan keterlaluan, sebilangan komen dipadamkan tetapi blogger, juga wartawan, Hazrey LEBIH awal telah membuat salinan berhubung komen dicatatkan sebilangan pembaca.
Great job bro!
Laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, Johor Bahru, Johor, baca entri ditulis oleh Hazrey di sini.
Setelah meneliti blog terbabit, beberapa fakta mampu disingkap.
Blog diciptakan pada Isnin, 5 Disember dan entri pertama dipaparkan pada jam 5.01 petang.
Komen pertama diterbitkan pada jam 5.11 petang. Hebat! Hanya dalam tempoh kira-kira 10 minit selepas entri PERTAMA blog dipaparkan, sudah ada pembaca menghantarkan respon kepada pemilik blog mengutuk k-pop itu.
Komen pertama itu dilontarkan oleh blogger aiman fanboy k-pop.
Blogger berusia 18 tahun berasal dari Terengganu itu didapati banyak menulis dan memuatkan bahan berhubung k-pop di blognya.
'Jin siber' saya memaklumkan sebahagian butiran diri dia, sebahagian lagi tidak saya dedahkan.
Saya sama sekali tidak mendakwa dia sebagai pemilik blog Budak gigi rabbit, cuma saya berasa agak hairan, bagaimanakah dia mampu memperolehi alamat blog baru diciptakan dalam tempoh 10 minit sekaligus mencatatkan komen dan kemudian diterbitkan? Amat saya hargai jika dia sudi menghubungi saya dan berkongsi maklumat itu.
Kepada pelayar blog terbabit, peringatan saya mudah. Kita boleh diheret ke mahkamah jika didapati melontarkan komen bersabit 'ugutan jenayah' mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Ugutan jenayah, kenyataan berbentuk ancaman terhadap tubuh badan atau harta benda.
Terbaru, blogger menggunakan nickname Pocoyolala didapati cuba memohon maaf di atas komen dilontarkannya sebelum ini dan memanggil Hazrey sebagai 'Pak cik'.
Sesungguhnya sahabat saya itu sudah tua di mata mereka, tidak seperti Yo Seob.
Barangkali sebilangan pembaca akan berkata "maafkan sahaja pemilik dan pelontar komen blog itu".
Jika mereka dibiarkan begitu sahaja, di manakah keadilan untuk Amira? Sia-sia tangisan, kesedihan dan tekanan ditempuhi dan ditanggung oleh pelajar tingkatan 2 itu?
Setakat ini saya difahamkan oleh PAK CIK Hazrey, polis akan meneruskan siasatan dan laporan dikemukakan semalam tidak akan ditarik balik.
InsyaAllah, dengan kesungguhan pihak berkuasa pasti mampu mencari identiti sebenar pemilik dan penulis blog berjaya menghura-harakan keadaaan dan mencetuskan tekanan terhadap Amira.
Kesiankan budak yg bernama Amira tue....Siapalah orang yang buat perkara cam gini....dalam 10 minit jer....blog tue di serang....nie kes nak kenakan budak Amira ke......Blog orang glamer pun tak banyak cam gitukan.....
P/S: Isu nie aku ambik kat Blog Abang MAZIDUL
Kesiankan budak yg bernama Amira tue....Siapalah orang yang buat perkara cam gini....dalam 10 minit jer....blog tue di serang....nie kes nak kenakan budak Amira ke......Blog orang glamer pun tak banyak cam gitukan.....
P/S: Isu nie aku ambik kat Blog Abang MAZIDUL
mcm2 kan.sebab tu dlm berblog ni kdg2 kite kena jaga bahasa.kalau tak suke ke apa ke takyah nak hentam org teruk2.tak rugi pun kalau kite berbahasa dgn org kan..
ReplyDeleteAdehhh.. Kesian nyer..
ReplyDeleteMyra pun tak berapa minat K-POP ni..
Tak berapa kenal pun dengan group ni :)
bahaya ni siap ugut2..
ReplyDelete@ratusiput
ReplyDeletebetul tue cik rose sokong...
@Myra Jay
ReplyDeletebiasanya k-pop2 nie...remaja jer hehehe
@IntaNBerliaN
ReplyDeletetue la....bahaya remaja sekarang...
ima pun da baca kisah nie..aduiii nie la klu da taksub dgn k-pop..xle di tegur langsung..da lebih2 cakap :)
ReplyDeletemcm2 hal kes remaja skrg ni..
ReplyDelete@Aku Bah Nie Imah
ReplyDeletebetul tue...k-pop bukan best pun hehehe...alamak terlebih sudah....sorry..
@fieda
ReplyDeletetuelah....diaorang kan sekarang bergaul bebas...
sy ada baca pasal tu..pasal k pop nk kecoh..**jgn spamkan sy..=p
ReplyDeletepenangan k-pop. Adeh! sanggup nak gi toreh orang sebab kutuk hero korea dia. Sedih!
ReplyDelete@merahitujambu
ReplyDeletetak spam pun hehehe...
@faizal mohd
ReplyDeletejiwa remaja masih panas....
slm kenal...
ReplyDeleteingatkn betul2 si amira tu yg crete blog tu...mse baca tu terkejut gak tengok komen2 yg bad2 belaka..terukkan remaja sekarang ni punya bahasa...
@Azi
ReplyDeleteTak boleh nak cakap apa...adik-adik tue..semua fanatik k-pop...hehehe...akak dah tengok blog diaorang satu2...semua giler k-pop tau....